Kekanda Jangan Naik Harga Giliran Domino S Pula Berbahasa Klasik


‘Kekanda Jangan Naik Harga’- Giliran Domino’s Pula Berbahasa Klasik. Apabila tularnya sesuatu isu atau frasa, ramai yang akan mula mengambil kesempatan populariti tersebut.
Tiada yang salah kerana ia merupakan satu bentuk pemasaran yang berkesan, khususnya bagi pemilik perniagaan.
Tular
Antara yang konsisten dengan strategi pemasaran seumpama ini adalah Domino’s Pizza.
Entri itu dimuat naik pada pagi Khamis susulan penggunaan perkataan bahasa Melayu klasik, kekanda dan adinda, diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Seperti biasa, ia menarik perhatian netizen sehingga mencecah perkongsian lebih 1,800 kali selepas dua jam entri itu dimuat naik.
Mereka juga sempat mengusik agar tiada kenaikan harga seperti yang dilaksanakan oleh sebuah lagi rangkaian restoran makanan segera.
Sumber: Astro Awani
Artikel Berkaitan
“Kekanda Tidak Boleh Tidur Fikirkan Adinda,” Dr Mujahid Sampaikan Warkah Terbuka Buat YB Nurul Izzah
Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR serta Pengerusi PKR Pulau Pinang akibat kekecewaannya terhadap isu politik yang berlaku didalam parti.
Keputusan yang dibuat telah mengejutkan rata-rata pemimpin dan penyokong yang selama ini selesa berada dibawah pimpinannya.
Sehubungan itu, surat terbuka dari Dr. Mujahid antara yang mendapat perhatian kerana menggunakan kata ganti nama Kanda dan Adinda dalam keseluruhan catatannya.
Dr. Mujahid dalam pada itu berharap Nurul Izzah untuk meneruskan perjalannya di dalam dunia politik yang selama ini memperjuangkan reformasi untuk memperkukuh Malaysia.
WARKAH DARI CORDOVA UNTUK NURUL IZZAH
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله وبركاته
Ke hadapan Adinda Nurul Izzah yang dikasihi,
Kekanda kini dalam perjalanan darat 3 jam dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid. Kekanda tidak boleh tidur kerana bimbangkan keadaan adinda setelah keputusan adinda tempoh hari. Semoga adinda berada dalam keadaan sihat dan tenang menghadapi berbagai cabaran selaku ‘Puteri Reformasi’.
Gelaran itu bukanlah mudah untuk dikalungkan kepada sesiapa walaupun ramai wanita muda era reformasi bangkit bersama, ini adalah kerana adinda ialah lambangnya dan simbol yang sinonim dengan gelombang reformasi. Kekanda amat bangga dengan gelaran itu malah kekanda sering menjadikannya inspirasi kepada anak-anak dan golongan muda lain agar mencontohi susuk tubuh ‘puteri’ ini.
Adinda,
Kekanda pernah menasihati adinda bahawa jalan untuk adinda masih panjang dan jauh dan pastinya adinda akan sampai jua dihujungnya. Kekanda cuba menyelami perasaan anak muda seperta adinda dalam politik kepartian yang penuh dengan persaingan individu dan kekelompokan. Percayalah, kekanda telah melaluinya sehingga kekanda terpaksa membuat tindakan yang sukar lagi berisiko, semuanya gara-gara tabiat politik kepartian. Kekanda tidak mahu adinda tumpas dengan medan politik dalaman yang kadang-kadang tidak berhati perut. Beberapa kali kekanda menangis sendirian antara meneruskan atau pasrah sahaja malah ada ketika mahu sahaja kekanda mengucapkan selamat tinggal kepada politik kepartian.
Sehingga kini, di telinga kekanda masih teriang kata-kata penuh hikmah ayahanda kekanda Tuan Haji Yusof Rawa ketika kekanda mengadu padanya tentang persaingan dalam kepimpinan semasa kekanda dalam Pemuda PAS satu ketika dahulu. Ayahanda yang sudah agak uzur ketika itu tersenyum sambil berkata: “anakandaku Mujahid, di mana kamu berada bukan masalah kamu, jika Allah kehendaki kamu akan sampai di kemuncak, sampailah kamu, walaupun ramai tangan manusia yang menyekat kamu, tapi ingat jika belum sampai masanya dan Allah belum menetapkan, walaupun seribu tangan manusia ingin membawamu ke sana kamu tak akan sampai.”
Haji Yusof Rawa terus berpesan dengan penuh kebaikan: “…buktikan dengan kerja kamu, buatlah kebaikan kerana Allah, bersabar dan biarkan yang lain di tanganNya”
Sudilah apa kiranya dikongsikan nasihat ini untuk adinda jua semoga dipanjangkan kebaikan nasihat ayahanda Haji Yusof Rawa yang amat dikasihi oleh ayahanda Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adindaku Nurul Izzah,
Nama adinda adalah cahaya (Nur) yang penuh dengan kemuliaan (Izzah). Ayahanda adinda tinggi peradabannya malah kekanda yakin setiap nama yang diberikan kepada zuriat yang dikasihi adalah doa agar kekal nama itu sepadan dengan tuannya.
Kita dilahirkan dalam rumah yang tidak terpisah dengan kerjaya ayahanda kita iaitu ahli dan tokoh siyasah (politik). Sememangnya benar kata pepatah orang tua-tua kita : “kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?”
Adinda mewarisi ketokohan siyasah itu sama ada dengan pilihan atau warisan. Memang sukar untuk selalu diperbandingkan kita dengan ayahanda-ayahanda kita oleh manusia yang memerhatikan kita. Kekanda selalu berkias tidak layak perbandingan tersebut dengan berkata, kuku pun tak sama dengan ayahanda kekanda, apatah lagi ketokohannya. Namun kita juga harus berbangga bahawa ayahanda kita mendidik kita sebaiknya untuk kita menabur bakti, berbuat baik tanpa syarat dan mementingkan perjuangan daripada diri sendiri. Kekanda yakin adinda telahpun menghadamnya sejak bergelumang di alam politik.
Adindaku,
Sejak kekanda mengenali adinda, adinda masih remaja dan amatlah kekanda bersedih dan bersimpati betapa remaja seperti adinda terpaksa melalui saat-saat duka menanggung kepedihan fitnah ke atas ayahanda yang dikasihi. Bukan mudah penderitaan tersebut, terpaksa menanggung kata keji manusia yang memfitnah sedangkan kita ada kawan, sekolah dan masa depan yang kita harus tempuhi. Bukan calang-calang manusia yang mampu berhadapan dengannya apatah lagi sebagai anak sulung, adinda terpaksa membebani jua penderitaan adik-adik yang masih kebingungan.
Kekanda ada melihat wajah adinda semasa dalam salah satu siri ceramah di Melaka hujung tahun 90an. Kekanda berada di atas pentas ketika itu, betapa hati kekanda berbisik : “Ya Allah, mengapakah anak ini harus menanggung semua ini? Lihatlah wajahnya masih remaja dan mentah terpaksa berada di atas pentas membela ayahnya yang difitnah dan diaibkan, Ya Allah kukuhkan jiwa anak ini.” Itulah bisikan doa kekanda waktu itu. Alhamdulillah era reformasi hujung 90an membawa kekanda berada di atas pentas politik sehingga kekanda memutuskan untuk bertanding pada PRU 1999.
Alhamdulillah juga kita diketemukan usai PRU 2008 sebagai ahli parlimen hingga kini. Anak ‘remaja mentah’ yang kekanda pernah doakan agar jiwanya cekal kini menjadi rakan seperjuangan kekanda yang kental, sama-sama melalui detik suka dan duka demi harga sebuah perjuangan, demi Malaysia Baru. Kekanda amat menghargai persahabatan kita disimpulkan dengan satu cita-cita dan satu harapan.
Adinda Nurul Izzah,
Kekanda amat yakin kebolehan adinda bukanlah kerana ‘menumpang’ nama besar Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pepatah Arab ada mengatakan: “bukanlah anak muda hebat itu yang berbangga tentang kegemilangan ayahnya tetapi anak muda hebat ialah yang berkata aku adalah aku”. Kekanda akan berkata, “adinda adalah adinda dari sudut kehebatan dan kemampuan”.
Manusia akan terus berkata, janganlah adinda menjangkakan manusia akan diam dengan kebolehan kita dan kemampuan kita. Sehebat manapun seseorang, dia akan lebih hebat jika manusia terus mempertikaikannya maka terserlah lagi kehebatannya. Para ulama dan ilmuwan yang namanya terukir dibibir orang yang membaca pandangannya tidak dihargai pandangannya begitu sahaja, mereka dikritik malah dicerca dan dicaci sebagai ‘sesat’ dan sebagainya. Lihat siapa mereka hari ini, dimana pencacinya berakhir? Pencaci dan pencacai akan hilang ditelan zaman, yang terserlah ialah kehebatan kepada yang dicaci dan dikritik.
Kekanda tidak tahu tentang adinda tetapi kekanda yakin dengan ‘sunnah’ ini selagi ada kekuatan hujah dan kejelasan pemikiran apa yang kita perjuangkan. Biarkan pengkritik lakukan apa yang mereka pakar lakukan, kita lakukan apa yang kita perlu lakukan iaitu membawa gelombang Malaysia Baru! Kekanda perlukan adinda bersama memimpin gelombang besar ini…
Bukan mudah berada dalam parti yang dikatakan kononnya ‘parti anak beranak’. Mereka juga menggunakan istilah yang lebih sofistikated seperti ‘nepotism’. Kekanda tidak pandai guna istilah-istilah ini, apa yang kekanda tahu ialah abaikan semua itu (persetankan, maaf bahasa kasar) kerana adinda bukan apa yang diperkatakan, adinda ada kelayakan tersendiri, amat tidak adil untuk kelayakan ini ‘dimandulkan’ hanya kerana kata-kata sinis seorang, dua. Tiada yang lebih baik dibuat kayu pengukur melainkan dengan istilah al-Quran iaitu ‘al-qawwi’ ‘al-amin’.
Adindaku,
Kekanda pernah bertanya pada sifu-sifu kekanda dalam politik. Anehnya sifu-sifu kekanda bukan semuanya dari mana-mana parti tertentu tetapi sebahagian mereka hanya pemerhati yang mengamati sepanjang pengalaman hidupnya bagaimana potensi digilap dan potensi’dimalap’.
Hanya satu pesanan sifu-sifu ini:
“…dalam perjuangan tak boleh ‘merajuk’ dan kecil hati sebab musuh kita akan melihat itu satu kekalahan awal, mereka akan lebih berani ke hadapan hendak menjatuhkan kita”.
Namun satu kata nasihat yang kekanda tak akan lupa dari seorang sifu kekanda yang telah pun meninggalkan dunia fana ini. Sifu dari Pulau Pinang ini memetik dari kata-kata semangat seorang pemimpin besar di Barat: “Jangan salahkan musuh kamu kerana menjatuhkan kamu, salahkan diri kamu sendiri kenapa kamu enggan berdiri semula”.
Kekanda pernah dijemput ke rumah seorang sifu satu ketika di Kelantan. Waktu itu kekanda berumur 30-an dan penuh semangat anak muda. Sifu ini yang sekian lama berdiam diri setelah pernah menjadi manusia yang digelar ‘paling bekeng’ dalam politik Kelantan. Beliau jadi juara ‘gedebe’ setelah menewaskan dalam satu pergaduhan dengan ‘ketua gangsta’ paling digeruni, sejak itu gelaran kepada beliau sebagai tokoh gedebe tidak pernah dipertikai dan disangsikan. Dengan latarbelakang sifu ini, kekanda menjangkakan nasihatnya ‘keras’ dan ‘tegas’ namun kata nasihatnya penuh kesufian dan kelembutan. Katanya: “Mujahid akan muncul jadi pemimpin satu hari nanti, lagi tinggi Mujahid naik, mesti lebih kukuh asas tempat bertapak, jika tidak, pasti akan bergoyang di atas nanti, bina tapak dari sekarang pasti Mujahid akan memerlukannya”. Dua puluh tahun lebih berlalu, kenyataan kata-kata nasihat dari sifu paling ‘gedebe’ ini kanda ingin kongsikan dengan dinda. Sudilah apa kiranya adinda mendengarnya buat bekalan perjalanan panjang kita.
Adinda Nurul Izzah, Kekanda hanya mahukan kebaikan untuk masa depan politik adinda, maaf kerana warkah ini ditulis cara terbuka tetapi kekanda rasa adinda adalah ‘Puteri Reformasi’ milik generasi baru yang akan mencorakkan Malaysia Baru. Mereka perlukan ‘puteri’ mereka terus memimpin langkah awal ke arah apa yang dicitakan oleh pengasas gelombang reformasi. Para pengkritik juga ingin menguji apakah kekentalan ‘Puteri Reformasi’ masih utuh? Jangan biarkan ujian ini menjadi satu kebenaran dan jangan biarkan mereka yang tidak ada bersama kita sebelumnya menentukan nasib Malaysia Baru, kita perlu tentukannya bersama.
Adinda tidak perlu bimbang banjiran mereka yang mahu berada dalam Pakatan kita, kita punya kerangka besar yang mereka harus berada dalamnya biar apa parti pun yang mereka pilih di kalangan kita. Kita ada Malaysia Baru yang kita perjuangkan bersama, Puteri Reformasi perlu perkukuhkan Malaysia Baru bagi menjawab kebimbangan ini. Janganlah berundur setelah beribu tapak perjalanan kita, jalan kita masih jauh, Malaysia Baru memerlukan adinda.
Adinda Nurul Izzah,
Akhir kalam terimalah salam kekanda dari hati yang merindui Malaysia Baru tanpa kebencian kaum dan agama, Malaysia Baru yang melimpahkan kekayaannya buat golongan mustadafin dan Malaysia Baru yang melahirkan generasi baru yang progresif dan inklusif. Alangkah bahagianya saat Malaysia Baru jadi kenyataan ketika itu.
Kekanda tidak tahu apakah kekanda akan berada di situ nanti tetapi sekurangnya adinda Nurul Izzah mesti teruskan perjalanan ini. Kekanda menghormati keputusan adinda namun kekanda harap adinda membaca warkah ini sehingga habis bukan untuk mengubah pendirian adinda kerana kekanda tahu kekentalan adinda sukar dilenturkan, tetapi untuk menyatakan kepada adinda bahawa perjuangan kita lebih besar dari perasaan dan emosi kita terhadap apa sahaja yang berlaku di hadapan kita. Siapalah kita hanya zarrah kecil membentuk harapan manusia ke arah Malaysia dengan dunia yang lebih baik.
Kenderaan kami menghampiri Toledo, dan kekanda akan berhenti di sini dahulu untuk menikmati keindahan pemandangan dari kawasan tinggi di sini. Adios…
Sekian,
Yang Benar,
Kekanda Mujahid Yusof Rawa
(Perjalanan darat dari Cordova ke Madrid)
The post ‘Kekanda Jangan Naik Harga’- Giliran Domino’s Pula Berbahasa Klasik appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kekanda-jangan-naik-harga-giliran-dominos-pula-berbahasa-klasik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Tersiksa Najib Kini Giliran Harga Air Naik

Rakyat Tersiksa Najib Kini Giliran Harga Air Naik

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 385 hits
Selepas PRU14 kadar elektrik dinaikkan dan telah diumumkan bakal naik lagi pada Mac depan Harga minyak juga bakal naik apabila RON95 diapung semula pada April nanti Kini giliran harga air Semalam Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Xavier Jay...
Kasut Sekolah Naik Harga Pula

Kasut Sekolah Naik Harga Pula

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 293 hits
Permintaan kasut sekolah berwarna hitam meningkat apabila Kementerian Pendidikan membenarkan pelajar memakai kasut berwarna hitam mulai sesi persekolahan tahun hadapan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette mengenai persiapan awal menjelang...
Harga Naik Menteri Jangan Salahkan Moa Itu T Jawab Kpdnhep

Harga Naik Menteri Jangan Salahkan Moa Itu T Jawab Kpdnhep

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 339 hits
TAMPIN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub meminta orang ramai tidak mudah menyalahkan beliau dan kementeriannya dalam isu kenaikan harga produk pertanian dan penternakan di pasaran Tegas beliau isu kenaikan harga...
Harga Sawit Malaysia Dijangka Naik Selepas India Kurangkan Cukai Import

Harga Sawit Malaysia Dijangka Naik Selepas India Kurangkan Cukai Import

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 411 hits
HARGA sawit Malaysia dijangka naik selepas Negara India dilapor mengurangkan cukai import ke atas minyak sawit mentah dan bertapis dari negara negara Asia Tenggara susulan permintaan di kalangan pembekal komoditi itu Perkara itu dijangka me...
Harga Stesen Minyak Pun Tak Settle Jangan Mimpi Dr Mahathir Boleh Bantu Melayu

Harga Stesen Minyak Pun Tak Settle Jangan Mimpi Dr Mahathir Boleh Bantu Melayu

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 427 hits
Isu Pengapungan Harga Minyak Dr Mahathir Terus Buat U Turn Dalam Masa Yang Sama Rakyat Terus MenderitaDS Najib Ini Belum U Turn Lagi Ini Lampu Isyarat Ini Bukan Lagi Senyap Senyap Tibai Penetapan harga runcit produk petroleum secara minggua...
Menko Darmin Saya Khawatir Kalau Harga Telur Naik Inflasinya Tinggi

Menko Darmin Saya Khawatir Kalau Harga Telur Naik Inflasinya Tinggi

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 241 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Darmin Nasution mengaku khawatir dengan naiknya harga telur pada saat Natal dan Tahun Baru Sebab apabila harga telur naik maka akan berdampak juga ke inflasi
Data Bps Harga Grosir Sektor Pertanian Naik 0 05 Persen Di Desember 2018

Data Bps Harga Grosir Sektor Pertanian Naik 0 05 Persen Di Desember 2018

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 216 hits
Kepala BPS Suhariyanto mengatakan beberapa komoditas yang mengalami kenaikan harga pada Desember 2018 antara lain bawang merah tomat ayam ras daging ayam beras dan mesin mesin pesawat mekanik impor
Rakyat Mula Sedar Gst Bukan Punca Utama Harga Barang Naik Kata Najib

Rakyat Mula Sedar Gst Bukan Punca Utama Harga Barang Naik Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 269 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat mula sedar pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan bukan faktor utama kenaikan harga barang Ini kerana katanya sudah 6 bulan GST dimansuhkan dan digantikan cukai jualan dan perkhidmata...
4753 Tamak Punca Harga Naik Utusan Malaysia 28 12 18

4753 Tamak Punca Harga Naik Utusan Malaysia 28 12 18

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 27 Dis Kerajaan digesa membentuk satu polisi baharu berkenaan penetapan harga rumah di pasaran agar tidak terus membebankan rakyat Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan mendakwa harga rumah ketika i...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching