Kelebihan Kekurangan Belajar Di Tingkatan 6


KELEBIHAN KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6

KELEBIHAN BELAJAR DI TINGKATAN 6
Tingkatan 6 adalah sesuatu yang asing bagi pelajar yang baru sahaja selesai mengambil keputusan SPM. Timbul keraguan tentang sistem pembelajaran tingkatan 6 dan pandangan masyarakat terhadap pelajar yang mengikuti pelajaran tingkatan 6.
Namun demikian, ramai yang masih belum tahu tentang kelebihan masuk Tingkatan 6. Sejak kebelangkangan ini kerajaan banyak memperbaiki dan menaik taraf sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang berada pada tahap yang membanggakan sekarang.
1. MENJIMATKAN MASA
Tempoh untuk belajar di Tingkatan 6 hanyalah 1 tahun ½ tahun sahaja berbanding dengan belajar di peringkat diploma yang mengambil masa 3 tahun. Pelajar sekarang mengambil berat tentang tempoh belajar sebagai pertimbangkan utama untuk membuat keputusan. Tempoh masa yang singkat memberi mereka lebih banyak peluang untuk merancang masa depan dengan lebih baik. Selain itu, pelajar juga berfikir tentang peluang pekerjaan, menyelesaikan tanggungjawab belajar dengan cepat memberi peluang kerjaya yang lebih baik kepada mereka.
2.MENJIMATKAN WANG
Semua ambil maklum bahawa kos belajar mempengaruhi keluarga pelajar untuk membuat keputusan tempat belajar anak-anak. Belajar di Tingkatan 6 di sekolah yang berdekatan dengan rumah dan tempat tinggal menjimatkan kos. Jika anda banding jika pelajar menyambung pelajar ke IPT/IPTS yang agak jauh atau diluar negeri anda. Kos perjalanan dan lain-lain mempengaruhi ibubapa lebih cenderung untuk memilih belajar di Tingkatan 6.
Selain itu, faktor yuran belajar di Tingkatan 6 lebih murah berbanding belajar di IPT/IPTS menjadi faktor utama kepada pelajar daripada keluarga kurang kemampuan untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 6.
3. SISTEM KERJA KURSUS/ TUGASAN
Sistem ini sebenarnya banyak membantu pelajar untuk mendapat gred yang lebih baik. Pelajar diberi tugasan dan masa yang secukupnya untuk melaksanakan tugasan serta bimbingan daripada guru memudahkan pelajar dapat mencapai gred yang terbaik. Seterusnya keputusan pengajian pelajar cemerlang dan masa depan mereka lebih cerah.
Nisbah bilangan guru per murid di Tingkatan 6 yang sedikit juga membantu pembelajaran mereka. Guru mampu menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran semasa interaksi di dalam kelas menyumbang kepada kejayaan pelajar. Hasilnya pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan. Mudahnya, semua pelajar diberi perhatian dan bimbingan yang sepatutnya tanpa berlaku keciciran.
4.KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NAIK TARAF SISTEM TINGKATAN 6
Sistem yang digunakan adalah hampir serupa dengan Universiti. Tingkatan 6 pada masa kini telah mengamalkan sistem semester.Pelajar hanya fokus kepada mata pelajaran dan kandungan yang pembelajaran pada semester tersebut sahaja.
Daripada aspek pakaian pelajar pula, pakaian pelajar Tingkatan 6 adalah bebas tetapi perlu sopan dan sesuai.  Pakaian ini ialah pakaian yang formal. Sama seperti pelajar-pelajar universiti yang lain. Cuma, perbezaannya, di Tingkatan 6 tidak lagi dibenarkan berpakaian kasual seperti pelajar universiti.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga menawarkan pakej mata pelajaran yang pelbagai dan baharu kepada peringkat menengah atas iaitu tingkatan 6. Hal ini adalah untuk menarik minat pelajar dan membuka peluang kepada pelajar meneroka ilmu-ilmu baharu dan relevan dengan kehendak tawaran pengajian di universiti dan  dunia pekerjaan.
Selain itu,Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Pembaharuan turut dilakukan dengan memperbaharui sistem tugasan dan juga modul latihan.  Jika dibandingkan di universiti,sistem tugasan yang diberikan adalah hampir sama, terutama di dalam pembuatan kertas kerja dan juga kerja-kerja lapangan.Perbezaannya tidaklah ketara di antara universiti dan tingkatan 6.
Bermula 1 Julai 2020, boleh semak keputusan kemasukan tingkatan 6 2020, Ini cara untuk buat SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN 6 2020
 
5.PELUANG KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI CERAH DAN MUDAH
Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.
Ramai yang tidak berminat untuk masuk ke tingkatan 6 (mengambil STPM) kerana laluan ini dikatakan salah satu laluan yang agak sukar dan perlu kembali semula ke sekolah. Mana-mana laluan pun ada kelebihan dan kelemahannya.
Anda sendiri perlu yakin dengan diri sendiri dan berusaha untuk mengatasi kelemahan tersebut. Berikut kami kongsikan semua info mengenai tingkatan 6 berserta kelebihan dan kelemahannya.
Untuk pengetahuan anda, majoriti universiti membuat pecahan kuota tempat setiap kursus adalah seimbang untuk semua lepasan pra universiti. Walau bagaimanapun, disebabkan tidak ramai yang berminat untuk ke tingkatan 6 maka peluang tinggi untuk berjaya dalam permohonan ke peringkat pengajian degree walaupun memperolehi keputusan yang cukup makan atau di tahap sederhana.
Hal ini terjadi kerana, persaingan merebut tempat sesama lepasan STPM rendah berbanding lepasan lain kerana seperti mana yang kami katakan, tidak ramai yang memohon ke tingkatan 6. Jadi persaingan merebut tempat dalam sesebuah kursus pengajian degree yang ditawarkan dalam kalangan lepasan STPM adalah rendah berbanding lepasan lain.

6. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR
Kelebihan ini juga menjadi daya penarik kepada pelajar untuk menuntut ilmu dan menyambung pelajaran di Tingkatan 6. Jika dibandingkan dengan program pra ijazah yang lain, kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar semasa proses interaksi. Pelajar mudah memahami dan dapat menuntut ilmu dengan selesa dan mudah.
7.BANTUAN BIASISWA DARIPADA PELBAGAI PIHAK
Biasiswa disediakan kepada pelajar yang layak  oleh pihak-pihak tertentu seperti biasiswa daripada kerajaan, syarikat swasta dan yayasan serta pusat zakat.Biasiswa ini yang diberikan sepanjang tempoh pengajian menyebabkan pelajar tidak perlu melakukan pinjaman. Jadi pelajar ada wang untuk membeli buku dan keperluan mereka sepanjang belajar di Tingkatan 6.
KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6
1.WAKTU PEMBELAJARAN TIDAK FLEKSIBEL.
Biasanya waktu pembelajaran mengikut waktu sekolah.
2. KEMUDAHAN BELAJAR TIDAK SETANDING DENGAN KEMUDAHAN UNIVERSITI.
Ada sekolah yang dinaiktaraf untuk pelajar Tingkatan 6. Namun terdapat banyak sekolah yang masih daif dari segi infrastruktur. Ini menjadi satu cabaran kepada pelajar untuk melakukan tugasan.  Contoh  masalah adalah  kemudahan komputer, capaian dan kelajuan wifi.
3.TERGANGGU DENGAN PERSEKITAN MENENGAH RENDAH.
Pelajar Tingkatan 6 terpaksa mengadap karenah pelajar lain(Tingkatan 1-5).Jika anda dilantik menjadi pengawas sekolah dan jawatan lain. Anda perlu berurusan dengan mereka yang kadang-kadang menggangu anda dek sikap dan kematangan mereka yang masih mentah.
4.PERSEPSI MASYARAKAT
Ini cuma pandangan dan pendapat masyarakat sahaja. Ia bukan fakta dan benar. Jika anda mampu hadapinya, tidak ada masalah akan timbul.
5.SUKAR MENYESUAIKAN DENGAN SUASANA DI UNIVERSITI KELAK
Ini bergantung pada seseorang itu. Adakalanya, ada pelajar yang mudah menyesuaikan diri di universiti. Dan adakalanya pelajar sukar untuk menyesuaikan suasana di universiti. Biasanya pelajar hanya kekok pada awalnya sahaja, kemudian semua berjalan lancar. Kemahiran hidup berdikari dan jauh daripada bantuan dan perhatian ibubapa anda juga menjadi cabaran.
Semoga maklumat KELEBIHAN KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6 membantu anda membuat keputusan yang terbaik.Untuk info lebih jelas, layari portal KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
The post KELEBIHAN KEKURANGAN BELAJAR DI TINGKATAN 6 appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/kelebihan-kekurangan-belajar-di-tingkatan-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Belajar Fizik Tingkatan 4 Dan 5

Jom Belajar Fizik Tingkatan 4 Dan 5

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 158 hits
Pada zaman yang semakin moden kaedah pembelajaran semakin senang dengan adanya sumber sumber yang senang diperolehi di internet Kita sedia maklum bahawa mereka yang mengambil aliran Sain Tulen pasti mengambil subjek fizik Mereka yang mahu m...
Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran Dalam Talian

Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran Dalam Talian

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 85 hits
Pada masa kini pembelajaran dalam talian ternyata semakin banyak dipraktikkan Apa lagi dengan keadaan sekarang yang mana hampir semua sekolah dan universiti tempatan terpaksa ditutup akibat penularan virus Covid 19 Dengan penularan virus in...
Mengapa Sambung Belajar Di Tingkatan Enam Adalah Pilihan Bijak

Mengapa Sambung Belajar Di Tingkatan Enam Adalah Pilihan Bijak

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 250 hits
AssalamualaikumSalam semua kepada pembaca blog Budak Logam Kali ni BL sekadar nak berkongsi entri tentang pendapat sahaja Terutama kepada adik adik yang ternanti nanti keputusan peperiksaan SPM yang bakal diumumkan tak lama lagi Sudah pasti...
Belajar Berenang Untuk Bayi

Belajar Berenang Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 179 hits
Pengawasan drpd ibubapa ataupun jurulatih yg bertauliah perlu sekiranya anda tiada pengalaman dalam mengajar berenang untuk kanak2 ataupun bayi This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Cara Belajar Berenang Gaya Kupu Kupu

Cara Belajar Berenang Gaya Kupu Kupu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 181 hits
Klik Disini untuk Info Lanjut This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Teknik Atau Kemahiran Asas Belajar Berenang

Teknik Atau Kemahiran Asas Belajar Berenang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 210 hits
Klik Disini Untuk Info lanjut This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Belajar Main Chess Cara Mudah Dalam Internet

Belajar Main Chess Cara Mudah Dalam Internet

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kali ini saya mahu berkongsi kaedah mudah untuk belajar main chess dalam internet Terdapat banyak perisian untuk kita belajar akan tetapi berapa banyakkah yang mempunyai fungsi tutor untuk memperbaiki kem...
Rpp Belajar Dari Rumah Dalam Jaringan Kelas 5 Sd

Rpp Belajar Dari Rumah Dalam Jaringan Kelas 5 Sd

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 183 hits
RPP Belajar dari Rumah Dalam Jaringan Kelas 5 SD Belajar dari rumah dalam jaringan pastinya memerlukan RPP satu lembar yang sama pada perangkat Merdeka belajar dari rencana pelaksanaan pembelajaran Lebih Lengkapnya Kunjungi http kkgjaro blo...
Mudah Belajar Al Quran Kaedah Tarian Tangan

Mudah Belajar Al Quran Kaedah Tarian Tangan

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 159 hits
Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL KOTA BHARU Pengajian al Quran dengan cara pergerakan tangan atau dikenali kaedah haraki agak mudah bukan sahaja mambantu golongan mualaf mempelajari bacaan al Quran Malah membantu orang Islam yang berminat memperti...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation