Kekalahan Di Sungai Bakap Bukan Penamat Gabungan Kerajaan Perpaduan Ahmad Zahid


bharian.com.my
Julai 7, 2024 @ 7:05pm

Ahmad Zahid (tengah) beramah mesra bersama perwakilan semasa Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Melaka di Telok Mas hari ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya UMNO untuk menghadapi PRK seterusnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti-parti komponen berkenaan akan terus berusaha dan berazam membawa kemenangan kepada calon Kerajaan Perpaduan dalam PRK akan datang.

"Kita terima. Itu keputusan rakyat. Ini bukan penghujung, jalan terakhir PRK bagi mana-mana calon dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Melaka di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka yang juga EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Perikatan Nasional (PN) mengekalkan status quo di Sungai Bakap selepas calonnya, Abidin Ismail menang dengan majoriti 4,267 undi setelah menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan ahli UMNO agar melakukan perubahan dalam memenangi hati pengundi.

"Kita harus ingat politik sekarang bukan politik pembangunan. Politik sekarang ialah politik isu dan sentimen.

"Berapa orang dalam kalangan kita yang (berani) jawab dan pertahankan ketua kita bila dihentam? Kita hanya pandai tularkan dengan kawan-kawan. Dalam situasi ini, kita harus bangkit dan sedar dari sekarang," katanya.
 - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/kekalahan-di-sungai-bakap-bukan-penamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mesej Jelas Dari Sungai Bakap Kepada Kerajaan

Mesej Jelas Dari Sungai Bakap Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 477 hits
BANYAK faktor memainkan peranan dalam Pilihan Raya Kecil kerusi DUN Sungai Bakap yang menyebabkan calon kerajaan perpaduan Dr Joohari Ariffin tewas kepada calon PAS Perikatan Nasional Abidin Ismail Abidin 56 menang dengan majoriti 4 267 u
Kerajaan Kerja Lebih Kuat Selepas Kalah Di Sungai Bakap Kata Pm

Kerajaan Kerja Lebih Kuat Selepas Kalah Di Sungai Bakap Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 394 hits
KERAJAAN perpaduan akan terus bekerja keras untuk mempertahankan kepentingan rakyat dan meningkatkan kedudukan negara kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai reaksi terhadap kekalahan kerajaan dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap Beliau...
Kerajaan Siasat Dakwaan Penyasaran Subsidi Punca Kalah Prk Sungai Bakap

Kerajaan Siasat Dakwaan Penyasaran Subsidi Punca Kalah Prk Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 364 hits
IPOH Kerajaan akan meneliti dakwaan langkah kurang popular seperti penyasaran subsidi diesel sebagai antara punca kekalahan calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap Sabtu lalu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata prose...
Pembangunan Untuk Sungai Bakap Jika Cikgu Jo Menang Zahid Hamidi

Pembangunan Untuk Sungai Bakap Jika Cikgu Jo Menang Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 335 hits
NIBONG TEBAL Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertekad membantu membawa pembangunan ke Sungai Bakap andai calon Pakatan Harapan Dr Joohari Ariffin diberi mandat menjadi wakil rakyat pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Neg...
Dap Amanah Kena Belajar Daripada Kekalahan Di Sungai Bakap

Dap Amanah Kena Belajar Daripada Kekalahan Di Sungai Bakap

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 328 hits
PARTI komponen Pakatan Harapan iaitu DAP dan Amanah berkata mereka menghormati pilihan dibuat pengundi di Sungai Bakap pada pilihan raya kecil kerusi itu baru baru ini dan berjanji untuk bekerja lebih keras bagi meraih kembali sokongan raky...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


2025 Bukan Tahun Sempurna Tetapi Cukup Bermakna

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Doorgift Kenduri Dapat Kek Coklat Moist

Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Hari Bonus 2025 30 12 25

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025