Kejap Okay Kejap Sakit Perut Anak Mungkin Sembelit Mak Ayah Take Note


Soalan saya, bayi saya kerap sembelit. Dia asyik menangis dan meneran kalau nak membuang. Ada tak cara nak rawat sembelit. Kesian tengok dia sampai kepala kebawah nak teran.
-Hidekan nama saya-

Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
-Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
-Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
-Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis.

Sembelit boleh menyebabkan:
-Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”).
-Rasa tidak selesa.
-Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
-Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
-Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).
Masalah sembelit berpanjangan boleh menyebabkan:
-Enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar. Selalunya dilaporkan oleh ibu bapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam anak mereka.
Sebab terjadinya sembelit:
-Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
-Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
-Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
-Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.
-Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).
Rawatan:
Latihan pembuangan najis : Selalunya dilakukan selepas waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya, seseorang akan mengalami rasa untuk membuang najis selepas makan kerana “gastrocolic reflex”. Kanak-kanak digalakkan duduk di mangkuk tandas yang bersesuaian saiznya dengan saiz kanak-kanak tersebut (penggunaan potty amat digalakkan jika perlu). Mereka perlu duduk di mangkuk tandas selama 2-3 minit walaupun telah membuang najis sebelum itu. Penggunaan “sticker” yang dilekatkan di diari atau carta yang direka dengan kreatif untuk memberikan motivasi boleh membantu.
Penggunaan mangkuk tandas yang bersesuaian atau “potty” boleh mengelakkan rasa takut untuk jatuh apabila menggunakan tandas biasa. Ubat julap turut membantu mengelakkan rasa sakit apabila membuang najis yang keras.
Pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan. Mengehadkan pengambilan susu lembu kepada 500ml sehari (untuk kanak-kanak lebih daripada 18 bulan) mungkin boleh membantu terutamanya pada kanak-kanak yang banyak mengambil produk tenusu.
Untuk bayi yang mengalami sembelit, sila hubungi doktor anda kerana ada di antara mereka mungkin mengalami masalah alahan kepada susu lembu dan perlu intervensi khas. Untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu bapa boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka.
Penggunaan ubat-ubatan (laxatives) di bolehkan atas nasihat doktor anda.
Konsistensi najis adalah lebih penting daripada frekuensi pembuangan najis. Masalah ini boleh dikawal dengan pelbagai teknik atau strategi rawatan yang ringkas. Ubat ubatan mungkin diperlukan untuk kes-kes tertentu. Sembelit disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius jarang berlaku.
Sumber: MyHealth portal
 
The post Kejap Okay, Kejap Sakit Perut. Anak Mungkin Sembelit, Mak Ayah Take Note! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kejap-okay-kejap-sakit-perut-anak-mungkin-sembelit-mak-ayah-take-note/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Ayah Jangan Salah Beli Lampin Pakai Buang Elak Risikokan Anak Pilih Bebas Klorin

Mak Ayah Jangan Salah Beli Lampin Pakai Buang Elak Risikokan Anak Pilih Bebas Klorin

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 253 hits
Satu hal yang membuatkan kita teramat bimbang bila mana anak mudah terkesan dengan pemilihan lampin pakai buang yang tidak sesuai Malah alahan pada lampin pakai buang melecet ruam dan sebagainya merupakan masalah kulit biasa yang dihidapi a...
Mak Ayah Kena Biasakan 3 Ayat Magik Macam Ni Baru Anak Membesar Jadi Anak Yang Hebat

Mak Ayah Kena Biasakan 3 Ayat Magik Macam Ni Baru Anak Membesar Jadi Anak Yang Hebat

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 178 hits
Bukan mudah hendak membesarkan anak kecil Sejak kecil lagi sekecil kecil perkara mengenai adab kesopanan dalam tutur kata dan sebagainya penting ditunjukkan kepada anak agar anak menjadi seorang anak yang hebat dan baik budi pekertinya Jang...
Anak Tantrum Bukan Sebab Mengada Ngada Ini Perkara Yang Mak Ayah Kena Tahu

Anak Tantrum Bukan Sebab Mengada Ngada Ini Perkara Yang Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 162 hits
Sekitar usia anak nak membesar lebih kurang tiga tahun ke bawah itu adalah normal Biasanya tantrum ini terjadi kerana ia adalah cara terbaik untuk anak menunjukkan perasaannya Untuk meluahkan dengan kata kata adalah sukar jadi ekspresi mela...
Anak Anak Okay Cuma Yem Nampak Mak Dia Naik Ambulans Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

Anak Anak Okay Cuma Yem Nampak Mak Dia Naik Ambulans Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 273 hits
Bekas suami kepada Nad Zainal Faliq Amiruddin belum mempunyai kesempatan untuk melawat Nad di hospital Menurutnya sebelum ini dia ada berjumpa Nad dan Nad kelihatan agak lemah Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa f...
Anak Saya Ni Pemalu Sikit Mak Ayah Jangan Buat Silap Macam Ni Biar Kita Puji Anak Melambung

Anak Saya Ni Pemalu Sikit Mak Ayah Jangan Buat Silap Macam Ni Biar Kita Puji Anak Melambung

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 291 hits
Masyarakat kita selalu tersilap Kita lebih senang terlalu humble merendah rendahkan anak Walhal hakikatnya anak terkesan dengan cakap cakap sebegini yang kita rasakan remeh Elakkan sama sekali mengeluarkan ayat yang boleh merendahkan anak M...
Hiburan Anak Anak Dan Mak Pun Suka Dia Shuib Minta Netizen Jangan Pertikai Keputusan Pilih Watie Sebagai Calon Isteri

Hiburan Anak Anak Dan Mak Pun Suka Dia Shuib Minta Netizen Jangan Pertikai Keputusan Pilih Watie Sebagai Calon Isteri

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 229 hits
Pelawak dan juga usahawan sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan warga maya setelah dia dikatakan menjalinkan hubungan mesra bersama seorang usahawan wanita bernama Watie Ini berikutan tularnya video video Shuib dan anak anak keluar bersama...
Curahan Hati Bunga Citra Lestari Ungkap Beratnya Lihat Hidup Sang Anak Tanpa Sosok Ayah

Curahan Hati Bunga Citra Lestari Ungkap Beratnya Lihat Hidup Sang Anak Tanpa Sosok Ayah

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 193 hits
Bagi Bunga Citra Lestari hal terberat setelah ditinggal sang suami adalah saat menjadi orang tua tunggal Bahkan Noah nggak mau datang ke sekolah saat ada peringatan Hari Ayah
Potret Cantik Tasya Farasya Yang Sedang Hamil Anak Kedua Perut Makin Besar

Potret Cantik Tasya Farasya Yang Sedang Hamil Anak Kedua Perut Makin Besar

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 190 hits
Tasya Farasya sedang menikmati kehamilan anak keduanya Perubahan fisik sudah tampak terlihat dari Tasya Farasya Perut Tasya tampak makin membesar Penampilan Tasya Farasya mencuri perhatian Potretnya dipuji cantik meski sedang hamil anak ked...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik