Krisis Kesihatan Bakal Jejaskan Sistem Penyampaian Dalam Jangka Masa Panjang


 

Laporan media menyatakan bahawa gaji jururawat di Malaysia hanya RM1,800; jauh lebih rendah berbanding negara-negara jiran seperti Brunei (RM10,752) dan Singapura (RM8,777).
PENDAPAT, 25 Feb – Malaysia kini berdepan krisis kesihatan yang semakin meruncing berikutan kekurangan tenaga kerja dalam sektor perubatan, terutamanya doktor dan jururawat.
Jika tiada tindakan segera diambil, situasi ini dijangka menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Isu kekurangan doktor dan jururawat bukanlah perkara baharu, tetapi keadaan kini semakin membimbangkan. Laporan terkini menunjukkan bahawa banyak fasiliti kesihatan kerajaan tidak dapat beroperasi secara optimum atau guna tenaga penuh.
Sebagai contoh, pada Jun 2023, Menteri Besar Johor mendedahkan bahawa Hospital Sultan Ismail (HSI) mengalami kekurangan tenaga kerja sehingga menyebabkan lebih 100 katil tidak dapat digunakan, manakala hanya 10 daripada 18 bilik bedah beroperasi.
Senarai jumlah jururawat berdaftar di hospital kerajaan dan swasta sehingga 31 Disember 2023 menunjukkan berlaku kekurangan serius tenaga manusia dalam sektor berkenaan.Situasi ini bukanlah terhad kepada Johor sahaja. Menurut laporan terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat Mac 2024, terdapat 6,787 kekosongan jawatan jururawat, meningkat lebih 200% dalam tempoh lima tahun.
Jurang Besar Dalam Perkhidmatan Kesihatan
Menurut laporan Petunjuk Kesihatan 2024, Malaysia mempunyai 118,309 jururawat berdaftar, dengan 66 peratus berkhidmat di sektor awam dan selebihnya di sektor swasta. Walau bagaimanapun, nisbah jururawat kepada penduduk semakin merosot, daripada 1:279 pada 2022 kepada 1:282 pada 2024.
Beberapa negeri seperti Sabah mencatat nisbah lebih tinggi, iaitu 1:417, berbanding 1:368 pada tahun sebelumnya.
Pada Mac 2024, terdapat lebih 3,500 kekosongan jawatan Pegawai Perubatan (MO) di KKM. Walaupun nisbah doktor kepada penduduk meningkat daripada 1:412 pada 2022 kepada 1:406 pada 2023, ramai doktor dilaporkan enggan berkhidmat di hospital kerajaan.
Menteri Besar Johor turut menyuarakan masalah kekurangan kakitangan perubatan termasuk jururawat di fasiliti kesihatan sejak 2022. Foto Facebook Onn Hafiz GhaziDaya Tarikan Sektor Swasta dan Luar Negara
Salah satu faktor utama yang menyebabkan jurang tenaga kerja ini ialah daya tarikan sektor swasta dan peluang pekerjaan di luar negara seperti Singapura dan Timur Tengah. Gaji dan manfaat yang lebih lumayan, persekitaran kerja yang lebih kondusif serta bebanan kerja yang lebih terkawal menjadi tarikan utama.
Sebagai perbandingan, laporan media menyatakan bahawa gaji jururawat di Malaysia (RM1,800) jauh lebih rendah berbanding negara-negara jiran seperti Brunei (RM10,752) dan Singapura (RM8,777). Perbezaan ketara dalam aspek gaji dan manfaat ini menyebabkan ramai tenaga kerja kesihatan memilih untuk berhijrah ke luar negara.
Tekanan kerja berlebihan dan keletihan emosi melampau menjadi antara punca utama jururawat terutama yang berkhidmat di hospital kerajaan mengambil keputusan bersara awal berbanding meneruskan kerjaya sehingga usia 60 tahun.
Isu kekurangan jururawat disebabkan banyak faktor seperti tekanan kerja melampau, masa bekerja lebih panjang dan kekurangan insentif yang boleh mendorong mereka kekal dalam sistem penyampaian kesihatan.Faktor Kekurangan Jururawat Di Fasiliti Kesihatan
Media tempatan sebelum ini melaporkan, sebanyak 6,896 kekosongan jururawat di Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh empat tahun bermula apabila negara diserang wabak Covid-19.
Antara faktornya adalah disebabkan tekanan persekitaran tempat kerja dan gaji yang rendah sehingga ramai daripada mereka mengambil keputusan berhenti kerja.
Beban kerja yang tinggi secara konsisten menyebabkan kepuasan kerja para jururawat menurun sehingga kurangnya empati terhadap pesakit.
Kemerosotan kesihatan mental juga menimbulkan masalah kebimbangan, kemurungan dan insomnia seperti dilaporkan berlaku dalam kalangan jururawat susulan tekanan berterusan dihadapi mereka.
Impak fizikal seperti keletihan kronik akibat beban kerja juga boleh mengakibatkan penyakit seperti hipertensi dan masalah jantung. KKM perlu menyediakan bantuan kesihatan mental termasuk akses kepada kaunselor, terapi psikologi atau program bantuan pekerja (AEP).

Langkah KKM Dalam Menangani Krisis
Bagi menangani isu ini, KKM telah mengambil beberapa langkah, antaranya meningkatkan jumlah pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan dari 1,000 kepada 2,000 orang serta menambah penawaran program peningkatan secara lantikan (PSL). Selain itu, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan untuk mengekalkan tenaga kerja sedia ada, termasuk memperbaiki persekitaran kerja dan menawarkan insentif kewangan.
Malangnya, ramai doktor tidak berminat untuk berkhidmat di bawah KKM. Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, dalam tempoh masa 1.5 tahun (2023 – April 2024), tawaran lantikan tetap telah di berikan kepada 6,346 Pegawai Perubatan (MO) lantikan kontrak. Daripada jumlah tersebut, 5,589 (88%) telah menerima tawaran dan melapor diri bertugas, 343 (5%) telah melengkapkan setuju terima tawaran tetapi tidak melapor diri bertugas, dan dianggap telah menolak tawaran manakala 414 (7%) telah menolak tawaran dan meletak jawatan.
Ini bermakna, dalam tempoh masa satu setengah tahun sahaja, KKM telah mengalami kehilangan besar seramai 12% Pegawai Perubatan (MO).

Namun, Menteri Kesihatan memberi amaran bahawa negara diunjurkan mengalami kekurangan jururawat hampir 60% menjelang 2030, satu angka yang amat membimbangkan. Walaupun usaha sedang dijalankan, penyelesaian jangka panjang memerlukan perancangan lebih komprehensif.
Cabaran dan Tanggungjawab Bersama
Permasalahan ini tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan pelbagai aspek, termasuk latihan tenaga kerja yang memakan masa bertahun-tahun dan kekangan kewangan negara dalam menawarkan pakej gaji yang lebih kompetitif.
Bagaimanapun, ramai jururawat dan doktor masih mahu berkhidmat di negara sendiri jika pakej pekerjaan yang ditawarkan lebih berbaloi. Dalam pada itu, terdapat juga individu yang menerima tajaan kerajaan untuk belajar di luar negara tetapi tidak kembali berkhidmat di tanah air.
Situasi ini menuntut perhatian serius pihak kerajaan dan masyarakat bagi memastikan sistem kesihatan negara terus berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa depan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/krisis-kesihatan-bakal-jejaskan-sistem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perpecahan Pn Bom Jangka Yang Boleh Meletus Bila Bila Masa

Perpecahan Pn Bom Jangka Yang Boleh Meletus Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 158 hits
Melihat kepada situasi politik terkini Perikatan Nasional dilihat sedang berkecamuk antara parti komponennya Semakin hari semakin jelas perpecahan didalam Blok PN 1 Ia terlihat bermula dari perletakan jawatan Bendahari Agung PN oleh YAB Dat...
Terpalit Kontroversi Gelar Lee Minho Suami Malas Atas Pentas Park Bom Bakal Ambil Masa Berehat

Terpalit Kontroversi Gelar Lee Minho Suami Malas Atas Pentas Park Bom Bakal Ambil Masa Berehat

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 2985 hits
Selepas terpalit beberapa kontroversi akhirnya Park Bom bakal berehat seketika dari aktiviti hiburan Artikel Berkaitan Menurut media Park Bom bersama anggota 2NE1 yang lain telah pulang ke Korea melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon...
Keretakan Melebar Bersatu Tiada Masa Depan

Keretakan Melebar Bersatu Tiada Masa Depan

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 265 hits
Ameer AbdullahWujud persoalan berkait masa depan Bersatu yang didakwa gagal menyelesaikan kemelut dalaman parti Tidak dapat dinafikan Bersatu kini berpecah kepada dua kem yang masing masing berusaha keras menguasai kepimpinan parti Wujud da...
Kobi Education Spill 7 Cara Atur Waktu Belajar Ielts Pas Masa Ramadan

Kobi Education Spill 7 Cara Atur Waktu Belajar Ielts Pas Masa Ramadan

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 2867 hits
Kobi Education salah satu tempat belajar IELTS membagikan tujuh strategi efektif untuk membantu kamu mengatur waktu belajar selama Ramadan Seperti yang kamu ketahui kalau menyesuaikan jadwal belajar dengan ritme puasa bukanlah hal yang muda...
Pm Anwar Tiba Di Hanoi Hadiri Forum Masa Depan Asean Ke 2

Pm Anwar Tiba Di Hanoi Hadiri Forum Masa Depan Asean Ke 2

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 190 hits
Pesawat khas membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai Hanoi jam 7 10 malam waktu tempatan pada 25 Februari 2025 Foto Pejabat Perdana Menteri HANOI 25 Feb Perdana Menteri Datuk Seri A...
Jadual Harian Suri Rumah Bekerja Sendiri Cara Urus Masa Dengan Efektif

Jadual Harian Suri Rumah Bekerja Sendiri Cara Urus Masa Dengan Efektif

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 351 hits
Bismillah Menjadi seorang suri rumah yang bekerja sendiri memang mencabar Kena uruskan rumah anak anak dan dalam masa yang sama jalankan bisnes atau kerja freelance Kalau tak ada jadual yang jelas boleh jadi serabut dan akhirnya semua kerja...
Lupakan Buffering Masa Untuk Internet Laju Dengan Time Fibre Home

Lupakan Buffering Masa Untuk Internet Laju Dengan Time Fibre Home

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 299 hits
Time Internet Internet Terpantas Paling Stabil di Malaysia Bayangkan tengah syok layan drama kegemaran di Viu plot makin mendebarkan tapi tiba tiba loading buffering skrin beku Frust Rasa nak baling remote Jangan risau ada untuk selesaikan ...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess