Kelebihan Bismillah 6 Dan Khasiatnya Yang Luar Biasa Jika Diamalkan
Terlalu banyak khasiat, manfaat, fadhilat dan kelebihan Bismillah 6 yang Allah kurniakan kepada mereka yang mengamalkannya dan sesiapa yang membaca ayat ini akan ditunaikan segala hajat, dimurahkan rezeki dan banyak lagi.
Fadhilat dan Kelebihan Bismillah 6
Kami kongsikan beberapa fadhilat dan kelebihan Bismillah 6 yang ternyata sangat baik diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Antara khasiat dan manfaat ayat Bismillah 6 adalah seperti berikut :
1. Dapat menerang hati
2. Dipermudahkan dan diperluaskan rezeki
3. Amalan ini mampu menjadi air laut masin menjadi tawar
4. Dapat selamatkan diri dari karam di tengah laut
5. Dimakbulkan semua hajat dan cita-cita
6. Dapat menghindari dari segala jenis penyakit
7. Penawar berbagai bisa termasuk sengat binatang iaitu ular, lebah, dll
8. Dijauhi fitnah dan bahaya musuh yang ingin menyerang
9. Memperolehi kejayaan dan kemenangan dalam perang
10. Penawar sihir dan racun seperti santau
11. Jika baca di badan mampu selamatkan diri dari dibunuh
12. Dihembuskan kepada perempuan dan perempuan itu sayangkan kita
13. Memudahkan wanita yang ingin melahirkan anak
14. Dapat jadikan sebagai selusuh kepada wanita bersalin
15. Orang pekak mampu mendengar jika amalkan tanpa henti, insya Allah
16. Iblis akan lari jika dibaca pada orang yang dirasuk
17. Ayat ini mampu menghalau jin dan syaitan
18. Jika dibaca di tempat suci dikatakan mampu melihat makhluk halus
19. Dapat selamatkan diri dari binatang buas
20. Dapat selamatkan tanaman daripada dimakan binatang
21. Jika dijadikan azimat atau dibaca pada sawah, dapat hindari dari ancaman binatang
22. Amalan bacaan ayat ini 70 kali setiap hari dapat selamatkan diri dari ancaman raja yang zalim
23. Akan dibebaskan dari penjara jika diamalkan tanpa henti
24. Jika dibaca pada malam Jumaat 20 kali akan dapat melihat orang di dalam kubur
Ayat Bismillah 6 & Terjemahan
Bismillah Enam Dalam Rumi
1. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.
2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.
3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.
4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.
5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.
6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.
Bismillah 6 dan Maksudnya
1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim
Cara Merawat Pesakit Guna Ayat Bismillah 6
Untuk merawat segala jenis penyakit atau pesakit yang sedang sakit kerana perkara-perkara yang dinyatakan di atas, anda boleh merawat dengan cara yang dikongsikan dan ditunjukkan seperti di bawah :
Letakkan tapak tangan di tempat yang sedang sakitBaca surah Al-Fatihah dan ayat Bismillah 6Bacakan dengan penuh yakin dengan hati yang khusyukTiupkan di tapak tangan atau di tempat yang sedang sakitSapukan ke seluruh tempat sakit atau ke seluruh tubuh badanIktikadkan seolah-olah ingin membuang sesuatu dari badan yang sakit
Boleh juga dibaca ayat Bismillah 6 ini pada air kemudian diminum atau disapukan di tempat yang sedang sakit. Insya Allah, dengan izin Allah semua perkara yang tidak baik atau angin akan terkeluar daripada badan seterusnya akan muntah.
Baca : Kelebihan dan Kebaikan Zikir
Ayat atau doa Bismillah 6 boleh juga diamalkan dengan membaca kepada binatang yang terkena racun seperti termakan rumput beracun atau terkena patukan ular dan sebagainya.
Kaedah rawatan atau cara merawat binatang tersebut dengan menggunakan ayat Bismillah Enam ini dengan memberi makanan rumput atau air yang telah dibacakan dengan doa Bismillah 6 ini.
Anda disarankan sentiasa amalkan ayat Bismillah 6 ini kerana ia boleh dijadikan sebagai penawar segala macam jenis racun malahan ia langsung tidak memudaratkan sesiapa saja yang mengamalkannya.
Jika pengamal doa ini terminum racun di dalam gelas atau bekas yang mempunyai racun di dalamnya, gelas tersebut terus pecah sekiranya pengamal bacaan Bismillah 6 ini memegangnya sebelum diminum. Insya Allah dengan izin Allah Taala. - ilmualam.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ilmualam.com/2020/03/kelebihan-bismillah-6-dan-khasiatnya.html