Kehadiran Ustaz Ebit Lew Cetus Kontroversi Baru Di Kuantan



KUANTAN - Susulan kunjungan pendakwah tersohor, Ustaz Ebit Lew ke sebuah rumah ibu tunggal yang begitu daif di Tanjung Lumpur semalam, maka ia sekali lagi menimbulkan konroversi baru dikalangan netizen dan orang ramai.

Sama kes dengan apa yang berlaku di Kedah sebelum ini. Bermacam-macam kecaman dan komen yang dan telah dilontar oleh netizen kepada wakil rakyat kawasan terbabit. Ia gara-gara kenyataan luahan hati yang ditulis oleh admin page Ustaz Ebit Lew terhadap posting isu berkenaan yang dilihat terlalu emosi daripada hakikat yang sebenarnya.



Orang ramai tidak kisah untuk hulurkan bantuan, tetapi mungkin tidak perlu petik atau menyalahkan pihak lain dengan tulisan yang membuatkan pembaca jadi terlalu sedih dan hiba bahkan ada yang jadi fanatik.



Apa yang ditakuti ara-gara mendengar kenyataan satu pihak (penerima sumbangan, ia  boleh mengundang fitnah sebenarnya. Tidak salah membantu, tapi janganlah membuat posting yang jelas membangkit kemarahan netzen kepada pihak lain.



Cukup sekadar ambil gambar atau video, nyatakan lokasi sumbangan dan serba sedikit info yang tidak berlebihan (emosi) agar pembaca jadi taksub kepada kita yang menderma. Inilah yang menjadi isu kepada usaha Ustaz Ebit Lew sebenarnya. Soal beliau menghulurkan sumbangan itu amatlah baik, namun kenyataan yang terlampau sadis boleh membuatkan kecaman dilontarkan kepada pihak lain termasuk pemimpin di sesuatu kawasa itu.



Sedangkan netizen harus ingat wakil rakyat terpaksa jaga beribu-ribu rakyat, berbanding penderma individu atau NGO yang hanya menfouskan kepada kelompok tertentu yang ingin dibantu. 



Tambahan pula lokasi Kampung Tanjung Lumpur yang dikunjungi oleh Ustaz Ebit Lew sebenarnya terletak dalam kawasan DUN yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri iaitu Ustaz Rosli Abdul Jabar.  



Ramai netizen menyerang beliau (YB) kononnya tidak cakna dengan isu penduduk setempat. Tambah parah lagi, kecaman itu datangnya daripada orang luar yang tidak tahu situasi sebenar, hanya terpengaruh dengan tulisan penuh emosi daripada admin page Ustaz Ebit Lew. 

Walhal gambaran yang terpapar kurang tepat, kerana difahamkan tanah dan rumah yang didiami oleh ibu tunggal dan anaknya itu telah diambil semula oleh pihak kerajaan untuk projek pembangunan. Malahan penduduk setempat telah pun diberikan pampasan serta tanah atau kediaman lain untuk perpindahan. 




Namun, ibu tunggal berkenaan dipercayai mendiami kawasan yang tidak sepatutnya (sudah dkosongkan). Sebab itulah mana-mana pihak tidak akan keluarkan dana memperbaiki rumah itu kerana ia akan dirobohkan pada bila-bila masa sahaja. Mereka hanya menghulurkan sumbangan kebajikan seperti keperluan harian pada musim PKP dan bulan Ramadan ini.  Ustaz Ebit Lew mungkin tidak dapat info yang tepat dan hanya mendengar rintihan daripada keluarga terbabit dan admin pagenya membuat posting berkenaan. Sedangkan penduduk setempat lebih tahu kisah sebenar isu ini.



Netizen yang komen majoritinya dari luar Pahang yang tidak faham tentang situasi sebenarnya isu ini. Malah, difahamkan pejabat ADUN Tanjung Lumpur sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan terhadap satu kes yang sama berkaitan kes seorang ibu tunggal yang mendakwa tidak dapat perhatian dan sumbangan daripada mana-mana pihak, walhal apa yang terjadi sebaliknya.




Dalam kes tersebut,  ibu tunggal tersebut sebelum ini tinggal di flat Pak Mahad yang berdekatan bersama ibunya cuma kini dia (ibu tunggal) memilih untuk tinggal di rumah usang yang diviralkan. Malah beliau adalah penerima sumbangan barangan dapur hampir setiap bulan dari pejabat ADUN Tanjung Lumpur sebenarnya.


Malah difahamkan juga pada musim PKP ini ibu tunggal terbabit juga telah menerima sumbangan dari bilik operasi pejabat ADUN sebanyak dua kali begitu juga ibunya, selain dari turut menerima sumbangan dari pihak lain, seperti NGO dan Masjid sebelum isu kemiskinannya tular.

Namun kenyataan yang dibuat seperti beliau lansung tidak mendapat bantuan dan juga lansung tidak mendapat perhatian dari pihak wakil rakyat. Sedangkan hampir setiap bulan beliau menerima bantuan dari Pejabat ADUN  dan juga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, sebelum isu ini tular ahli rumah beliau juga mendapat bantuan dari pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO), pihak masjid dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui e-asnaf (zakat).



Kes terbaru ini sekali lagi jelas mencemarkan nama baik wakil rakyat PAS itu. Tidaklah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak memohon sumbangan derma dari orang ramai, cuma yang menjadi dukacitanya ialah kenyataan yang tertulis itu memburukan pihak lain bagi meraih simpati termasuklah memburukkan pihak ADUN. Cuba bayangkan seseorang wakil rakyat perlu uruskan ramai orang, bukan fokuskan individu tertentu sahaja.



Apapun pejabat ADUN Tanjung Lumpur sebelum ini juga telah mengucapkan terima kasih kepada semua penderma-penderma yang telah membantu beliau yang merupakan penduduk di DUN Tanjung Lumpur. 



Pihak terbabit juga berharap selepas ini semua pihak mesti berhati-hati, samada beliau dan wartawan yang menulis agar apa yang di tulis itu biarlah pekara yang sebenar. Jangan memanipulasi cerita untuk mencetuskan kemarahan netizen kepada wakil rakyat setempat.



"Jangan meraih simpati dengan memburukkan orang lain kerana apa jua yang kita tulis, ianya juga secara automatik tertulis didalam buku suratan amal yang akan dibicarakan di Akhirat nanti. Semoga kita semua di berikan hidayah dan petunjukNya agar sentiasa berada diatas jalan kebenaran," kata kenyataan itu.

PDO menunggu kenyataan rasmi terbaru daripada pejabat ADUN Tanjung Lumpur berkenaan isu terbaru ini. Kami juga memohon maaf atas artikel terdahulu yang merujuk kepada kes sebelum ini sebenarnya.

Kesimpulannya, membantu tidak salah namun membuat coretan yang berlebihan di media sosial boleh menetuskan polimik dan kontroversi yang berterusan sebenarnya. Tambahan pula Ustaz Ebit Lew adalah pendakwah selebriti bukan orang biasa-biasa. 



Apa salahnya admin page membuat posting yang normal seperti pihak lain. Tidak perlu dicampur adukkan dengan sentimen emosi perasaan. Itu yang terbaik daripada memanjangkan lagi kontroversi ini nanti. #pahangdailyhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/kehadiran-ustaz-ebit-lew-cetus.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ebit Lew Sebak Menangis Di Tanjung Lumpur Kuantan

Ustaz Ebit Lew Sebak Menangis Di Tanjung Lumpur Kuantan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 448 hits
Sebak menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama empat anaknya yang masih kecil dan bersekolah Anak yang 18 tahun 17 tahun dan 9 tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat Mak berlari tadah air Akhirnya tak ...
Indah Menyentuh Hati Lelaki Ini Kongsi 21 Pesanan Penuh Makna Pendakwah Ustaz Ebit Lew

Indah Menyentuh Hati Lelaki Ini Kongsi 21 Pesanan Penuh Makna Pendakwah Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 447 hits
small Cover image via Ebit Lew Instagram small Ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing malah cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum Digelar sebagai pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew kini cukup mendapat perhatian ...
Ditanyakan Tentang Permohon Maaf Kepada Ustaz Ebit Lew Ini Respon Padu Dari Ustaz Abu Syafiq

Ditanyakan Tentang Permohon Maaf Kepada Ustaz Ebit Lew Ini Respon Padu Dari Ustaz Abu Syafiq

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 741 hits
Masih hang4t diperkatakan mengenai isu berkenaan kerja khidmat masyarakat yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew telah mendapat tentangan beberapa pihak Ditanyakan Tentang Permohon Maaf Kepada Ustaz Ebit Lew Ini Respon Padu Dari Ustaz Abu Syafi...
Ustaz Abu Syafiq Tak Akan Mohon Maaf Kerana Bukan Tuju Kritikan Untuk Ebit Lew

Ustaz Abu Syafiq Tak Akan Mohon Maaf Kerana Bukan Tuju Kritikan Untuk Ebit Lew

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 586 hits
Nama Ustaz Ebit Lew menjadi perbincangan hangat minggu ini apabila ada pihak yang dikatakan telah membuat laporan polis terhadap tugas amal yang dilakukannya sehingga dipanggil pihak polis Bukit Aman BACA Nama individu yang didakwa bertangg...
Hiburan Ustaz Ebit Lew Teruskan Kerja Amal Setelah Mendapat Kebenaran Pihak Polis

Hiburan Ustaz Ebit Lew Teruskan Kerja Amal Setelah Mendapat Kebenaran Pihak Polis

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 1122 hits
Sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 ramai rakyat Malaysia telah tampil untuk memberikan sumbangan terhadap mereka yang memerlukan Ustaz Ebit Lew antara golongan atau individu yang begitu pemurah untuk menghulurkan bantuan kepada golon...
Jika Tempat Lain Tolak Temerloh Sedia Terima Ustaz Ebit Lew

Jika Tempat Lain Tolak Temerloh Sedia Terima Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 371 hits
MENGENALI penceramah bebas Ustaz Ebit Lew beliau sebenarnya seorang individu yang cukup simple dan baik perwatakannya Umum pasti mengetahui Ustaz Ebit Lew merupakan seorang mualaf yang setiap kali beliau berceramah penyampaiannya penuh deng...
Najib Razak Terima Kasih Ustaz Terharu Dapat Hadiah Daripada Ust Ebit Lew

Najib Razak Terima Kasih Ustaz Terharu Dapat Hadiah Daripada Ust Ebit Lew

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 512 hits
Tidak sangka sebenarnya ramai yang menyayangi pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew meskipun pelbagai cerita tidak enak dan pandangan negatif sesetangah pihak terhadapnya Malah keperibadian dan sikap penyabar ustaz Ebit Lew juga mendapat perhat...
Ustaz Ebit Lew Kembali Menangis Lagi Setahun Keluarga Ini Tinggal Dalam Kebun Getah

Ustaz Ebit Lew Kembali Menangis Lagi Setahun Keluarga Ini Tinggal Dalam Kebun Getah

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 464 hits
Kontroversi yang melanda Ustaz Ebit Lew ekoran isu dirinya menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan sepanjang PKP telah mewujudkan spekulasi sesetengah pihak bahawa beliau tidak lagi membuat kerja kerja amal Pendakwah ini juga dili...
Ustaz Ebit Lew Kembali Menyumbang

Ustaz Ebit Lew Kembali Menyumbang

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 810 hits
MESKIPUN berdepan pelbagai kecaman sejak beberapa hari lalu namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah bebas Ebit Lew untuk terus menyumbang khidmat baktinya kepada golongan memerlukan Ini dibuktikan menerusi entri terbaharu di akaun Face...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It