Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Jadi Panjang Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya
Semasa kelahiran secara vakum, doktor akan menggunakan alat vakum untuk membantu bawa bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong?
Kelahiran secara vakum
Alat peranti vakum yang dikenali sebagai pengekstrak vakum, menggunakan cawan lembut yang dilekatkan pada kepala bayi dengan penyedut.
Seperti prosedur bersalin lain, pastinya wujud risiko yang berkaitan dengan kelahiran secara vakum.
Malahan, kaedah bersalin normal juga boleh mengakibatkan komplikasi pada ibu dan bayi.
Umumnya, penggunaan alat bantuan kelahiran pengekstrak vakum ini adalah bagi mengelakkan kelahiran caesarean atau mencegah tekanan pada janin. Jom ikuti perkongsian yang dikongsi oleh Hello Doktor ini.
Terkejut lihat kepala bayi lonjong
Jangan panik. Keadaan tersebut TIDAK akan menjadi bentuk kepala bayi anda selama-lamanya.
Semasa dilahirkan, semua bayi baru lahir mempunyai bentuk kepala yang berubah-ubah.
Namun, anda harus menjangkakan bayi yang lahir secara normal melalui saluran faraj akan mumpunyai bentuk kepala lonjong atau disebut sebagai cone shape.
Hakikatnya, situasi itu adalah perkara biasa. Tubuh manusia adalah ciptaan yang menakjubkan!
Pada tengkorak bayi terdapat dua titik lembut serta mudah lentur.
Untuk membantu kepala bayi masuk ke saluran kelahiran yang ketat dan sempit, bahagian itu akan bertindih dan dimampatkan – dikenali sebagai head molding.
Selalunya, isu kepala bayi lonjong ini jarang berlaku pada kelahiran melalui proses pembedahan C-Sec.
Walau bagaimanapun, tidak kira sama ada anda bersalin secara kelahiran faraj atau caesarean, jika bayi turun ke pelvis untuk tempoh yang lama, maka kemungkinan untuk wujud kepala bayi lonjong adalah lebih ketara.
Superficial scalp wounds
Merupakan keadaan kulit kepala yang biasa terjadi kesan daripada kelahiran secara vakum.
Bahkan, selepas kelahiran faraj normal, ia bukanlah perkara pelik untuk melihat bengkak pada bahagian kecil kulit kepala si manja.
Seperti yang dijelaskan awal tadi, semasa bersalin, serviks dan saluran kelahiran akan memberikan banyak tekanan pada bahagian kepala bayi yang akan bergerak memasuki saluran tersebut terlebih dahulu.
Ini mengakibatkan pembengkakan yang dapat membuat kepala bayi lonjong.
Pembengkakan mungkin berlaku pada sebelah bahagian kepala bayi jika kepalanya condong ke satu sisi semasa kelahiran.
Pembengkakan ini biasanya hilang dalam 1 hingga 2 hari selepas melahirkan.
Vakum cawan logam
Pengekstrak vakum asalnya mempunyai cawan logam, sekali gus meningkatkan risiko untuk bayi mengalami pembengkakan pada kepala yang berbentuk seakan kon – dikenali sebagai chignon.
Adakalanya, tempat bekas cawan logam yang diletakkan pada kepala bayi menyebabkan sedikit perubahan warna kulit serta lebam.
Namun pada hari ini, kebanyakan pengekstrak vakum menggunakan cawan sedutan plastik atau Silastik.
Penggunaan cawan tersebut tidak akan menyebabkan pembentukan kepala bayi lonjong chignon dan kurang mengakibatkan pembengkakan.
Berapa lama keadaan kepala bayi lonjong?
Selalunya tengkorak bayi yang mudah lentur itu akan kembali ke tahap perkembangan dalam tempoh 48 jam.
Ini bermaksud, kepala bayi lonjong akan berubah dan kelihatan bulat dalam tempoh 2 hari. Pun begitu, adakalanya ia mungkin memakan masa beberapa minggu.
Tetapi ibu ayah usah bimbang, keadaan kepala yang lonjong itu tidak akan kekal lama.
Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan itu berlanjutan selepas beberapa minggu atau anda mempunyai kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
Tip untuk mengurangkan kesan kepala bayi lonjong
Keadaan kepala bayi anda akan kembali kepada bentuk bulat yang comel dalam tempoh masa antara 2 hari dan beberapa minggu selepas dilahirkan.
Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi bentuk kepala si manja. Antaranya:
Berbaring pada kedudukan yang sama
Tekanan pada bahagian belakang tengkorak
Tidak mengubah posisi arah kepala bayi ketika berbaring
Kepala senget (distortion) disebabkan trauma atau anomali genetik
4 cara kurangkan masalah kepala lonjong
Jika kepala bayi berada dalam keadaan lonjong untuk tempoh yang lebih lama, ada beberapa tip yang boleh membantu mengurangkannya.
Pastikan bayi tidak berbaring secara menelentang pada satu posisi untuk tempoh yang lama. Jika tidak ia boleh mengakibatkan plagiocephaly – keadaan belakang kepala atau sisi rata.
Galakkan bayi untuk berubah kedudukan dengan meletakkan mereka menghadap arah yang berbeza atau menggerakkan mainan ke posisi berlainan.
Anda juga boleh mendukung bayi atau meletakkan si manja dalam baby carrier untuk mengurangkan dan melegakan tekanan yang dialami bahagian belakang kepala mereka.
Berikan bayi tummy time yang secukupnya beberapa kali sehari. Tetapi pastikan anda sentiasa memantau mereka.
Pemeriksaan doktor
Jika wujud sebarang keraguan mengenai keadaan kepala bayi anda selepas kelahiran secara vakum, rujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian dan jalan penyelesaian terbaik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Kelahiran Secara Vakum Buat Kepala Bayi Jadi Panjang ? Jom Cuba Tip Ini Untuk Kurangkannya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/kelahiran-secara-vakum-buat-kepala-bayi-jadi-panjang-jom-cuba-tip-ini-untuk-kurangkannya/