Banyak Kesalahan Dilakukan Oleh Pakatan Harapan Di Prk Tg Piai



(FMT) – Bersih 2.0 hari ini menegur menteri persekutuan dan negeri Johor atas dakwaan menyalahgunakan sumber kerajaan untuk meraih sokongan bagi calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.
Pengerusinya, Thomas Fann berkata, badan bukan kerajaan mendapati wujud trend salah laku dalam kalangan pemimpin PH, walaupun kesalahan pilihan raya yang dilakukan kali ini berkurangan.
Katanya, terdapat 10 kes salah laku berkaitan pengumuman projek pembangunan dan peruntukan untuk kawasan Parlimen itu yang bernilai RM23.93 juta.
“Walaupun kami mengakui kerajaan persekutuan dan Johor perlu terus beroperasi ketika PRK, menggunakan sumber kerajaan untuk meraih sokongan bagi calon parti pemerintah tidak beretika.
“Kerajaan PH perlu mematuhi prinsip pilihan raya bebas dan adil dengan menangguhkan pengumuman peruntukan atau projek baru ketika PRK. Perlu ada pengasingan jelas apa ialah fungsi kerajaan dan aktiviti parti.”
Walaupun ia tidak dianggap satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, katanya, menggunakan wang pembayar cukai untuk “memberi kelebihan kepada diri” adalah tidak beretika.
“Kami menjangkakan standard lebih tinggi daripada penggubal undang-undang kita.”
Fann berkata, Bersih mendapati 21 kes kesalahan pilihan raya berlaku sejak kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai pada September lalu – 3 kes mengadakan jamuan dan memberi hadiah, termasuk menganjurkan makan malam dan acara, serta 18 kes melanggar had tempoh berkempen yang berakhir tengah malam hari mengundi.
Katanya, ia lebih rendah daripada jumlah kesalahan direkodkan pada PRK terdahulu, yang berpunca daripada kesedaran lebih tinggi terhadap kesalahan pilihan raya dalam kalangan calon dan orang yang berkempen.
Fann turut mengulangi kritikannya terhadap peraturan polis untuk memohon permit bagi kempen pintu ke pintu kerana bukan polis yang menetapkan peraturan ketika pilihan raya.
Beliau sebaliknya mempersoalkan kekurangan tindakan terhadap kesalahan dalam PRK terdahulu disebabkan “keghairahan” polis dalam melaksanakan peraturan baru.
“Kami berpendapat ketika pilihan raya, semangat Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan perlu dipatuhi serta dihormati ke tahap lebih tinggi.
“Kami mahu rakyat mendengar calon dan melihat sendiri (siapa calon itu).”
Barisan Nasional menewaskan PH dengan majoriti 15,086 undi dalam PRK Tanjung Piai pada 16 Nov lalu.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandang, Md Farid Md Rafik pada 21 Sept lalu akibat komplikasi jantung.
Ini adalah PRK kesembilan sejak PH memenangi PRU14 tahun lalu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/11/29/banyak-kesalahan-dilakukan-oleh-pakatan-harapan-di-prk-tg-piai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Tg Piai Rakyat Berikan Mesej Yang Cukup Jelas Pada Pakatan Harapan

Prk Tg Piai Rakyat Berikan Mesej Yang Cukup Jelas Pada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 567 hits
Majoriti kemenangan melebihi 15 ribu undi Jumlah yang keluar undi 74 Penyandang sebelumnya dari PH PPBM Allahyarham Dr Md Farid adalah mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Manakala pencabar dari BN MCA adalah seorang mantan Ah...
Pakatan Harapan Sudah Bersedia Untuk Kalah Di Prk Tanjung Piai

Pakatan Harapan Sudah Bersedia Untuk Kalah Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 387 hits
Pakatan Harapan tidak yakin mereka akan menang pilihan raya kecil Tanjung Piai Sebab itulah mereka menyebarkan surat palsu mendesak ahli PKR jangan keluar mengundi supaya calon PPBM kalah kononnya untuk memaksa Perdana Menteri Tun Dr Mahath...
Pakatan Di Aibkan Di Prk Tg Piai Tapi Tidak Untuk Dap Dan Anwar

Pakatan Di Aibkan Di Prk Tg Piai Tapi Tidak Untuk Dap Dan Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 525 hits
Apa pun alasan yang pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan cuba bagi hakikatnya kekalahan dengan majoriti lebih dari 15K adalah satu yang sangat sangat mengaibkan Tapi ibarat yang sering kita katakan pemimpin pemimpin Pakatan Harapan nie ib...
How Pakatan Harapan Is Going To Explain Losing The Tanjung Piai By Election

How Pakatan Harapan Is Going To Explain Losing The Tanjung Piai By Election

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 631 hits
The strategy here is simple Pakatan Harapan already knows they are going to lose the Tanjung Piai by election So they are sabotaging themselves in a by election which they already know they are going to lose Then they can cry victim and bla...
Pakatan Harapan S Defeat In Tanjung Piai

Pakatan Harapan S Defeat In Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 324 hits
In almost every state that Bersatu controls we see how their governments seem to take every opportunity to mismanage their states as much as they can Daniel Ong There are many factors that are to blame for Pakatan Harapan s defeat in Tanjun...
Pakatan Harapan Loses Tanjung Piai But Crushes Gerakan

Pakatan Harapan Loses Tanjung Piai But Crushes Gerakan

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 381 hits
Barisan Nasional trounced Pakatan Harapan by a convincing 14 000 vote majority in unofficial results of the Tanjung Piai by election tonight Voters delivered a smack in the face to Pakatan Harapan a year after PH had upset BN with a slim vi...
Police Have Right To Check Mobile Phones Says Pakatan Harapan Minister

Police Have Right To Check Mobile Phones Says Pakatan Harapan Minister

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 328 hits
Police personnel can inspect mobile phones belonging to individuals to ensure there are no forms of communications that are obscene offensive or threatening to the security of the people and nation the Dewan Rakyat was told today Deputy Hom...
Pakatan Hormat Terima Keputusan Tg Piai Kata Wan Azizah

Pakatan Hormat Terima Keputusan Tg Piai Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 367 hits
Pakatan hormat terima keputusan Tg Piai kata Wan Azizah Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Nov 2019 11 28PM
Kit Siang Dap Pakatan Accept Devastating Tg Piai Polls Result

Kit Siang Dap Pakatan Accept Devastating Tg Piai Polls Result

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 295 hits
PETALING JAYA DAP and Pakatan Harapan have accepted the devastating result of the Tanjung Piai by election says Lim Kit Siang The DAP veteran said voters spoke not only on behalf of themselves but of the country as well over their frustrati...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Building An Online Marketing Plan