Kelebihan Kad Oku Untuk Anak Autisme Rugi Kalau Ibu Bapa Tak Daftar


Kelebihan kad OKU untuk anak autisme, rugi kalau ibu bapa tak daftar. Kad OKU banyak memberi faedah untuk anak-anak autisme, kenapa malu untuk mohon. Ada ibu bapa enggan mendaftarkan anak autisme sebagai OKU disebabkan stigma dicop sebagai cacat dan sebagainya.
Kelebihan Kad OKU Untuk Anak Autisme Jangan nafikan hak anak. Seorang pemegang KAD OKU yang berdaftar secara sah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) akan menerima keistimewaan kemudahan dan keistimewaan yang disediakan di bawah kerajaan tertakluk kepada syarat.
Kredit foto: Pexels Berikut adalah senarai kemudahan dan keistimewaan bagi pemegang Kad OKU:
1. Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian.
2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan (yuran pendaftaran dan rawatan di hospital dan klinik kerajaan).
3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan (melalui permohonan).
4. Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
5. Elaun RM150 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada KPM (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)
6. Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik Kolej Komuniti KPM (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian).
7. Diskaun/potongan 40 peratus yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM).
8. Dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam (berdasarkan kekosongan dan kelayakan bersesuaian).
9. Waktu bekerja anjal (melalui permohonan kepada Ketua Jabatan).
10. Pencen Terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia.
11. Sistem Penempatan OKU (SPOKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (melalui pendaftaran kepada JTK).
12. Skim Bantuan Galakan Perniagaan(SBGP-OKU) daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) -(Secara Kumpulan atau Persatuan).
Kredit foto: Freepik 13. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan daripada LHDN (melalui perisytiharan).
14. Pengecualian Cukai Jalan daripada JPJ (melalui permohonan)
15. Pengecualian bayaran pembaharuan lessen memandu daripada JPJ. (melalui permohonan).
16. Pengecualian duti eksais kenderaan OKU buatan Malaysia (melalui permohonan).
17. Diskaun tambang pengangkutan awam. (pembelian secara walk-in atau telefon).
18. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (pasport).
19. Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar syarikat/lesen perniagaan daripada SSM.
20. Potongan harga 20 peratus pembelian rumah daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad.
21. Kadar sewa rumah yang rendah (PBT terpilih)
22. Kemudahan perkhidmatan daripada Telekom Malaysia.
23. Khidmat nasihat dan kaunseling.
24. Institusi Pemulihan/Latihan OKU.
25. Bantuan daripada JKM kepada yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan;
• Elaun Pekerja Cacat (EPC)
• Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK)
• Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
• Bantuan Penjagaan OKU Pesakit kronik Terlantar (BPT)
• Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
• Geran Pelancaran (GP)
• Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan
Rugi Kalau Ibu Bapa Tak Daftar Kredit foto: Freepik Kad OKU setaraf GL kakitangan kerajaan. Maksudnya even kalau ahli keluarga tak ada yg kerja kerajaan, pemegang kad oku dapat GL penuh ditanggung kerajaan kalau nak masuk mana2 hospital universiti.
Rata-rata hospital universiti (contoh hospital kanak-kanak UKM, Hospital UIA, HUSM, Hospital UPM, etc) adalah baru, selesa, ada air cond, water heater, tak sesak. Fasiliti setaraf swasta tapi kepakaran macam KKM. Tapi nak masuk atau follow up wajib ada GL kerajaan, kalau tak kena bayar macam swasta. Kalau ada kad OKU automatik percuma sama macam GL kerajaan.
Jadi tak ada medical card/insurans pun tidak mengapa. Jimat duit. Sudahlah rata-rata insurans susah nak lulus claim anak-anak OKU lagi-lagi yang autisme. Ketahuilah insurans akan sentiasa sedaya upaya tak nak lulus claim kita.
Jadi manfaatkan kad OKU. Ramai tak tahu. Kalau ke mana-mana biasa akan ada diskaun OKU. Biasanya potongan 50 peratus. Mereka tak beri tahu tapi kena tanya. Tempat seperti panggung wayang, taman permainan ‘indoor’ dan bufet ramadan pun dapat separuh harga.
Dan kalau nak naik kapal terbang, kebanyakan lapangan terbang ada program khas OKU/ autisme. Di KLIA contohnya ada Butterfly Effect, anak dan ibu bapa akan dapat direct assistance daripada ground staff, dapat khidmat buggy ride, dapat priority ubaggage check dan priority untuk boarding. Tak perlu beratur, tak perlu jalan jauh.
Sumber: Realiti Autisme Sumber gambar (top image): Freepik
Baca artikel lain juga: Kenali Bantu Anak Autisme Di Forum Anak Syurga, Al Khauthar Dekati Jiwa Mak Ayah!
Anak Lelaki Cenderung Ada Autisme 4 Kali Ganda Dari Perempuan, Dr Say Kongsi Faktanya!
Umrah Bersama Anak Autisme, Bapa Ini Kongsi Tip & Pengalaman Di Tanah Suci
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Kelebihan Kad OKU Untuk Anak Autisme, Rugi Kalau Ibu Bapa Tak Daftar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kelebihan-kad-oku-untuk-anak-autisme-rugi-kalau-ibu-bapa-tak-daftar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Fail Permohonan Kedua Bertemu Anak Guam

Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Fail Permohonan Kedua Bertemu Anak Guam

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 253 hits
PEGUAM ibu bapa mangsa pembunuhan Zayn Rayyan berharap dapat bertemu anak guamnya sebelum tempoh reman pasangan itu tamat Fahmi Abd Moin berkata beliau akan mengemukakan permohonan kedua kepada polis pada Isnin selepas polis gagal memberika...
10 Strategi Ibu Bapa Membantu Anak Yang Lemah Membaca Di Rumah

10 Strategi Ibu Bapa Membantu Anak Yang Lemah Membaca Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 194 hits
Anak masih belum lancar atau mahir MEMBACA Untuk membantu anak yang lemah membaca ibu bapa boleh mencuba beberapa strategi berikut di rumah 1 Baca Bersama Luangkan masa untuk membaca bersama anak setiap hari Pilih buku yang sesuai dengan ta...
Kes Kanak Kanak Autisme Dibunuh Ibu Bapa Ditahan

Kes Kanak Kanak Autisme Dibunuh Ibu Bapa Ditahan

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 145 hits
Wartawan HMPetaling Jaya Ibu bapa kepada kanak kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai di sini pada Disember tahun lalu ditahan polis hari ini Menurut sumber pasangan berusia 28 tahun terbabit ditahan di kediama...
Tahi Telinga Anak Keras Bila Lama Tak Dibersihkan Ini Tip Berguna Untuk Ibu Bapa

Tahi Telinga Anak Keras Bila Lama Tak Dibersihkan Ini Tip Berguna Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 105 hits
Tahi telinga anak keras bila lama tak dibersihkan ini tip berguna untuk ibu bapa Tahi telinga atau cerumen adalah bahan semula jadi yang dihasilkan oleh kelenjar di dalam saluran telinga Fungsi utama tahi telinga adalah untuk melindungi tel...
Ibu Bapa Yakin Buka Banyak Peluang Anak Di Masa Depan Pelajar Bukan Cina Naik Mendadak Di Sjkc

Ibu Bapa Yakin Buka Banyak Peluang Anak Di Masa Depan Pelajar Bukan Cina Naik Mendadak Di Sjkc

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 205 hits
Melalui laporan Sinar Harian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina difahamkan menjadi pilihan utama para ibu bapa yang bukan berbangsa Cina menghantar anak mereka Jumlah pelajar bukan Cina naik mendadak Pada tahun 1989 hanya sebanyak 3 08 peratus s...
Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abaikan Anak

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abaikan Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 221 hits
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabaikan kanak kanak autisme itu dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu Zaim Ikhwan Zahari dan...
Respons Suami Saat Tahu Ibu Muda Di Bekasi Bikin Video Vulgar Bersama Anak Kandung

Respons Suami Saat Tahu Ibu Muda Di Bekasi Bikin Video Vulgar Bersama Anak Kandung

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 136 hits
Ade Ary mengatakan AK mengadu ke suaminya setelah mengirimkan video vulgar bersama anaknya ke pemilik akun media sosial Facebook Icha Shakila
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini