Kejohanan Badminton Dunia 2019 Apa Jadi Pemain Kita


Kejohanan badminton Dunia 2019 telahpun berakhir pada hari Ahad lalu. Seperti dijangka, dengan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei maka tiada wakil barisan hadapan negara untuk ke akhir.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Basel, Switzeland tempohari didapati pasukan Jepun berada dalam kelas tersendiri apabila memiliki 5 wakil di perlawanan akhir itu dengan dua darinya berjaya menjadi juara.
Manakala bagi barisan negara hanya dua wakil yang berjaya melangkah ke suku akhir iaitu beregu pilihan kelima iaitu Chan Peng Soon/ Goh Liu Ying dan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Ini menunjukkan betapa meningkatnya pasukan Jepun yang juga dilatih oleh anak watan dari Melaka iaitu Jeremy Gan.
Bukan sahaja pasukan Jepun, jiran terdekat iaitu Thailand juga mempunyai wakil dalam acara beregu campuran sedangkan 20 tahun lalu mereka tiada pemain yang setanding dengan atlet badminton negara.
Mengapa agaknya ini terjadi? Adakah pasukan-pasukan ini mempunyai fasiliti yang lebih gah dari Malaysia ? Atau adakah pemain negara tidak segagah pemain-pemain dari Jepun? Perlu diingat terdapat juga beberapa pemain yang bukan datangnya dari negara yang kuat dalam sukan badminton.
Michelle Li yang menumpaskan pemain negara, Soniia Cheah berasal dari Hong Kong dan berhijrah ke Kanada. Bermain mewakili Kanada adakah mempunyai fasiliti dan sparing partner yang lebih berbanding Soniia?
Realitinya, Michelle Li kini menduduki ranking ke 9 dunia meskipun Kanada bukanlah negara yang mengenali badminton sepertimana rakyat Malaysia. Tetapi mampu berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dimana usianya hanya setahun lebih tua dari Soniia.

Goh Jin Wei ? Dimana beliau? Nampaknya pemain muda negara ini ada masalah dari segi kekuatan fizikalnya. Adakah beliau mengalami kecederaan atau isu lain? Maaf kalau Ligakampung.com terlepas pandang.
Lee Zii Jia menghadirkan sedikit sinar tetapi masih banyak perlu diperbaiki. Dalam usianya yang telah meniti 21 tahun, beliau perlu mampu bersaing dengan pemain di peringkat tertinggi. Pemain no 1 dunia, Kento Momota hanya tiga tahun lebih tua darinya.
Jadi dia masih perlu untuk mencari jalan untuk menumpaskan pemain terbaik dunia ketika ini. Pemain ini yang mungkin boleh melepasi legasi Lee Chong Wei cukup gah berada di persada ranking badminton dunia.
Dalam perlawanan ketika menentang Kento Momota, terlalu jauh level antara Zii Jia dan pesaingnya. Sesuatu perlu dilakukan jiuka beliau ingin menjadi pengganti Lee Chong Wei. Cuba perbaiki aspek mental kerana dari segi fizikal beliau mempunyai kelebihan terutama dari segi ketinggian.
Smash tajam mampu dihadirkan namun kelekaan sehingga mengakibatkan ‘unforced error ‘ perlu diperbaiki.
Dalam aksi beregu pula, mungkin Goh Liu Ying/Chan Peng Soon perlu mencari formula terbaik untuk mereka berada sebaris dengan jagoan dunia. Meskipun berada di rangking ke 5 tetapi barisan pemain yang berada di hadapan mereka adalah lebih muda di dalam lingkungan 20-22 tahun.
Mereka mempunyai kelebihan dari segi stamina dan fizikal dimana Goh dan Chan perlu menggunakan segala pengalaman mereka berada dalam arena badminton untuk menguasai gelanggang terutama untuk menuju ke Olimpik 2020 pada tahun hadapan.
Beregu lelaki dan wanita pula tiada yang boleh dibanggakan apabila kebanyakan tidak melepasi sasaran yang baik. Adakah harapan beregu lelaki masih di tangan Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang tidak nampak arahnya? Itu persoalan yang hanya mampu dijawab oleh mereka.
Melihat kepada keputusan kejohanan ini, harapan untuk memungut pingat dalam Sukan Olimpik sedikit sukar. Sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh semua yang terlibat termasuk dari BAM mahupun professional.
Impian untuk mengapai pingat emas mungkin sukar namun masih ada sinar untuk mencapai pingat seandainya pemain mampu melakar kejutan.
Selain itu, post mortem perlu dilakukan terutama oleh pihak BAM mengenai situasi ini. Kemungkinan pemain-pemain muda boleh dibentuk untuk bermain dalam kejohanan kecil selepas ini bagi memberikan konfiden kepada mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/kejohanan-badminton-dunia-2019-apa-jadi-pemain-kita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadual Dan Keputusan Kejohanan Badminton Dunia Bwf 2019

Jadual Dan Keputusan Kejohanan Badminton Dunia Bwf 2019

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 563 hits
Jadual dan Keputusan Kejohanan Badminton Dunia BWF 2019 BILAKAH tarikh Kejohanan Badminton Dunia BWF 2019 berlangsung Untuk makluman anda Kejohanan Badminton Dunia BWF 2019 yang juga merupakan edisi ke 25 bakal berlangsung mulai 19 hingga 2...
Kejohanan Waterski Dunia Iwwf 2019

Kejohanan Waterski Dunia Iwwf 2019

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 232 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kl Tower International Jump Malaysia 2019 Cabar Penerjun Dari Seluruh Dunia

Kl Tower International Jump Malaysia 2019 Cabar Penerjun Dari Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 315 hits
Menara Kuala Lumpur sekali lagi menganjurkan acara tahunannya KL Tower International Jump Malaysia 2019 bagi menarik lebih daripada 100 penerjun base dari seluruh dunia Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Rozlan Mohamed berkata acara terjunan yan...
Huawei Nova 5t Akan Melakukan Kemunculan Sulung Di Dunia Ketika Acara Kl Fashion Week 2019

Huawei Nova 5t Akan Melakukan Kemunculan Sulung Di Dunia Ketika Acara Kl Fashion Week 2019

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 322 hits
Peranti Huawei Nova 5T muncul secara tiba tiba di laman Google minggu lalu Menarik sekali peranti ini akan melakukan kemunculan sulung di peringkat global ketika acara KL Fashion Week 2019 yang berlangsung pada 25 Ogos hadapan Sempena kemun...
Undi Sanjar Shaakhmedov Sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Super Edisi Julai 2019

Undi Sanjar Shaakhmedov Sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Super Edisi Julai 2019

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 325 hits
SANJAR SHAAKHMEDOV Undi Sanjar Shaakhmedov sebagai Pemain Terbaik Liga Super PFAM asiana my Julai 2019 di bawahKualiti teknikalnya membolehkan pemain tengah Uzbekistan ini sentiasa menjadi bahaya dari jarak jauh 3 gol dijaringkannya sepanja...
Presiden Jokowi Siapkan Langkah Mendorong Pengusaha Lokal Menjadi Pemain Kelas Dunia

Presiden Jokowi Siapkan Langkah Mendorong Pengusaha Lokal Menjadi Pemain Kelas Dunia

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 261 hits
Presiden Jokowi mendorong pengusaha Tanah Air untuk berani menembus pasar dunia Tak hanya pengusaha perusahaan pelat merah pun dituntut untuk melebarkan sayapnya ke dunia Guna mewujudkan hal tersebut Presiden Jokowi menegaskan Indonesia har...
Van Dijk Pemain Terbaik Eropah 2018 2019

Van Dijk Pemain Terbaik Eropah 2018 2019

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 388 hits
Van Dijk Pemain Terbaik Eropah 2018 2019 Pemain pertahanan tengah Liverpool Virgil van Dijk memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan UEFA awal pagi tadi mengatasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo manakala Lucy Bronze meraih anuger...
Wto Laporkan Perdagangan Dunia Masih Melemah Di Kuartal Iii 2019

Wto Laporkan Perdagangan Dunia Masih Melemah Di Kuartal Iii 2019

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 240 hits
Organisasi Perdagangan Dunia melaporkan pertumbuhan volume perdagangan barang dagangan dunia kemungkinan akan tetap lemah pada kuartal ketiga tahun ini Indikator perdagangan pada Mei menunjukkan angka 96 3 WTO mengatakan bahwa angka terbaru...
Pertandingan Kemahiran Dunia 2019 20 Peserta Malaysia Sahkan Penyertaan

Pertandingan Kemahiran Dunia 2019 20 Peserta Malaysia Sahkan Penyertaan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 410 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn