Kelajuan Usain Bolt Cheetah Dan Burung Falcon Mana Lebih Pantas


 



Perlumbaan 100 meter Di Antara Usain Bolt, Cheetah, dan Burung Falcon




Usain Bolt


Tanggal 16 Ogos 2009 di Kejohanan Olahraga Dunia yang diadakan di Berlin, Jerman, pelari Jamaica, Usain Bolt telah memecahkan rekod dunia dalam acara 100 meter balapan. Usain Bolt mencatat masa 9.58 saat mengatasi pencabarnya yang lain. Rekodnya kini sudah hampir mencecah usia sembilan tahun dan masih belum dipecahkan sehingga kini (Mei 2018 ketika artikel ini ditulis). Jadi, berapakah purata kelajuan yang telah dicatatkan oleh beliau ketika itu? Mari kita menggunakan rumus fizik yang sesuai untuk merungkai berapakah purata kelajuan Usain Bolt.



Kelajuan = jarak/masa
Di sini, jika kita lihat masa yang telah dicatatkan oleh Usain Bolt, beliau mencatat masa 9.58 saat dan jarak perlumbaan ialah 100 meter. Justeru, kita sudah mendapat maklumat berkaitan masa dan jarak. Setelah dikira:
Kelajuan = 100 m/9.58 s = 10.44 m/s
Jadi, purata kelajuan Usain Bolt ketika beliau berlari ialah 10.44 m/s. Untuk lebih mudah memahami unit yang biasa kita gunakan, mari kita tukar unit kepada km/j. Jika kita tukar kelajuan 10.44 m/s kepada km/j, maka kita akan dapati purata kelajuan Usain Bolt ketika itu ialah 37.58 km/j. Begitu laju bagi seorang manusia biasa. Namun, itu hanya purata kelajuan Usain Bolt. Kelajuan maksimum Usain Bolt ketika berlari yang telah dicatatatkan ketika itu ialah 44.72 km/j. Sekiranya Usain Bolt mengekalkan kelajuan maksimum itu dari permulaan sehingga tamat perlumbaan, beliau boleh mencatat masa 8.05 saat. Sekiranya anda ingin merasai betapa lajunya larian Usain Bolt, anda boleh mencuba menunggang motosikal anda dengan kelajuan Usain Bolt (44.72 km/j).
.





Cheetah
Cheetah merupakan haiwan darat yang terpantas di dunia. Kelajuan maksimum cheetah yang pernah direkodkan ialah 120 km/j. Justeru, dengan kelajuan sebegitu, mari kita lihat berapakah catatan masa cheetah untuk jarak sejauh 100 meter. Sekiranya cheetah mengekalkan kelajuan maksimum tersebut (120 km/j):
Kelajuan = jarak/masa
120 km/j = 0.1 km (100 m ditukar unit kepada km)/masa
Masa = 3 s
Wah! Cheetah hanya mengambil masa selama 3 saat sahaja untuk berlari 100 meter dengan kelajuan sebegitu. Maka kita boleh bandingkan betapa lajunya cheetah berbanding manusia terpantas di dunia, Usain Bolt.



Burung Falcon
Burung Falcon atau nama sebenarnya Peregrine Falcon merupakan burung pemangsa. Berkelajuan 389 km/j, burung ini merupakan burung yang paling laju di dunia. Ketika menjunam, burung ini mampu terbang dengan berkelajuan melebihi 300 km/j dan ia hampir sama dengan kelajuan maksimum kereta Formula Satu (F1). Burung ini mempunyai sayap yang lebar yang membantu ia terbang dengan laju dan memudahkan ia menangkap mangsanya iaitu burung-burung kecil. Jadi, dengan kelajuan maksimum 389 km/j, mari kita lihat catatan masa burung ini dengan menggunakan rumus fizik.
Kelajuan burung: 389 km/j atau 108.06 m/s
Masa = jarak/ kelajuan
Masa = 100 m/108.06 m/s
Masa = 0.93 saat
Wah! Maknanya burung falcon ini mampu terbang dengan jarak 100 meter di bawah 1 saat!




Jadi kita dapat lihat di sini, burung Falcon mampu terbang sejauh 100 meter hanya dengan mengambil masa selama 0.93 saat, manakala Cheetah dan Usain Bolt masing-masing mencatat masa 3 saat dan 9.58 saat. Kelajuan ketiga-tiga mereka sangat mengujakan.
Di bawah ini ialah gambaran kedudukan di dalam acara 100 meter


Secara kesimpulannya, ternyata ketiga-tiga mereka berada di dalam kelas yang tersendiri. Melalui perkara ini, kita sebenarnya boleh mengaplikasikan ilmu fizik di dalam kehidupan harian kita. Semoga ilmu yang kita pelajari dapat kita manfaatkan untuk apa jua perkara yang berguna. Jadi pemenangnya ialah burung Peregrine Falcon!






Sumber:
https://edition.cnn.com/2016/07/22/sport/usain-bolt-olympic-games-rio-2016-russia-ban/index.html
https://news.nationalgeographic.com/2016/01/160122-cheetahs-animals-science-fastest-cincinnati-zoo/
https://www.worldatlas.com/articles/the-fastest-birds-in-the-world.html
https://www.youtube.com/watch?v=3r03gM07NTQ
kredit fb  maisara afrienna https://www.facebook.com/profile.php?id=100076380822992&mibextid=ZbWKwL

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://terengganumyheritage.blogspot.com/2024/07/kelajuan-usain-bolt-cheetah-dan-burung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Gaji Atau Kerja Sendiri Mana Yang Lebih Baik

Makan Gaji Atau Kerja Sendiri Mana Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 420 hits
Makan Gaji Atau Kerja Sendiri Mana Yang Lebih Baik Pernah terjadi perbalahan di Facebook Orang yang kerjanya makan gaji pergi jam 8 balik jam 5 petang Diperlekehkan kerja tu dengan orang yang kerja sendiri terutama yang buat bisnes terutama...
Judi Online Sangat Merusak Pemberantasan Harus Lebih Efektif

Judi Online Sangat Merusak Pemberantasan Harus Lebih Efektif

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 216 hits
Pemerintah diminta bekerja keras dan terus mencari cara yang efektif untuk memberantas judi online
Carilah Podcast Yang Lebih Sesuai Berbanding Sarbu Singh

Carilah Podcast Yang Lebih Sesuai Berbanding Sarbu Singh

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 158 hits
Nazri HamdanSetuju Awi AwiSeorang ahli politik tu boleh pakai dua topiTopi 1 ahli politikTopi 2 pentadbirBila dia pakai topi politik cakap politik Tanya politik jawapan pun bersifat politikBila pakai topi pentadbir kena cakap pasal perkara ...
Sebuah Hasil Seni Yang Cemerlang Direka Di Dalam Suhu Tinggi Mari Lihat Dengan Lebih Dekat Kristal Yang

Sebuah Hasil Seni Yang Cemerlang Direka Di Dalam Suhu Tinggi Mari Lihat Dengan Lebih Dekat Kristal Yang

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 183 hits
Sebuah karya seni yang hebat dibuat dalam panas yang tinggi Dapatkan pandangan dekat tentang proses membuat kaca kristal oleh para ahli kerajinan Malaysia Faizy Crystal Glass Blowing Kompleks Kraf Langkawi Sabtu Khamis 10 30 Pagi 5 30 Petan...
Lebih 5 000 Penduduk Nenggiri Terima Manfaat Pembinaan Jalan Baru Jambatan Bertam

Lebih 5 000 Penduduk Nenggiri Terima Manfaat Pembinaan Jalan Baru Jambatan Bertam

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 151 hits
GUA MUSANG Lebih 5 000 penduduk di Nenggiri bakal menerima manfaat pembinaan jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 Gua Musang yang dijangka siap pada Mac tahun hadapan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan ber...
Bmkg Ungkap Penyebab Suhu Lebih Dingin Di Bandung Raya

Bmkg Ungkap Penyebab Suhu Lebih Dingin Di Bandung Raya

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 172 hits
Ia menyebut fenomena suhu dingin ini secara empiris akan berlangsung hingga Agustus 2024
Umno Harus Desak Speaker Diganti Dengan Tokoh Lebih Adil Kata Zaid

Umno Harus Desak Speaker Diganti Dengan Tokoh Lebih Adil Kata Zaid

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 239 hits
freemalaysiatoday com14 Jul 2024 02 30 PMBekas menteri itu berkata institusi kerajaan hanya dapat berfungsi dengan baik apabila pegawai terhormat dan jujur dalam melaksanakan tugas Tiada undang undang atau peraturan boleh menggantikan tingk...
Wapres Harap Tahun Baru Islam Momentum Hijrahkan Diri Untuk Keadaan Lebih Baik

Wapres Harap Tahun Baru Islam Momentum Hijrahkan Diri Untuk Keadaan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 308 hits
Wapres juga menjelaskan Hijrah mengandung dua makna yakni hijrah hissiyah dan hijrah ma nawiyyah
Moga Jadi Penyambung Legasi Anak Sharifah Khasif Muncul Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

Is Ai In The Newsroom A Tool Threat Or A Transformation

La T Te D Or Restaurant At One Madison By Rockwell Group

I Said Yes To Iodine Treatment

Major Judiciary Reveal Fizzles Questions Remain

Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Starbucks Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah

Why My Me Time Starts When The Whole House Is Finally Asleep

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Asian Pop Stars 2025 Bakal Cipta Fenomena Lahirkan Bintang Bertaraf Dunia

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025