Kekurangan Tenaga Kronik Persatuan Pks Sokong Graduan Asing Dibenar Bekerja


 
Bilangan pelajar asing dalam pengajian kejuruteraan dan teknikal kurang 20,000 orang, dan selepas tamat pengajian, bukan semua akan memilih untuk kekal dalam bidang itu, menurut Samenta.
(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa kerajaan membenarkan graduan asing bekerja bagi mengurangkan masalah kekurangan tenaga kerja yang kronik, terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.
Menurut Presiden Samenta William Ng, bilangan pelajar asing dalam pengajian kejuruteraan dan teknikal kurang daripada 20,000 orang, dan selepas tamat pengajian, bukan semua akan memilih untuk kekal dalam bidang itu.
“Jika separuh daripada mereka tamat pengajian setiap tahun dan hanya 10% memilih untuk kekal dalam bidang itu dan bekerja, ini bermakna kurang daripada 700 jurutera dan juruteknik yang boleh diambil bekerja.
“Oleh itu, tidak masuk akal menganggap ini boleh menjejaskan peluang bagi rakyat tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, langkah menyediakan bakat tambahan dengan segera akan menyakinkan pelabur asing dan tempatan, seterusnya menyediakan peluang ekonomi dan pekerjaan lebih besar bagi negara.
Katanya, pihaknya turut menganggarkan bahawa Pulau Pinang mengalami kekurangan sebanyak 50,000 tenaga jurutera dan juruteknik, dan ini akan merencatkan pertumbuhan industri semikonduktor, pembuatan serta logistik.
Ng berkata, industri sudah lama menyuarakan permintaan agar graduan asing dibenarkan bekerja dalam sektor ekonomi dan pengkhususan yang kritikal, dan jika dibenarkan, Malaysia akan seiring dengan negara-negara maju.
“Jika Jemaah Menteri meluluskan permintaan pihak industri yang telah lama disuarakan, Malaysia akan menyertai kelompok negara-negara maju seperti Australia, Kanada, Ireland, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan United Kingdom membenarkan graduan/penuntut asing bekerja dan menyumbang kepada ekonomi.
“Malah, negara-negara maju itu yang mengambil tenaga kerja kita setiap hari. Jika mahu kekal kompetitif, kita juga perlu mempertimbang langkah untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja utama ini di Malaysia – bermula dengan penuntut asing yang tamat pengajian,” katanya.
Katanya lagi, visa pengambilan kerja selepas tamat pengajian lazimnya bersifat sementara, tidak diperbaharui tempohnya dan tidak ditetapkan industri atau pekerjaan yang khusus.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kebimbangan pengambilan graduan asing ini akan menjejaskan pasaran kerja atau menyebabkan tenaga kerja tempatan terpinggir, sebagai sesuatu yang tidak berasas.
Bulan lepas, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz dilaporkan berkata, pihaknya sedang mempertimbang membenarkan graduan asing daripada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk bekerja di Malaysia bagi menampung kekurangan tenaga mahir dalam beberapa sektor termasuk elektrik dan elektronik (E&E).
Bagaimanapun, cadangan itu dibidas segelintir pihak seperti Cuepacs yang menyifatkan dasar itu sebagai menidakkan peluang rakyat tempatan, serta tokoh politik Isham Jalil yang bimbang ini akan menyebabkan gaji graduan tempatan lebih rendah, dan mendorong pengangguran. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/kekurangan-tenaga-kronik-persatuan-pks.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudahkan Proses Kami Ambil Pekerja Asing Rayu Persatuan Gunting Rambut

Mudahkan Proses Kami Ambil Pekerja Asing Rayu Persatuan Gunting Rambut

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 440 hits
Sabtu lalu media melaporkan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan berkata kedai gunting rambut dan pembuat barang kemas antara sektor mengalami kekurangan pekerja PETALING JAYA Sebuah persatuan mewakili tukang gunting...
Prabowo Janji Tambah Armada Kapal Kita Tidak Mau Orang Asing Ambil Ikan Di Laut Indonesia

Prabowo Janji Tambah Armada Kapal Kita Tidak Mau Orang Asing Ambil Ikan Di Laut Indonesia

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 239 hits
Prabowo Subianto berjanji akan menambah armada kapal Indonesia bila terpilih menjadi Presiden
Pukul Warga Asing Beramai Ramai Kerana Didakwa Ganggu Pengurus Restoran Empat Lelaki Ditahan Polis

Pukul Warga Asing Beramai Ramai Kerana Didakwa Ganggu Pengurus Restoran Empat Lelaki Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 177 hits
Baru baru ini telah tular sebuah video di laman sosial yang melihatkan seorang warga asing telah dikerumuni dan dipukul beramai ramai oleh beberapa orang pekerja sebuah restoran makanan segera Warga asing ganggu pekerja Menurut seorang indi...
Lintas Lebuhraya Pendatang Asing Maut Dilanggar Trak Pikap

Lintas Lebuhraya Pendatang Asing Maut Dilanggar Trak Pikap

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 390 hits
Seorang tahanan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Bidor disahkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai telah dilanggar oleh kereta yang berada di atas jalan raya Maut Dilanggar Trak Pikap Menurut Ketua Polis Perak...
Relawan Capres Cawapres Sepakat Tidak Mendukung Produk Asing Terkait Konflik Dan Dorong Penggunaan Produk Lokal

Relawan Capres Cawapres Sepakat Tidak Mendukung Produk Asing Terkait Konflik Dan Dorong Penggunaan Produk Lokal

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 242 hits
Para pendukung capres cawapres sepakat untuk menghentikan pemakaian produk asing terkait konflik dan beralih mendukung produk lokal
Usut Korupsi Pemotongan Dana Insentif Asn Kpk Sita Uang Asing Saat Geledah Rumah Pejabat Bppd Sidoarjo

Usut Korupsi Pemotongan Dana Insentif Asn Kpk Sita Uang Asing Saat Geledah Rumah Pejabat Bppd Sidoarjo

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 220 hits
KPK telah menetapkan SW sebagai tersangka korupsi pemotongan dana insentif ASN Sidoarjo sebesar Rp2 7 miliar
Warga Asing Mengaku Hendap Wanita Tempatan Waktu Subuh

Warga Asing Mengaku Hendap Wanita Tempatan Waktu Subuh

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 230 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYATERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka hari ini MELAKA Seorang lelaki warga Pakistan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghendap seorang...
Minta Sedekah Guna Sekolah Tahfiz Buat Modal Warga Asing Raih Rm10 000 Sebulan Di Pasar Malam

Minta Sedekah Guna Sekolah Tahfiz Buat Modal Warga Asing Raih Rm10 000 Sebulan Di Pasar Malam

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 418 hits
WAN SITI AMINAHSifat pemurah hati di kalangan rakyat Malaysia terbukti apabila warga asing berjaya meraih pendapatan mencecah RM10 000 sebulan dengan meminta sedekah Hanya menjalankan kegiatan mereka di pasar malam warga asing ini juga terg...
Polis Siasat Lelaki Warga Asing Yang Bergaduh Dalam Restoran

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Yang Bergaduh Dalam Restoran

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 325 hits
BernamaLelaki warga asing yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang Ahad lepas disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid Beliau berkata l...
Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet

Kebaikan Dan Keburukan Tiktok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persediaan Ramadan 2026 Fahami Mesej Utama Setiap Surah Al Quran

Budi Madani Ron95 3 Easy Ways To Claim Your Fuel Subsidy

Kelebihan Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum

Jalan Jalan Bandar Georgetown Chew Jetty

Genocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti Di Sebalik Tragedi

Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila