Kek Eksklusif Untuk Gathering Birthday Dinner Blogger Ganu Dari Dnialicious Cake House


Assalamualaikum. Hai!


Ingat tak entri CikSha yang lepas CikSha kongsi pasal gathering + birthday dinner dengan geng blogger Ganu kat restoran D'Rumoh Pata? Baca >Restoran Menu Ala Thai Sedap Di Terengganu | D'Rumoh Pata<. Entri kali ni CikSha nak story pasal birthday pulak la sebab entri lepas tu cerita pasal makan-makan kat restoran je. Walaupun dah 12 hari berlalu peristiwa tu, kenangan manis haruslah dicoret untuk tatapan masa depan. Ewah.


Sebenarnya kan, CikSha ni bukanlah peminat kek sangat. Tambah-tambah kek span dan krim. Memang kurang gemar. Rasa cepat muak. Tekak ni kalau spesis kek, cuma kek coklat yang pahit-pahit tak manis, brownies dengan kek batik biskut marie je boleh telan. Eksyen betoi anak tekak iols ni kannn. Hihi.

KEK EKSKLUSIF DARI DNIALICIOUS
Tapi yang anehnya, bila rasa je kek dari Dnialicious sempena birthday baby august blogger Ganu hari tu, SEDAP weh kek dia. Langsung tak muak. Megik betul. Tekak ni boleh terima kek span dan krim tetiba. Serius. Memang tak muak. CikSha berebut dengan abang Adan oi. Dia tanya mana kek. CikSha kata dah takda sebab semut hurung. Padahal semut tu mak dia la. Haha. Ampunkan omak wahai anak.


Dah la rasa kek tu ngam dengan anak tekak CikSha. Deko kek pun menarik sangat. Hiasan kek tu dibuat menggunakan krim menyerupai bendera Malaysia tau. Ye la kan. Sempena hari Merdeka katakan. Lepas tu untuk gathering blogger Ganu yang awesome. Haruslah yang special dan lain dari yang lain. Gituuu.

TAYANG LAGI MUKA BABY AUGUST. HIHI.
Dnialicious Cake House | Kedai Kek Sedap Di Kuala Terengganu
Sebenarnya kan, Dnialicious ni dah glamour dengan buatan kek nya yang sedap. Orang area Pasir Panjang Kuala Terengganu confirm dah tahu. CikSha ni je baru tahu sebab orang Koberang kan. Jauh sikit. Tu lambat tahu tu. Mujur la buat birthday dinner. Dapat la merasa kek sedap dari Dnialicious.


Kalau nak tahu, Dnialicious ada pakej untuk pilihan kek yang bermacam jenis dan dah tentulah eksklusif. Tengok la macam kek birthday kami tu kan. Eksklusif sangat. Yang paling best, pilihan kek tu bersesuaian dengan bajet kita. Kek yang paling murah pun rasa dia tip top tau. Macam mana CikSha tahu? Dari blogger Sis Gee dan blogger Husniey yang berkongsi pengalaman mereka suka tempah kek dengan Dnialicious la.



Pelbagai Pakej Kek Dari Dnialicious
Meh cuci mata tengok pakej pilihan kek yang disediakan oleh Dnialicious. Harap bertabah ok. Kek nya ya ampunnn, melting nengoknye. Tu baru tengok gambar. Kalau dapat menikmati lagi meleleh kot. Hihi.

KEK HIASAN KARTUN
CUPCAKE UNTUK TUNANG/KAHWIN/BIRTHDAY
KEK TINGKAT UNTUK MAJLIS KAHWIN
KEK MONOGRAM HURUF/NOMBOR
KEK BAJET GAMBAR EDIBLE
Haaa..terliur tak tengok kek nye? Ni baru sikit CikSha kongsi. Cilok gambar kat facebook depa. Berlambak lagi pilihan tau. Rambang mata. Kalau kita ada pilihan sendiri nak deco macam mana pun boleh je request kat Dnialicious tau. Nanti dorang realisasikan apa yang kita nak. Yang penting kena dengan bajet. Best kan?


Servis Surprise Delivery dan Table Deco dari Dnialicious
Selain tu, Dnialicious ni ada buat servis untuk kita surprise yang tersayang tau. Boleh pilih nak servis dorang buat penghantaran bouquet atau hias meja untuk majlis sambutan anniversary/birthday di restoran atau di mana-mana yang kita request. Boleh pilih nak sekalikan dengan kek atau tak. Atas bajet kita. Wahhhh. Menarik kan pakej dari Dnialicious ni.


 FLOWER / CHOCOLATE BOUQUET WITH/WITHOUT BALLON/CAKE
HOT BALLON SURPRISE
TABLE DECO
Untuk yang tinggal area Kuala Terengganu, kalau ada plan nak buat surprise boleh la ushar servis dari Dnialicious ni. CikSha jamin mesti tak menyesal punya la. Baca feedback yang pernah jadi pelanggan dorang kat facebook, semuanya berpuas hati. Itu maknanya servis Dnialicious ni memang terbaik.


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi info kat bawah ni okay
FACEBOOK | INSTAGRAM | 017 908 7745
LOKASI : JALAN PASIR PANJANG ( sebelah Farmasi Pasir Panjang )
WAKTU OPERASI : 9.30 am hingga 9.30 pm ( Jumaat Tutup )

Terima kasih Dnialicious buat kek yang sedap untuk kami. Terharu sangat. Terima kasih juga pada blogger Huda sebab buat pilihan yang terbaik dengan buat tempahan kek kat Dnialicious. Pilihan Huda memang tip top. Dari lokasi nak gathering sampai la ke kek. Thanks Huda!


Bisik-bisik :: Agaknya tahun depan dapat lagi tak celebrate birthday camni eh?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2019/09/kek-eksklusif-untuk-gathering-birthday.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambut Birthday August Babies Blogger Ganu Dengan Kek Sedap Dnialicious

Sambut Birthday August Babies Blogger Ganu Dengan Kek Sedap Dnialicious

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 880 hits
Sambut Birthday August Babies Blogger Ganu Dengan Kek Sedap DNIALICIOUS Happy birthday to us August babies Babies kah Hahahaha Dan masih belum terlambat untuk Sis Gee wish untuk semua rakyat Malaysia SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 62 Prou...
Tempah Kek Sedap Dari Dnialicious Cake House Di Terengganu

Tempah Kek Sedap Dari Dnialicious Cake House Di Terengganu

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 485 hits
Assalamualaikum Baru baru ni kawan kawan blogger dari Terengganu ada buat gathering sambut birthday Kalau ada yang tertanya tanya tempah mana kek gambar bendera Malaysia tu ianya dari Dnialicious Cake House Kek bendera ni keluaran edisi ter...
Kek Birthday Yam Fresh Cream Cake

Kek Birthday Yam Fresh Cream Cake

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 1484 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah muncul kembali setelah lama membiarkan blog sepi Terima tempahan masih seperti biasa juga ya Kali ni tempahan kek birthday perisa Yam fresh cream cake Deko ala comel comel sesuai la untuk bu...
My Birthday Cake Kek Caramel Pelangi Sedap Lembut Dan Tak Hanyir

My Birthday Cake Kek Caramel Pelangi Sedap Lembut Dan Tak Hanyir

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 852 hits
MY BIRTHDAY CAKE KEK CARAMEL PELANGI SEDAP LEMBUT DAN TAK HANYIR Birthday Yezza August is my birthday month Terima kasih pada semua yang sudi wish birthday mummy Lagi sekali Late entry hahaha Ampun busy kerja dude Jumpa orang lagi Kerja I s...
Kek Birthday 2019

Kek Birthday 2019

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 929 hits
Inilah dia kek hari lahir saya pada tahun ini Cerita ini sudah lama berlalu iaitu pada Mac 2019 tetapi baru kini ada mood dan masa untuk siarkan Kek yang ditempah untuk diri sendiri Untuk dimakan bersama keluarga tercinta Kebetulan adik yan...
Resepi Chocolate Moist Cake Resepi Kek Coklat Moist

Resepi Chocolate Moist Cake Resepi Kek Coklat Moist

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 1600 hits
Resepi ni ani suka sebab tekstur dia lembut je Lagi2 bila masuk mulut dengan topping dia yang sejuk tu perghh Meh anie share resepi ngan korang bahan dia senang je guna cup je yeResepi chocolate moistBahan A2cup gula kastor1cup minyak jagun...
Idea Jadikan Buahan Untuk Kek Birthday

Idea Jadikan Buahan Untuk Kek Birthday

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 1241 hits
Idea jadikan buahan untuk kek birthday Assalamualaikum sha plan nak sambut birthday edan minggu depan ala kadar ja maklum lah dia kan masih kecil lagi so kek mestilah yang dia makan sha terpikir mau buat kek dari buahan asasnya tembikai mac...
Altanera House By Taller Alberto Calleja In Puerto Escondido Mexico

Altanera House By Taller Alberto Calleja In Puerto Escondido Mexico

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 225 hits
Project Altanera House Architects Taller Alberto Calleja Location Puerto Escondido Oaxaca Mexico Area 3 013 sf Photographs by Jesus A Reyes Altanera House by Taller Alberto Calleja The Altanera House is a stunning modern home located in the...
Secret Recipe Merdeka Promo For 2nd Slice Of Cake

Secret Recipe Merdeka Promo For 2nd Slice Of Cake

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 551 hits
Secret Recipe Merdeka Promo for 2nd Slice of Cake Jom meriahkan lagi sambutan Hari Merdeka di Secret Recipe Dapatkan 62 The post appeared first on
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi