Kedua Mata Putih Sofea Dah Terkeluar Ustazah Asma Menyeru Kalau Ada Doktor Yang Boleh Sembuhkan Adik Sofea


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dilalui oleh adik Sofea apabila disahkan mempunyai kanser saraf hingga menyebabkan kedua-dua matanya rosak.
Perkongsian ini dikongsi oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ yang terut memohon jika ada pakar yang boleh membantu merawat penyakit adik Sofea ini.

Allahu Akbar.. petang yang sarat dengan deraian air mata.😢 Ziarah Anakanda Tuan Nur Afina Sofea yang telah buta kedua mata kerana kanser saraf.
Mama sofea cerita bahawa akhir-akhir ni Sofea kerap bagitahu nak jumpa ustazah, yang dimaksudkannya ialah saya..😢 Sebab itu bila saya masuk sahaja ke rumah ini tadi semua berkata, “akhirnya Sofea dapat jumpa ustazah, ustazah dah datang ni..” tapi sofea sudah tak boleh melihat ustazah lagi, kedua matanya telah buta, bulan lepas masih boleh melihat lagi. 😣
Sebaik tiba di Besut, en.Suami ajak ziarah anak jiran sebelah rumah mertua, saya tak tahu siapa. Sebaik melihat anakanda sofia, lidah terus jadi kelu dan air mata tidak dapat dibendung.

Lalu si Ibu mula bercerita, ia bermula pada hujung tahun 2020, ketika itu umur sofia 6 tahun, dan kini umurnya sudah 9 tahun. Sudah 3 tahun Sofia diuji kanser saraf yang menunggu saat pergi, tiada lagi ubat atau rawatan untuk tahap dan kanser jenis ini.
Sofia tak berhenti mengesat matanya, rupanya itu yang terjadi bila dia menangis tapi air mata tidak boleh keluar lagi, lalu matanya menjadi pedih.
Daripada tampalan penutup mata yang terselak, saya boleh lihat kedua mata putih Sofia telahpun tersembul keluar, kelopak mata tak boleh menutupi lagi. Sebab itu ditutup dengan kapas kerana pedih bila terkena udara.
Saya tarik nafas dalam dan mula berbicara, “sofia..insyaAllah sofia akan sembuh dan boleh melihat semula, kita semua mendoakan buat sofia, insyaAllah jika Allah ingin berikan kesembuhan Allah Maha Berkuasa..”
Sofia angguk-angguk sambil menyebut InsyaAllah.
Saya sambung lagi, ”Sofia bakal Ahli Syurga, Sofia tak ada dosa, Sofia masih kecil baru 9 tahun, Sofia telah diuji sakit begini, setiap hari Allah bersihkan sofia, sofia insyaAllah dijamin Syurga, bahkan ketika di Alam Barzakh lagi dah dapat nikmat Taman Syurga..”
Sofia mencelah dan berkata,
“Ustazah, Sofia ada dosa.. sofia dosa dengan Mama, sebab bila sofia tak nampak ni kadang-kadang sofia ada marah Mama bila lambat.. Sofia boleh ke masuk Syurga ?, kalau

Mama maafkan Sofia.. Sofia bolehlah kan masuk Syurga”
Allahu Akbar… saat ni semua yang ada di ruangan ini menangis.. saya dah hilang suara menahan esakan.
Mulianya hati mu duhai anak. Terlalu mulia. Saya cuba menyusun kata,
“Sofia, antara kita semua disini, sofia paling baik, paling mulia, sofia yang Allah pilih untuk ujian yang sangat berat ini, sebab Allah tahu Sofia kuat”
“Mama sofia dan kita semua faham bila sofia marah-marah sikit, sebab sofia sedang menahan sakit, sofia tak boleh berjalan dan tak boleh melihat.. jadi sofia terpaksa bergantung pada semua orang. Sofia rasa gelap dan takut..”
“Semua orang faham dan kami semua menumpang sofia sekarang ni, mama, ustazah dan kami semua harap dapat masuk Syurga sama Sofia.. Sofia nanti cari dan tarik kami sama-sama masuk Syurga ya…😭”
Mama Sofia pun mencelah teresak, “Mama selalu maafkan Sofia, sofia tak ada salah apa pun..”
Sofia angguk-angguk dan cuba untuk senyum, tapi memang Sofia tidak dapat untuk senyum lagi, kerana kedua pipi sudah menengang, sofia asyik mengulang.. InsyaAllah Ustazah..🌷
Mama Sofia sambung bercerita, “ustazah, ketika di ward ada 6 kanak-kanak yang sama dengan sofia, semua dah pergi kecuali dua orang termasuk sofia, dan Dr. sebenarnya jangkakan sofia hanya ada masa dua bulan selepas chemo terakhir, tapi sekarang dah lebih setahun, sofia ni sangat kuat dan matang, bahkan lebih matang daripada kakaknya..”
Ada jiran yang menambah, “ustazah, sofia ni kanak-kanak yang cergas, bijak dan ramah”.
Bapa mertua saya pun bercerita, jika bertemu sahaja di tengah jalan atau nampak dari jauh, sofia akan memanggil-manggil “Pak Long…Pak Long”, walau masih kecil tapi berani menegur orang tua.
Ketika kami berbual, anak saya fatimah pegang-pegang jari Sofia, lalu sofia bertanya,
“Mama, Sofia sedang main dengan siapa ni ?”
Sofia anak bongsu, jadi bila ada jari kecil fatimah sedang main-main dengannya dia tertanya-tanya. Saya terus jelaskan, “Fatimah ni sofia, anak ustazah paling kecik, umurnya 4 tahun”
Saya minta fatimah peluk dan salam sofia, dan ketika itu Sofia berkata pada Mamanya, “Mama tolong bagi pada adik biskut tu Mama”. Lalu Mamanya buka satu bekas yang didalamnya berisi pelbagai jenis biskut dalam pack.
Ya Allah, sungguh matang dan pandai menyantuni semua, cerdik !
Saya sungguh jatuh hati jatuh sayang pada ampunya badan Anakanda Tuan Nur Afrina Sofia. Saya mohon sahabat semua, doakan anak ini 🙏😢
Saya juga mohon jika ada Dr. yang membaca nukilan ini, atau kenalan lalu sampaikan. Adakah benar barah peringkat adik Sofia ni dah tak ada peluang sembuh ?, maksudnya memang hanya menghitung hari ?.
Pada awal tahun 2020, rupanya sofia yang berdiri sebelah dan saya siap memeluknya, dalam gambar tu saya duduk atas satu kerusi, sebab tu semua anak-anak jadi nampak sama tinggi.
Ustazah masih ingat, waktu ni sofia umur 6 tahun, sofia lah yang berani menegur ustazah, ustazah Asma’, ustazah dalam telefon.. sebab tu ustazah keluar daripada kereta, ajak semua bergambar dan berikan RM 5 sorang. Rupanya Sofia selalu ingat momen tu, dan sebut-sebut, ustazah baik, ustazah bagi 5 ringgit, begitulah cerita Mama Sofia tadi.
Kecil bagi kita, rupanya besar maknanya buat anak kecil. 😢, lagi bila anak orang susah.
Sedikit maklumat tentang penyakit Safiya ;
Neuroblastoma merupakan salah satu ketumbuhan kanser yang sukar dikesan pada peringkat awal (tahap I-II). Pesakit tidak menunjukkan simpton-simpton awal walaupun kanser tersebut telah tumbuh dan membiak pada sesuatu bahagian badan.
Semoga kita terus boleh bersyukur dengan segala Nikmat dan UjianNya. Kita semua diuji, namun bila melihat Ujian Anakanda Sofia ni..terus rasa malu dengan Allah.. betapa diri ini tidak bersyukur. 😔
Kredit: Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
The post “Kedua Mata Putih Sofea Dah Terkeluar” Ustazah Asma’ Menyeru Kalau Ada Doktor Yang Boleh Sembuhkan Adik Sofea appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kedua-mata-putih-sofea-dah-terkeluar-ustazah-asma-menyeru-kalau-ada-doktor-yang-boleh-sembuhkan-adik-sofea/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidap Barah Saraf Budak 9 Tahun Buta Kedua Belah Mata Bulan Lepas Boleh Lihat Lagi

Hidap Barah Saraf Budak 9 Tahun Buta Kedua Belah Mata Bulan Lepas Boleh Lihat Lagi

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 214 hits
Deraian air mata mengalir deras apabila melihat nasib seorang kanak kanak perempuan berusia 9 tahun yang kini terpaksa menanggung derita akibat barah saraf menerusi perkongsian penceramah bebas Ustazah Asma Harun sebentar tadi Menerusi perk...
Lebih Banyak Mudarat Daripada Manfaat Ustazah Asma Harun Kecam Budak Step Di Acara Port Fest Ipoh

Lebih Banyak Mudarat Daripada Manfaat Ustazah Asma Harun Kecam Budak Step Di Acara Port Fest Ipoh

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 305 hits
Pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun menerusi satu hantaran di Instagram tampil bersuara mengenai penganjuran konsert Port Fest yang diadakan di Dataran Ipoh Perak baru baru ini
Pesan Ustazah Asma Harun Jom Baca

Pesan Ustazah Asma Harun Jom Baca

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 219 hits
Ustazah pesan kepada para srikandi ummah tercinta 1 Wanita sebelum berwudhu kena bersuci dulu sebab wanita ni ada 3 air iaitu air mani air mazi berlaku ketika teransang dan air wadi atau keputihan berlaku ketika kepenatan atau mengangkat ob...
Mahkamah Diberitahu Lelaki Bunuh Adik Kandung Waras Perbicaraan Boleh Diteruskan

Mahkamah Diberitahu Lelaki Bunuh Adik Kandung Waras Perbicaraan Boleh Diteruskan

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 217 hits
Arden ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali diberitahu berdasarkan pemerhatian Hospital Mesra Bukit Padang Arden Mattson Maturin 26 layak untuk dibicarakan KOTA KINABALU Bekas pe...
5 Mitos Seo Yang Menakutkan Di Mata Pelanggan Simple Semua Boleh Faham

5 Mitos Seo Yang Menakutkan Di Mata Pelanggan Simple Semua Boleh Faham

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 238 hits
Bila mengambil upah menulis artikel mesra SEO ini bertubi tubi soalan atau mitos SEO saya akan terima Pelanggan yang faham itu alhamdulillah Syukur sangat Tetapi segelintir yang tidak faham apa itu SEO susah sedikit saya nak fahamkan mereka...
Ogos 20 2023 Muhasabah Diri Ustazah Asma Harun

Ogos 20 2023 Muhasabah Diri Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 264 hits
Muhasabah setakat mana Amal Soleh kita buat masa sekarang bagaimana solat kita sikap kita terhadap Ibu Ayah kawan kawan jiran dan orang sekeliling Dengan amal kita selama ini agaknya layakkah kita ke Syurga Allah SWT Mohonlah sungguh sunggu...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi