Kelebihan Memuliakan Tetamu Dan Menghubungkan Silaturahim Menurut Hadis



Musim perayaan belum lagi reda. Di sesetengah tempat, masih ada jemputan dan jamuan terbuka yang menanti. Malah di kawasan pantai timur khususnya di Terengganu, ada istilah yang dinamakan ‘Raya Enam’. Ia disambut pada tanggal 8 Syawal, apabila selesai melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal bermula 2 Syawal. Orang ramai akan menziarahi kubur pada awal pagi seterusnya menziarahi sanak-saudara yang belum sempat diziarahi pada hari-hari sebelumnya.
Apa pun budaya dan amalan yang dilakukan, amalan menghubungkan silaturahim ini sangat dipandang tinggi dalam Islam. Apabila tetamu datang ke rumah, disunatkan untuk memuliakan tetamu selagi tidak ada kekangan dan kesukaran. Digariskan di bawah enam hadis yang berkait rapat dengan amalan menghubungkan silaturahim serta memuliakan tetamu.
#1- Tanda Orang Yang Beriman Dengan Hari Akhirat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung tali silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata yang baik atau diam.” (HR Bukhari, no. 5673 – Status Hadis Sahih)
Kata Al-Munawi :
“Iaitu dia hendaklah memuliakan tetamunya sama ada kaya atau miskin. Sambut tetamu dengan wajah yang ceria, beri hadiah dan membalas ziarah tersebut dengan menziarahi dan bertandang ke rumah tetamu tersebut.” Rujuk Faidh Al-Qadir (6/209)
#2- Menyambut Tetamu Adalah Sunnah Nabi SAW
Menyambut dan melayan tetamu juga adalah sunnah Nabi SAW. Nabi SAW sentiasa dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang mempunyai keperluan dan Nabi SAW tidak pernah menolak permintaan.
Imam Al-Nawawi berkata :
“Melayan tetamu adalah sunnah. Jika seseorang bertandang ke rumahnya dan tidak ada mudarat baginya, sunat baginya untuk melayan tetamu tersebut.” Rujuk Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab (9/57)
Selain itu, Rasulullah SAW juga mengamalkan berjabat tangan atau bersalam.
عَنْ قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَكَانَتْ الْمُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ
Daripada Qatadah ra, aku berkata kepada Anas bin Malik, “Apakah berjabat tangan selalu dilakukan oleh para Sahabat Rasulullah SAW?” Anas menjawab, “Ya”. (Sahih Bukhari, no. 5908, Status Hadis Sahih)
#3- Perjalanan Dipermudahkan Dan Disediakan Tempat Di Syurga
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW telah bersabda :
مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الجَنَّةِ مَنْزِلاً
Maksudnya :”Sesiapa yang melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka nanti akan diseru dengan kata-kata : engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.” Riwayat Al-Tirmizi (2008) – Imam Al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis yang ghorib
#4- Pertemuan Dua Muslim Menggugurkan Dosa
عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabat tangan, melainkan diampuni bagi keduanya sebelum keduanya berpisah” (Sunan Abi Daud, no. 5212 – Status Hadis Sahih)
عن حذيفة بن اليمان ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِنَّ المُؤْمِنَ إِذَا لَقِيَ الْمُؤْمِنَ فَسَلَّمَ عَلَيهِ وَأَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ
Daripada Huzaifah al-Yaman RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: “Jika seorang mukmin bertemu dengan mukmin lainnya lalu mengucapkan salam kepadanya dan mengambil tangannya lalu menjabatnya, maka berguguranlah dosa-dosa mereka seperti gugurnya daun-daun dari pepohon” (Mu’jam Awsat li Tabarani, no. 247 – Al-Munziri berkata bahawa tiada perawi dalam jalur sanad ini yang dikritik)
#5- Tanda Orang Beriman Ialah Mengasihi Saudaranya
Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
“Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam diantara kalian.” (Sahih Muslim, no. 54 – Status Hadis Sahih)
#6- Berjabat Tangan Menghilangkan Kebencian Dan Mengeratkan Hubungan
عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ
Daripada Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, dengan begitu akan menghilangkan kebencian, dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling mencintai dan menghilangkan perasaan dendam” (Muwatta, no. 1685 – Status Isnad Hasan)
Kesimpulan
Anjuran memuliakan tetamu serta menghubungkan silaturahim dalam hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa Islam juga mementingkan hubungan persaudaraan sesama manusia. Agama Islam bukan hanya tentang ibadah dan hubungan dengan Allah semata-mata. Iman seseorang itu juga dikira tidak sempurna selagi dia tidak mencintai dan mengambil berat tentang saudaranya yang lain.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Kelebihan Memuliakan Tetamu Dan Menghubungkan Silaturahim Menurut Hadis appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/kelebihan-memuliakan-tetamu-dan-menghubungkan-silaturahim-menurut-hadis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Wow Baru Form 2 Tapi Cik B Dah Beri Duit Raya Pada Tetamu

Gambar Wow Baru Form 2 Tapi Cik B Dah Beri Duit Raya Pada Tetamu

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 604 hits
Please follow and like us 0 Menjelang Syawal pastinya perkara yang ditunggu tunggu adalah pemberian duit raya khusus buat kanak kanak Lihat sahaja wajah riang dan senyuman mereka tatkala menerima sampul raya berwarna warni Dalam pada itu an
Hadith Berkaitan Silaturahim Antara Keluarga Kerabat Terdekat

Hadith Berkaitan Silaturahim Antara Keluarga Kerabat Terdekat

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 376 hits
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Pelihara Silaturahim Kerabat Daripada Aisyah RA isteri Nabi SAW daripada Nabi SAW bersabda Ar Rahim adalah syijnah barang siapa menyambungnya maka aku akan menyambungnya dan barang siapa memutuskannya maka akupun ...
Semarakkan Silaturahim Dan Ukhuwah Agar Dicintai Allah

Semarakkan Silaturahim Dan Ukhuwah Agar Dicintai Allah

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 524 hits
Semarakkan Silaturahim dan Ukhuwah Agar Dicintai Allah Bulan Syawal ini adalah bulan yang sangat sesuai untuk kita merapatkan lagi Silaturahim dan Ukhuwah ke jalan Allah Inilah masanya untuk kita berkunjung dan bertanya khabar sanak saudara...
Cermin Kereta Pecah Anak Tetamu Raya Main Baling Baling Batu

Cermin Kereta Pecah Anak Tetamu Raya Main Baling Baling Batu

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 420 hits
DUNGUN Apa yang berlaku menyebabkan saya hilang mood untuk beraya dan rasa geram kerana tidak tahu siapa pelakunya kata Muhammad Fairus Abu Bakar 27 Dia kesal selepas cermin belakang kereta Proton Persona kepunyaannya pecah dipercayai akiba...
Bukan Kek Batik Tapi Sediakan Puding Biskut Marie Untuk Anak Tetamu Pun Boleh Tumpang Sekaki

Bukan Kek Batik Tapi Sediakan Puding Biskut Marie Untuk Anak Tetamu Pun Boleh Tumpang Sekaki

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 1000 hits
Musim perayaan ni kek antara juadah paling popular dan mudah disediakan untuk tetamu Malah anak anak pun seronoknya bukan main bila mama buat keputusan untuk sediakan kek di rumah Anak anaklah paling seronok Siap minta kek berwarna warni Ka...
Viral Seram Sejuk Rumah Terbuka Hari Raya Muncul Tetamu Tak Diundang Rambut Mengerbang Duduk Atas Balang Kuih Raya

Viral Seram Sejuk Rumah Terbuka Hari Raya Muncul Tetamu Tak Diundang Rambut Mengerbang Duduk Atas Balang Kuih Raya

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 1191 hits
Penampakan lembaga seperti wanita dengan rambut mengerbang di ruang tamu semasa rumah terbuka Hari Raya di Jelebu Negeri Sembilan Foto ihsan Ramlah Kassim KEMERIAHAN sambutan Syawal sebuah keluarga besar bertukar seram sejuk dengan kehadira...
Inilah Sebab Aku Tak Suka Budak Budak Ramai Cermin Kereta Pecah Di Raya Kedua Angkara Anak Anak Tetamu Yang Buas

Inilah Sebab Aku Tak Suka Budak Budak Ramai Cermin Kereta Pecah Di Raya Kedua Angkara Anak Anak Tetamu Yang Buas

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 582 hits
Inilah sebab aku tak suka budak budak ramai pastu jenis anak buas mak bapak tak reti nak jaga Main baling baling batu kena cermin kereta aku demikian luah seorang pengguna Twitter 6 Jun lalu nbsp Menurut Muhammad Fairus Abu Bakar 27 kejadia...
Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum Hawa

Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum Hawa

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 366 hits
Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum HawaNifas merupakan darah yang keluar dari rahim demi sebabkan karena proses kelahiran Bisa terjadi sesudah atau sebelumnya lama waktu berkisar antara 2 3 hari dan disertai dengan ras...
Menurut Pakar Single Itu Baik Buat Dan Lebih Membahagiakan

Menurut Pakar Single Itu Baik Buat Dan Lebih Membahagiakan

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 265 hits
Menurut Pakar Single Itu Baik Buat Dan Lebih Membahagiakan Adakah anda pada ketika ini masih single dan rasa down Adakah kawan kawan anda yang sudah berpasangan menjadikan anda sebagai bahan ejekan Jangan bersedih Single itu tidak salah Sek...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad