Kekalahan Ph Di Prk Tg Piai Menunjukkan Ada Prima Facie Perlunya Pm 8 Segera





Terlebih dahulu tahniah kepada BN dan Pas yang telah berjaya melalui calonnya dari MCA di PRK Tg Piai.  Syabas kepada parti-parti berkenaan kerana telah berjaya menambah satu Kerusi Parlimen untuk wakil MCA dan berjaya mengurangkan satu Kerusi Melayu Islam di Parlimen yang sebelum ini diwakili oleh Almarhum Md Farid (Bersatu). 

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (MCA) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi seperti yang telah diumumkan beberapa jam yang lalu di mana beliau telah memperolehi 25,466 undi daripada 128 saluran undi.  calon PH, Karmaine Saidini (Bersatu) hanya memperoleh 10,380 undi.

Terbukti, setakat ini SPR telah berjaya mengendalikan pilihanraya dengan adil.  Kerajaan PH tidak tergamak untuk gunakan SPR hanya kerana mahu kemenangan.  Syabas, media perdana kerajaan juga tidak berbuat apa-apa untuk menangkis propaganda Pembangkang dan berkelakuan seperti 'malaikat'.   

Syabas tidak terhingga kepada pengundi-pengundi tua di Tg Piai terutamanya yang berugama Islam kerana mereka akan dapat pergi umrah tidak lama lagi seperti yang dijanjikan oleh calon MCA.  Paling penting, sekiranya ada usul berkaitan pemantapan atau dasar tulisan jawi mahupun RUU Akta 355 yang akan dibawa oleh kerajaan PH di Parlimen nanti, satu suara menentang dari wakil MCA ini sudah tentu menggembirakan buat Umno dan Pas.  Kita tahu pendirian MCA di dalam isu ini. 

Bagi PH pula, isyarat telah diberikan oleh rakyat di Tg Piai.  Sebagaimana kata Dato' Seri Anwar Ibrahim, kekalahan PH kali ini adalah untuk kita bermuhasabah tentang dasar-dasar dan janji-janji PH.  Anwar hanya boleh beri pandangan termasuk di Parlimen kerana beliau hanya seorang Ahli Parlimen dan tidak mahu menganggu tugas PM sekarang.  

Sejak awal lagi saya menulis apakah wajar PM selaku Pengerusi PH termasuk perangkap perkauman Umno dan Pas apabila beliau hadir di dalam Himpunan Maruah Melayu menjelang PRK Tg Piai?  Mungkin beliau merasakan dengan kehadirannya akan dapat membantu kekuatan PH terutamanya dari kaum Melayu?  Jelas, PH terus hilang sokongan Melayu dan PH bernasib baik kerana terdapatnya masyarakat kaum Cina yang hanya memikirkan tentang PH dan melupakan tindakan Tun M itu lantas memberikan undi kepada calon Bersatu.  Mereka berikan undi juga kepada calon Bersatu walaupun di dalam hati kecil mereka tercalar dek kerana tindakan Tun M bersama Umno dan Pas di dalam program bersifat perkauman tersebut.  Nasib baik ada juga pemimpin Dap dan Anwar yang turun ke kawasan mereka untuk memujuk agar lupakan seketika rasa amarah mereka demi PH.  Namun, ianya tidak cukup untuk PH kerana bukan itu sahaja isu besar yang meyebabkan PH kalah di Tg Piai.

Rata-rata impikan perubahan besar yang dapat dirasai oleh rakyat semua peringkat.  Tidak perlu kita tunggu rakyat melihat Najib masuk Sg Buloh baru kita boleh menang.  Rakyat mahu perubahan segera, tunaikan janji PRU14 dan jikalau tidak mampu laksanakan sekarang kerana kekangan kewangan, jangan tinggalkan terus.  Tidak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua.  Gunakan media perdana sebaik mungkin bukan untuk menfitnah tetapi nyatakan kebenaran di samping menjadikannya saluran untuk menangkis propaganda Pembangkang.   

Jika kerajaan PH sekarang ini tidak mampu lagi berbuat apa-apa, maka isyarat di Tg Piai adalah kerajaan PH perlukan nakhoda baru.  Kekalahan 4 PRK di dalam tempuh setahun setengah bukan isyarat yang baik untuk PM sekarang.  Sudah sampai masanya PH memikirkan untuk melaksanakan janjinya iaitu Anwar mengambil alih PM.  Tidak perlu kita memaksa Tun M di dalam usianya sekarang bagi menebus maruah kita.  Mungkin Tun M telah kehabisan idea sekarang dan kita perlukan idea baru.  Beliau telah lakukan yang terbaik pada fikirannya tetapi tidak mencukupi kerana kunci 'reformasi' itu berada di tangan Anwar Ibrahim.  

WFAUZDIN NS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/kekalahan-ph-di-prk-tg-piai-menunjukkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekalahan Teruk Prk Tanjung Piai Dap Kambinghitamkan Pm Najib

Kekalahan Teruk Prk Tanjung Piai Dap Kambinghitamkan Pm Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 432 hits
Saya jangka DAP akan mulakan langkah mereka untuk mengkambinghitamkan PM ke 7 sebagai punca utama kekalahan PRK Tanjung Piai Habis Madu Sepah Dibuang Ini adalah sama seperti apa yang terjadi ke atas PAS semasa mereka bersama dalam Pakatan R...
Kekalahan Ph Di Prk Tanjung Piai Beri Kesan Kepada Politik Di Sabah

Kekalahan Ph Di Prk Tanjung Piai Beri Kesan Kepada Politik Di Sabah

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 451 hits
Kekalahan PH di PRK Tanjung Piai beri kesan kepada politik di Sabah Adakah kekalahan besar mengejutkan parti pemerintah pada PRK Tanjung Piai akan memberi kesan kepada senario politik di Sabah Seperti yang diketahui Kerajaan pemerintah Saba...
Tinjauan Peratusan Menunjukkan Ph Mampu Menang Prk Tanjung Piai

Tinjauan Peratusan Menunjukkan Ph Mampu Menang Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 473 hits
AMNI JAGAT Tinjauan terakhir bertarikh 14 November 2019 menunjukkan calon PH Haji Karmaine Sardini mendahului calon dari BN Wee Jeck Seng dengan perbezaan peratusan yang tipis Dalam tinjauan tersebut seramai 1031 pengundi memberikan respon ...
Prk Tanjung Piai Ph Yakin Menang Besar

Prk Tanjung Piai Ph Yakin Menang Besar

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 606 hits
JOHOR BAHRU 12 Nov Pakatan Harapan yakin boleh memenangi kerusi parlimen Tanjung Piai sekali gus meraih majoriti lebih besar ketika Pilihan Raya Kecil Sabtu ni berbanding kemenangan ketika Pilihan Raya Umum ke 14 Menteri Besar Johor Datuk D...
Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 576 hits
Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu tidak mengejutkan Yang mengejutkan ialah apabila kes ba...
Keluhan Rakyat Di Prk Tg Piai Orang Kampung Makin Sengsara Di Bawah Ph

Keluhan Rakyat Di Prk Tg Piai Orang Kampung Makin Sengsara Di Bawah Ph

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 238 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Prk Tg Piai 280 Polis Pasangan Undi Awal Esok

Prk Tg Piai 280 Polis Pasangan Undi Awal Esok

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 345 hits
PONTIAN 14 Rabiulawal 1441H Isnin Seramai 280 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai melibatkan anggota polis dan pasangan mereka akan mengundi esok Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun berka
Polis Terima 24 Aduan Berkait Prk Tg Piai

Polis Terima 24 Aduan Berkait Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 331 hits
Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din berkata setakat ini hanya tiga kertas siasatan dibuka ke atas 24 aduan yang diterima JOHOR BAHRU Polis setakat ini menerima 24 laporan berkaitan pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai Ketua Polis Johor M...
Two Horse Race Prk Tanjung Piai

Two Horse Race Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 661 hits
PONTIAN Kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai memasuki hari kesembilan hari ini dan ketika ini parti serta calon bertanding sepatutnya sudah dapat membaca kedudukan mereka di mata penduduk dan pengundi di Tanjung Piai Walaupun PRK...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro