Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga


Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga
SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) — Polis memperketat kawalan keselamatan terhadap Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarga susulan serangan terhadap anak lelakinya di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
“Ada, tetapi saya tidak boleh dedahkan nanti orang akan tahu sekuriti itu buat apa. Kawalan akan dilakukan pihak polis,” katanya pada sidang media berhubung serangan ke atas anak bekas menteri ekonomi itu di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak enam individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan membabitkan Rafizi dan isteri serta anaknya di samping individu-individu lain yang berkaitan.
Mengulas mengenai jika serangan itu bermotifkan politik, Shazeli berkata perkara itu masih belum boleh ditentukan sehingga siasatan yang lebih lengkap diperoleh pihaknya.
BACA JUGA: Anak Rafizi Diserang, Dicucuk Jarum Suntikan “Alhamdulillah, siasatan awal menerusi kamera litar tertutup (CCTV) ada memberi sinar dan bantuan kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan. CCTV itu bukan sahaja (di) premis pusat beli-belah itu, malah di luar juga ada diteliti.
“Masyarakat juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menyebabkan kegusaran serta tindakan provokasi tanpa kawalan,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), Seksyen 324 serta Seksyen 352 Kanun Keseksaan.
Rafizi dalam kenyataan semalam mengesahkan mangsa serangan itu ialah anaknya dan ketika kejadian, dua suspek lelaki terbabit berpakaian hitam, bertopi keledar dan menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isterinya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.
Sumber: BERNAMA
The post Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/14/polis-perketat-kawalan-ke-atas-rafizi-dan-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Serangan Anak Rafizi Polis Selangor Serahkan Siasatan Kepada Jsj Bukit Aman

Kes Serangan Anak Rafizi Polis Selangor Serahkan Siasatan Kepada Jsj Bukit Aman

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 818 hits
Kes Serangan Anak Rafizi Polis Selangor Serahkan Siasatan Kepada JSJ Bukit Aman SHAH ALAM 17 Ogos Siasatan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Polis D...
Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 621 hits
Bahaya ada di mana mana Tak kira siapa pun kita anak menteri sekalipun tak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Kejadian di Putrajaya petang semalam membuktikan bahawa keselamatan anak anak sentiasa perlu diberi perhatian walau di temp...
Serangan Terhadap Anak Rafizi Siasatan Polis Temui Petunjuk Positif

Serangan Terhadap Anak Rafizi Siasatan Polis Temui Petunjuk Positif

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 717 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata pihaknya menemukan beberapa petunjuk positif untuk mengesan suspek serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli di sebuah pusat beli belah di Putrajaya...
Pemilik Nombor Telefon Ugut Isteri Rafizi Diburu Polis

Pemilik Nombor Telefon Ugut Isteri Rafizi Diburu Polis

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 486 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis sedang mengesan pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan terhadap isteri bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli selepas anaknya diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Putrajaya Rabu lal...
Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 685 hits
GURUN Luluh hati saya apabila lihat anak tidak sedarkan diri kata seorang ibu yang juga jururawat menceritakan detik tragis menyambut anaknya dalam keadaan sawan selepas terbabit dalam kemalangan akhir bulan lalu Norliza Mohd Salleh 44 berk...
Kes Kematian Jestus Keluarga Tuntut Dakwa Polis Dua Tahanan

Kes Kematian Jestus Keluarga Tuntut Dakwa Polis Dua Tahanan

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1205 hits
Malaysiakini nbsp Peguam M Visvanathan mempersoalkan tindakan Pejabat Peguam Negara yang tidak mendakwa pihak pihak berkaitan dalam kes kematian G Jestus Kevin meskipun insiden itu sudah berlalu lima tahun Visvanathan yang juga pengerusi NG...
Ismail Sabri Buat Laporan Polis Skmm Isu Artikel Fitnah Kaitkan Dirinya Dengan Serangan Anak Rafizi

Ismail Sabri Buat Laporan Polis Skmm Isu Artikel Fitnah Kaitkan Dirinya Dengan Serangan Anak Rafizi

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 689 hits
Ismail Sabri buat laporan polis SKMM isu artikel fitnah kaitkan dirinya dengan serangan anak Rafizi Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto NSTP KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat lap...
Motosikal Suspek Serangan Anak Rafizi Disyaki Guna Nombor Pendaftaran Palsu Polis

Motosikal Suspek Serangan Anak Rafizi Disyaki Guna Nombor Pendaftaran Palsu Polis

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 867 hits
Motosikal Suspek Serangan Anak Rafizi Disyaki Guna Nombor Pendaftaran Palsu Polis KUALA LUMPUR 14 Ogos Motosikal digunakan dua individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ram...
Terkini Dari Rafizi

Terkini Dari Rafizi

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 186 hits
Ada yang cadang saya berehat sebentar tapi hidup dan tanggungjawab mesti diteruskan Jumpa saya dalam Podcast YBM malam ini Jumaat 15 Ogos 2025 bersama dua tetamu iaitu YB Kak Ogy Ahli Parlimen Ampang dan Sdr Victor seorang aktivis pendidika...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Galeri Seni Upsi

Taman Awam Seroja Bukit Sentosa

Nsk Rawang

Masjid Al Syakirin Gombak

Awal Pagi Rezeki Masuk

Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025