Kekal Menyentuh Hati 6 Sebab Anda Perlu Layan Drama Perubatan Hospital Playlist 2 Di Netflix
Bakal memasuki musim kedua bermula malam ini, pastinya ramai yang dah teruja ingin menyaksikan perubahan hidup sekawan doktor iaitu Ik-jun (Jo Jung-suk), Song-hwa (Jeon Mi-do), Jun-hwan (Jung Kyung-ho), Seok-hyung (Kim Dae-myung) dan Jeong-won (Yoo Yeon-seok) dalam “Hospital Playlist” kan?
Bagi meningkatkan lagi tahap teruja anda, KimchiDaily berpeluang untuk menyertai temubual khas bersama mereka dan pengarah Shin Won-ho bagi ‘mengorek’ rahsia mengenai inti pati musim kedua ini. Jom!
Foto dari tvN, ikhsan Netflix
Kekal menyejukkan hati
Apabila ditanya mengenai arah tuju muism kedua “Hospital Playlist”, pengarah Shin Won-ho memberikan jawapan yang mudah,
Kita selalunya mahu lakukan yang terbaik, supaya penonton tahu kami boleh lakukan sebanyak dan sejauh ini. Tapi yang paling penting ialah kekal dengan lumrah asal siri ini. Berdasarkan sentimen menyejukkan hati pada musim pertama, kami bawa lebih banyak lagi kisah mengenainya.
Tambah pengarah itu, apa yang berbeza mengenai musim ini ialah perspektif watak tersebut kerana perkembangan hidup mereka dan juga penonton apabila masa sudah berlalu hampir setahun selepas musim pertamanya.
Foto dari tvN, ikhsan Netflix
Satu episod seminggu
Cuba mengamalkan format baru menerusi tayangan satu episod seminggu semasa musim pertama, pengarah Shin Won-ho sepertinya sudah selesa dengan pendekatan ini,
Maju ke hadapan, saya berani cakap yang saya mungkin tidak akan menghasilkan sesuatu yang mempunyai 2 episod seminggu. Bagi saya, jadual kerja satu episod seminggu adalah lebih mampan dan ianya turut memmberikan masa secukupnya pada para pelakon untuk mempaparkan keserasian sebenar dalam skrin.
Walaupun penonton penat menunggu, namun ini ialah aturan terbaik bagi pengarah itu.
Kemahiran kugiran semakin baik
Antara sebab “Hospital Playlist” menjadi kesukaan ramai adalah kerana lima sekawan ini yang sering melepaskan stres mereka dengan bermaini kugiran bersama. Dalam musim kedua ini, katanya penonton akan disajikan dengan kemahiran band yang lebih dahsyat.
Kata Kim Dae-myung,
Dengan musim terbaru ini, kami sudah semakin mahir.
Foto dari tvN, ikhsan Netflix
Tambah Yoo Yeon-seok,
Pada musim lalu, terdapat lagu yang kami terpaksa berlatih selama tiga bulan lamanya dan kebanyakannya ialah sebulan panjangnya. Dengan musim terbaru ini, ada lagu yang kami akan berlatih selepas seminggu sahaja. Kami sendiri terkejut yang kami mampu lakukannya.
Perubahan dinamik hubungan
Banyak yang tergantung kan semasa penghujung musim pertama dahulu? Jangan risau, kerana semuanya akan terjawab dalam musim terbaru ini.
Jelas Jo Jung-suk,
Penonton boleh menjangkakan perubahan hubungan di antara watak.
Antara dinamik pasangan yang dinantikan penonton ialah Ik-sun dan Jun-wan, perasaan Min-ha kepada Seok-hyung malah si kecil U-ju dan Mo-nae. Bukan itu sahaja, semuanya pasti tak sabar nak saksikan bagaimana perubahan pada Jeong-won dan Gyeo-ul serta Ik-jun dan Song-hwa setelah pengakuan ‘sweet’ mereka pada penghujung musim lalu.
Sudah setahun berlalu, pastinya banyak yang berubah kan?
Foto dari tvN, ikhsan Netflix
Keserasian padu dan wajah baru
Disebabkan oleh hubungan lima sekawan ini yang rapat, ramai penonton yang mengimpikan untuk mempunyai sahabat seperti mereka.
Para pelakon itu mengakui bahawa mereka langsung tak merindui satu sama lain memandangkan mereka sering berhubung setiap masa. Tak kisahlah berjumpa berhadapan mahupun menerusi perbualan video. Disebabkan oleh hubungan yang rapat ini, pastinya keserasian ini akan terpancar dalam musim terbaru nanti
Bukan itu sahaja, pengarah Shin Won-ho juga mendedahkan bahawa akan terdapat pelbagai kemunculan istimewa dan watak baru dalam musim kedua ini. Jadi, anda semua kena nantikan okay!
Foto dari tvN, ikhsan Netflix
Drama penuh makna
Apabila ditanya apa makna “Hospital Playlist” kepada mereka, Yoo Yeon-seok tidak teragak-agak untuk menjawab,
Saya mendapat kawan dan adik-beradik sebenar menerusi drama ini, seperti sebuah keluarga. Ia adalah perkara yang paling bermakna buat saya.
Jeon Mi-do turut memberikan jawapan yang menyentuh hati apabila mengaitkan drama ini sebagai cinta pertamanya,
Seperti yang semua tahu, ini ialah drama pertama saya. Seperti cinta pertama, saya tak akan dapat melupakan naskhah ini.
Foto dari tvN, ikhsan Netflix
Pastinya drama ini juga sangat bermakna buat anda juga kan?
Oleh kerana itu, anda semua kena saksikan episod pertama “Hospital Playlist 2” bermula malam ini, 17 Jun di Netflix okay? Pasti tak menyesal!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/kekal-menyentuh-hati-6-sebab-anda-perlu-layan-drama-perubatan-hospital-playlist-2-di-netflix/