Kehidupan Adalah Satu Peperangan Pilih Tertempuran Mana Yang Anda Mahu Masuk




Jika google tempoh jangka hayat penduduk Malaysia, anda akan lihat secara umum, orang lelaki hidup sehingga lebih kurang 72 tahun dan wanita pula sehingga 75 tahun. Angka itu naik dan turun sedikit sahaja dari tahun ke tahun tetapi dalam jangka panjang, ia menaik.
Jangka hayat penduduk Thailand lebih panjang sedikit dari Malaysia, hampir 80 tahun, manakala rakyat Singapura melebihi 83 tahun. menarik untuk dikaji apa yang membezakan antara jangkahayat penduduk negara kita dan mereka.
Apapun angkanya, yang pasti tempoh manusia hidup atas mukabumi ini terlalu singkat. Itupun jika maut tidak meragut nyawa anda lebih awal disebabkan malapetaka yang memang sudah tertulis sejak azali.
Hidup akan jadi lebih singkat walaupun punyai umur yang panjang seandainya anda habiskan tempoh 15 tahun terakhir hayat, dengan terlantar atas katil akibat di timpa penyakit.
Ada sekali saya ziarah saudara di Pusat Rawatan Jantung Negara. Di sebelahnya seorang lelaki berumur yang dari awal saya masuk sampai ke sudah keseorangan tiada yang ziarah.
Saya luangkan masa sebentar mendekati dan menegurnya bertanya khabar. Dia kena sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Orang panggil 3 serangkai. Bersungguh-sungguh dia nasihati saya supaya jaga kesihatan jangan jadi macam dirinya yang 20 tahun asyik keluar masuk hospital tak henti-henti.
Tak best hidup begitu, katanya. Orang pun dah meluat nak ziarah sebab dah biasa sangat. Mungkin ramai yang tunggu untuk dia mati saja, keluhnya agak sedih.
Bila mula sedar diri? Cuba renung semula dari zaman kanak-kanak sehingga sekarang. Bila agaknya anda mula sedar tentang kehidupan dan ambil tanggung jawab penuh terhadap apa yang berlaku pada diri anda.
Dari mula dilahirkan sampai ke darjah 6, saya memang tak ingat apa-apa melainkan nak berseronok. Tak ada perasaan untuk pikul bebanan tanggung jawab lagi ketika itu. 
Habis sekolah rendah, masuk menengah, masih lagi tak ada perasaan untuk pikul tanggung jawab.
Sepanjang zaman sekolah, hati hanya memberontak sebab terpaksa buat banyak perkara yang orang suruh. Sedangkan diri sendiri rasa amat membebankan. Pergi sekolah, belajar, buat kerja rumah, duduk ambil peperiksaan, dan belajar tak habis-habis.
Apa yang membuatkan anda teruskan juga belajar hanyalah disebabkan tekanan dari keluarga, saudara mara dan masyarakat. Nasib baik mereka semua ambil peduli, maka tak tersesat jauh sangat.
Habis sekolah menengah, sambung belajar lagi. Masih kurang tanggung jawab. Tapi dah ada sedikit gambaran apa yang mahu ditempuh selanjutnya. Sehinggalah habis semuanya dan umur sudah lewat 25 tahun baru ada kesedaran diri.
Sedar pun disebabkan timbul rasa nak mencari pasangan berkahwin hidup macam semua orang lain dalam masyarakat. Mula tercetus pertanyaan apa nak jadi pada diri sendiri dalam hidup ini. Macam mana nak buatkan diri diterima orang untuk mendirikan rumah tangga. Itu merupakan satu permulaan untuk bersedia ambil tanggung jawab.
Begitulah lebih kurang rata-rata kehidupan kebanyakan orang. Biasanya kita jarang sedar diri selagi umur belum mencapai dalam lingkungan 25 tahun atau timbul keinginan nak kahwin. Itu dah kira bagus agak awal juga sedarkan diri.
Bila dicampur tolak semua itu, menjadikan baki hidup anda tinggal lagi 50 tahun saja, jika sihat sehingga kematian datang. Bila ditolak dengan kemungkinan sakit terlantar, tempoh anda hidup tinggal cuma 35 tahun. Itu satu tempoh yang amat pendek!
Makin tua masa makin lajuBagi anda yang berumur 35 tahun ke atas, sekarang tentu sudah dapat rasakan betapa tempoh satu tahun berlalu begitu pantas sekali. Umur anda terasa meningkat laju sampai tak nampak apa yang telah dilakukan dalam tempoh setahun yang lalu.
Jika berterusan begitu, lalai sepanjang masa tanpa merancang kehidupan dengan baik, pasti sedar-sedar anda sudah nazak di atas katil. Ketika itu semuanya sudah terlambat.
Masa yang terlalu singkat yang ada membuatkan anda tidak mungkin mampu melakukan banyak perkara. Jika dilihat kawan-kawan yang asyik bertukar haluan, biasanya mereka berakhir dengan kerugian tanpa mencapai apa apa yang signifikan.
Cuba lihat mereka yang melanjutkan pelajaran sampai Phd. Masa dihabiskan cukup lama sebelum dapat menyumbang atau menggunakan ilmunya yang sedikit tetapi mendalam. Itu baru satu Phd!
Bayangkan jika anda sentiasa beralih hala tuju kejap buat itu dan kejap ini, sudah pasti Phd pun tak akan selesai. 
Apa yang boleh dipelajari dari semua itu adalah kesedaran terhadap penggunaan masa yang ada sebijak mungkin.
Jika ditanya pada mereka yang berjaya di tahap tinggi, apa perkara paling penting yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang ada impak, semua akan jawab "FOKUS".
Perlu fokus untuk hidup dengan baik.
Apa sasaran hidup anda?Jalan penyelesaian untuk fokus adalah dengan mengamalkan gaya hidup ringkas. Iaitu memberikan tumpuan hanya pada perkara-perkara penting saja dalam hidup anda dan meninggalkan terus selain daripadanya.
Perkara penting itu pula mestilah sesuatu yang amat penting yang dapat membantu anda mencapai sasaran dalam hidup. 
Jadi, soalannya adalah, apa sasaran dalam hidup yang anda mahu capai?
Sebagai manusia, sudah tentu sasaran hidup adalah untuk sukses. Anda perlu jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan perkataan sukses tersebut.
Pernahkah anda terfikir apa yang dikatakan sukses?
Bagi yang masih tak jumpa makna sukses, saya kongsikan kriteria yang perlu ada untuk membuatkan anda sukses dan menjalani kehidupan yang baik.
Ada 4 elemen penting dalam sukses yang anda perlu capai.
1. Mencapai sesuatu yang pentingIni elemen penting yang perlu ada. Lulus SPM contohnya adalah satu pencapaian yang penting diiktiraf oleh semua orang.
Masuk Universiti dan lulus cemerlang juga satu pencapaian. Mendapat sijil profesional sebagai penyelam laut dalam yang bertauliah juga satu pencapaian.
Membuka syarikat perniagaan sendiri dan membinanya menjadi syarikat yang menguntungkan juga satu pencapaian.
Terpulangkah kepada anda sendiri apa yang mahu dicapai dan pastikan ianya diusahakan sehingga dapat.
2. Mencapai kepuasan diriBerjaya skor SPM, jadi pelajar Universiti terbaik atau membina syarikat menguntungkan adalah satu pencapaian. Tapi semua itu tidak lengkap jika anda hanya lakukan atas desakan keluarga atau masyarakat.
Oleh itu, adalah penting untuk pastikan apa yang anda capai itu benar-benar kemahuan diri dan anda merasa puas dengannya.
3. Menyumbang kepada masyarakatDalam banyak kajian membuktikan bahawa kepuasan paling bermakna adalah apabila anda dapat memberikan sumbangan kepada keluarga, saudara mara dan masyarakat.
Sebab itu elemen menyumbang ini perlu ada dalam setiap kejayaan yang anda mahu tempah. Jika tidak ada, anda akan rasa satu kekosongan dalam hidup.
4. Meninggalkan legasiAkhir sekali, pastikan apa saja yang anda lakukan, apa saja yang anda capai, segala sumbangan dan lain-lain seumpamanya akan dapat meninggalkan nama baik buat diri anda dan keluarga walaupun selepas anda meninggal dunia.
Anda mungkin berjaya mencapai kesemua 3 perkara di atas tetapi tidak ada apapun nama baik yang membuatkan anak cucu anda rasa bangga menjadi keturunan anda. Itu akan mencacatkan segala apa yang telah di capai.
Apa yang anda nak buat?Semua elemen yang saya kongsikan adalah secara konsep sahaja. Andalah yang perlu tentukan sendiri apa yang nak dilakukan bagi mencapai kesemua 4 perkara tersebut di atas.
Petuanya mudah saja.
Pastikan anda tidak keluar jauh dari lingkungan kemahiran dan bakat yang memang dah ada dalam diri sendiri.
Perumpamaan mudahnya adalah, kalau anda jadi katak, masuklah kerja yang memerlukan anda melompat. Anda akan mudah untuk berjaya dengan urusan tersebut.
Jangan sesekali masuk kerja yang memerlukan anda terbang. Itu bukanlah kelebihan anda. Merana jadinya hidup dan anda tak akan mencapai apa-apa pun terhadap usaha keras yang anda lakukan.
Untuk tahu apa kelebihan dan bakat yang ada dalam diri anda, lihat ke belakang. Tanya kawan-kawan, tanya orang dan paling penting lihat hasil yang anda dah capai selama ini.
Fokus terhadap kekuatan yang anda ada dan berusahalah sehingga anda berjaya mencapai kesemua 4 perkara yang saya gariskan di atas tadi.
Saya ringkaskan proses untuk menjalani satu kehidupan yang baik seperti di bawah.
Lihat kekuatan dan kelemahn yang anda ada. Gunakan kekuatan dan tinggalkan kelemahan, bagi orang lain yang lebih pandai buat.Buat senarai apa yang anda nak capai berdasarkan kekuatan. tak kisah samada makan gaji atau berniaga.Senaraikan apa yang anda perlu buat untuk berjaya dan buat.Tinggalkan terus segala yang lain yang tidak penting.Perlu ambil masa bersunyian untuk buat muhasabah diri bermula dari sekarang. Buat dengan serius sebab ia adalah hidup anda.
Masa sangat pendek, jangan lalai lagi.
Oklah setakat itu saja kali ini.
Mari kita cari satu masa sendirian yang sesuai untuk memerah otak kita dengan ikhlas bagi menyediakan senarai perkara penting dalam hidup kita. Saya juga sedang memikirkan senarai saya sendiri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/03/permulaan-mudah-hidup-ringkas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tahu Tak Ada Tauliah Jangan Masuk Mengajar Kalau Nak Mengajar Kuliah Di Negeri Mana Pun Mohon Lah Tauliah

Kalau Tahu Tak Ada Tauliah Jangan Masuk Mengajar Kalau Nak Mengajar Kuliah Di Negeri Mana Pun Mohon Lah Tauliah

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 159 hits
Kalau orang suruh kita bawa kereta sedangkan kita tahu kita lesen tak ada sepatutnya kita maklumkan ke kepada orang tu yang kita tak ada lesen Tak ada lesen bukan bererti kita tak pandai pandu kereta Lesen itu sebagai pengesahan kita sudah ...
Cikgu Kongsi Aktiviti Awal Permulaan Pembelajaran Persediaan Untuk Anak Masuk Darjah Satu Tahun Depan

Cikgu Kongsi Aktiviti Awal Permulaan Pembelajaran Persediaan Untuk Anak Masuk Darjah Satu Tahun Depan

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 366 hits
Anak yang bakal ke sekolah perlu diberi aktiviti untuk merangsang sensori tangan supaya mudah untuk mereka belajar menulis kelak Pelbagai aktivit yang boleh dilakukan dan antaranya dikongsi oleh guru ini Tak rugi cuba tau Macam biasa awal p...
Antara Akhlak Amanah Dan Ketuanan Melayu Mana Satu Umno Akan Utamakan

Antara Akhlak Amanah Dan Ketuanan Melayu Mana Satu Umno Akan Utamakan

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 136 hits
Ramai pihak guna demi Melayu Demi Islam tapi akhlak dan amanah sendiri ke parit Boleh ke pemimpin yang salahguna kuasa yang sangka dirinya above the law diangkat untuk menerajui rakyat Satu ingatan hanya rakyat yang berkuasa SESIAPA pun bol...
Pejuang Melayu Pilih Rm200 Juta Masuk Akaun Parti Kami Pilih Selesakan Rakyat

Pejuang Melayu Pilih Rm200 Juta Masuk Akaun Parti Kami Pilih Selesakan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 159 hits
Kerajaan Perpaduan ditentang dari segenap sudut oleh pembangkang yang kononnya pejuang Melayu tulen Namun bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pejuang Melayu bukanlah satu slogan tetapi perlu pembuktian kata kata Anehnya kata bel...
Untuk Jalani Satu Kehidupan Yang Baik Tak Perlu Kuasai Terlalu Banyak Perkara

Untuk Jalani Satu Kehidupan Yang Baik Tak Perlu Kuasai Terlalu Banyak Perkara

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 179 hits
Satu ketika dulu ada sebuah rancangan TV yang menawarkan jumlah duit yang banyak untuk peserta yang mampu menjawab segala soalan umum dengan tepat Untuk menang program tersebut anda perlu jadi seorang professor serba tahu Tanyalah apa saja ...
Ke Mana Anwar Hilang

Ke Mana Anwar Hilang

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 185 hits
Di Mana Anwar dan Rafizi seperti yang aku di khabarkan sebelum PRU15 Walaupun aku memberi beberapa fakta bantahan nyata ramai yang minta mereka diberi peluang Aku dambakan formula rakyat mereka Aku dambakan jujur ikhlas mereka Kalau Hari in...
Rakyat Mana Yang Cakap Bukan Kerajaan Kamukah Yang Gagal Lihat Carta Dari The Coverage

Rakyat Mana Yang Cakap Bukan Kerajaan Kamukah Yang Gagal Lihat Carta Dari The Coverage

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 141 hits
https www thecoverage my 3251 graphic exposing muhyiddin son daughter controlling more than 100 companies worth billionsThey Control More Than 100 Companies Worth Billionshttps www thecoverage my 3251 graphic exposing muhyiddin son daughter...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025