Kefi Koffee Tempat Lepak Di Machang Sambil Minum Kopi
Kefi Koffee di Bandar Machang! Tempat Lepak Penggemar Coffee | Baru baru ini aku ke Machang untuk hangout dengan kawan kawan and lepas tuh tiba tiba rasa macam nak makan kek. Ada beberapa pilihan cafe yang kitorang nak pergi tapi ended up kitorang pilih untuk lepak dekat Kefi Koffee yang berada di Bandar Machang.
Lokasi Kefi Koffee Kefi Koffee
Alamat : PTB 68 Bandar Baru 815000 Kampong Machang, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi : 10 pagi hingga 10 malam (Isnin - Khamis, Sabtu - Ahad) Jumaat TUTUP
Kefi Koffee terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah. Memang senang nak cari. Lagi mudah korang taip je Kefi Koffee dekat Waze confirm akan jumpa terus dengan Cafe nih.
Keluasan Kefi Koffee agak "comel" sebenarnya hehe. Maksud aku dia tak besar tapi sesuai untuk korang yang memang nak minum kopi dan makan kudap kudap sambil lepak dengan member.
Kalau korang tengok menu pun tak ada makanan berat macam grilled items atau spaghetti. Mungkin konsep dia memang untuk customer yang nak lepak minum and makan ringan ringan jer macam Spicy Chicken dan Cheezy Fries. Untuk kek pulak?
Waktu aku datang ada dua jenis kek jer. Tak silap aku nama dia Rainbow Paddle Pop dan satu lagi kek walnut apa entah haha. Lupa wak. maaf la ya. Aku rasa pilihan kek tuh berbeza la kot setiap hari sebab bila tengok instagram dorang, pilihan kek macam banyak. Selain kek, ada Pavlova jugak time tuh.
Review Apa Yang Aku makan di Kefi Koffe Machang KelantanTujuan utama aku cari cafe waktu tuh memang nak makan kek. Jadi, fokus aku obviously dekat makanan la. Since pilihan kek ada dua jer, aku pilih untuk try Kek Rainbow Paddle Pop instead of Walnut. Harga satu slice RM15. Awal awal tuh rasa agak mahal tapi bila kek tuh dah sampai depan mata baru aku rasa berbaloi sebab portion dia agak besar.
Dari segi rasa pulak, not too sweet for me and mengenyangkan la sebab besar hehe. Lagi satu dia punya cream (aku tibai je cakap cream sebab aku tak tahu amende yang putih2 between kek tuh lol) just nice tak terlalu banyak and tak terlalu sikit. Kiranya tak muak la makan kek tuh.
Aku datang sini dengan kawan, dia order Pavlova. Aku memang tak suka makan pavlova jadi tak boleh nak cakap apa tapi dari segi presentation tuh memang nampak cantik la. Aku belanja gambar je la ya untuk tatapan korang.
Nampak tempting gila tapi sayang la aku memang tak suka makan pavlova. As for the drink, aku order Caramel Macchiato. Harga dia RM9, not sure ok ke tak dari segi harga sebab i am not a big fan of coffee but for sure lebih murah dari kedai "sebelah" la kot kan haha. My friend order Mocha Frappe dengan Harga RM12
Rasa? It was fine for me, sedap jer tapi aku tak boleh nak compare dengan caramel macchiato tempat lain sebab aku rasa nih first time kot aku minum caramel macchiato haha. Overall untuk aku it was ok, adakah aku akan datang lagi?
Yes, sebab aku nak tengok samada choices untuk desserts tuh berbeza atau sama jer and then aku nak try Frappe dorang, Spicy Chicken dan jugak fries. Aritu nak order takut tak habis makan. Jadi, kita akan cuba lain kali.
Jadi guys, itu adalah sedikit sebanyak mengenai Kefi Koffee di Machang. Korang singgahlah Kefi Koffee untuk minum coffee/kopi dengan kawan kawan sambil bincang projek juta juta haha. By the way, Aku harap entry nih bergunalah untuk korang yang pening cari tempat makan bila pergi area Machang kelantan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2021/10/kefi-koffee-tempat-lepak-di-machang.html