Kelebihan Malam Nisfu Syaaban




Kelebihan malam Nisfu Syaaban atau Pertengahan Syaaban. Sebenarnya, tidak terdapat hadis sahih tentang kelebihan menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan amalan berkaitan seperti sembahyang sunat khas atau doa tertentu. 

Semua hadis didakwa daripada Rasulullah SAW mengenai menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah lemah dan palsu.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah SAW akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya.
“Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya.
“Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar.”  
Hadis ini adalah maudhu, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syuab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami' dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.
Diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Syaaban, ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya.”
Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu. (Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu'at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).
Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis.
Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.
Diriwayatkan daripada Jafar bin Muhammad daripada ayahnya berkata: `'Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Syaaban seribu kali surah al-Ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat; tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya daripada berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya.''
Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu.
Kebanyakan hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih.
Justeru, tidak ada amalan-amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Syaaban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya.
Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah SAW akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.
Al-Hafiz al-Iraqi berkata: `'Hadis tentang solat pada malam Nisfu Syaaban adalah maudhu, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah SAW.''
Hal ini juga disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya, al-Majmu: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama bulan Rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bidaah (ditokok tambah dalam agama).''' (Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida', cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).
Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata: `'Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Syaaban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini.
“Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu seperti yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu.'' (Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida', hal. 11).
Para ulama muktabar lain seperti Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini.
Namun, ini bukanlah bererti malam tersebut tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis thabit yang menyebut akan fadilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan.
Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah.
Hal ini telah disebut al-Imam al-Suyuti: `'Dan pada malam Nisfu Syaaban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah.'' (Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba' wa al-nahyu an al-ibtida' (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
Berhubung dengan amalan puasa yang khas pada Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis sahih yang menjelaskan perkara ini, malah ia adalah hadis yang lemah.
Tetapi jika berpuasa berdasarkan amalan Nabi SAW yang memperbanyakkan puasanya pada bulan ini dan termasuk di dalamnya hari Nisfu Syaaban, maka ia amalan yang baik dan digalakkan.  
Jika puasa ini dilakukan pada Nisfu Syaaban sahaja dengan menganggap ia adalah sunah, maka inilah yang dilarang.
Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa segala amalan manusia akan diangkat pada malam Nisfu Syaaban. Justeru, kebanyakan umat Islam akan menghidupkan malam ini dengan membaca surah-surah tertentu dengan niat supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman.
Pendapat ini adalah tidak tepat dan tidak terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya.
Menurut Dr Yusof al-Qardhawi: `'Di dalam kaedah syarak, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah tanpa bersandarkan kepada nas syarak kerana sesungguhnya urusan ibadah ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia adalah hak Allah semata-mata)).(Rujuk: Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah, 2/343)
Ketahuilah sesungguhnya segala perkara yang melibatkan soal pahala, keberkatan, fadilat dan kelebihan adalah hak milik kekal Allah SWT. Tidak ada seorang makhluk pun yang boleh mendakwa dan menjanjikan sebarang fadilat atau keberkatan tertentu dengan mereka-cipta amalan-amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2021/08/qgp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Pm Mkt Umno Malam Ini Putuskan Satu Nama Sumber

Calon Pm Mkt Umno Malam Ini Putuskan Satu Nama Sumber

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 239 hits
Firdaus AzilOgos 17 2021 19 29 MYTDifahamkan Ahmad Zahid turut akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9 30 malam di sebuah hotel di ibu negara Gambar failBACA Media sebelum ini melapor...
Umum Ismail Sabri Calon Pm Malam Ini Atau Umno Akan Jadi Pembangkang

Umum Ismail Sabri Calon Pm Malam Ini Atau Umno Akan Jadi Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 195 hits
agendadaily com17 8 2021UMNO mengadakan mesyuarat malam ini untuk memutuskan calon Perdana Menteri mereka Tiada pilihan atau alternatif lain selain UMNO memuktamadkan keputusan malam ini dengan menamakan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail S...
6 Ide Menu Makan Malam Sehat Untuk Keluarga

6 Ide Menu Makan Malam Sehat Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 758 hits
Menerapkan pola makan yang sehat sangatlah penting Mengonsumsi menu yang sehat akan membantu memenuhi kebutuhan nutrisi bagi tubuh Oleh sebab itu pastikan Anda menyediakan menu makan harian yang sehat bagi keluarga Berikut ini akan dibahas ...
Insomniacks Igauan Malam Chord

Insomniacks Igauan Malam Chord

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 655 hits
C C D D Em Em G GC C D D Em Em G GCC Dmungkin tak tertulis Emmungkin tak sangka Gsemua tak dirancang Ctidak mengapa Daku dah biasa Emmenerima seadanya Gwalaupun takrela Amtidak mengapa Gkumasih mencari Embayangan sperti Bkeluhan hati kuC G ...
Malam Pertama Pun Belum Dah Bergaduh Pulak

Malam Pertama Pun Belum Dah Bergaduh Pulak

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 277 hits
For UMNO this is BN For BERSATU this is PN While PAS is shitting bricks Hero biasanya kalah dulu Initial thoughts on PM Ismail Sabri Inevitably in these one or two days the preview of what is to come under the Umno led Perikatan Nasional go...
Hiburan Allah Bagi Otak Untuk Fikir Bawa Anak Anak Makan Malam Nora Danish Dihentam Netizen

Hiburan Allah Bagi Otak Untuk Fikir Bawa Anak Anak Makan Malam Nora Danish Dihentam Netizen

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 276 hits
Kelonggaran yang diberikan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi ternyata telah membuatkan ramai teruja untuk melakukan aktiviti harian meskipun terpaksa mengikuti beberapa peraturan dan SOP ARTIKEL BERKAITAN Advert...
Skuad Badak Mesti Menang Malam Ini Kurniawan

Skuad Badak Mesti Menang Malam Ini Kurniawan

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 177 hits
JURULATIH Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto Skuad Badak perlu memenangi perlawanan menentang Penang FC yang berlangsung di Stadium Likas malam ini kata jurulatihnya Kurniawan Dwi Yulianto Jelas sekali nada Kurniawan itu mahu anak buahnya berm...
Peniaga Ini Pecah Rahsia Resipi Tepung Goreng Ayam Rangup Macam Kat Pasar Malam

Peniaga Ini Pecah Rahsia Resipi Tepung Goreng Ayam Rangup Macam Kat Pasar Malam

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 318 hits
Satu perkongsian resipi ayam goreng tepung rangup macam jual di Pasar Malam tular dengan lebih 14K perkongsian serta 25K like di group SMAHI Salam semua sahabat seperti yg dijanjikan saya tunaikan untuk bagi resipi ayam goreng adunan tepung...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran