Kelantan Cadang Benarkan Solat Jumaat Pahang Bincang Dulu



KUALA LUMPUR: Kelantan mencadangkan solat Jumaat dibenar didirikan di masjid, namun secara fardu kifayah kerana negara masih berhadapan ancaman pandemik COVID-19

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata cadangan itu dikemukakan dalam Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk meneruskan syiar Islam selepas kerajaan memberikan kelonggaran kepada sektor ekonomi

Beliau menegaskan, tugas mengembangkan syiar Islam dalam keadaan seperti sekarang dan darurat adalah tanggungjawab kerajaan

"Kewajipan bersolat Jumaat adalah fardu ain dalam keadaan aman dan dalam keadaan darurat seperti ancaman pandemik COVID-19 ini, hidupkannya secara fardu kifayah

"Baru-baru ini, kita tangguh solat Jumaat kerana COVID-19 agak serius, sekarang sudah reda. Jadi muzakarah (MKI) mohon kelonggaran seperti yang diperoleh untuk sektor ekonomi," katanya ketika dihubungi BH, hari ini

Beliau mengulas hasil Muzakarah Khas MKI semalam yang antara lain membincangkan kebenaran dan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan aktiviti agama di masjid dan surau, termasuk solat Jumaat dan Tarawih sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)


Mohamad Shukri menjelaskan, turut disyorkan adalah kebenaran untuk solat Jumaat dengan jumlah jemaah paling minimum empat orang seperti dibenarkan untuk solat-solat fardu lain di surau dan masjid

Mengikut sesetengah pendapat, katanya, solat Jumaat boleh dilakukan dalam keadaan darurat dengan bilangan 12 orang atau minimum empat orang

"Yang turut dicadangkan adalah solat Jumaat dengan 40 jemaah, setiap jemaah dikenal pasti (identiti) atau diberikan jemputan. Mereka yang tidak ada jemputan dilarang sama sekali hadir untuk berjemaah

"Kita juga cadangkan SOP supaya daripada 40 jemaah itu, 15 adalah dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid dan selebihnya atas jemputan masjid, iaitu individu yang sudah dikenalpasti. Pastinya bukan warga emas atau mereka yang berisiko," katanya

Bagi penjarakan sosial untuk jemaah di masjid, Mohamad Shukri berkata, setiap tempat solat jemaah diletakkan tanda nama, manakala bagi khutbah Jumaat dicadangkan masanya ditetapkan dua atau tiga minit, sekadar bagi memenuhi rukun solat Jumaat

Beliau menegaskan, tugas mengembangkan syiar Islam dalam keadaan seperti sekarang dan darurat adalah tanggungjawab kerajaan

"Kewajipan bersolat Jumaat adalah fardu ain dan dalam keadaan darurat, hidupkannya secara fardu kifayah," katanya

Ditanya sama ada Kelantan akan melaksanakan cadangan itu dalam waktu terdekat, beliau berkata, perkara itu akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan untuk mendapatkan perkenan

"Pihak jawatankuasa agama negeri akan membincangkan perkara ini sebelum dipersembahkan untuk diperkenan Tuanku Sultan Kelantan," katanya
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman pula berpendapat, semua pihak perlu mengambil maklum nasihat dan kebimbangan pelbagai pihak sebelum dapat melaksanakan solat Jumaat di masjid dan surau

Katanya, ada dinasihatkan supaya solat Jumaat sebaik-baiknya dilaksanakan selepas 30 Mei ini kerana kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penularan semula wabak

"Bagi Pahang, semua itu akan dibincang dengan jawatankuasa agama dan bencana negeri. Selepas ada keputusan, kita akan persembahkan kepada Sultan untuk diperkenankan," katanya

Mengenai cadangan minimum empat orang dibenarkan bersolat Jumaat di masjid, katanya, Malaysia mengikut Mazhab Imam Shafie yang menetapkan minimum 40 jemaah untuk solat Jumaat

"Sebaik-baiknya dikekalkan dengan 40 jemaah jika mahu syiar Islam itu dikembalikan," katanya

Sumber: BH Online

from Sehinggit Media https://ift.tt/3ckhgtS
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/kelantan-cadang-benarkan-solat-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Bincang Sop Solat Tarawih Dan Jumaat Esok

Kerajaan Bincang Sop Solat Tarawih Dan Jumaat Esok

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 434 hits
SHAH ALAM 29 APRIL Kerajaan akan bermesyuarat esok berhubung tatacara operasi piawai solat tarawih dan Jumaat di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas menteri menteri akan ...
Pulau Pinang Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan Terhad 15 Jemaah

Pulau Pinang Benarkan Solat Jumaat Mulai Minggu Depan Terhad 15 Jemaah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 529 hits
Pulau Pinang akan membenarkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid dan surai mulai minggu depan tetapi jumlahnya terhad kepada 15 jemaah pada satu satu masa Mufti negeri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata semua masjid dan surau perlu m...
Wilayah Persekutuan Benarkan Solat Jumaat Berjemaah Tarawih Dan Aidilfitri

Wilayah Persekutuan Benarkan Solat Jumaat Berjemaah Tarawih Dan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 451 hits
Imam Jemputan Masjid Negara Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani mengimamkan solat tarawih berjemaah bersama warga kerja masjid berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 susulan penularan wabak Covid 19 di Masjid Negara Kuala Lumpur foto AFIQ...
Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat Mufti Perlis

Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 521 hits
Sebelum ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa kebenaran untuk solat Jumaat dan solat berjemaah terawih ketika Perintah Kawalan Pergerakan bakal dibincangkan Menurutnya semua kementerian bakal menyertai perbinca...
Muslim Di Songkhla Solat Jumaat Pertama Hari Ini Sejak 27 Mac Lalu

Muslim Di Songkhla Solat Jumaat Pertama Hari Ini Sejak 27 Mac Lalu

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 365 hits
SONGKHLA Umat Islam di wilayah Songkhla di selatan Thailand hari ini menunaikan solat Jumaat pertama selepas larangan pada 27 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak COVID 19 Hampir 400 umat Islam di Pekan Chana Songkhla menunaikan ...
Garis Panduan Solat Jumaat Semasa Pkp Akan Dibincangkan

Garis Panduan Solat Jumaat Semasa Pkp Akan Dibincangkan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 427 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 5 telah diadakan hari ini bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ment...
Umat Islam Di Songkhla Tunai Solat Jumaat

Umat Islam Di Songkhla Tunai Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 296 hits
UMAT Islam di wilayah Songkhla selatan Thailand hari ini menunaikan solat Jumaat pertama selepas larangan pada 27 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak Covid 19 Hampir 400 umat Islam di Pekan Chana Songkhla menunaikan solat Jumaat...
Solat Jumaat Bersyarat Di Perlis Mulai 15 Mei Maips

Solat Jumaat Bersyarat Di Perlis Mulai 15 Mei Maips

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 378 hits
Jumlah jemaah termasuk imam khatib tak lebih 12 orang KANGAR Sebagai langkah permulaan untuk membolehkan Syiar Jumaat dihidupkan kembali Perlis membenarkan Solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini Peraturan yang ditetapkan ialah jumlah jemaa...
Pkpb Perlis Benar Solat Jumaat

Pkpb Perlis Benar Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 445 hits
Gambar HiasanPERLIS membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid seluruh negeri bermula 15 Mei dengan syarat tertentu tanpa kehadiran orang awam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam kenyataan hari ini berkata solat Jum...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal

Ura Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Terngadah