Keguguran Apa Perlu Saya Buat


 
Baru beberapa hari rasanya saya update tentang kandungan ketiga saya namun sayangnya, kandungan tersebut cuma mampu bertahan selama 10 minggu sahaja dalam rahim saya. Belum ada rezeki kami untuk kali ini. Doakan saya cepat sihat dan kembali dapat menimang cahaya mata yang baru ye kawan-kawan. In shaa Allah, aamiin..


Meskipun kami sangat bersedih dengan kehilangan ini namun kami redha kerana pasti ada hikmahnya mengapa Allah cuma beri janin menumpang sebentar cuma. Walaupun sebentar tapi cuma membahagiakan. Tak mengapa, saya masih ada anak-anak (Auni dan Ameera) yang perlu saya utamakan daripada bersedih tentang kehilangan. Lagipun baby sudah di syurga, tunggu umi di sana ya sayang.
Disebabkan musim PKP ini, jadi saya tak dapat pulang ke rumah mak untuk mengadu nasib. Saya juga perlu belajar sendiri cara untuk berpantang. Kalau sebelum ini, semua mak bantu..tapi kali ini saya kena belajar berpantang sendiri pula lah. Agak susah sedikit memandangkan suami pun sejak beberapa bulan ini sibuk mengendalikan kes positif covid-19, jadi kita cuma berpantang apa yang mampu sahajalah nampaknya.


Apa Perlu Buat Bila Keguguran

Apa yang perlu saya buat saat mengalami keguguran? Berikut adalah beberapa perkara yang saya buat sepanjang berpantang selama 14 hari di rumah. Tanpa bantuan suami atau emak, jadi saya berpantang pun mengikut mana yang termampu sahaja. Tak boleh keluar kerana PKP, tak boleh memandu ke kedai kerana masih dalam pantang dan tak boleh berurut kerana masih ada covid-19, jadi cuma buat apa yang wajib sahaja.


1. Berpantang MakanYang ini saya memang buat kerana mahu cepat sihat. Badan yang sihat tentunya akan membantu saya kekal positif dan mudah untuk memantau anak-anak di rumah. Apa yang tak boleh dimakan seperti seafood, minuman berkafein (meskipun saya sangat teringin nak minum kopi), sayuran sejuk dan makanan bersantan saya cuba elakkan. 


Saya banyakkan makan makanan yang boleh membantu badan untuk cepat recover seperti ayam, telur, minuman susu kurma, kentang dan buah-buahan tinggi vitamin C seperti limau. Bila tiada siapa yang dapat membantu saya dalam urusan menyediakan makanan, menggoreng lauk makan tengahari menggunakan minyak terpaksa juga saya lakukan. Namun sesekali saya cuba juga untuk sediakan masakan bakar, sup dan stim untuk lauk berpantang yang terbaik.


2. BertungkuSetiap hari setelah ketulan darah (kantung baby) keluar, saya mula bertungku. Takut apabila dengar ada kes ketulan darah tertinggal di dalam rahim dan menyebabkan komplikasi kepada ibu. Automatik saya jadi bersungguh-sungguh bertungku tiga kali sehari demi untuk memastikan tiada darah beku yang tertinggal di dalam rahim. Dan sesungguhnya saya takut jika terpaksa buat D&C di hospital, ngeri!


Bukan sahaja dapat mengeluarkan saki-baki darah kotor, malah bertungku juga dapat mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf di sekitar peranakan. Selain itu, ia dapat membantu memulihkan tenaga. Keadaan setelah bertungku memang menyelesakan kerana badan terasa lebih ringan dan saya perasan saya kerap sendawa dan darah keluar lebih banyak setiap kali selepas bertungku. 


3. Memakai BengkungSaya memilih untuk memakai bengkung bagi menghalang peranakan daripada jatuh dan mengempiskan perut dengan lebih cepat. Meskipun begitu, agak sesak nafas bila menggunakan bengkung, jadi kebiasaannya saya hanya menggunakan bengkung sekali sehari sahaja. Samada pada waktu pagi sebelum makan atau pada waktu petang setelah makan. Tiada sebab yang spesifik, cumanya pada waktu tersebut perut saya agak kosong jadi lebih mudah menggunakan bengkung pada waktu tersebut :D


4. Memakai StokinSebab utama saya memakai stokin semasa berpantang selain disebabkan oleh rasa sejuk adalah untuk mengelakkan daripada kaki terlanggar sesuatu yang keras hingga boleh menyebabkan tumpah darah atau bentan. Salah satu perkara yang amat saya takutkan apabila dengar perkataan bentan adalah kerana saya juga pernah mengalami tumpah darah (meskipun bukan disebabkan bentan). Takut membayangkannya lagi >_<


5. Kurangkan Pergerakan dan Banyak BerehatJangan paksa diri untuk buat kerja rumah. Kalau dulu, pantang tengok tandas berdaki, lantai berdebu dan baju penuh dalam bakul tapi kali ini saya butakan mata. Biarlah dulu. Kalau rasa benar-benar kotor dan sakit mata memandang, baru saya clearkan kawasan berkenaan. Buat masa sekarang, rehat lebih penting. Teringat masa mengandungkan Ameera, akibat terlalu rajin menyapu, sampai tak sedar saya dah tumpah darah.


Taknak lagi jadi hal seperti itu, panjang ceritanya nanti. Jadi lebih baik mencegah dari mengubati. Lebih baiklah saya banyak berbaring dan berehat daripada buat kerja rumah buat masa sekarang. Lagi pun saya nak cepat sihat, kerja pun sudah banyak yang beratur. Banyak hutang review yang saya nak kena buat, maaf dan terima kasih buat semua sponsorship person yang sangat memahami. Anda semua memang terbaik! Semoga Allah majukan lagi business anda sekalian.


Buat ibu-ibu yang keguguran, jangan salahkan diri sendiri akibat kehilangan ini ya. Pada awalnya saya juga salahkan diri sendiri kerana tak jaga kandungan sebaik mungkin (walhal terasa saya dah berikan yang terbaik). Ini bukan salah ibu-ibu. Allah dah rancang sebaiknya. Saya ingat kata-kata mak, baby dalam kandungan tak kuat dan katakan kalau baby selamat hingga dilahirkan, kita tak tau samada baby cukup sihat untuk jalani kehidupan di luar pula lepas ini. Jadi sabar dan redha. In shaa Allah ada sesuatu yang lebih baik menanti selepas ini..in shaa Allah..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/01/apa-kena-buat-keguguran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Rezeki Anak Ke 3 Isteri Nubhan Alami Keguguran Pada Usia Kandungan 7 Minggu

Tak Ada Rezeki Anak Ke 3 Isteri Nubhan Alami Keguguran Pada Usia Kandungan 7 Minggu

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 575 hits
Hasrat penyanyi Nubhan untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaiaan apabila isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek mengalami keguguran kali kedua baru baru ini Nubhan menyampaikan khabar duka itu menerusi instagramnya semalam selepas ist...
6 Tahun Mencuba Tahun 2020 Sahaja 3 Kali Diuji Keguguran Pengalaman Kali Ini Berbeza Benar Peritnya

6 Tahun Mencuba Tahun 2020 Sahaja 3 Kali Diuji Keguguran Pengalaman Kali Ini Berbeza Benar Peritnya

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 441 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan zuriat sebagai penyeri kehidupan rumahtangga Namun tak semua pasangan yang bernasib baik ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya ada juga yang berhabis ribuan ringgit hanya untuk menda...
Keguguran Ketika Kandungan 7 Minggu Nubhan Dan Isteri Anggap Tak Ada Rezeki Anak Ketiga

Keguguran Ketika Kandungan 7 Minggu Nubhan Dan Isteri Anggap Tak Ada Rezeki Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 455 hits
Menganggap kehamilan untuk kali ke 3 kali ini tiada rezeki penyanyi Nubhan reda apabila isterinya Afifah Hidayah Tawfek dilaporkan mengalami keguguran Sumber Instagram Nubhan Ahamad nbsp Menurut Nubhan isterinya itu mengalami pendarahan
Pendarahan Berujung Keguguran Nathalie Holscher Berusaha Semangat Meski Takut Mengecewakan

Pendarahan Berujung Keguguran Nathalie Holscher Berusaha Semangat Meski Takut Mengecewakan

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 267 hits
Meski demikian Nathalie mencoba ikhlas sebab dukungan keluarga yang membuatnya tak merasa sendiri lagi
Aromatic Virgin Coconut Oil Membantu Atasi Masalah Keguguran Rambut

Aromatic Virgin Coconut Oil Membantu Atasi Masalah Keguguran Rambut

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum semua FD rasa excited sangat nak share dengan korang pasal benda best ni Lagi lagi benda yang memang semua orang tau khasiat dan kebaikannya untuk semua orang Ye semua Sebab sesuai untuk bayi sehingga lah orang yang berumur ...
Kerap Mimpi Sehingga 2 Kali Keguguran Selepas Rawatan Dapat Kembar Sebagai Pengganti

Kerap Mimpi Sehingga 2 Kali Keguguran Selepas Rawatan Dapat Kembar Sebagai Pengganti

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 286 hits
Rezeki anak ibarat pelengkap dalam rumah tangga suami isteri Sama ada cepat atau lambat ia suatu rezeki yang ditunggu tunggu Namun tak semua pasangan berjaya untuk hamil dengan mudah Ada yang diuji dengan ujian lain sebelum dapat memiliki z...
Why Can Israel Have Nukes But Not Iran

Kenapa Kerjaya Sebagai Guru Di Malaysia Menguntungkan

Meneroka Peluang Di Malaysia Mencari Kerjaya Sebagai Jurutera Oil Gas

Oppo Ai Features Revolutionizing The Mobile Experience In Mexico

Mitski Washing Machine Heart Chord

Malaysia Leads With New Suicide Reporting Guidelines

Malu Pmx Diperintah Bayar Rm20k Kes Yusoff Rawther Vs Anwar Ibrahim Diteruskan Hakim Mahkamah

Perak Needs Further Study On Use Of Vapes E Cigarettes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Ada Orang Kata Movie Keluang Man Best Ada Yang Tak

Apa Sebenarnya Festival Perahu Naga Sejarah Lokasi Maksudnya

Mb Gangjeong Chicken Kini Di Marrybrown Dengan Rasa Korea Yang Pedas Menggoda

Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

Kembali

Amalan Sunnah Hari Arafah