Keith Foo Nafi Rumah Tangga Bergolak






Mengakui tidak dapat lari daripada masalah rumah tangga, Keith bagaimanapun berkata, cara untuk menanganinya adalah dengan menerima dan belajar daripada setiap dugaan yang datang.

Pelakon Keith Foo mengakui dia dan isterinya, Kim Raymond tidak mengambil pusing dengan gosip yang mendakwa perkahwinan mereka dilanda masalah sejak awal Mac lalu.

Biarpun mengakui setiap pasangan suami isteri akan melalui fasa pasang surut, kata Keith, 36, kehidupan mereka sangat bahagia.

Terdahulu, timbul desas-desus yang mendakwa perkahwinan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 itu sedang bergolak dan mereka sudah tidak tinggal sebumbung.

Ikuti penjelasan daripada pelakon drama Ariana Rose itu ketika ditemui pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) baru-baru ini.

Boleh kongsikan perkembangan terkini anda memandangkan sudah lama tidak muncul di televisyen?

KEITH FOO: Sebenarnya sudah agak lama saya ambil masa berehat untuk memberi fokus terhadap anak. Sebelum kembali aktif bermula tahun lepas, saya berehat selama lebih kurang tiga tahun. Selain sibuk dengan keluarga, sebenarnya saya juga sedang mencuba bidang perniagaan produk jus. Selepas lama berehat, syukur peluang saya untuk berlakon masih ada. Saya baru selesai menjalani penggambaran sebuah drama, manakala beberapa buah telefilem akan ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, saya juga terlibat dalam sebuah program travelog Hola Spain bersama Keith Foo yang menjalani penggambaran di Sepanyol.

Tidakkah anda berasa tergugat dengan kehadiran wajah baharu dalam industri?

Jujur agak terkejut kerana begitu ramai pelakon baharu yang saya tidak kenal. Bagaimanapun, kebanjiran pendatang baharu adalah perkara yang positif sebab menandakan industri lakonan tempatan sedang berkembang.

Tidak perlu berasa tergugat, sebaliknya kita harus berbangga kerana industri sentiasa meriah dengan bakat baharu. Pada masa sama, saya tidak rasa persaingan kerana bukan semua pelakon senior mempunyai idea yang bagus. Adakalanya pelakon baharu juga banyak dengan idea bagus dan segar.

Beralih kepada perkembangan peribadi. Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan rumah tangga anda dan isteri bergolak. Boleh komen?

Bagi saya jika melibatkan soal peribadi, semua orang sama sahaja. Tidak kira suami isteri, kekasih atau kawan-kawan, semua orang akan lalui masalah. Cuma bagaimana caranya untuk kita hadapi masalah tersebut adalah cabaran sebenar dalam hidup.

Apakah status sebenar perkahwinan anda sekarang ini?

Jika berlaku sebarang masalah dalam rumah tangga kami, sudah tentu kalian (media) akan tahu bukan? Tetapi buat masa sekarang langsung tiada apa-apa. Jika ditanya soal sudah tidak tinggal sebumbung atau tidak, saya pun tidak pernah cakap apa-apa tentang perkara itu.

Maknanya anda masih berstatus suami orang?

Apa yang saya lalui sekarang adalah momen terbaik dalam hidup saya. Hubungan saya dan isteri sangat baik. Kami tidak bergaduh. Cuma sebagai bapa dan ibu, perkara paling penting adalah anak tunggal kami, Skylar Raymond Foo, 2. Dia adalah anugerah terindah yang hadir dalam hidup kami dan kini sedang membesar dengan ceria. Jadi, saya tidak kisah tentang tafsiran orang luar tafsirkan tentang kehidupan rumah tangga kami. Sedangkan kami sebenarnya sangat bahagia.

Apakah perasaan anda apabila isu berkaitan rumah tangga menjadi perhatian?

Sejujurnya kami okey sahaja kerana tidak ambil kisah pandangan orang. Saya tidak nafikan dalam kehidupan ini kita akan lalui banyak perkara sukar. Tetapi harungi dan belajarlah daripada masalah itu. Masalah antara suami isteri adalah lumrah. Apa yang perlu kita buat adalah untuk memahami situasi yang berlaku.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/keith-foo-nafi-rumah-tangga-bergolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Ambil Serius Gosip Rumah Tangga Bermasalah Keith Foo Dan Isteri Sedang Bahagia

Tidak Ambil Serius Gosip Rumah Tangga Bermasalah Keith Foo Dan Isteri Sedang Bahagia

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 432 hits
Keith dan isteri tidak kisah dengan berita mengenai rumah tangganya Pelakon Keith Foo memberitahu dia tidak mengambil serius apabila timbul desas desus mengatakan rumah tangganya sedang mengalami masalah Sebaliknya kata Keith 36 hubungannya...
Orang Ketiga Mia Ahmad Tetap Pertahan Rumah Tangga

Orang Ketiga Mia Ahmad Tetap Pertahan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 302 hits
Pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi tetap akan mempertahankan rumah tangga yang dibinanya walaupun hubungan mereka itu pernah dibayangi orang ketiga Kata Mia dia tidak rela berkongsi kasih dengan orang lain dan tugas...
Pln 1 2 Juta Rumah Tangga Harus Diberi Sambungan Listrik Gratis

Pln 1 2 Juta Rumah Tangga Harus Diberi Sambungan Listrik Gratis

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 335 hits
PT Perusahaan Listrik Negara atau mencatat bahwa untuk mengejar target pemerataan kelistrikan elektrifikasi sebanyak 99 persen pada tahun ini maka 1 2 juta jiwa masyarakat miskin harus disambungi listrik gratis
Antara Sebab Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat

Antara Sebab Rumah Tangga Tak Bahagia Semua Benda Isteri Kena Buat

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 427 hits
The ReporterHari itu saya ada berjumpa dengan seorang bekas cikgu saya dekat sebuah shopping complex Walaupun lama saya tak jumpa dia tapi cikgu is still cikgu dia masih ingat nama saya siap mentioned full name Dah habis sembang saya pun ik...
Urus Anak Rumah Tangga Jangan Sampai Terbeban Buat Ikut Kemampuan Penat Rehatlah

Urus Anak Rumah Tangga Jangan Sampai Terbeban Buat Ikut Kemampuan Penat Rehatlah

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 497 hits
Pesanan kepada si isteri Semuanya tak perlu terlalu sempurna Mempunyai keinginan untuk buat yang terbaik dalam rumahtangga adalah tindakan terpuji namun dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri usahlah berusaha sehingga membeb...
Dipoligami Syekh Puji Saat Usia 12 Tahun Begini Kondisi Rumah Tangga Ulfa Lutfiana

Dipoligami Syekh Puji Saat Usia 12 Tahun Begini Kondisi Rumah Tangga Ulfa Lutfiana

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 519 hits
Masih segar di ingatan publik Tanah Air bagaimana Pujiono Cahyo Widianto atau Syekh Puji menikahi bocah dibawah umur Syekh Puji menikah seorang gadis berusia 12 tahun bernama Lutfiana Ulfa Lutfiana sendiri dinikahi Syekh Puji sebagai istri ...
Pilihlah Suami Yang Ada 13 Sifat Terpuji Anjuran Nabi Ini Agar Rumah Tangga Akan Diberkati

Pilihlah Suami Yang Ada 13 Sifat Terpuji Anjuran Nabi Ini Agar Rumah Tangga Akan Diberkati

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 334 hits
Sebagai ketua dan imam keluarga suami haruslah memiliki sifat sifat terpuji sebagaimana Rasulullah SAW dalam mendidik isteri serta anak anak demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat Agar rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati ...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation