Kekalahan Di Prk Tg Piai Bukan Penamat Kerajaan Ph Johor



Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) di Tanjung Piai pada 16 November lalu dianggap penamat kepada hayat kerajaan di Johor juga di seluruh negara.
Namun dalam tinjauan terbaharu rakyat Johor masih mahu memberi peluang kepada PH dalam beberapa waktu lagi biar pun prestasi semasa kerajaan negeri dan pusat hambar.
“Kita bukan marah kerajaan, kita cuma rasa sedikit tidak senang dengan beberapa tindakan mereka selepas memerintah,” kata Ng Jeck Sai, dari Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dipetik The Malaysian Insight.
Ng, 52, seorang pemilik kilang besi, berkata beberapa dasar kerajaan PH hari ini menekan peniaga sepertinya sehingga timbul rasa marah kerana pendapatan mereka terjejas.
“Sekarang siapa pun kerajaan sama sahaja, keadaan ekonomi teruk.
“PH masih ada tiga tahun lagi, kita bagi peluang. Kalau masih tiada perubahan kita tunggu PRU15,” katanya.
Selepas menjalin kerjasama politik atas nama Mufakat Nasional, Umno dan PAS menjangkakan mampu membentuk kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang dengan menawan lapan negeri.
Johor bagaimanapun tidak ditetapkan sebagai negeri sasaran, bersama Perak, Kedah, Melaka, dan Negeri Sembilan, yang akan menjadi tambahan kepada Pahang, Perlis, Terengganu dan Kelantan.
Pada masa ini, BN dan PAS menguasai 17 daripada 56 kerusi di dewan undangan negeri di Johor.
Seorang pengundi di Tanjung Piai yang mahu dikenali sebagai Oh pula berkata, PH perlu diberikan peluang memandangkan tempoh pentadbiran mereka masih baru jika dibandingkan dengan 60 tahun pentadbiran BN.
“Nak tukar kerajaan kita tak tahu lagi… siapa tahu dalam tiga tahun ini mereka boleh buat rakyat senang, mungkin kita beri PH kekal memerintah,” kata Oh, 40, seorang pemilik perniagaan kelapa sawit ketika ditemui di Pekan Nanas.
Seorang kakitangan awam Saiful Anwar, 35, pula melihat tiada isu khusus bagi rakyat Johor yang memungkinkan untuk mereka menukar pemerintahan PH di negeri itu kepada parti lain.
Katanya, kebanyakan isu berbangkit ketika kempen politik di Tanjung Piai tempoh hari adalah masalah nasional.
“Saya secara peribadi berpuas hati dengan prestasi kerajaan hari ini, tiada isu-isu besar di peringkat negeri dan kami selaku penjawat awam tidak melihat wujudnya masalah dari segi pentadbiran negeri.
“Keputusan di Tanjung Piai bagi saya tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan keadaan politik di Johor, itu kes istimewa,” katanya, ketika ditemui di Bandar Baru Uda.
Dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November lepas, calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi, menambah malah majoriti ketika beliau pertama kali menang kerusi itu pada 2008.
Dalam pada itu, seorang lagi kakitangan awam Muzaffar Yusupah, 32, pula melihat terlalu awal bagi pihaknya untuk menilai prestasi PH memandangkan parti itu baru memerintah hampir dua tahun.
“Kita faham ada kekangan tertentu daripada pihak kerajaan, mereka baru memerintah dua tahun macam mana nak puaskan hati semua orang,” kata kakitangan pihak berkuasa agama Islam Johor itu.
Bagi rakyat berpendapatan rendah, tekanan kehidupan, isu seharian yang mencengkam mereka menyebabkan PH menjadi sasaran mudah untuk dipersalahkan.
“Anak saya di matrikulasi Muar sudah tiga hari telefon minta duit belanja makan tapi saya tak mampu bagi, saya juga baru pindah rumah sebab tak mampu bayar sewa RM1,000 sebulan,” kata Omar TH Kamati, 50.
Peniaga kelapa dan pau di kaki lima rumah kedai di Bandar Baru Uda berkata, perniagaannya semakin tenat sejak dua tahun lepas.
Memburukkan keadaan katanya, pihak berkuasa tempatan juga setiap hari menjalankan penguatkuasaan sehingga sukar baginya untuk meneruskan perniagaan.
“Sehari biasanya saya boleh jual 100 biji kelapa, sejak dua tahun lepas, 50 biji pun susah, kuasa beli orang dah tak macam dulu.
“Orang Singapura pun tidak lagi berbelanja besar macam dulu, sedangkan nilai ringgit kita turun,” katanya.
“Kalau PH terus memerintah, keadaan ekonomi masih macam ini mati kering saya,” kata bapa kepada empat anak itu.
Bagaimanapun, Ah Wee, 32, berkata, situasi ekonomi buruk bukan sahaja melanda Malaysia tetapi juga Singapura. Beliau yang bekerja sebagai buruh kontrak semakin tidak menentu pendapatan berikutan situasi ekonomi yang buruk.
“Mana-mana kerajaan pun sama juga, kita orang bawah kerja pun susah. Saya sudah sebulan tidak kerja. Kerja kontrak buat rumah dulu gaji sehari RM50, sekarang RM60 tapi tidak ada kerja.
“Nak masuk kerja dekat Singapura pun mereka tak ambil orang lagi. Kawan- kawan saya yang kerja di sana pun dah ramai balik Malaysia. Mereka pun mula buang orang,” katanya, yang ditemui di Nusa Bestari.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25690

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Tg Piai Malang Berganda Buat Ph

Prk Tg Piai Malang Berganda Buat Ph

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 218 hits
IBNU JANIE KITA semua sudah tahu keputusan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Pakatan Harapan bukan kalah tapi kalah teruk Jumlah majoriti yang sangat besar yang diperolehi oleh Barisan Nasional bagaikan tak terjangkau dek akal Ada penganalisi...
Prk Tg Piai Undi Melayu Kepada Ph Masih Rendah Turun 5

Prk Tg Piai Undi Melayu Kepada Ph Masih Rendah Turun 5

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR Sebuah badan penyelidikan mendapati undi Melayu kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke 14 dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai masih di tahap rendah dan tidak banyak berubah Menerusi dapatan Ilham Centre undi ...
Menang Prk Tg Piai Tak Semestinya Bn Menang Pru 15

Menang Prk Tg Piai Tak Semestinya Bn Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 271 hits
Menang dalam pilihan raya kecil di Parlimen Tanjung Piai Sabtu lalu bukan petanda BN akan menang dalam pilihan raya umum ke 15 Ketua Penyelidik Ilham Centre Mohd Yusri Ibrahim berkata kedua dua situasi bagi PRU dan PRK adalah berbeza serta ...
Meski Kalah Kerajaan Negeri Tetap Bela Tanjung Piai

Meski Kalah Kerajaan Negeri Tetap Bela Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 290 hits
Kerajaan persekutuan akan terus melunaskan janji untuk menaik taraf liputan jalur gemilang di kawasan Tanjung Piai diteruskan walaupun Pakatan Harapan tidak terpilih mewakili rakyat di kawasan itu Exco Perumahan Komunikasi dan Multimedia ne...
2 Isu Berjasa Ketengahkan Di Tg Piai Dapat Perhatian Kerajaan

2 Isu Berjasa Ketengahkan Di Tg Piai Dapat Perhatian Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 249 hits
Sepanjang kempen penduduk terima agenda penyatuan Melayu IslamBANGI Presiden Berjasa Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz berpuas hati walaupun tidak berjaya menawan Tanjung Piai partinya tetap berbakti kepada penduduk kawasan itu menerus...
Kekalahan Di Tanjung Piai Luar Biasa Ph Juga Perlu Bertindak Cara Luar Biasa

Kekalahan Di Tanjung Piai Luar Biasa Ph Juga Perlu Bertindak Cara Luar Biasa

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 264 hits
1 Dalam politik angka penting Saya tidak perlu mengajar PM dan PH yang jauh lebih lama dan hebat politik mereka 2 Tapi Post Mortem PH Sabtu lalu seolah2 PH kalah 500 undi bukan 15000 undi 3 Beza besar kalah menang 500 undi dengan kalah mena...
Media Kerajaan Tak Mainkan Peranan Punca Ph Tewas Di Tanjung Piai Ilham Centre

Media Kerajaan Tak Mainkan Peranan Punca Ph Tewas Di Tanjung Piai Ilham Centre

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 213 hits
Media Kerajaan didakwa menjadi punca kekalahan Pakatan Harapan di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai baru baru ini nbsp Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Muhd Yusri Ibrahim berkata media kerajaan tidak memainkan peranan yang berkesan dalam mena...
Banyak Kesalahan Dilakukan Oleh Pakatan Harapan Di Prk Tg Piai

Banyak Kesalahan Dilakukan Oleh Pakatan Harapan Di Prk Tg Piai

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 386 hits
Bersih 2 0 hari ini menegur menteri persekutuan dan negeri Johor atas dakwaan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk meraih sokongan bagi calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Pengerusinya Thomas Fann berkata badan buka...
Tmj Pulang Duit Insentif Kerajaan Negeri Untuk Beli Bot Pengutip Sampah Di Sungai Johor Dipuji

Tmj Pulang Duit Insentif Kerajaan Negeri Untuk Beli Bot Pengutip Sampah Di Sungai Johor Dipuji

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 425 hits
Seperti yang sedia maklum bahawa Piala Malaysia bagi musim ini masih kekal menjadi milik pasukan Johor Darul Ta zim dan hasil dari kemenangan itu kerajaan negeri Johor telah memberikan insentif wang tunai sebanyak RM500 000 Tetapi wang itu ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand