Dr Mahathir Pemimpin Sebenar Dunia Islam Imran Khan


KUALA LUMPUR, 4 FEB: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar.
Imran Khan berkata Dr Mahathir adalah contoh seorang pemimpin yang berpendirian teguh, terutama untuk kebaikan Islam dan umat Islam.
“Sesungguhnya ada perbezaan di antara seseorang yang menjawat jawatan dan seorang pemimpin. Pemimpin sentiasa mempunyai sistem kepercayaan dan ideologi.
“Seorang pemimpin sentiasa mempunyai pendirian yang teguh, dan itu sebabnya kita amat menyayangi dan menghormati Perdana Menteri Dr Mahathir,” katanya, merujuk yang kepada kelantangan Dr Mahathir bersuara mengenai India.
Imran Khan, yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Visi untuk Keamanan dan Keselamatan Serantau’ di Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) di sini hari ini, berkata demikian ketika ditanya oleh seorang hadirin mengenai langkah India menghentikan pembelian minyak sawit Malaysia, berikutan kritikan Dr Mahathir berhubung tindakan India di Kashmir dan undang-undang kerakyatannya yang baharu.
Bekas bintang kriket itu berkata Dr Mahathir juga dilihat sebagai suri teladan dan negarawan di dalam dunia Islam yang mengubah nasib ramai.
“Kita telah melihat bagaimana Malaysia menjalani pembaharuan dan membangun di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Tetapi apa yang saya suka mengenai Malaysia ialah ia mempunyai masyarakat yang sangat beradab dan bertamadun.
“Saya dapati terdapat keharmonian antara agama dan kumpulan etnik di sini, yang saya fikir adalah ciri-ciri masyarakat bertamadun.
“Di era kegemilangan Islam dahulu, orang ramai dengan pelbagai agama hidup aman bersama. Terdapat toleransi dan penerimaan …dan anda melihat di Malaysia orang ramai hidup dalam suasana harmoni, dan pada pendapat saya ia benar-benar sesuatu yang perlu dikagumi,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Imran Khan berkata 1.3 bilion umat Islam di dunia perlu menyuarakan pandangan mereka mengenai isu Kashmir, terutamanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Pada pandangan saya, keadaan boleh menjadi lebih parah, jika anda tinjau sejarah, apabila ada orang yang mencetuskan api nasionalisme melampau dan menghalakan kebencian kepada komuniti lain, ia biasanya akan membawa kepada pertumpahan darah,” katanya.
Perdana menteri itu juga berkata Pakistan sentiasa bersedia untuk berdamai dengan sebuah negara India yang percaya kepada kemakmuran dan pembasmian kemiskinan di rantau berkenaan.
Beliau berkata antara perkara pertama yang dilakukannya selepas menjadi Perdana Menteri adalah menghubungi rakan sejawatannya dari India.
“Sebilangan besar penduduk miskin tinggal di kawasan tertentu India dan cara terbaik kita dapat mengurangkan kemiskinan di kawasan itu adalah jika kedua-dua negara memulakan hubungan yang baik.
“Tahap ketegangan ketika ini semakin berkurangan, dan sekiranya kita mengurangkan perbelanjaan untuk sektor pertahanan, suasana akan jadi lebih makmur,” katanya, namun menyatakan bahawa Pakistan terus ditolak oleh negara jirannya itu.
Dalam sesi ceramah itu juga Imran Khan turut mengetengahkan visinya mengenai Pakistan, yang menurutnya diilhamkan dari kejayaan Nabi Muhammad SAW membangunkan Madinah sebagai negara Islam pertama dengan kebajikan rakyat dan kedaulatan undang-undang sebagai prinsip utama.
Beliau berkata Pakistan telah memulakan usaha menjadi negara kebajikan, di mana buat pertama kali dalam sejarah negara, insurans kesihatan diberikan kepada segmen masyarakat yang paling lemah, yang memberi manfaat kepada enam juta keluarga.
Perdana Menteri itu turut berkata universiti-universiti di dunia Islam perlu melakukan penyelidikan terperinci mengenai kota Madinah sebagai resipi untuk membina sebuah negara yang berjaya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/dr-mahathir-pemimpin-sebenar-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Islam Jangan Mudah Jatuhkan Hukuman Anwar

Pemimpin Islam Jangan Mudah Jatuhkan Hukuman Anwar

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 275 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati pemimpin Islam di negara ini tidak sewenangnya menjatuhkan hukum kepada seseorang hanya kerana tidak sealiran dalam politik Tegas Anwar lebih lebih lagi sekiranya ia dilakukan dengan tidak di...
Imran Khan Bertemu Tpm Dan Anwar

Imran Khan Bertemu Tpm Dan Anwar

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 317 hits
Bersama dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Pakistan Imran Khan petang tadi Perbincangan kami menyentuh pelbagai isu semasa terkait kedua dua negara
Imran Khan Blames Muslim Leaders For Islamophobia

Imran Khan Blames Muslim Leaders For Islamophobia

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 320 hits
Pakistan Prime Minister Imran Khan says the Sept 11 terror attack on the US World Trade Centre was a big disaster for the Muslim world as Western leaders began calling it Islamic terrorism PETALING JAYA Pakistan s Imran Khan today blamed Mu...
Gubernur Diy Minta Wapres Ma Ruf Amin Jadi Pemimpin Islam Modern

Gubernur Diy Minta Wapres Ma Ruf Amin Jadi Pemimpin Islam Modern

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 173 hits
Tindak kekerasan oleh mereka yang keyakinannya tentang agama belum paripurna Padahal bukankah ajaran Islam ada untuk semesta dan memuat tema kemanusiaan ucap Sri Sultan
10 Pemimpin Negara Terkaya Di Dunia Pm7 Malaysia Tersenarai

10 Pemimpin Negara Terkaya Di Dunia Pm7 Malaysia Tersenarai

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 687 hits
Selain memegang kuasa politik negara banyak pemimpin dunia juga sangat kaya Senarai pemimpin terkaya ini tidak hanya menampilkan presiden dan Perdana Menteri dari negara terkaya dunia tetapi juga termasuk ketua negara termiskin di dunia Dar...
Sekali Lagi Waytha Moorty Memburukkan Malaysia Di Pentas Dunia Dengan Dakwaan Penganut Hindu Di Paksa Peluk Islam

Sekali Lagi Waytha Moorty Memburukkan Malaysia Di Pentas Dunia Dengan Dakwaan Penganut Hindu Di Paksa Peluk Islam

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 582 hits
Baru baru ini Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial di Jabatan Perdana Menteri Senator Waytha Moorthy telah menghadiri satu dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality bertempat di bangunan parlimen Northern Irel...
Viral Peluk Islam Umur 84 Tahun Ini Kisah Sebenar Buat Ramai Terharu Allahuakbar

Viral Peluk Islam Umur 84 Tahun Ini Kisah Sebenar Buat Ramai Terharu Allahuakbar

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 670 hits
Viral Peluk Islam Umur 84 Tahun Ini Kisah SEBENAR Buat Ramai Terharu Allahuakbar Baru ni viral gambar seorang wanita tua berusia 84 tahun yang baru peluk Islam dan tampaknya macam bayi baru lahir Ini kisah lanjut tentang gambar tersebut HID...
Imran Khan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

Imran Khan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 344 hits
SEPANG 4 FEB Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tiba di sini malam tadi untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia Pesawat khas dari Karachi yang membawa Imran Khan bersama delegasi peringkat tinggi negara itu mendarat di Lapangan Terbang An...
Malaysia S Civilised Society Is To Be Admired Says Imran Khan

Malaysia S Civilised Society Is To Be Admired Says Imran Khan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 299 hits
Pakistan Prime Minister Imran Khan says he has seen how Malaysia has transformed and developed KUALA LUMPUR The prime minister of Pakistan Imran Khan today said the thing he most admired about Malaysia was the country s civilised society ci...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025