Kelantan Guna Satelit Tingkat Liputan Internet Di Pedalaman


 Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH: Kerajaan negeri berusaha meningkatkan jaringan internet di kawasan luar bandar melalui penggunaan teknologi satelit membabitkan 18 lokasi perkampungan Orang Asli di Gua Musang.

Menteri Besar Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian serius mengenai perkembangan teknologi dan pembangunan infrastuktur digital bagi memastikan Kelantan sentiasa seiring dalam pembangunan teknologi.

Katanya, bagi rakyat yang tinggal di luar bandar, syarikat telekomunikasi BiNa NET akan membantu menyalurkan atau memberi kemudahan internet kepada rakyat dalam pelbagai perkara khususnya bidang pendidikan dan aktiviti ekonomi secara atas talian.
“Dengan adanya liputan tersebut sekurang-kurangnya dapat memberi khidmat kepada rakyat supaya mereka boleh menggunakan internet berasaskan satelit untuk melayari internet dengan lebih baik.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana Kelantan ICT Gateway BiNa NET berusaha mengatasi masalah liputan rangkaian jalur lebar kepada rakyat,” katanya selepas merasmi Pelancaran Perkhidmatan Internet Satelit Luar Bandar (PeSAT) di Jeram Mengaji Agro Resort, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar Dato Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Ahmad juga berkata, kadar penggunaan internet semakin tinggi sama ada di bandar atau luar bandar lebih-lebih lagi kesan penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara sejak dua tahun lalu menyebabkan penggunaan jaringan internet amat penting termasuk bekerja dari rumah (BDR) dan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
“Berdasarkan statistik, kedudukan Kelantan juga masih lagi belum mencapai tahap yang diinginkan dari aspek kadar penembusan jalur lebar dan dengan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) ia adalah satu lonjakan baharu sebagai satu usaha dan perancangan pelan tindakan bagi menyediakan asas untuk liputan jalur lebar yang menyeluruh serta berkualiti tinggi bagi mempersiapkan negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G tahun ini,” katanya.
Beliau juga berkata, negara kini berada dalam era berasaskan teknologi Revolusi Industri 4.0 dan transformasi digital ekonomi yang mewujudkan ekosistem bagi pertumbuhan ekonomi digital seperti perkakasan pintar terutama berasaskan Internet Kebendaan (IoT), teknologi kreatif dan e-dagang.
“Sehubungan itu, kerajaan negeri yakin pelan hala tuju teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negeri bagi tempoh tujuh tahun bermula 2019 hingga 2025 akan menyokong pelaksanaan pelan strategik Kelantan melangkah ke hadapan serta pelan induk pembangunan mampan berteraskan ICT,” katanya.
Kata beliau juga kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan terutamanya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat diperhebatkan bagi memastikan pelaksanaan projek-projek di bawah Jendela berjalan lancar.
“Saya juga berharap rakyat Kelantan yang berada di luar bandar dapat menikmati kemudahan internet yang baik serta memberi manfaat dari segi pendidikan, ekonomi, dan sosial,” katanya.
Sementara itu, Dr Mohamed Fadzli berkata, fokus penyediaan internet turut membabitkan 200 lokasi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 50 sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang sudah dikenal pasti tidak mempunyai akses internet.
Katanya penggunaan internet bagi tujuan pendidikan amat penting sekarang memandangkan wabak Covid-19 masih menular dalam kalangan komuniti dan menjadi keutamaan kerajaan untuk memastikan rakyat di luar bandar terutama guru dan pelajar memperoleh akses internet lebih baik. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/kelantan-guna-satelit-tingkat-liputan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Guna Logo Ph Kecuali Keadilan Akan Guna Logo Sendiri

Ph Guna Logo Ph Kecuali Keadilan Akan Guna Logo Sendiri

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 170 hits
PKR DAP AMANAHPH guna logo PH kecuali Keadilan akan guna logo sendiri Berisiko tapi aku percaya ianya risiko yang berbaloi diambil Logo PH terlalu sinonim dengan kata kata Mahathir yang mengguris hati rakyat ketika menjadi PM bersama PH dah...
Pkr Guna Logo Sendiri Kerana Logo Ph Simbol Era 22 Bulan Pentadbiran

Pkr Guna Logo Sendiri Kerana Logo Ph Simbol Era 22 Bulan Pentadbiran

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 180 hits
Malaysiakini Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya memutuskan untuk menggunakan logo sendiri untuk pilihan raya negeri Johor akan datang kerana logo Pakatan Harapan dibayangi era hampir dua tahun pentadbiran me...
Prn Johor Pkr Guna Logo Sendiri Amanah Dan Dap Guna Logo Ph

Prn Johor Pkr Guna Logo Sendiri Amanah Dan Dap Guna Logo Ph

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 193 hits
Fion Yap Diterbitkan Jan 26 2022 PKR akan menggunakan logonya sendiri dalam pilihan raya negeri Johor manakala Amanah dan DAP akan kekal dengan logo Pakatan Harapan Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat majlis presiden PH di ibu pejabat PK...
Guna Logo Berlainan Mampukah Ph Cipta Kejayaan

Guna Logo Berlainan Mampukah Ph Cipta Kejayaan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 127 hits
SHAHBUDIN HUSINMampukah PH mencipta kemenangan atau sekurang kurangnya memberi saingan yang sengit meski mengguna logo yang berlainan dalam PRN Johor akan datang ini Tidakkah tiada kesepakatan dalam penggunaan logo itu sudah menggambarkan t...
Pkr Guna Lambang Sendiri Anwar Buat Keputusan Ikut Kepala Sendiri Lagi

Pkr Guna Lambang Sendiri Anwar Buat Keputusan Ikut Kepala Sendiri Lagi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 189 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat gagal menyatukan parti pembangkang dibawah satu khemah besar PKR membuat keputusan untuk menggunakan lambangnya sendiri dan tidak akan menggunakan lambang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Neger...
Melebatkan Rambut Bayi Guna Minyak Kelapa Dara

Melebatkan Rambut Bayi Guna Minyak Kelapa Dara

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 183 hits
Minyak kelapa boleh dikategorikan sebagai minyak yang bagus untuk bayi kerana sifatnya yang antibakteria antivirus serta antikulat Minyak ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang ibu ayah malah membantu sihatkan kulit bayi Kelapa merupakan p...
Pemilik Syarikat Didenda Guna Sijil Halal Tidak Diiktiraf Jakim

Pemilik Syarikat Didenda Guna Sijil Halal Tidak Diiktiraf Jakim

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 277 hits
Oleh NOR SHAFAWATI YUP A Nadaraja didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari atas dua pertuduhan memperakukan sijil halal tidak diiktiraf Jakim di dua buah restoran di Nilai UTUSAN NOR SHAFAWATI YUP SEREMBAN Tindakan seorang pengarah syarikat...
Dia Ni Cakap Mesti Tak Guna Otak Ni

Dia Ni Cakap Mesti Tak Guna Otak Ni

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 233 hits
Adoi Dia nak tipu siapa ni Pembalakan bagus untuk harimau sebab nanti tumbuh pokok baru Kancil makan pokok yang baru tumbuh ni Jadi senang harimau nak tangkap Dalam hutan simpan harimau susah nak tangkap mangsa Ini apa cerita Berbohong tu d...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade