Kekurangan Bekalan Tenaga Kerja Punca Kenaikan Harga Kata Bos Mydin


Azzman Abdul Jamal Jika bekalan menepati permintaan pastinya harga barangan akan kembali turun.

Suasana Pasar Raja Bot di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, terdapat laporan harga ayam melonjak kepada RM10.70 daripada RM8 sekilo dalam tempoh seminggu. Isu kekurangan bekalan dan tenaga kerja merupakan punca utama kenaikan harga barangan asas seperti ayam dan sayur-sayuran kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Ameer Ali Mydin.
Beliau berkata, sekiranya masalah itu dapat ditangani kerajaan, sudah tentu isu kenaikan harga barangan akan selesai terutama apabila bekalan menepati permintaan.
Mengulas mengenai kenaikan mendadak harga ayam dan sayur-sayuran baru-baru ini, Ameer menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan fakta dan penjelasan yang jelas mengapa ia berlaku.
“Kalau cakap mengenai sayur brokoli, kubis bunga atau lobak, ini semua barangan import. Harganya memang naik di negara mereka atas pelbagai faktor, jadi tak boleh nak marah menteri KPDNHEP,” katanya dalam program “Dialog Tiga Penjuru” anjuran Astro Awani malam ini.
“Manakala kenaikan harga sayur tempatan seperti kobis dan timun yang ditanam di Cameron Highlands pula disebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh.”
Justeru, Ameer berkata, masalah tersebut menyebabkan kekurangan bekalan dan tenaga kerja menjadikan ia isu yang bukan terletak di bawah kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.
“Semua orang salahkan ‘orang tengah’ tetapi isu sebenarnya pengusaha tanaman tidak boleh teruskan aktiviti bertanam disebabkan tiada pekerja.
“Jadi perlu cari jalan untuk naikkan bekalan kerana akan turunkan harga,” katanya dan menambah kerajaan boleh pertimbang untuk sediakan tanah terbiar untuk diberi kepada golongan tersebut usahakan tanaman yang lebih banyak.
Mengulas lanjut, Ameer berkata, indeks harga makanan yang dinyatakan menerusi laporan
Pertubuhan Makanan dan Pertanian, menunjukkan harga komoditi makanan di peringkat global pada masa ini adalah lebih rendah berbanding 2011 dan 2008.
“Kenaikan ini amat terasa kerana harga tersebut naik secara tiba-tiba, namun itulah fenomena yang berlaku di peringkat global.”
Sementara itu, Ameer turut menjelaskan kebanyakan peniaga sangat terjejas ekoran penularan Covid-19 dan mereka masih berusaha untuk mengimbangi kerugian yang dialami sejak tahun lalu.
Katanya, pelaksanaan penjarakan sosial di kedai makan, contohnya, akan menyebabkan kedai itu tidak beroperasi dengan kapasiti penuh sekali gus menjejaskan pendapatan.
“Mungkin ada peniaga yang cuba ambil keuntungan melampau, tetapi tidak semua begitu.
“Keadaan sekarang sangat mencabar, jadi kos perniagaan agak terjejas,” tambahnya.
Sementara ituMenteri KPDNHEP Alexander Nanta Linggi, menegaskan kementerian itu terus melaksanakan pemantauan harga dan sesi libat urus bagi memastikan harga barangan asas tidak naik secara mendadak.
Bagaimanapun, beliau akui kementerian tidak mampu untuk menangani isu ini secara sendirian dan meminta orang ramai supaya melaporkan kepada pihak berkuasa jika mendapati peniaga menaikkan harga secara sesuka hati.
“KPDNHEP secara sendirian tidak boleh tangani isu ini secara bersendirian. Bagaimanapun, kami boleh beri jaminan dari segi penguatkuasaan undang-undang.
“Sebab itu perlu lapor kepada KPDNHEP jika tahu sebarang maklumat. Kami akan siasat,” tegasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kekurangan-bekalan-tenaga-kerja-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Kata Kenaikan Harga Masih Normal Rakyat Kata Menteri Tak Tahu Buat Kerja Atau Makan Gaji Buta

Menteri Kata Kenaikan Harga Masih Normal Rakyat Kata Menteri Tak Tahu Buat Kerja Atau Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 276 hits
Tahun 2019 Zaman PH Dan Bandingkan Harga Sekarang Zaman BN PN RM 10 sekilo pon ada ManaWahai menteri kenaikan masih normal bagi pak menteri Sebab gaji pak menteri dan pemikiran pak menteri itu mudah sahaja kerana naik sedikit berbanding den...
Silap Menteri Harga Barang Naik Kerana Kurang Tenaga Kerja Dakwa Ahli Parlimen

Silap Menteri Harga Barang Naik Kerana Kurang Tenaga Kerja Dakwa Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 314 hits
Ngeh Koo Ham berkata kekurangan tenaga kerja di ladang mengakibatkan lonjakan harga sayur sayuran dari 100 hingga 200 KUALA LUMPUR Kenaikan harga kebanyakan barangan di negara ini adalah akibat dua kementerian tidak dapat mencapai keputusan...
Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan

Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 298 hits
Harga Sayur Naik Hingga 200 Ini Punca Kenaikan AWAL September lalu kenaikan harga ayam mentah yang melambung memberi impak kepada ramai pengguna Tidak hanya daging ayam yang naik sehingga lebih RM10 sekilogram telur juga dilaporkan mengalam...
Syor Universiti Buat Kajian Punca Kenaikan Harga Barang

Syor Universiti Buat Kajian Punca Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 205 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Kawal didik keluarga berdepan keadaan mengancam BANGI Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengajak rakyat mencari ikhtiar punca kenaikan harga barang keperluan asas yang begitu mendadak Justeru Ketua Aktivis PPIM...
Kpdnhep Komited Pantau Punca Kenaikan Harga Barangan

Kpdnhep Komited Pantau Punca Kenaikan Harga Barangan

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 188 hits
Oleh Alexander Nanta Linggi KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini membuat laporan polis susulan isu kenyataan serta gambar tular yang mempersenda kesusahan rakyat semalam Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander...
Statistik Jenayah Kes Jenayah 2020 Catat Penurunan

Statistik Jenayah Kes Jenayah 2020 Catat Penurunan

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 506 hits
Kes jenayah tahun lepas menurun 21 4 peratus kepada 65 623 berbanding 83 456 pada 2019 Menurut Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin penurunan ini antaranya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan SUBSCRIBE now Astro Awani ...
Bantuan Rm262 Juta Untuk Peladang Terjejas Kenaikan Harga Baja Racun Pm

Bantuan Rm262 Juta Untuk Peladang Terjejas Kenaikan Harga Baja Racun Pm

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 218 hits
Oleh KERAJAAN memperuntukkan bantuan berjumlah RM262 juta sebagai respons awal bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata daripada jumlah itu...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan

Pill Box

Selamat Tinggal 0176076730

Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda