Kekaburan Konsep Rahmatan Lil Alamin


Dr Ahmad Sanusi Azmi  
   
ULASAN | Perbahasan isu Dr Zakir Naik benar-benar menguji konsep serta operasi gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dipromosikan oleh kerajaan.

Ketika memberikan reaksi berhubung ceramah Zakir Naik di Kelantan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof menyifatkan ucapan Zakir Naik telah mengundang persepsi yang boleh menggugat perpaduan negara ini.

Terkini, beliau turut menjelaskan bahawa gagasan rahmah ini dibangunkan berteraskan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, iaitu setiap bangsa seharusnya menghormati serta menjaga perasaan kaum lain.

Namun, dalam kelunakan menyantuni golongan bukan Islam ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menempelak sikap segolongan pendokong gagasan ini yang bersikap tidak seimbang dalam mempromosikan konsep ini.
Dr Mohd Asri Zainal Abidin Dalam kuliah beliau di Masjid Alwi, Kangar, Dr Mohd Asri menegaskan bahawa:

“Jangan hanya rahmatan lil alamin hanya keluar dalilnya apabila membabitkan hak orang bukan Islam (sahaja).”

Seakan sudah ada satu corak pemikiran yang menjurus kepada konsep ini lebih digunakan untuk menjaga hati orang bukan Islam semata.

Kritikan terhadap konsep Rahmah

Respons serta pendirian yang diluahkan oleh Dr Mujahid ini ternyata telah banyak mengundang kritikan ramai pihak termasuklah golongan akademik serta agamawan.

Terdahulu Dr Kamilin Jamilin, pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), melalui kiriman Facebooknya melihat gagasan ini seakan mula cenderung ke arah pembentukan konsep apa yang disifatkannya sebagai rahmatan lil kafirin iaitu lebih bersikap rahmah kepada orang-orang kafir.

Luahan ini barangkali lahir apabila kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan seakan lebih cenderung untuk menjaga hati bukan Islam berbanding menjaga kedudukan saudara Muslim itu sendiri.
Menteri agama Dr Mujahid Yusof Sebahagian sarjana melihat isu Zakir ini perlu ditangani dengan tegas dan ketegasan ini juga adalah sebahagian dari konsep rahmah.

Ini kerana, Rasulullah dilihat amat menjaga kepentingan hak Muslim terutama dalam perkara yang melibatkan keselamatan mereka.

Bahkan Rasulullah pernah menegaskan bahawa Muslim yang membiarkan saudaranya mereka dizalimi akan dibangkitkan di hari kiamat dalam keadaan dipandang hina di sisi Allah.

Sabda Rasulullah (bermaksud):

“Barang siapa yang menyaksikan saudara Muslimnya dihina dan dia tidak membantunya sedangkan dia mampu, maka Allah akan menghinanya di hadapan sekalian makhluk di hari akhirat.” (HR al-Baihaqi).

Malah, Muslim yang membiarkan saudaranya dihina, Allah tidak akan mempedulikan dirinya di saat dia memerlukan bantuan Allah.

Sabda Rasulullah (bermaksud):

“Tidaklah seorang lelaki yang membiarkan saudara Muslimnya di suatu tempat yang kehormatannya dirampas serta harga dirinya dihina, melainkan Allah akan membiarkannya ketika mana dia sangat mengharapkan pertolongan dari Allah.” (HR Abu Daud)

Muslim tak biarkan saudaranya dizalimi

Keadaan Zakir yang datang seakan memerlukan bantuan di negara ini dilihat oleh Dr Rozaimi Ramle, pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), sebagai satu jelmaan semula penghijrahan Muhajirin kepada Ansar.

Saat Muhajirin memerlukan perlindungan dari kejahatan Quraysh, Ansar bingkas menghulurkan bantuan.

Inilah analogi yang disampaikan oleh Rozaimi Ramlee melalui tulisannya di alam maya.

Malah menurut beliau, pengorbanan Ansar inilah yang perlu kita teladani dalam menghadapi isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Semangat sebeginilah yang seharusnya dimiliki oleh setiap Muslim. Seorang Muslim tidak seharusnya membiarkan kezaliman berlaku di hadapan matanya sendiri.
Rozaimi Ramle Apatah lagi sekiranya yang memerlukan bantuan tersebut adalah pejuang agama yang telah banyak menyumbang ke arah pembangunan Islam.

Rasulullah menjelaskan bahawa tidak seharusnya seseorang Muslim itu membiarkan saudaranya dizalimi.

Sabda baginda (bermaksud):

“Muslim adalah saudara buat Muslim yang lain, tidak seharusnya Muslim menzalimi (saudaranya) atau membiarkan saudaranya (dizalimi).” (HR al-Bukhari)

Bahkan inilah sifat Muslim seperti yang diungkapkan di dalam al-Quran. Allah menyifatkan orang-orang beriman itu saling berkasih sayang sesama mereka.

Firman Allah (bermaksud):

"Muhammad utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan baginda itu bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), (namun sebaliknya) bersikap penuh kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)." [al-Fath: 29].

Tegas adalah satu rahmah

Ramai yang menyangkakan bahawa melalui konsep Rahmatan Lil Alamin ini, seorang Muslim mestilah menekankan sifat toleransi yang tinggi di dalam agama serta tidak menampakkan kekerasan.

Mereka lupa bahawa bersikap tegas juga adalah satu rahmah. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah yang menyebutkan (bermaksud):

“Dan demi nyawaku yang berada di tangan-Nya, aku akan memerangi mereka (Quraysh) dan memberi hidayah kepada mereka sekalipun mereka dalam keadaan yang membenci. Sesungguhnya aku adalah rahmah yang diutuskan oleh Allah,” (HR al-Tabrani).

Hadith ini sangat jelas menunjukkan bahawa sekalipun Rasulullah menyifatkan dirinya sebagai rahmah (bersifat kasih), Baginda tetap bersifat tegas dengan kekufuran sehingga sanggup memerangi dan menghunuskan pedang kepada kaumnya serta saudaranya sendiri.

Dalam menerapkan nilai serta semangat rahmah yang tinggi, Rasulullah dilihat meletakkan sempadan yang jelas apabila sesuatu isu itu melibatkan perkara akidah dan kehormatan Islam.
Dr Yusuf al-Qardawi Perkara ini dijelaskan oleh Dr Yusuf al-Qardawi bahawa salah satu tanggungjawab bukan Muslim (ahl zimmah) yang perlu dipegang adalah menjaga perasaan (sensitiviti) umat Islam.

Perkara ini dikategorikan oleh Dr Khairul Azhar Meerangani, pensyarah kanan Kolej Universiti Islam Malaysia (Kuim), sebagai ‘tanggungjawab keamanan’ yang perlu dipelihara bersama oleh bukan Muslim.

Beliau menjelaskan bahawa: “warga non Muslim dilarang sama sekali daripada melakukan perkara yang boleh mengguris perasaan umat Islam seperti hasutan, provokasi keagamaan, pencabaran hak serta penzahiran syiar agama mereka dalam kalangan umat Islam.”

Penutup

Menilai isu Zakir yang sedang hangat diperkatakan ini, kerajaan seharusnya bertindak selari dengan konsep Rahmatan Lil Alamin yang telah diperkenalkan.

Segala kenyataan yang dikeluarkan berhubung isu ini mestilah menepati prinsip serta kerangka rahmah yang telah dibangunkan agar tidak menimbulkan keraguan di sisi masyarakat.

Kegagalan menutup kekeliruan yang timbul akan hanya melahirkan keraguan di sanubari rakyat.

Jangan sampai rakyat melihat gagasan ini hanyalah satu retorik politik yang datang secara tempelan semata.

*AHMAD SANUSI AZMI adalah pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia dan juga  anggota Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/kekaburan-konsep-rahmatan-lil-alamin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hasrat Rahmatan Lil Alamin Diterjemah Pelbagai Program

Hasrat Rahmatan Lil Alamin Diterjemah Pelbagai Program

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 286 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Makna Rahmatan Lil Alamin Di Sisi Ulama Muktabar Dalam Tafsir At Tabari

Makna Rahmatan Lil Alamin Di Sisi Ulama Muktabar Dalam Tafsir At Tabari

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 164 hits
SEBELUM ini isu kefahaman rahmatan lil alamin yang diambil dari ayat 107 al Anbiya ini telah banyak dikelirukan dengan cara membuat tafsiran ikut kefahaman sendiri secara terjemahan literal bahasa Arab ke bahasa Melayu Kali ini apabila berl...
Antara Rahmatan Lil Mu Minin Dan Rahmatan Lil Kafirin Dalam Gagasan Rahmatan Lil Alamin

Antara Rahmatan Lil Mu Minin Dan Rahmatan Lil Kafirin Dalam Gagasan Rahmatan Lil Alamin

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 197 hits
SAYA mengajak semua umat Islam di negara ini merenungi serta memahami firman Allah ini Muhammad itu merupakan utusan Allah dan orang orang yang bersama den
Town Hall Rahmatan Lil A Lamin Santuni Warga Sabah

Town Hall Rahmatan Lil A Lamin Santuni Warga Sabah

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 259 hits
Program Town Hall Rahmatan Lil Alamin Peringkat Negeri Sabah bermula pada 20 hingga 23 Ogos 2019 menyaksikan dua lokasi dikunjungi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof
Masya Masyitah Usop William Tan Lil J Eiffel Alif Timah Cici Oh Malaysiaku Chord

Masya Masyitah Usop William Tan Lil J Eiffel Alif Timah Cici Oh Malaysiaku Chord

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 355 hits
A F C Dm A F C CA Ini tanah tumpahnya darahkuCBerkibar megah di hatikuA 14 jalur satu suaraCHanya kepadamuA Bunga raya kebangsaan kita CBangkitlah semua kita keluarga A Tak kira pun apa bangsa kita CSemua bersatuA F Sejauh mana pun ku C Dm ...
Masya Masyitah Usop William Tan Lil J Eiffel Alif Timah Cici Oh Malaysiaku Lirik

Masya Masyitah Usop William Tan Lil J Eiffel Alif Timah Cici Oh Malaysiaku Lirik

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 883 hits
Lyrics Ini tanah tumpahnya darahkuBerkibar megah di hatiku14 jalur satu suaraHanya kepadamuBunga raya kebangsaan kita Bangkitlah semua kita keluarga Tak kira pun apa bangsa kita Semua bersatuSejauh mana pun ku pergi kau takkan takkan hilang...
Konsep Akuntansi Dalam Islam Dan Perkembangannya Dari Zaman Ke Zaman

Konsep Akuntansi Dalam Islam Dan Perkembangannya Dari Zaman Ke Zaman

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 344 hits
Menurut American Accounting Association akuntansi merupakan proses mengidentifikasi mengukur dan melaporkan informasi ekonomi untuk memungkinkan adanya penilaian dan pengambilan keputusan yang jelas dan tegas bagi mereka yang menggunakan in...
Desain Ibu Kota Baru Repubiik Indonesia Di Kalimantan Sudah Rilis Begini Konsep Tata Kotanya

Desain Ibu Kota Baru Repubiik Indonesia Di Kalimantan Sudah Rilis Begini Konsep Tata Kotanya

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 398 hits
Presiden Jokowi sudah mengambil keputusan bahwa ibu kota Republik Indonesia yang baru akan dibangun di pulau Kalimantan Realisasinya masih menunggu keputusan dengan pengambil kebijakan yang lain Namun perpindahan ibu kota diyakini akan terj...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner