Kelebihan Bisnes Public Gold
Berikut saya kongsikan kelebihan bisnes Public Gold dari sudut bukan
kewangan dan ganjaran.
Entri Berkaitan:
Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold
1. Jaminan Pelanggan Sedia Ada Kekal Milik Kita
Salah satu kelebihan yang tiada pada kebanyakkan bisnes (menggunakan sistem
ejen atau berbentuk MLM) adalah semua pelanggan sedia ada yang telah kita
perolehi dari usaha keras selama ini kekal milik kita selama-lamanya. Walaupun
selepas ketiadaan kita (meninggal dunia atau tak mampu menguruskan bisnes
lagi).
Ini jaminan dari Public Gold. Bisnes ini milik kita sepenuhnya. Itu sebab
kenapa Public Gold menggunakan istilah PGBO (Public Gold Business Owner) pada
semua dealer yang ada (aktif atau tidak).
Tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Public Gold. Terdapat
pengecualian dalam kes-kes tertentu.
2. Bisnes Yang Boleh Diwarisi Serta Dilindungi
Public Gold juga memberi jaminan bahawa bisnes ini boleh diwarisi sekiranya
berlaku kematian kepada Dealer. Semua komisen yang diterima sebelum ini (setiap
bulan) diserahkan kepada waris termasuk semua kelebihan yang ada selagi cukup
syaratnya. Termasuklah percutian ke luar negara tajaan Public Gold.
Selagi mana pelanggan sedia ada (Frontline/ Empire) terus berurusniaga dengan
Public Gold (jual beli emas dan perak) serta membeli di PG Mall (Semua jenis
produk yang ada).
3. Bantuan Serta Bimbingan Berterusan Dari Kumpulan Sokongan
Menjadi sebahagian dari kumpulan seperti G100 bermaksud bisnes kita akan
sentiasa mendapat sokongan dari segi kelengkapan (tools) untuk membangunkan
bisnes. Ini merangkumi kursus dan seminar yang dianjurkan (percuma atau
berbayar) secara atas talian (Zoom Meeting, FB Page dan sebagainya) atau diluar
talian (perjumpaan secara fizikal).
Dari segi kemahiran pula (ilmu pengetahuan), ia meliputi cara
membangunkan bisnes dan sebagainya serta boleh mendapat bimbingan terus
(Mentorship) dari dealer yang terbukti telah berjaya (memiliki keputusan yang
cemerlang). Berada dalam suasana (circle) yang betul (kenalan) akan memberi
kita motivasi dan semangat untuk terus memajukan bisnes.
Nak berjaya dengan cepat, bergerak secara berseorangan (solo). Nak berjaya
dengan cepat serta jauh, bergerak bersama G100.
4. Jaminan Status 'Dealership' Berkekalan
Public Gold juga memberi jaminan status (Dealership) yang kita miliki (Normal,
Priority dan Master) serta pelanggan (Frontline/ Empite) akan terus kekal
walaupun setelah kita tidak lagi aktif dalam bisnes ini.
Pengecualian pada status Founder Master Dealer (FMD) serta Kepimpinan
(Leadership Pin) yang ada syarat perlu dipenuhi untuk mengekalkannya setiap
tahun. Syarat yang dikenakan itu bukan menjadi masalah untuk dipenuhi sekiranya
kita memiliki struktur bisnes yang stabil dan kukuh (pelanggan yang betul).
Ini bermaksud, kita tak perlu mula kembali dari kosong (bawah atau tiada
pelanggan) semasa membuat kemunculan kembali dalam bisnes. Hanya mula dari
titik terakhir yang ditinggalkan.
5. Jaminan Komisen Tetap Diterima Tanpa Gagal
Public Gold juga memberi jaminan semua komisen yang layak diterima akan terus
diberi walaupun kita tidak lagi aktif dalam bisnes atau setelah bisnes di
wariskan selepas kematian kita. Walaupun begitu, terdapat perbezaan kaedah
pemberian komisen antara dealer aktif dan yang tidak aktif.
Bagi dealer tidak aktif (sekiranya tiada pembelian produk Public Gold atau
tiada pendaftaran pelanggan baru dalam tempoh sebulan), semua komisen akan
dimasukkan ke dalam cwallet di PG Mall.
Bagi dealer yang aktif, RM 100 serta sen pertama akan dimasukkan dalam
cwallet di PG Mall. Bakinya akan dikreditkan terus ke akaun bank setiap bulan.
Entri Berkaitan:
Komisen Public Gold
Kelebihan lain yang ada dalam bisnes ini adalah kita tidak perlu memikirkan tentang
pengurusan bisnes (operasi) merangkumi kos operasi harian yang perlu ditanggung,
penyimpanan stok, penghantaran stok kepada pelanggan dan sebagainya. Semuanya
diuruskan oleh Public Gold sepenuhnya.
Fokus kita hanya pada bahagian pemasaran sahaja. Mudahkan.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mdfaiez84.com/2024/01/kelebihan-bisnes-public-gold.html