Kejahatan Bermula Dalam Beberapa Jam Lagi


SESUDAH SUBUH

Foto: Ambilan dari Fb Najah Asri.PILIHAN RAYA negeri (Pirane) Melaka akan berakhir kira-kira 72 jam sahaja lagi. Kempen sudah masuk ke selekuh terakhir. Dalam tempoh 72 jam dikira tempoh yang sangat genting dan mencabar. Mulai malam ini semua parti bertanding akan melipat gandakan usaha kempen mereka. Selalunya kerja-kerja jahat, tindakan tidak bermoral sampai melanggar undang--undang pun akan berlaku dalam tempoh kritikal ini. Penentuan pihak mana akan menang atau kalah dapat dilihat secara lebih realistik pada tempoh ini. 
Peristiwa yang berlaku di pusat mengundi awal di balai Polis Masjid Tanah dalam Dun Lendu semalam, dimana petugas tempat mengundi tidak membenarkan agen calon PH (Asri Ibrahim) memasuki ke kawasan pengudian adalah permulaan awal pelanggaran undang-undang pilihan raya. 
Tindakan menghalang agen itu seperti mana dilaporkan satu pencabulan kepada proses pilihan raya. Pengerusi PH Anwar Ibrahim meluahkan rasa kecewa atas apa yang berlaku. 
Laporan sudah dibuat dan pihak polis telah memberi respon mereka akan menyiasat sejauh mana berlaku halangan berkenaan. Keputusan siasatan polis itu perlu didedahkan segara untuk diketahui duduk perkara itu. Sekiranya benar, Anwar sarankan supaya SPR pertimbangkan diadakan pengudnian semula.
Walaupun sebelum ini sudah ada bentuk kempen dan layanan tidak adil daripada pihak kerajaan khasnya media massa RTM dan Tv3, tetapi ia tidak begitu ketara sangat. Ia boleh dianggap norma kerana perkara itu biasa dan menjadi amalan media kerajaan sejak berdeka lampau. 
Saya terpandang beberapa batang bendera berwarna merah dipercayai bendera PH telah dihumban ke dalam sebatang sungai. Ini perbuatan yang sadis dan tidak ada semangat demokrasi. Mereka yang melakukan adalah penerus zaman pemuda tahan lasak Umno di tahun 60-an dahulu.
Bakar jambatan. 
Pilihan raya disekitar tahun 60an - 70an, mewah dengan kejadian mencabut bendera dan merobohkan pintu gerbang parti. Bukan setakat itu bahkan di kampung Gertak Tiga di Rantau Panjang pemuda tanah lasak Umno membakar jambatan untuk menghalang pengundi keluar mengundi. 
Kita tidak pasti apakah yang membuang bendera PH ke sungai itu musuh PH, atau sebaliknya ia dibuat dengan cara hendak reverse psikologi? Tetapi perbuatan dan pemandangan itu tidak sewajarnya berlaku lagi kerana ia mencacatkan mata mereka yang mencintai demokrasi.
Demikian juga berlaku pemasangan poster yang mernindih poster lain. Ada juga disiarkan gambar menunjukkan keadaan itu. Perbuatan itu juga dilakukan oleh tangan manusia yang belum tamadun dalam berpolitik. 
Kejadian seperti itu sepatutnya tidak berlaku lagi di zaman ini. Apa lagi pilihan raya Melaka itu diadakan dalam penuh kesoponan(?) (Sop) seharusnya ia dilaksana dengan penuh hormoni dan diawasi semua pihak agar ia tidak melencung menjadi nakal. 
Tetapiu politik tetap politik. Betapa baik dan diberikan didikan dan ajaran orang politik tetap juga isritiqamah dengan sifat dan feel politik kebinatangannya. Political animal.  
Kerana menyedari dan memahami begitu sifat politik, seperti dikatakan diawal tadi, gerakan dan cara kempen akan menjadi kencang dalam tempoh 72 jam ini. Akan ada nanti berlaku hal-hal yang tidak terfikir sebelum ini. Kalau dalam tempoh lapan hari lalu kempen masih lagi sedarhana, tetapi ia akan jadi tegang menjelang beberapa jam saat pengundian.
Kerap terjadi.
Apa yang sering terjadi dalam pilihan raya yang sudah-sudah ialah kejadian mengugut dan merasuah pengundi. Pengundi yang lemah atau berkedudukan terpencil akan diugut dengan berbagai cara. Mungkin kad pengenalan mereka diambil atau pun diberikan gambaran agar jangan keluar mengundi.
Sekiranya pengundi itu dikenal pasti penyokong kepada parti-parti tertentu dan bukan menyokongnya, mereka akan diminta supaya tidak keluar mengundi dengan berbagai helah dan taktik. Misalnya digambarkan pengundian tidak penting lagi kerana partinya sudah menang besar. Taktik ini digunakan kepada pengundi yang tidak memahami tipu daya politik. 

Rasuah memberi wang satu kegiatan yang tidak dapat dielakkan. Pemberian rasuah ini bukan sahaja tertakluk kepada sesuatu parti, tetapi mngkin semua parti terlibat.  Hanya kadarnya berbeza. Akan berlaku nanti tawar menawar atau gandaan wang rasuah. Kalau parti ini hulur RM50, parti lain akan tambah jadi RM100 dan parti ketiga pula akan mengenapkan jadi RM200.
Pengundi yang tidak bijak akan termakan dengan huluran itu, dan berpotensi membuat pilihan kepada parti yang paling banyak menghulurkan wang rasuah kepada mereka. Di sini perlu dititik kembali amanat gemulah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat kepada pengundi yang dirasuah agar ambil wang itu tetapi tidak diberikan imbuhan undi. 
Kata Allahyarham Tokguru Nik Aziz, "buvi kain pakai, buvi gula kacau, buvi lembu erek." Maksudnya kalau pengempen atau petolol parti bagi kain sarung ambil dan pakai, kalau diberikan gula ambil dan buat teh, dan kalau diberikan lembu pawah, ambil dan bawa balik, tetapi undi tetap undi parti yang kita ingini. 
Kita berharap pengundi Melaka bijak menilai tindak tanduk dan tidak mudah terpedaya dengan helah tukang kempen parti-parti politik. Mereka usah terikat dengan pemberian berupa rasuah, atau janji-janji molok yang ditaburkan. Semua itu adalah umpan penipuan dan retorik semata-mata. Pengundi perlu menggunakan akal fikiran menilai apa yang sedang berlaku di hadapan mereka kini. 
Pengundi juga jangan mudah teruja dan terpenagruh dengan penampilan pemimpin tertentu yang keluar masuk warung dan jamu makan dan minum. Mungkin mereka budiman tetapi kena tilik juga apakah masalah yang membelit mereka kini. Ada pemimpin yang ke Melaka menemui rakyat, sedang kaki dan tangan mereka terikat dengan pertuduhan belum selesai di mahkamah. Ada juga yang sudah dilambai-lambai pintu penjara Sungai Buloh. Awas mereka. 
Begitu juga kalau ada bangsawan turun menjengok pilihan raya Melaka itu dan mengajak pengundi bermesra, terimalah seadanya sahaja. Jangan kerana mereka bangsawan maka akur dan patuh dengan rayuan dan kehendaknya. 
Begitu juga kalau lihat ada poster besar dengan tulisan "Selamatkan Melaka", jangan mudah terpengaruh perhati dahulu rekod si peluang itu apakah yang telah mereka lalukan sebelum ini. Demikian juga dengan slongan Melaka Maju, perlu difikir dari sudut manakah kemajuan yang hendak dibawa itu. Apakah akan memajukan pasir Melaka?
Seperkara lagi yang mereka kena fikir ialah kenapa berlaku pilihan raya Melaka sedangkan tempoh penggal parlimen ke-14 masih belum tamat. Cari punca dan sebab musababnya. Sekiranya diketahui sebab itu disebabkan pemain yang rakus hendak berkuas, dan jka mereka sekali lagi menangih kuasa dalam Pirane itu, maka humbankan mereka ke selat Melaka, jangan diberi peluang lagi. Mereka harus diajar secukupnya. 
Berbalik kepada apa yang hendak diperkatakan di sini, mengenai suasana dalam tempoh 72 jam nanti, semua pihak harus menyatun pilihan raya itu dengan baik. Pihak-pihak berkuasa khasnya agensi kerajaan berdirilah atas prinsip anda sebagai kakitangan kerajaan dan jangan ikut melacurkan insitusi atau agensi tempat anda cari makan dengan mengikut kehendak mana-mana pihak yang tidak tahu menghormati undang-undang. 
Semoga sahaja pilihan raya yang unik itu tidak akan menitiskan setitik darah pun walaupun ia mungkin akan keguguran banyak air mata nanti. Selamat mengundi. [wm.kl.8:26 am 17/11/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/11/kejahatan-bermula-dalam-beberapa-jam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Pasang Jam Dan Tanggal Di Blog

Cara Mudah Pasang Jam Dan Tanggal Di Blog

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 230 hits
Masih di Variasi Blogger share Cara Mudah Pasang Jam dan Tanggal di blog cekidot Silahkan sobat Copy Paste kode script di bawah ini dan simpan di blog sobat diantaranya Untuk kode script widget Hari Tanggal Bulan dan Tahun script var mydate...
Safi Shayla Supa Istimewa Untuk Wanita Berhijab Wangian Tahan Sehingga 72 Jam

Safi Shayla Supa Istimewa Untuk Wanita Berhijab Wangian Tahan Sehingga 72 Jam

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 185 hits
Safi Shayla Supa istimewa untuk wanita berhijab wangian tahan sehingga 72 jamHai semuaa Untuk mereka yang berhijab TB nak share tentang Safi Shayla Supa yang sangat selesa dipakai Haa lepas ni rambut korang tak lah berbau hapak lagi walaupu...
Status Ppkm Dilonggarkan Bri Lakukan Penyesuaian Jam Layanan Operasional

Status Ppkm Dilonggarkan Bri Lakukan Penyesuaian Jam Layanan Operasional

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 191 hits
BRI pun kembali melakukan penyesuaian jam layanan operasional demi memberikan pelayanan perbankan yang prima untuk masyarakat
Tujuh Hari Di Hospital Zizi Kirana Syukur Suami 24 Jam Di Sisi Doktor Nasihat Bed Rest Sehingga Sembuh

Tujuh Hari Di Hospital Zizi Kirana Syukur Suami 24 Jam Di Sisi Doktor Nasihat Bed Rest Sehingga Sembuh

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 252 hits
SELAMA tujuh hari dir4wat di sebuah pusat perub4tan akib4t kekurangan dar4h penyanyi Zizi Kirana memberitahu keadaannya semakin stabil Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Zizie Mad Tahil 36 berkata doktor memberitahu dia mengalami masalah...
Siti Nurhaliza Respon Isu Jam Rm1 1 Juta N4fi Tahu Harga Sebenar Hadiah Daripada Suami Saya Tak Pernah Tanya

Siti Nurhaliza Respon Isu Jam Rm1 1 Juta N4fi Tahu Harga Sebenar Hadiah Daripada Suami Saya Tak Pernah Tanya

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 436 hits
Penampilan penyanyi tersohor negara Dato Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur Fashion Week minggu lalu mencvri perhatian ramai apabila beliau menggayakan aksesori mewah jenama antarabangsa Hasil carian netizen jam mewah bertali merah dan bertatah...
Kesuksesan Erick Thohir Kelola Bumn Berkat Staf Ahli Yang Siap Kerja 24 Jam

Kesuksesan Erick Thohir Kelola Bumn Berkat Staf Ahli Yang Siap Kerja 24 Jam

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 171 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir mengakui kerja keras dan kesuksesan dirinya dalam membantu Pemerintahan Jokowi Ma ruf tidak terlepas dari tim tim yang ada di belakangnya Staf khusus staf ahli dan tim lainnya bahkan mau rela be...
Pemprov Klaim Banjir Di Jakarta Akibat Curah Hujan Surut Kurang Dari Enam Jam

Pemprov Klaim Banjir Di Jakarta Akibat Curah Hujan Surut Kurang Dari Enam Jam

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 193 hits
Dia menjelaskan sebagian besar wilayah yang terdampak genangan dan banjir di Jakarta Timur dapat surut dalam waktu sekitar 2 jam dengan ketinggian 40 60 centimeter
Sepatutnya 6 8 Jam Sehari Ibu Perlu Tidur Baru Ibu Boleh Senyum Tak Marah

Sepatutnya 6 8 Jam Sehari Ibu Perlu Tidur Baru Ibu Boleh Senyum Tak Marah

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 210 hits
Kenapa ibu ibu perlukan tidur 6 8 jam sehari Dekat Sleep Foundation bagitahu ibu adalah orang yang paling banyak sekali Sleep Debt Terutama buat yang ada bayi 0 3 bulan pertama adalah waktu paling banyak sleep debt Sebab tu la para ibu ni w...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023