5 Mitos Seo Yang Menakutkan Di Mata Pelanggan Simple Semua Boleh Faham
Bila mengambil upah menulis artikel mesra SEO ini, bertubi-tubi soalan atau mitos SEO saya akan terima. Pelanggan yang faham itu, alhamdulillah. Syukur sangat. Tetapi, segelintir yang tidak faham apa itu SEO ( Search Engine Optimization ) susah sedikit saya nak fahamkan mereka. Segelintir yang fikir, artikel SEO itu seperti menulis artikel di web hari ini dan hari yang sama sudah berada di ranking pertama di Google. Dalam artikel ini saya akan jelaskan mitos dan apa yang mereka perlu faham mengenai artikel SEO.
Mitos SEO di mata pelanggan Bila menulis artikel mesra SEO hari ini, mesti dah boleh ranking di halaman pertama Google.
Jawapan :
SALAH! artikel SEO bukanlah artikel seperti Ads berbayar di Google. Jadi, artikel mesra SEO mengambil masa untuk ranking. Bukan artikel kita sahaja yang Google nak push naik, malah berbilion pengguna di Google.
Tiada jawapan tepat untuk penulis tahu bilakah artikel tersebut berada di kedudukan terbaik di Google.
Semuanya bergantung kepada :
1. Usia website
Jika web baru setahun jagung, mana boleh ranking. Agak mustahil bagi saya.
2. Link building
Pemilik website perlu rajin untuk mencari mana-mana blog yang mempunyai anchor teks. Cara ini berbayar kepada pemilik blog peribadi.
3. Jumlah artikel sedia ada di web
Pastikan artikel di website anda melebihi 500 jenis. Insya Allah, mudah Google bantu.
4. Tahap kesihatan website.
Adakah mempunyai error atau adakah perkara asas web di setting sebaiknya?
5. Bilangan patah perkataan
Bergantung kepada niche. Namun, saya nasihatkan hasilkan artikel 1500 patah perkataan keatas. Jangan kurang daripada ini. Kerana Google sendiri tahu, artikel yang panjang adalah yang menyelesaikan masalah pembaca.
5 Mitos SEO diatas ini apa yang saya hadapi sebagai penulis artikel SEO di website pelanggan.
Kesimpulannya
Sambil menunggu artikel di website anda ranking, apa kata banyakkan lagi artikel mesra SEO.
SEO ialah singkatan nama kepada Search Engine Optimization. Artikel yang ditulis dengan kata kunci yang mempunyai volume iaitu carian ramai . Dalam masa sama, tidak ramai yang menulis lagi artikel dengan keyword tersebut.
Lain-lain formula untuk hasilkan artikel mesra SEO, anda boleh pelajari dalam Kelas Basic SEO. Dalam kelas saya ajarkan bagaimana mahu mencari keyword dengan tepat, bagaimana mahu menggunakan format SEO dengan betul supaya artikel boleh ranking, dan lain-lain strategi kepada penulis yang nak fokus jadi penulis artikel SEO.
Wasap.my/60189107161/kelasbasic
Bakal pelanggan yang nak upah saya menulis artikel mesra SEO. Ada pakej artikel. Boleh terus ke sini > nakartikelSEO
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2023/08/mitos-seo-menakutkan-daripada-pelanggan.html