Kehidupan Dunia Hanya Senda Gurau Dan Main Main Akhirat Jualah Sebenar Benar Kehidupan 9721



Antara akhlak Rasulullah ﷺ didalam hadis ialah "Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan." 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Jumaat, 22 April 2011
ENAM PERKARA NEGATIF YANG BOLEH MEROSAKKAN AMALAN BAIK KITA. Enam perkara yang negatif merosakkan amalan baik kita sabda Nabi ﷺ  yang bermaksud:(1)Suka mengaibkan orang lain
(2)Keras hati/busuk hati
(3)Cinta kepada dunia keterlaluan
(4)Tidak punya Perasaan malu
(5)Angan-angannya tinggi melangit
(6)Perbuatan zalim berterusan (HR Ad Dailami)
Suka  Mengaibkan Orang Lain.Mengaibkan orang lain, maksudnya melakukan sesuatu dengan cara memalukan orang lain, mewarwarkan  keburukan orang lain, merancang perkara   yang tidak wujud dengan tujuan memalukan, dan mereka cipta sesuatu yang tak wujud kepada orang yang diaibkan, melihat kekurangan yang ada pada diri sendiri, kemudian mengkambing hitamkan orang lain.

Jari telunjuknya selalu kedepan, tidak pernah menunjuk kebalakang kepada dirinya   untuk muhasabah  dan mengintrospeksi dirinya. Islam melarang mengaibkan dan membuka aib orang lain, Islam menyuruh umatnya selalu muhasabah diri, menghias diri dengan akhlak yang mulia, rendah hati tidak sombong, pemurah, penyayang dan suka membantu terhadap orang yang memerlukan.

Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani, Nabi ﷺ bersabda: "Seutama-utama orang mukmin dalam hal ke Islamannya ialah seluruh orang Islam merasa selamat, ya'ni sejahtera dari kejahatan lisan (lidah) dan tangan orang mukmin itu, sedang seutama orang mukmin dalam hal keimanannya ialah yang paling baik akhlaknya (budi pekertinya) adapun seutama-utama orang berhijrah itu, ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t kepadanya,  sedangkan seutama-utama jihad ialah orang yang berjuang melawan nafsunya sendiri untuk memperoleh keredaan Allah s.w.t." (HR. Ath-Thobarani dari Ibnu Umar).

Seorang mukmin selalu menjaga lidah dan tangannya dari melakukan perkara mungkar (jahat), jadikan diri mukmin sesuai dengan namannya, berakhlak dengan akhlak mulia, tidak  menciptakan perbuatan maksiat, tinggalkan perbuatan  yang dikutuk oleh Allah s.w.t. Semulia-mulia orang mukmin itu ia  melawan nafsu jahat dalamannya (nafsu yang kotor), nafsu yang sangat licik, pembohong, tukang fitnah, bagi mereka yang didodoi oleh nafsu jahat ini, bahawa melakukan kejahatan itu suatu kebangaan baginya.

Seseorang mukmin, ia tidak berkata apa-apa sebelum  melihat dengan ke dua matanya, tidak berkata apa-apa sebelum ia mendengar dari orang yang baik-baik dan yang diyakininya, dia selalu menghidu baik buruknya sebelum melakukannya. Panca inderanya adalah untuk kemanfaatan semata-mata, seorang mukmin dilahir sebaik-baik ummah untuk manfaat orang lainnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang yang diberi  rahmat oleh Allah s.w.t." (Q.SYusuf : 53)
Kejahatan yang bersarang dalam diri manusia itu, sebenarnya  mengketepikan petunjuk Allah s.w.t,  tidak mahu peduli, tidak mahu memahami dan mahu menghayati, akhirnya terperangkap unsur-unsur negatif atau kejahatan, terkeluar dari hidayah Allah dan mengakhiri hidup ini dengan kejahatan.

Sifat Allah itu Maha Penyayang. Segala kejahatan manusia selalu ditutup,  tidak mudah terdedah dan Allah selalu mengajurkan supaya manusia bertaubat. Taubat maksudnya kembali, kembali kepada kenyataan iaitu asal  kejadian manusia yang suci dan bersih. Jangan biarkan bisikan nafsu jahat diperkukuh oleh unsur luaran iaitu syaitan. Syaitan akan merubah wajah manusia, menjadi pahlawan kemungkaran dan jangan berbangga menjadi pahlawan kemungkaran, kerana watak ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang suci itu,  jangan mengaibkan orang lain atau membuka aib orang lain. Seorang muslim harus lebih banyak memeriksa dan meninjau dirinya setiap masa, koreksi diri sebelum  melakukan koreksi terhadap orang lain dengan tujuan untuk mengaibkannya.
Keras Hati Atau Busuk Hati.Keras hati, apabila sifat ini sukar dicernakan, sukar dinasihati ia akan membusuk dan membarah di dalam, ia akan menjadi manusia busuk hati, kemudian merebak menjadi penghasut, hasad dengki, pendendam, riya', suka memfitnah dan menjadi pengkhianat.

Hasad itu datangnya dari hati yang sukar dinasihati dan dicernakan, ia timbul dari sifat marah yang keterlaluan dan tertehan-tehan sehingga membengkak dan meletus bila-bila masa sahaja. Di antara ciri-cirinya, suka beriri hati apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kenikmatan dari Allah, ia benci kepada kenikmatan  dimiliki orang lain. Sentiasa mengaharapkan setiap masa supaya apa yang dinikmati itu akan  hilang secepat mungkin dari orang yang menerima nikmat tersebut. Tidak senang melihat orang lain hidup bahagia dan selesa.

Allah memberikan peringatannya, firmannya yang bermaksud: "Jika kamu memperolehi kebaikan menyedihkan bagi mereka, dan jika kamu ditimpa keburukan (bencana) mereka gembira kerananya." (Q.S. Ali Imran : 120)

Sifat buruk ini bukan sahaja merosak dirinya sendiri tetapi akan merebak dan menjadi penyakit masyarakat, kemudian menjadi ikutan kepada orang lain, ia akan menerima pembalasan dari yang menjadi mangsa hasad itu pula, ia tidak akan berhenti sehingga akhirnya mendatangkan huru hara dalam masyarakat. Oleh itu hindari dari sifat tersebut, hindari dari orang hasad apabila tidak lagi dapat dinasihati. Firman Allah Yang bermaksud: "Dan dari kejahatan orang yang hasad (dengki) apabila dia hasad (dengki)." (Q.S. Al Alaq : 5)

Ayat tersebut di atas didahului dengan ayat (Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh)  dari kejahatan orang yang hasad (dengki) dalam arti kata lain berlindung dengan Allah dari kejahatan tersebut dari berjagkit keapda diri kita, berlindung dengan Allah dari perbuatan mereka  yang hasad kepada kita, melindungi diri kita dari tercebur dalam golongan tersebut.
Cinta Dunia, apa lagi jika tahap keterlaluan.Cinta dunia bermaksud, cinta yang berlebihan, keterlaluan kadang-kadang boleh sampai kepada tahap rakus. Seolah-olah dunia ini segala-galanya, mejadikan dunia ini sebagai istana impian lagaknya, melistarikan lingkungan hidupnya seolah kita tinggal buat selama-lama di dunia ini lupa akan tujuan Allah menjadikan manusia ini sebagai hambanya yang mengabdi kepadaNya, dalam artikata lain akhirat yang berada dihadapannya di kesampingkan. Selain dari itu jangan sampai membiarkan kuasa harta menguasai diri kita, kuasa harta melebihi dari kecerdasan minda kita, kuasa harta menyebabkan kita menzalimi orang yang perlukan bantuan kita, menyebabkan kita angkuh dan bangga diri,  menyebabkan takut kepada kematian yang sentiasa ada didepan kita.

Harta itu hanyalah alat untuk menambah baik kehidupan di dunia ini, ia tidak boleh dibawa bersama apabila kita tinggalkan dunia ini. Harta boleh datang dan boleh hilang, bila-bila masa sahaja, disebabkan oleh bencana alam, dirompak, dicuri, digunakan nuntuk berpoya-poya, sakit  yang memerlu rawatan yang mahal dan sebagainya.

Harta yang kita gunakan itu untuk memenuhi keperluan asas kita, jika melebihi dari keperluan asas, digunakan untuk keselesaan kita, jika melebihi dari keselesan, maka digunakan untuk kemakmuran dan kemewahan. Namun itu semuanya  hanya berlegar-legar di dunia ini semata-mata.

Oleh itu sebagai seorang muslim, jika inginkan keuntungan, hendaklah mengimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat, sebagaimana digariskan oleh Allah s.w.t dalam Al Qur'an, firman Allah yang bermaksud: "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) di negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi." (Al Qashash : 77)

Secara keseluruhanya, seorang muslim haruslah mempunyai sikap seimbang antara kehidupan dunia dengan persiapan untuk kehidupan di akhirat. Dimaksudkan dengan keseimbangan itu tidak semestinya 50-50, tetapi titik tolaknya ayat di atas mendahulukan akhirat, jadi artinya perlu diberikan keutamaan, keselesaan dan kemakmuran yang kita terima itu perlu ada bahagiannya di akhirat, sebab harta yang kita miliki itu yang menjadi hak kita, apabila harta itu juga disumbangkan ke jalan Allah, kalau tidak harta di dunia ini akan menjadi tabungan perut semata-mata atau seperti membakar rokok tidak ada hasil yang kita dapat kecuali habok-haboknya, maka itulah contohnya terhadap harta yang tidak disumbangkan ke jalan Allah tidak dapat melihatnya di akhirat.

Allah s.w.t menerangkan dalam Al Qur'an, firmannya yang bermaksud: "Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (QS .Alankabuut : 64).

Allah s.w.t menggambarkan kehidupan dunia ini sebagai suatu senda gurau, sambil berjalan-jalan untuk melihat kelestariannya, mencipta berbagai pesta keramaian, suwa heboh dan sebagainya tapi harus ingat, bahawa kita tidak selama-lamanya berada ditempat tersebut dan ingat juga, bahawa  di belakang keseronokan dan keindahan itu ada kemusnahan ia tidak kekal dan bila-bila masa sahaja akan musnah seperti apa yang berlaku kepada negara yang dilanda, gempa bumi, tsunami, ribut topan, gunung berapi dan sebagainya, separa kemusnahan, belum lagi kemusnahan total.
Tidak Punya Perasaan Malu.Malu atau dalam bahasa Arab dipanggil Al Haya'. Dalam kontek Islam malu itu, selalu dikaitkan dengan marwah atau kehormatan,  malu melaku perkara  yang dilarang oleh Allah, malu  tidak menunaikan hak dan tanggungjawab. Ya'ni segala perkara yang berkaitan dengan hak, kewajiban dan tanggungjawab, jika tidak dapat menunaikannya harus  ada rasa malu. Malu juga dikaitkan dengan iman. Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya: "Malu  itu mempunyai lebih 60 rangka (cabang) malu adalah salah satu dari cabang Iman." (HR. Al Bukhari)

Dalam Hadis  yang lain Nabi ﷺ bersabda yang maksudnya: "Malu dan keimanan itu  dalam rangkaian yang satu, maka apabila salah satunya terpisah, maka yang satu lagi itu juga ikut terpisah." (HR.Abu Na'im dari Ibn Umar)

Seseorang yang telah mencapai usia dewasa, sihat mental dan fizikalnya, pada umumnya mempunyai sifat malu, sifat malunya itu berbeza antara satu sama lain. Kadang-kadang ada di antaranya perasaan malu amat sedikit, melakukan hal-hal yang bercanggah dengan norma dan tata susila dalam masyarakat adalah biasa baginya,  seperti berkata dengan kata-kata tidak sopan, lucah dan prono, berpakaian yang tidak beretika, berkelakuan tidak senonoh, semuanya ini melamabang amat sedikit rasa malu, kadang-kadang ia berpakaian  yang seksi, dan seksa mata orang lain melihatnya, kemudian minta maaf pula kerana menyiksa orang yang melihatnya.

Jadi hidup yang seperti ini berada di antara norma-norma dan etika Barat dan Timur, dikatakan Barat bukan dan Timur pun bukan, jadi mangsa kepada serangan budaya sekular Barat yang dipanggil kebarat-baratan. Orang Barat memang jelas, melihat cara berpakaian orang Timur terutama wanita Islam, merimaskan mereka. Tetapi kita melihat mereka semacam tidak berpakaian itu juga merimaskan.

Maka bagi orang Barat perbuatan tidak beretika itu, mereka menganggap sebagai suatu intermezo satu selingan atau pertunjukan yang tidak mengenal batas, yang  mengajarnya dari sistem yang  bebas lepas tidak terikat kepada mana-mana etika yang ada. Sistem sekular yang seperti ini sampai ke tahap sekular yang ekterim sukar dirubah...amat bahaya.

Sifat malu  itulah merupakan demarkasi (pemisah) antara orang yang baik dengan orang jahat. Dalam satu hadis Nabi ﷺ bersabda maksudnya: "Seorang lelaki yang mempunyai sifat malu  adalah petanda dari lelaki yang soleh. Lelaki yang tidak bersifat malu adalah petanda dari orang yang jahat." (HR. Ath Thabarani dari Eisyah r.a)

Oleh itu yang dikatakan malu itu, perlanggaran etika yang serius yang membabitkan maruahnya yang ketara, ini berarti malu  bertempat, sedagnkan malu yang tidak pada tempat itu, seperti malu mengatakan sesuatu yang benar, malu  mengatakan sesuatu yang baik, malu untuk memperakui akan kebenaran apa-apa yang dilihatnya. Jadi sesuatu yang benar dan baik itu, tidak termasuk apa yang dimaksudkan dari sifat negatif itu dan ia memang tidak tergolong dari sifat tersebut.
Angan-Angannya Tinggi Melangit.Angan-angan itu suatu bayangan, dalam bentuk khayalan tanpa perhitungan, tanpa perancangan. Bukan realiti. Tidak seperti cita-cita yang berdasarkan  perhitungan dan perancangan yang dianalisa oleh akal yang mengandungi kemungkinan.

Angan-angan biasanya mengundang kehancuran, kerana mengheret seseorang melakukan sesuatu tanpa perancangan yang akhirnya membawa kegagalan. Angan-angan juga apabila menjelema kepada manusia ia akan mencetak manusia pasif, statik, idea yang berbungkah-bungkah yang tidak dapat dicernakan, kerana matlamat dan tujuannya tidak jelas. Seperti angan-angan dalam cerita penglipur lara Mat Jenin menjadi pemanjat kelapa, ia berangan-angan untuk menjual kelapa yang dipanjatnya dan uang hasil jualan kelapanya akan membeli sebuah kapal, kononya ia belayar dengan kapalnya dan singgah disebuah negeri, kemudian ia berkahwin dengan puteri raja negeri tersebut, sambil bergurau dengan puteri konon isterinya, tidak sedar ia berada di atas pohon kelapa dan terjatuh  lalu mati. Kelihatanya cerita ini dongen semata-mata, tapi sambil merenung boleh jadi iktibar. 

Tersangat malang jika anggan-angan ini hinggap kepada seseorang pemimpin yang berjiwa besar ia akan mengheret masyarakat dan negara ke lembah kehancuran. Lihat saja ke negara jiran tetangga, era 60an  zaman Sukarno  dengan gagasan NEFSO The New Emerging  Forces yang menyebabkan dia tersingkir dari istana Presiden.

Peribahasa mengatakan: Hendaklah angan-angan sepanjang badan, maksudnya berpada-pada dan harus berdasarkan kenyataan, kemungkinan dan perhitungan  perlu konkrit dan boleh diterima serata masuk akal.

Selain dari itu mungkin disebabkan oleh tekanan hidup dan terdedah  kepada penipu dan berangan-angan untuk menjadi jutawan segera sangup bergadai harta untuk melabur dan dijanjikan pulangan hebat. Akhirnya semua musnah dan hidupnya lebih teruk dari sebelum ini dan hampir hilang pertimbangan dalam hidupnya. Oleh itu singkirkan sifat negatif tersebut dalam diri kita hidup yang tidak berdasarkan realiti dan fakta, kerana ia akan mengheret kita ke kancah derita yang akan menyebabkan derita di dunia terseksa di akhirat, dunia dikejar tak dapat dan akhirat juga melepas. Tinggalkan sesuatu yang tidak mungkin kita capai, kerana hidup yang namanya dunia ini adalah material, realiti dan fakta sesuaikan diri kita dengan kehidupan ini dan ikut petunjuk yang  diberikan oleh Allah s.w.t.
Perbuatan Zalim Yang Berterusan.Perbuatan zalim itu, iaitu memijak-memijak keadilan, memijak-mijak kebenaran, peanyayaan, penindasan. Kezaliman yang paling besar sekali mensyirikkan Allah. Al Maududi mrumuskan, bahawa kezaliman itu suatu perkosaan terhadap hak dan kewajiban (a violation of a right or duty). Rumpun dari semua kezaliman itu, zalim terhadap Allah, iaitu tidak mahu tunduk terhadap peraturanya, sangat suka kepada hal-hal dilarang dan syirik kepadaNya.

Allah s.w.t menjelaskan  Syirik kepada Allah itu maksud Al Qur'an: "Sesungguhnya memperskutukan Allah itu benar-benar kezaliman  yang besar." (QS. Lukman : 13) 

Zalim terhadap manusia melakukan hal yang merugikan orang lain, merampas, memperkosa, melakukan sewenang-wenang kuasa yang ada kepadanya, khususnya kepada pemimpin hingga mendatangkan kerugian besar kepada rakyatnya. Kemudian kezaliman ke atas dirinya sendiri, seperti berpoya-poya, bermabuk-mabukan, perlumbaan haram, menjatuhkan dirinya dalam perangkap dadah, pelacuran dan sebagainya. Selain dari itu tidak memelihara kesihatan, makanan yang bermutu menurut kemampuan, membelenggu dirinya ke arah kebinasaan dan lain sebagainya, ini berarti segala perkara yang boleh merosakkan dirinya.

Kezaliman sesuatu bangsa terhadap bangsa yang lain, sesuatu negara kepada negara  yang lain, sehingga menyebabkan punah ranah  dan hancur lebur negara tersebut. Sejarah kejatuhan sesuatu negara dan sesuatu bangsa membuktikan hal tersebut.

Sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.a.t firmannya yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah membinasakan umat-umat yang sebelum kamu ketika mereka  berbuat   zalim." (Q.S.Yunus : 13)
Kesimpulan:  Kezaliman itu sebagai kemuncak kepada kejahatan, doa orang yang dizalimi sangat mudah diterima oleh Allah dan mudah pula akan menimpa sesuatu ke atas diri penzalim, banyak-banyak muhasabah diri  atau introspeksi diri, kemudian perbaiki diri, didiklah diri sebagaimana Allah mendidik manusia dengan cara mendirikan ibadah yang wajib untuk mencegah perbuatan jahat dan keji. Jadikan diri ini rendah hati, terpuji, dan di ridha Ilahi. Kejahatan-kejahatan di atas, jika terus menerus bersarang  dalam diri kita, ia akan memusnahkan kebaikan yang ada pada diri kita, maka perlu diingat, bahawa hidup ini tidak indah lagi apabila keburukan itu kekal mengambil tempat dalam diri ini. Wallahu A'lam.

kredit:
http://abdhalim45.blogspot.com/2011/04/enam-perkara-negatif-yang-boleh.html
http://aminhusain85.blogspot.com/2013/03/peluk-islam-kerana-tertarik-layanan.html

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/kehidupan-dunia-hanya-senda-gurau-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dunia Ini Hanya Senda Gurau 9677

Dunia Ini Hanya Senda Gurau 9677

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 279 hits
Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Dunia Itu Hanya Senda Gurau Ilustrasi Foto Adam IslamposBy SodikinOleh Ana SyahidahMahasiswi STEI SEBI DepokMANUSIA tinggal di dunia hanya untuk waktu yang singkat Di sini ia ak...
Dr Mahathir Pemimpin Sebenar Dunia Islam Imran Khan

Dr Mahathir Pemimpin Sebenar Dunia Islam Imran Khan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR 4 FEB Perdana Menteri Pakistan Imran Khan hari ini menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar Imran Khan berkata Dr Mahathir...
Kaya Dunia Bahagia Akhirat

Kaya Dunia Bahagia Akhirat

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 371 hits
Kaya dunia Wang dan harta merupakan keperluan asas bagi manusia meneruskan kehidupan Islam mempunyai rukun agama dan rukun kehidupan Rukun Agama terbina dari Rukun Islam dan Rukun Iman Rukun Kehidupan terbina atas beberapa perkara seperti h...
Doa Keluarga Bahagia Untuk Kebahagiaan Rumah Tangga Dunia Akhirat

Doa Keluarga Bahagia Untuk Kebahagiaan Rumah Tangga Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 5136 hits
Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan keluarga yang bahagia rezeki yang melimpah ruah dan sayang menyayangi dalam menjalani kehidupan rumah tangga Namun setiap hubungan kekeluargaan tentunya cabaran dan masalah yang tak diduga S...
In Syaa Allah Bermanfaat Dunia Akhirat 9695

In Syaa Allah Bermanfaat Dunia Akhirat 9695

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 311 hits
Antara akhlak Rasulullah didalam hadis ialah Suka memudahkan dan tidak suka menyulitkan Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah TIDAK ADA KEHIDUPAN YANG SIA SIA Kadangkala Allah menghadirkan kepada kita orang yang leb...
Jungle Bubble Pod Transpren Di Resort Mewah Melihat Kehidupan Sebenar Gajah Dan Kerlipan Bintang

Jungle Bubble Pod Transpren Di Resort Mewah Melihat Kehidupan Sebenar Gajah Dan Kerlipan Bintang

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 424 hits
Resort jungle bubble Pod transparensi yang menakjubkan dan pertama seumpamanya di dunia membolehkan anda menyaksikan kehidupan semula jadi gajah pada setiap hari siang mahupun malam tanpa sebarang ancaman atau gangguan manakala pada waktu m...
Kehidupan Keluarga Ternama Di Dunia Sahaja 9663

Kehidupan Keluarga Ternama Di Dunia Sahaja 9663

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 281 hits
Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Allah dan Rasulullah Kehidupan yang indah membunuh astor Pewaris kepada kekayaan AstorKeluarga Astor keturunan para ahli sihir Heidelberg Pakar dalam bidang teori konspirasi mengatakan bahawa pada m...
Mandi Hanya 10 Hari Sekali Seorang Pria Diceraikan Sang Istri

Mandi Hanya 10 Hari Sekali Seorang Pria Diceraikan Sang Istri

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 297 hits
Seorang pria di India dilaporkan diceraikan oleh sang istri karena diketahui dia hanya mandi sekali dalam 10 hari Soni Devi wanita dari Bihar Vaishali mengurus berkas perceraian karena suaminya sama sekali tidak bersih dan tidak punya tata ...
Momen Haru Dokter Di Wuhan Rayakan Pernikahan Hanya 10 Menit Karena Virus Corona

Momen Haru Dokter Di Wuhan Rayakan Pernikahan Hanya 10 Menit Karena Virus Corona

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 227 hits
Seorang dokter di Wuhan menggelar pernikahannya selama 10 menit dengan konsep yang sederhana karena virus corona melanda
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah