Kekalkan Penempatan Orang Melayu Di Kota Kuala Lumpur Teras


Ainul Illia

Tak wajar biar penduduk Kampung Baru cari penempatan di tempat lain KUALA LUMPUR – Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid berpandangan, isu utama dalam pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur adalah pentingnya menjamin penempatan orang Melayu di ibu negara.
Beliau berkata, walaupun kerajaan melalui Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu sudah merancang pembangunan di kawasan tersebut secara ‘parcel’, namun perkara paling penting adalah ia tidak berkonsep memindahkan penduduk Melayu dikeluarkan dari perkampungan tersebut.
“Yang terbaik ialah menyusun semula perkampungan tersebut secara berperingkat dengan lebih teratur dengan meningkatkan prasarana asas yang lebih sempurna dan warga Melayu dapat terus kekal di penempatan Kampung Baru dengan maju dan selesa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur tidak harus hanya tertumpu kepada menetapkan harga pampasan dengan konsep ‘willing buyer and willing seller’.
“Kami berpendapat sementara isu harga tanah dan perumahan sedang dirundingkan, konsep pelan induk pembangunan oleh PPKB sewajarnya mengguna pendekatan mengekalkan warga Melayu di kawasan tersebut sekali gus meningkatkan kemudahan prasarana,” katanya.
Beliau menegaskan, konsep membeli tanah dengan mengambil alih tanah di Kampung Baru dan kemudian membiarkan penduduk mencari penempatan di tempat lain adalah tidak wajar.
Ini kerana, katanya, banyak penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur kini sudah tidak lagi wujud apabila pendekatan membeli dan mengeluarkan mereka dari tempat tersebut digunakan.
“Kampung Kerinci, Kampung Abdullah Hukum adalah contoh bila orang Melayu akhirnya terpaksa tinggal di flat yang sesak dan tidak selesa setelah dipindahkan dari kawasan asal mereka,” katanya.
Justeru, Mohd Azmi mengesyorkan supaya Rancangan Malaysia ke-12 yang dikatakan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk membina dan meningkatkan infrastruktur di Kampung Baru itu wajar dilaksanakan. 
“Bertahun-tahun Kampung Baru menempatkan orang Melayu di kawasan itu menjadikan ianya semakin padat dan susunan perumahan tidak lagi teratur sementara insfrastruktur asas tidak lagi memadai.
“Apa yang perlu ialah Kampung Baru disusun semula secara berperingkat yang tetap mengekalkan orang Melayu di situ sebagai kampung dalam kota yang unik.
“Ciri perkampungan orang Melayu di tengah kota Kuala Lumpur yang bersih, selesa dan maju seharusnya dirancang dengan baik agar Kuala Lumpur tidak terus melenyapkan khazanah hartanah Melayu yang perlu dipertahankan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kekalkan-penempatan-orang-melayu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Lumpur Jadi London Hilang Identiti Salah Siapa

Kuala Lumpur Jadi London Hilang Identiti Salah Siapa

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 258 hits
SIAPAKAH yang meluluskan semua nama nama kalau bukan DBKL Salah siapa Pemaju ada peduli dengan identiti dan jati diri negara Mereka langsung tidak fikir tentang itu Mereka hanya fikir keuntungan Peliknya kenapa PBT langsung tidak edit atau ...
Raikan Krismas Tahun Baharu 2022 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Dengan Hidangan Dari Itali

Raikan Krismas Tahun Baharu 2022 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Dengan Hidangan Dari Itali

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 372 hits
Raikan Krismas Tahun Baharu 2022 Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Dengan Hidangan Dari ItaliRaikan Krismas Di Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Dengan Hidangan Dari Itali Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Sempena Krismas yang bakal tiba ...
Pertunjukan Fesyen Bamboo Sempena Minggu Klwknd Di Kuala Lumpur

Pertunjukan Fesyen Bamboo Sempena Minggu Klwknd Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 288 hits
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton sudi LIKE sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI Portal https www budiey com Instagram https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http
6076 Menara Kuala Lumpur Malakat Mall Beri Sokongan Sinar Harian 08 12 2021

6076 Menara Kuala Lumpur Malakat Mall Beri Sokongan Sinar Harian 08 12 2021

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 298 hits
SHAH ALAM DIKEMASKINI Program bual bicara Kompas On The Go dan Kafe Rasuah Busters edisi khas akan bersiaran secara langsung di dua lokasi terkemuka di Lembah Klang Edisi khas Kafe Rasuah Busters akan bersiaran secara langsung di Menara Kua...
Menara Kuala Lumpur 2021

Menara Kuala Lumpur 2021

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 394 hits
Menara Kuala Lumpur 2021 Setiap tahun nieyl dan juga adik beradik belah husband akan plan untuk bercuti bersama sama selalunya kita akan pergi tempat yang dekat dekat je Sebelum PKP dulu pernah juga pergi bermalam di KL Kemudian 2 tahun PKP...
Pelancaran Kempen Experience Penang Di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur

Pelancaran Kempen Experience Penang Di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 325 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraAktiviti pelancongan dalam negara makin hari makin rancak dan kian pulih terima kasih pada Rakyat Malaysia yg bertanggungjawab dgn bervaksin Pulau Pinang merupakan Negeri di Semenanjung Malaysia yang diku...
Tahniah Kuala Lumpur Juara Piala Malaysia 2021 Keputusan Jdt Vs Kl Final Piala Malaysia

Tahniah Kuala Lumpur Juara Piala Malaysia 2021 Keputusan Jdt Vs Kl Final Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 1019 hits
TAHNIAH KUALA LUMPUR JUARA PIALA MALAYSIA 2021 KEPUTUSAN JDT VS KL FINAL PIALA MALAYSIAPerlawanan di antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta zim pasukan mana akan bergelar juara pada perlawanan akhir ulang tahun ke 100 Piala Malaysia...
Pengalaman Menginap Di Hotel Corus Kuala Lumpur Untuk 2 Hari 1 Malam Pusingkldulu

Pengalaman Menginap Di Hotel Corus Kuala Lumpur Untuk 2 Hari 1 Malam Pusingkldulu

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 318 hits
Salam to all readers Pengalaman Menginap di Hotel Corus Kuala Lumpur untuk 2 Hari 1 Malam PusingKLDulu Al fatihah buat Kak Najah bestfrieds kak Fatin Liyana yang baru sahaja meninggal dunia last week Aku memang suka tengok dorang punya frie...
Kidzania Kuala Lumpur Set To Bring More Unique Experiences To Families

Kidzania Kuala Lumpur Set To Bring More Unique Experiences To Families

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 298 hits
Improved facilities under new ownership includes representation of A W Subway and Jamaica Blue Coffee through newly formed industry partnership Presentation of Key To The CityWith the year end school holidays just a couple of weeks away pla...
Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Beyond Quick Fixes Real Reforms For Malaysia S Education Future

Nota Ceramah Tazkirah Al Nisa Wanita Hebat Di Langit

Students To Protest Demanding Fadhlina S Resignation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jom Buat Jemput Jemput Bawang Yang Rangup Diluar Lembut Di Dalam

Sinopsis Filem Denu

Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian Dan Pocky Ondeh Ondeh Edisi Terhad

Doa Dan Kasih Di Hari Lahir Mu

Isyarat Dagangan Emas Untuk 22 25 Ogos 2025 Beli Di Atas 3 335