Kehadiran Si Panjang Berbelang


Amaran :Entri ini mengandungi foto ular yang mungkin mengganggu emosi. Jangan scroll ke bawah jika kalian fobia atau trauma dengan ular


Kejadian hari Selasa, 4 Mac 2025 lalu

Kira-kira pukul 3 petang saya keluar rumah untuk angkat baju di ampaian. Sambil berjalan menuju ke ampaian, saya memerhati sekitar dan terpandang sesuatu di dalam longkang kecil tepi rumah

Eh, apa benda tu
Alamak...ular! Tapi ularnya tak bergerak. Dah mati ke

Saya masuk rumah semula, bawa keluar telefon untuk rakam foto. Lepas tu saya terus mesej Encik Suami di tempat kerja untuk bantuan segera. Encik Suami segera membalas. Kalau tak ada balasan, barulah saya call terus. 
Hasil foto zoom-in 10x

Awalnya saya terkejut, kemudian rasa cantik juga warna serta corak ular ni. Lepas tu terus rasa seram, biasanya ular cantik ni jenis berbisa

Terus saya panggil si anak bulu - Jojo. Panggil beberapa kali masih tak muncul, saya risau kalau tadi Jojo ada 'bermain' dengan ular. Maklumlah, budak ni semua benda di buat main. Dah banyak kali jumpa bangkai tikus, tupai dan burung depan rumah. Syukurlah tak lama kemudian Jojo muncul dan datang menghampiri saya - mengiau dan menggesel kepalanya di kaki saya. Nampak macam baik-baik aje si Jojo

Tak lama kemudian Encik Suami sampai. Ular yang saya sangka mati, rupa-rupanya masih hidup! Terpaksalah dibunuh demi memastikan keselamatan kami. Si Jojo pula memerhati dari jarak jauh. Biasanya dia sibuk datang dekat pada sesuatu yang bergerak

Hasil carian internet - ular berwarna hitam, berbelang kuning dan warna putih di bahagian bawah badan ini berkemungkinan adalah jenis ular katam. Sejenis ular berbisa dan patukannya boleh membawa maut. Kalau ada yang tahu ini sebenarnya ular apa, bolehlah nyatakan di ruangan komen ya. 
Untuk rekod, ini merupakan ular ke-5 yang hadir di depan mata saya sejak menetap di sini. Kali terakhir adalah pada bulan Januari lalu (entrinya DI SINI) dan bulan Disember lalu (tiada entri - seekor ular kecil berwarna coklat kategori tidak berbisa berada di dalam kabinet dapur bersebelahan tong beras)


Semoga Allah melindungi kami dari segala kemudaratan dan bahaya makhluk-Nya









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/03/kehadiran-si-panjang-berbelang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syria Legenda Lelaki Si Leher Panjang

Syria Legenda Lelaki Si Leher Panjang

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 92 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia hmetro com myKisah legenda rakyat Syria berkaitan lelaki si leher panjang cukup menggerunkan Majoriti rakyat negara itu tidak berani mengangkat kepala apatah lagi menyebut namanya sebelum ini Hikayat ini buk...
Krisis Kesihatan Bakal Jejaskan Sistem Penyampaian Dalam Jangka Masa Panjang

Krisis Kesihatan Bakal Jejaskan Sistem Penyampaian Dalam Jangka Masa Panjang

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 101 hits
Laporan media menyatakan bahawa gaji jururawat di Malaysia hanya RM1 800 jauh lebih rendah berbanding negara negara jiran seperti Brunei dan Singapura PENDAPAT 25 Feb Malaysia kini berdepan krisis kesihatan yang semakin meruncing berikutan ...
Pahang Rekod Kehadiran 13 74 Juta Pelancong Anggaran Belanja Rm12 35 Bilion Sepanjang Tahun Lepas

Pahang Rekod Kehadiran 13 74 Juta Pelancong Anggaran Belanja Rm12 35 Bilion Sepanjang Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 92 hits
KUANTAN Pahang merekodkan kedatangan sebanyak 13 74 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM12 35 bilion sepanjang tahun lepas sekali gus melebihi sasaran ditetapkan kerajaan negeri iaitu 13 5 juta pelancong Pengerusi Jawatankuasa Per...
Waspada Kehadiran Seekor Buaya Di Pantai Purnama

Waspada Kehadiran Seekor Buaya Di Pantai Purnama

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 118 hits
Menurut Pengarah PERHILITAN Negeri Sembilan PERHILITAN Negeri Sembilan menerima laporan kehadiran seekor buaya di Pantai Purnama dekat sini dipercayai reptilia sama yang muncul di Pantai Cermin sebelum ini Beliau memaklumkan b
The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan Perayaan Mu Dengan Guardian

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai

Mencari Al Khaliq

Geek Bar Raih If Design Award 2025 Untuk Dua Produk Konsep Inovatif


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Stone Tools The Innovation That Shaped Early Human Development

Senarai Lengkap Barang Keperluan Masuk Asrama Pelajar Lelaki Dan Perempuan

Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

Allbet 21 2568 918kiss 918 918kiss Apk 918kiss Allbet Top 3 By Tiffiny Allbet24hr Win

Ringgit Opens Flat As Market Awaits Direction

Make Us One Mixue Promotes Diversity Amid Racist Job Ad Controversy