Kelebihan Istighfar Pada Pagi Hari Jumaat



Soalan:
Apakah terdapat hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan istighfar pada hari Jumaat?

Jawapan:
Di dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan. Ini kerana, Nabi SAW yang diketahui bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang tidak pernah meninggalkan istighfar ini. Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.” [Riwayat al-Bukhari (6307)]

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang biasa dijadikan dalil dalam menceritakan berkaitan kelebihan istighfar pada hari Jumaat.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قال صَبيحَةَ يَوْمِ الجُمُعَةِ قَبْلَ صَلاةَ الغَدَاةِ: أسْتَغْفِرُ اللهَ الذِي لا إلهَ إلَّا هُوَ الحَيَ القَيومَ وأتُوبُ إلَيْهِ ثلَاثَ مَرَات، غَفَرَ اللهُ تعالى ذُنوبَهُ ولو كانتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ
“Barangsiapa yang beristighfar pada pagi hari Jumaat sebelum menunaikan solat pagi dengan mengatakan: “Aku memohon ampun kepada Allah, Tiada Tuhan melainkan-Nya, yang Maha Hidup, Maha Kekal Mentadbir dan aku bertaubat kepada-Nya” sebanyak tiga kali, maka Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” [Riwayat Ibn al-Sunni (83)]

Antara ulama yang menilai status hadith ini ialah Imam al-Hafiz Ibn Hajar. Beliau mengatakan bahawa hadith ini adalah gharib dan sanadnya terlalu dhaif. Selain itu, Imam al-Nawawi ada menukilkan hadith ini di dalam kitabnya al-Azkar dengan sighah tamridh yang menunjukkan bahawa hadith tersebut adalah dhaif. Di samping itu juga, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini dhaif. Walaupun hadith tersebut dinilai dhaif, tetapi terdapat banyak dalil yang bersifat umum menuntut untuk kita memperbanyakkan istighfar dalam setiap masa dan keadaan. Adapun berkaitan makna seperti buih-buih lautan adalah kinayah banyaknya dosa dan dosa-dosa yang diampunkan ini adalah dosa-dosa kecil yang berkaitan dengan hak-hak Allah SWT. [Lihat: al-Futuhat al-Rabbaniyyah, 143/2]

Imam al-Nawawi menyatakan disunatkan kepada kita untuk memperbanyakkan berzikir dan berselawat kepada Nabi SAW pada hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain. Selain itu, kita juga disunatkan untuk memperbanyakkan berdoa pada hari tersebut bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. [Lihat: al-Azkar, 85]

Tambahan pula, istighfar mempunyai banyak kelebihan sebagaimana yang riwayatkan oleh Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” [Riwayat Abu Daud (1518), menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi]

Penutup

Kesimpulannya, istighfar sangat penting kerana padanya terdapat banyak kelebihan. Selain itu juga, kita sebagai seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian kita. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa melazimi istighfar serta menggolongkan kita dalam kalangan penghuni syurga. Amin.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/kelebihan-istighfar-pada-pagi-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menitis Air Mata Suami Azankan Anak Tasha Syukur Doa Bersalin Hari Jumaat Makbul

Menitis Air Mata Suami Azankan Anak Tasha Syukur Doa Bersalin Hari Jumaat Makbul

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 603 hits
Momen azankan anak selepas dilahirkan pasti akan menyentuh hati bapa Pilu dan sebak menatap anak buat kali pertama air mata menitis Tasha Manshahar selamat bersalin anak sulungnya semalam Dalam kemaskini Instagram dia turut berkongsi rakama...
Kelebihan Mandi Pagi

Kelebihan Mandi Pagi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 839 hits
Semasa kecil ramai di antara kita sering dikejutkan oleh ibu bapa pada waktu awal pagi untuk ke sekolah Sebelum sarapan kita disuruh mandi pagi pagi buta Ada yang mandi air paip Ada yang mandi tepi perigi Ada yang mandi tepi sungai Dengan s...
Muktamar Muslimat Pas Bukit Gambang Menghijau Pagi Hari

Muktamar Muslimat Pas Bukit Gambang Menghijau Pagi Hari

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 658 hits
KUANTAN Ahli Dewan Muslimat PAS dari seluruh Malaysia mula membanjiri Dewan Pusat Konvensyen Bukit Gambang City awal pagi ini sempena Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS kali ke 59 Perkarangan dewan mula dimeriahkan dengan kehadiran para pe...
Puasa Sunat Hari Putih 2019 Bergabung Dengan Puasa Sunat Syawal Dan Ganti

Puasa Sunat Hari Putih 2019 Bergabung Dengan Puasa Sunat Syawal Dan Ganti

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1672 hits
Puasa Sunat Hari Putih 2019 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Tahu tak esok lusa dan tulat adalah hari putih 2019 untuk bulan Syawal 1440H Haa actually kita digalakkan untuk puasa sunat hari putih pada setiap bulan Jika tak nak pu...
Muat Naik Video Sempenan Hari Bapa Ketampanan Papa Ayda Jebat Curi Tumpuan Netizen

Muat Naik Video Sempenan Hari Bapa Ketampanan Papa Ayda Jebat Curi Tumpuan Netizen

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 454 hits
Hari ini merupakan hari bapa jadi ramailah yang mula membuat ucapan buat bapa masing masing dengan menzahirkan pelbagai rasa syukur dan sayang terhadap pengorbanan seorang bapa Tidak ketinggalan juga penyanyi cantik Ayda Jebat yang kini nam...
Selamat Hari Bapa Buat Semua Ibu2 Yang Besarkan Anak Tanpa Seorang Lelaki Rita Rudaini

Selamat Hari Bapa Buat Semua Ibu2 Yang Besarkan Anak Tanpa Seorang Lelaki Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 687 hits
Selamat hari bapa buat semua ibu2 yang besarkan anak tanpa seorang lelaki Rita Rudaini Sempena hari bapa yang jatuh pada hari ini media sosial dipenuhi dengan ucapan selamat hari bapa oleh seluruh netizen Para selebriti dan artis juga tidak...
Sk Taman Nusa Perintis Hari Sua Akademik 2019

Sk Taman Nusa Perintis Hari Sua Akademik 2019

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 554 hits
SK Taman Nusa Perintis Hari Sua Akademik 2019 Hari ni sekolah iqi buat hari terbuka Hari Sua Akademik nama digelar TQ mama dapat luangkan masa dengan iqi kat sekolah tadi Rupanya Sekolah agama pun ada hari terbuka jugak 2 in 1 jadinya Alham...
Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Caf

Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Caf

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 2063 hits
Sambut Hari Bapa Dengan Kek Dari Baiwago Plus Caf Assalamualaikum Sambutan hari bapa tahun ni lebih istimewa sebab dapat hadiahkan En suami dengan kek khas dari Baiwago Caf sempena Hari Bapa Tahun ni rezeki En suami dapat la belanja dia kek...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara