Kekal Jawatan Letak Jawatan


 

Empat hari lalu, Azalina Othman Said mengesahkan menerusi hantaran di Facebook, beliau masih berkhidmat sebagai penasihat khas kepada perdana menteri mengenai undang-undang dan hak asasi manusia.
Sehari kemudian, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan memaklumkan Azalina sudah meletak jawatan.
Baru-baru ini, beberapa pihak menggesa Azalina meletak jawatan berikutan ucapannya dalam taklimat khas presiden Umno pada 26 Ogos lalu yang mengundang kontroversi. Malah, khabar angin tersebar beliau sudah letak jawatan beberapa hari selepas taklimat berkenaan.
Antara yang diucapkan beliau pada 26 Ogos lalu ialah mengenai pelantikan peguam negara. Kita tahu Azalina memberitahu hadirin, sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik “orang dia” sebagai peguam negara untuk memudahkan urusan.
Dan dengan lantang beliau berkata: “Saya nak tanya satu sahaja, takkan nak tukar AG (peguam negara) pun tak boleh.”
Azalina tidak menyebut nama, tetapi kata-katanya itu disambut dengan laungan hadirin yang menuntut “Ismail Sabri tukar AG”.
Peguam Negara, Idrus Harun diketahui umum dilantik Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri ketika memimpin kerajaan Perikatan Nasional dahulu.
Peguam negara adalah penasihat undang-undang utama kerajaan. Dan peguam negara ialah peguam dan pendakwa raya bagi kerajaan. Ertinya, peguam negara bertindak dan menjaga kepentingan kerajaan, termasuk (atau terutama?) perdana menteri yang merupakan ketua kerajaan.
Oleh itu, apa yang Azalina cakap mengenai perdana menteri perlu melantik peguam negara daripada kalangan “orang dia” bukan pelik atau aneh.
Malah, pada 1961, Presiden Amerika Syarikat, John Kennedy melantik adiknya, Robert sebagai peguam negara pentadbirannya.
Namun, dalam konteks ucapan Azalina, yang dilihat kontroversi ialah ia dibuat dalam majlis Umno memuji dan memuja Najib Razak, yang hadirinnya rata-rata tidak puas hati dengan Ismail yang dituduh tidak bersungguh-sungguh menolong parti dan Najib yang dipenjarakan, setelah sabit kesalahan kes SRC International.
“Mood” dalam taklimat itu adalah sesuatu yang “anti-Ismail” dan apabila Azalina berkata ia dilihat atau ditafsir sebagai “mendesak” campur tangan Ismail dalam bidang kehakiman dan perundangan, seperti yang Umno mahu (atau tim presiden Umno mahu).
Anggapan atau gambarnya ialah Azalina “mahu” atau “mengalu-alukan” campur tangan eksekutif dalam bidang kehakiman antaranya, Bersih antara pihak yang kecewa.
Pengerusi Bersih, Thomas Fann mengkritik Azalina kerana “mengubah pendirian”. Kata Fann, setahun lalu semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri, Azalina antara lain mencadangkan pemisahan kuasa kerana urusan mahkamah tidak boleh dicampuri.
Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari pula “mengingatkan” Azalina pernah mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja atau RCI bagi pembaharuan Jabatan Peguam Negara.
Azalina menafikan beliau sekarang mengesyorkan campur tangan eksekutif dalam bidang kehakiman dan sebagainya. Beliau tetap menegaskan masih tidak berganjak daripada pendiriannya dan “saya masih Azalina yang dulu”, katanya kepada Fann (beliau tidak respons kenyataan PAS). Jika mahu keterangan lanjut, sila rujuk Facebook Azalina mengenai penjelasan panjang lebarnya kepada Fann.
Namun, gambaran sebaliknya yang terukir (berbeza daripada penjelasannya) kerana seperti dikatakan tadi, oleh kerana ucapannya dibuat dalam majlis di mana ramai yang marah kerana Najib tidak diberikan “pembelaan” berdasarkan pandangan mereka, lantas mereka mahu Ismail melakukan “sesuatu”. Azalina dilihat senada dengan desakan itu.
Mungkin beliau bercakap dalam majlis, waktu dan keadaan yang salah. Dalam erti kata lain, tidak kena pada tempat dan waktunya.
Lantas gesaan supaya beliau meletak jawatan kedengaran di sana sini. Diulangi apa yang disebut di awal artikel ini.
Khabar angin bertiup kononnya Azalina sudah melepaskan jawatan yang dipegang sejak 2 Okt tahun lalu.
Pada 31 Ogos lalu, beliau tampil menafikan khabar angin itu dan berkata “sehingga 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai penasihat perdana menteri”. Tidak mengejutkan. Sebaliknya, ramai yang menjangkakan beliau sebagai seorang yang tegas dan keras, tidak akan tunduk kepada desakan pihak tertentu.
Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan rasmi pada 1 Sept memberitahu hasrat letak jawatan Azalina disampaikannya melalui surat bertarikh 29 Ogos dan perdana menteri menerima peletakan jawatan itu dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.
Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja berkaitan kakitangan beliau – namun dalam tempoh itu, “Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 Sept sehingga tamat notis pada akhir September,” menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Selain kenyataan Pejabat Perdana Menteri, tidak ada kenyataan lain yang dikeluarkan berkaitan perkara ini. Azalina sendiri sehingga artikel ini ditulis, tidak berbuat apa-apa untuk memaklumkan beliau bukan lagi penasihat khas perdana menteri mengenai undang-undang dan hak asasi manusia.
Beliau nampaknya menyerahkan kepada Pejabat Perdana Menteri untuk membuat pengumuman.
Cukup sampai di sini buat masa ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/kekal-jawatan-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Zahid Berundur Letak Jawatan

Usul Zahid Berundur Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 177 hits
Faktor kesihatan juga sangat sesuai Pilihanraya segera dan tahun ini boleh dibuat dengan syarat Zahid letak jawatan berundur dan PakMail dilantik sebagai Pemangku Presiden Bila nak buat usul ini Pembangkang dan rakyat sudah bersedia dan tid...
Tawar Jawatan Tetap Menjadi Senjata Untuk Kerajaan Baru Atau Kerajaan Lama Kekal

Tawar Jawatan Tetap Menjadi Senjata Untuk Kerajaan Baru Atau Kerajaan Lama Kekal

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 138 hits
Angka 70 akan membesar dan politik wang kembali menepati cash is king sebagai king maker Tidak dapat dielak demi negara demi rakyat demi bangsa diperguna untuk demi perut demi tengkuk politik kotor akan diamalkan Penggubahan kuasa dan pengg...
Azalina Penasihat Khas Pm Tapi Secara Terbuka Hentam Pm Bila Lagi Nak Letak Jawatan

Azalina Penasihat Khas Pm Tapi Secara Terbuka Hentam Pm Bila Lagi Nak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 100 hits
Dalam majlis taklimat Presiden UMNO semalam yang sebenarnya lebih berupa majlis solidariti kepada Najib Razak yang dipenjara atas kesalahan jenayah pemimpin UMNO yang terlihat begitu ghairah seronok dan bersemangat memberi ucapan ialah Azal...
Kit Siang Garis Lima Sebab Kenapa Zahid Perlu Letak Jawatan Presiden Umno

Kit Siang Garis Lima Sebab Kenapa Zahid Perlu Letak Jawatan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 126 hits
agendaily com08 09 2022Terdapat 21 LOA bernilai kira kira RM5 bilion untuk mendapatkan peralatan dan sistem kapal LCS dengan kebanyakannya dibuat ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menggariskan lima s...
Jahanam Duit Negara Tolak Umno Kalau Zahid Hamidi Tidak Letak Jawatan

Jahanam Duit Negara Tolak Umno Kalau Zahid Hamidi Tidak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 259 hits
Dua audit yang dijalankan secara berasingan berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir untuk Tentera Laut Diraja Malaysia mendedahkan bahawa kemungkinan terdapat perjanjian antara kontraktor utamanya dan pembuat kapal kontroversi DCNS se...
Dengan Malunya Azlina Letak Jawatan

Dengan Malunya Azlina Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 129 hits
Sewajarnya ada perasaan malu dan perlu letak jawatan kerana tanpa segan silu tanpa hormat tanpa terima kasih telah mengkritik situasi Peguam Negara dan hubungkaitnya dengan Perdana Menteri Lain kali letaklah jawatan dulu sebelum kritik Nama...
Azalina Letak Jawatan Penasihat Khas Pm

Azalina Letak Jawatan Penasihat Khas Pm

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 100 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 7 02 PMAzalina Othman Said dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri pada 2 Okt tahun lepas PETALING JAYA Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said meletak jawatan sebagai penasihat khas undang...
Letak Jawatan Bukti Azalina Akur Dia Buat Salah Kepada Pm

Letak Jawatan Bukti Azalina Akur Dia Buat Salah Kepada Pm

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 118 hits
Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said akhirnya meletakkan jawatan sebagai Penasihat Undang Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri Dilaporkan beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya pada 29 Ogos lalu iaitu dua ...
Azalina Letak Jawatan Penasihat Pm Umum Pejabat Perdana Menteri

Azalina Letak Jawatan Penasihat Pm Umum Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 100 hits
Azalina letak jawatan penasihat PM umum Pejabat Perdana Menteri Dikemas kini 35 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Sep 2022
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte