Kelazatan Masakan Tradisi Negeri Sembilan Di Aunty Aini S Garden Cafe Nilai


[Catatan kisah hari Selasa, 14 Mac 2023]
Dulu semasa menetap di rumah NS, agak kerap kami makan di Aunty Aini’s Garden Cafe, Nilai. Pada tahun 2019, saya pernah catatkan di blog mengenai tempat makan kegemaran kami ini DI SINI. 
Selepas itu pada tahun 2020, pandemik COVID-19 melanda dan pada masa yang sama kami berhijrah ke utara tanah air. Tahun demi tahun (sewaktu berkesempatan balik ke rumah NS), ada beberapa kali kami datang. Tapi setiap kali tu tak ada rezeki makan di sini - sama ada pelanggan terlampau ramai pada hujung minggu, restoran tak beroperasi atau kami datang terlampau awal untuk waktu makan malam (tak dapat menunggu, kami perlu meneruskan perjalanan)

Alhamdulillah pada hari Selasa lalu, dapat juga kami kembali ke sini untuk ‘melerai rindu’ pada makanan kegemaran kami. Kami menjadi pelanggan pertama melangkah masuk ke restoran ini sebaik pintu dibuka pada pukul 5.40 petang untuk sesi makan malam (tempat ini dibuka dua sesi iaitu waktu makan tengah hari dan makan malam)

Tak lama lepas kami duduk, datang beberapa kumpulan pelanggan lain. Kami pernah cuba datang pada hari hujung minggu, tempat ini meriah dengan pelanggan dan tak ada meja kosong. Terpaksa keluar dengan rasa kecewa

Aunty Aini’s Garden Cafe menawarkan suasana tempat makan yang santai dan tenang dikelilingi tumbuhan hijau

Buku menu. Ada perubahan harga. Maklumlah, dah bertahun tak ke sini

Masih seperti dulu, kami memesan minuman ais kosong dan peach tea. Kali ini peach tea terasa lebih manis. Entah memang betul kali ini terlebih manis, atau deria rasa kami yang semakin meningkat usia ni jadi lebih sensitif 😄
Lebih kurang 15 minit menunggu, hidangan kami tiba. Dua jenis lauk kegemaran (hampir setiap kali datang, yang itu jugak kami makan) dan dua jenis lauk yang baru pertama kali kami cuba makan. Dah bertahun tak dapat makan di sini kan, itu yang rasa macam nak kena makan lebih 😁
Gulai lemak cili api kupang - RM19.50. Sebenarnya kami nak makan gulai lemak cili api telur itik (satu lagi lauk kegemaran kami di sini), tapi habis pulak. Jadi kami tukarlah kepada lauk kupang ni, mencuba buat kali pertama. Sedap dan lembut isi kupang

Gulai lemak cili api cendawan kukur - RM11. Juga kali pertama mencuba

Gulai lemak cili api daging salai - RM16.50. Inilah lauk kegemaran kami. Masih seperti dulu, sedap dan lembut dagingnya

Kerabu pucuk paku - RM10. Juga lauk kegemaran kami

Alhamdulillah…sangat memuaskan selera. Hampir licin pinggan habis kami makan semuanya, kecuali pinggan lauk kupang dan cendawan kukur masih bersisa kuah masak lemak cili api

Kagum saya bagaimana mereka berjaya mengekalkan rasa lazat yang sama bertahun lama. Kadang tu kan kita pergi kedai makan, hari ini sangat sedap, datang lagi dah lain pulak rasanya

Ada satu perbezaan yang kami perasaan, masakan lemak cili api kali ini dah berkurang kadar pedasnya. Kalau dulu kami makan sampai hidung berair. Kali ni tak lagi, kami makan dengan lebih selesa. Saya lebih suka kadar pedas begini

Selain lauk-pauk, kami juga gemar kuih lepat pisang di sini. Tapi bukan selalu lepat pisang ni ada dijual. Biasanya kalau ada, kami akan membeli lebih. Macam kali ni, tak ada rezeki kami nak makan lepat pisang. Ada pilihan kuih lain, kami beli juga untuk mencuba. Tetap jua lepat pisang menjadi kuih ‘terpaling’ sedap di sini









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/03/kelazatan-masakan-tradisi-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sembilan 2023m 1444h

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sembilan 2023m 1444h

papar berkaitan - pada 22/3/2023 - jumlah : 310 hits
Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa imsak sepanjang bulan Ramadhan 1444H 2023M bagi seluruh negeri Negeri Sembilan sepertimana disiarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Jadual atau takwim in...
Pn Dah Ada Poster Boy Di Selangor Negeri Sembilan

Pn Dah Ada Poster Boy Di Selangor Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 198 hits
Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor berkata gabungan itu yakin tawan Selangor dan Negeri Sembilan daripada PH PETALING JAYA Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Muhammad Sanusi Md Nor berkata gabungan itu sudah memuktamadkan...
Percutian Cuti Sekolah 2hari 1malam Di Port Dickson Negeri Sembilan

Percutian Cuti Sekolah 2hari 1malam Di Port Dickson Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 217 hits
Assalammualaikum w b t Percutian Singkat Bersama Keluarga Abangfh memang seorang yang suka sangat duduk hotel tiap bulan ada je pertanyaan dari dia bila nak The post appeared first on
Bersatu Mb In Selangor N Sembilan If Pn Wins State Polls

Bersatu Mb In Selangor N Sembilan If Pn Wins State Polls

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 251 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin today said the party will take charge to lead as menteri besar of Selangor and Negeri Sembilan in the event Perikatan Nasional successfully captures the Pakatan Harapan held states after the next state ele...
Enjoy Citarasa Serantau Hilton Garden Inn Puchong

Enjoy Citarasa Serantau Hilton Garden Inn Puchong

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 429 hits
Enjoy Citarasa Serantau Hilton Garden Inn Puchong For the upcoming Ramadan this year Hilton Garden Inn Puchong proudly presents local favorites with an extensive celebratory menu featuring themed buffets at Garden Grille and more Citarasa S...
Bufet Kembara Ramadan Di Swiss Garden Hotel Residence Genting Highlands Bawah Dari Rm100

Bufet Kembara Ramadan Di Swiss Garden Hotel Residence Genting Highlands Bawah Dari Rm100

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 351 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Alhamdulillah kurang dari 10 hari lagi kita nak sambut bulan mulia Bulan Ramadan tidak akan lengkap tanpa iftar atau lebih dik...
Kuantan City Garden Di Tutup Sementara Waktu Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan

Kuantan City Garden Di Tutup Sementara Waktu Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 278 hits
KUANTAN Kuantan City Garden ditutup sementara bermula 5 00 petang sehingga 9 00 malam sepanjang Ramadan ini Datuk Bandar Dato Hamdan Hussain berkata penutupan taman di tengah tengah bandar raya Kuantan itu bagi membuat pemantauan rapi meman...
Muhyiddin Jawatan Mb Selangor N Sembilan Milik Bersatu

Muhyiddin Jawatan Mb Selangor N Sembilan Milik Bersatu

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 263 hits
MALAYSIADATELINEPresiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan jawatan Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan akan diberikan kepada parti itu sekiranya Perikatan Nasional berjaya menawan kedua dua negeri itu dalam Piliha...
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minimalist Apartment In Moscow Blends Warmth And Precision

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

100 Genius Diy Pallet Outdoor Ideas To Transform Your Yard

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Insulting Fb Post On Agong President Xi From Hacked Acct Leads To Massive Racist Tirades But