Kelantan Negeri Termiskin Di Semenanjung


N Faizal Ghazali Diterbitkan Hari ini 1:22 tengahari

Kelantan dicatatkan sebagai negeri yang mempunyai statistik tertinggi miskinnya antara negeri di Semenanjung Malaysia, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Menurut beliau, secara keseluruhan negeri Cik Siti Wan Kembang itu merupakan negeri ketiga tertinggi statistik kemiskinan selepas Sabah dan Sarawak.

"Statistik kemiskinan bagi bulan Jun 2019 menunjukkan miskin tegar di Kelantan adalah seramai 6,218 orang, manakala miskin adalah seramai 31,217 orang," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kota Bharu, hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Tengku Temenggong Kelantan merangkap Pro-Canselor UMK Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, hadir sama Naib Canselor UMK, Profesor Dr Noor Azizi Ismail.

Sementara itu pada sidang medianya Mohd Radzi menjelaskan, kadar kemiskinan negeri Kelantan adalah 0.4 peratus, sama dengan peratusan kadar kemiskinan nasional.

Katanya, apa yang perlu difahami (peratusan) itu adalah berdasarkan data kajian dan tinjauan yang dilaksanakan.

"Dan pada masa sama bila kita turun ke bawah, kita lihat ada kumpulan yang masih ketinggalan, itu hakikat kita harus terima.

"Daripada segi data e-Kasih Kelantan antara penerima tertinggi, itu tunjukkan kemiskinan masih wujud.

“Kita tak mahu salahkan sesiapa, program hari ini kita mahu cari jalan bagaimanakah kita dapat bawa bersama seluruh rakyat Kelantan dapat rasa nikmat pembangunan," katanya.

Bagaimanapun tambah beliau, apa yang berlaku pada masa lalu terhadap negeri Kelantan perlu dilupakan.

"Tinggalkan apa yang lepas, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk pastikan wilayah-wilayah ketingggalan dibawa bersama dalam arus pembangunan negara. Jadi apa kita inginkan (supaya) rakyat Kelantan rasai apa dirasai di seluruh negara.

"Jika kita lihat ekonomi itu terkumpul di Kuala Lumpur, jadi hakikat data tunjukkan memang rakyat Kelantan masih ramai ketinggalan.

"Contohnya penerima pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia antara teramai dari Kelantan dan data-data ini menunjukkan bahawa mereka masih perlu dibantu," kata Mohd Radzi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/kelantan-negeri-termiskin-di-semenanjung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Termiskin Rakyat Mahu Tahu Insiatif Kerajan Negeri Pusat Untuk Menaikkan Taraf Hidup Itu Jerrr

Kelantan Termiskin Rakyat Mahu Tahu Insiatif Kerajan Negeri Pusat Untuk Menaikkan Taraf Hidup Itu Jerrr

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 446 hits
Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Mohd Radzi Md Jidin Mohd Radzi berkata dari segi statistik kadar kemiskinan Kelantan menyamai pu...
Kelantan Tak Kaya Tapi Kami Bukan Negeri Termiskin Kata Timbalan Mb

Kelantan Tak Kaya Tapi Kami Bukan Negeri Termiskin Kata Timbalan Mb

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 648 hits
Mohd Amar Nik Abdullah berkata rakyat Kelantan boleh hidup dengan pendapatan RM2 000 tetapi wang itu tidak mencukupi bagi penduduk Kuala Lumpur KOTA BHARU Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mempertikaikan kenyataan Putrajaya mengklasifikasikan ...
65 Penerbangan Sehari Bukti Kelantan Negeri Maju Dan Kaya

65 Penerbangan Sehari Bukti Kelantan Negeri Maju Dan Kaya

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 647 hits
Rosak negeri atau negara kalau orang macam Nik Amar ni jadi pemimpin Dia ukur ekonomi dengan jumlah penerbangan je Dia kira tak yang jumlah turun naik kapalterbang di serambi mekah tu rambut perang kulit putih atau yang kulit gelap berbau b...
Lagi Amaran Ribut Petir Libatkan 9 Negeri Termasuk Kelantan Dan Terengganu Sampai Awal Pagi Ini

Lagi Amaran Ribut Petir Libatkan 9 Negeri Termasuk Kelantan Dan Terengganu Sampai Awal Pagi Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 531 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung Malaysia Menurut kenyataan yang dikeluarkan dijangkakan tujuh buah negeri iaitu Kelantan Terengganu Pah...
Temuduga Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

Temuduga Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 518 hits
Temuduga Terbuka Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Portal jawatan kosong membawakan anda peluang pekerjaan di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang kini dibuka dengan ambilan secara temuduga terbuka Permohonan adalah dipelawa daripada Warg...
Isu Dr Zakir Naik Negeri Sembilan Larang Ceramah Terbuka Atau Tertutup

Isu Dr Zakir Naik Negeri Sembilan Larang Ceramah Terbuka Atau Tertutup

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 492 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Larangan Jualan Di Simpang Lampu Isyarat Kerajaan Negeri Terengganu Tangguh Kompaun

Larangan Jualan Di Simpang Lampu Isyarat Kerajaan Negeri Terengganu Tangguh Kompaun

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 407 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Enam Negeri Diberi Amaran Kejadian Ribut Petir Sehingga Tengah Malam Ini Termasuk Pulau Langkawi

Enam Negeri Diberi Amaran Kejadian Ribut Petir Sehingga Tengah Malam Ini Termasuk Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 647 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran kejadian ribut petir bagi 6 buah negeri di seluruh Malaysia sehingga jam 1 pagi esok Negeri negeri yang dinyatakan adalah Kedah Terengganu Pahang Johor Sarawak dan Sabah A...
Jadual Hari Kelepasan Am Dan Negeri Tahun 2020

Jadual Hari Kelepasan Am Dan Negeri Tahun 2020

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 1267 hits
Jadual hari cuti tahun 2020 dah keluar rancanglah apa apa yang patut eh copyright 2018 All rights reserved
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd