Kedudukan Mertua Sama Dengan Ibu Bapa


 
Bapa (ibu) mertua adalah bapa (ibu) kepada isteri atau suami. Kedudukan mertua diiktiraf sama dengan bapa dan ibu sendiri. Sebab itu, hubungan menantu dengan mertua adalah mahram yang kekal biarpun berlaku perceraian. Seharusnya hubungan dengan mertua dari segi penghormatan dan kasih sayang perlu seperti diberikan kepada bapa dan ibu sendiri.

Soal tangungjawab menantu terhadap mentua jarang dibincangkan secara terbuka. Bahan-bahan berkaitan isu ini juga agak terhad. Malah, perkara hubungan menantu dan mertua tidak disentuh secara spesifik dalam al-Quran dan hadis. Namun, ketiadaan perbincangan itu tidak bermakna aspek hubungan menantu dan mertua tidak penting.

Dalam banyak kes, menantu tinggal di rumah mertua atau mertua tinggal di rumah menantu. Lebih jelas, mereka tinggal dalam rumah sama. Jadi, hubungan menentu dan mertua perlu berjalan saling menghormati agar hidup dalam keadaan aman dan bahagia.

Kalaupun tidak tinggal bersama, hubungan isteri atau suami dengan ibu bapa mereka terus terjalin seperti sepatutnya sebelum berkahwin. Biarpun dikatakan selepas berkahwin, kuasa suami lebih terhadap isteri berbanding bapa dan ibu, tetapi tidak sama sekali mengurangkan tanggungjawab anak terhadap ibu bapanya.

Boleh dikatakan bahawa tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua adalah sama seperti tanggungjawab anak terhadap ibu bapa kita sendiri. Antara ayat-ayat Quran dan hadis berkaitan tanggungjawab terhadap ibu bapa yang turut boleh diaplikasikan dalam konteks ibu bapa mentua.

Firman Allah: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkahlah dirimu terhadap mereka berdia dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (Surah al-Israa, ayat 23-24)

Firman Allah lagi: "Dan sembahlah Allah dan jangan kamu menyekutukan denganNya sesuatupun, dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kami berbuat baik, dan yang mempunyai tali kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan tetangga yang menjadi kerabat.(Surah an-Nisa, ayat 36)

Nabi Muhammad SAW telah menekankan bahawa derhaka kepada orang tua adalah salah satu dosa besar setelah menyekutukan Allah SWT. Rasulullah bersabda: “Adakah kalian mahu kuberitahu tentang dosa-dosa yang besar?”. Para sahabat menjawab: “Kami mahu, ya Rasulullah SAW”. Rasulullah SAW bersabda: “menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain bermaksud: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat al-Bazzar dan Thabrani)

Tanggungjawab suami tidak terhenti setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.

Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

Seperti mana Islam menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam

Pendek kata, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa juga agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik.

Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga?

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.

Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2021/06/dsg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Sediakan Latihan Skil Ibu Bapa Sebagai Guru Kedua

Kerajaan Perlu Sediakan Latihan Skil Ibu Bapa Sebagai Guru Kedua

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 324 hits
Kerajaan perlu merangka pelan jangka pendek yang mampu menambahkan ilmu ibu bapa untuk menjadi pembimbing atau guru kedua kepada pelajar pelajar yang mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Menurut kenyataan Jawatankuasa Pend...
Kanak Kanak 7 Tahun Pikul Tanggungjawab Jaga Adik Baru Lahir Lepas Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19

Kanak Kanak 7 Tahun Pikul Tanggungjawab Jaga Adik Baru Lahir Lepas Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 277 hits
eorang kanak kanak perempuan berusia 7 tahun di India terpaksa menjaga adik lelakinya yang baru lahir secara sendirian Menerusi laporan India Times kisah menyayat hati ini berlaku setelah kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat COVID 1...
Ini Rupanya Perasaan Anak Apabila Ibu Bapa Terlalu Sibuk Bekerja

Ini Rupanya Perasaan Anak Apabila Ibu Bapa Terlalu Sibuk Bekerja

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 345 hits
Semua ibu bapa sibuk bekerja kerana niat untuk memberikan yang terbaik buat anak anak mereka Ibu bapa mana yang mahu membesarkan anak dalam keluarga yang tak sihat dan serba kekurangan Tapi ramai ibu bapa yang sibuk bekerja ini tidak sedar ...
Hiburan Amar Baharin Akur Dengan Prosedur Hospital Tak Dapat Lawat Ibu Mertua

Hiburan Amar Baharin Akur Dengan Prosedur Hospital Tak Dapat Lawat Ibu Mertua

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 256 hits
Pelakon Amar Baharin memberitahu bahawa ibu mertuanya Noor Zaridah Ahmad terpaksa dikejarkan ke hospital swasta selepas mengadu mengalami masalah sesak nafas pada awal pagi Ahad semalam AdvertisementAmar atau nama sebenarnya Amar Mohd Bahar...
Ada 6 Masalah Gigi Anak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada Tabiat No 4 Paling Kena Pantau

Ada 6 Masalah Gigi Anak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada Tabiat No 4 Paling Kena Pantau

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 271 hits
Kesihatan gigi anak adalah sangat penting bagi memastikan mereka mempunyai senyuman yang cantik lagi menarik dewasa kelak Ini kerana banyak masalah gigi kanak kanak yang boleh berlaku kepada mereka jika dibiarkan atau diabaikan Namun bukan ...
Bayi Pramatang Ini Ibu Bapa Perlu Tahu

Bayi Pramatang Ini Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 259 hits
Bayi Pramatang Ini Ibu Bapa Perlu Tahu Anak yang dilahirkan didunia ni adalah anugerah dari Tuhan Samada ia dilahirkan seara normal atau pramatang Teringat kawan umi yang beberapa tahun lepas melahirkan bayi pramatang Kalau nak dilihat mema...
Kecoh Tertukar Bayi Doktor Pesan Ibu Bapa Perlu Alert Sebelum Keluar Dari Wad

Kecoh Tertukar Bayi Doktor Pesan Ibu Bapa Perlu Alert Sebelum Keluar Dari Wad

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 269 hits
Seorang ibu Siti Suriani sangat terkejut setelah membuat pemeriksaan ke atas bayi yang telah dibawa pulang apabila mendapatai bayi tersebut bukan bayi yang telah dilahirkannya Ia sangat mengecewakannya kerana pihak hospital kerana tidak mem...
Lepas Ni Kalau Korang Tgk Aku Ada Jual Harta2 Kesayangan Tu Paham2 Jela Demi Ibu Achey Rela

Lepas Ni Kalau Korang Tgk Aku Ada Jual Harta2 Kesayangan Tu Paham2 Jela Demi Ibu Achey Rela

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 245 hits
PETALING JAYA Genap dua bulan kehilangan ayah Achey sekali lagi berdepan dvgaan apabila ibu tercinta disahkan mengalami masa lah saluran pan kreas dan hempedu tersumbat hingga perlu menjalani rawatan lanjut
Sarat H4mil Kisah Ibu Tertukar Bayi Buat Siti Sarah Ser Au Apalah Rasanya Meng4ndung 9 Bulan Tiba Tiba Dapat Tahu Baby

Sarat H4mil Kisah Ibu Tertukar Bayi Buat Siti Sarah Ser Au Apalah Rasanya Meng4ndung 9 Bulan Tiba Tiba Dapat Tahu Baby

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 461 hits
Penyanyi Siti Sarah akui terkeejut sebaik sahaja mengetahui kisah tular seorang ibu yang tertukar bayi selepas bersalin Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya baru baru ini Menurut Sarah kecuaian itu sepatu...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin