Kediaman Tepi Tasik Bayu Sutera Bercirikan Smart Home Di Seremban
Hi Korang,
Seperti sedia maklum perumahan di Bandar Sri Sendayan merupakan sebuah perbandaran premium yang terletak di Lingkaran Lembah Klang Besar di Seremban Barat
Yang terbaru adalah perumahan Izara @ Bayu Sutera yang mana ianya adalah berstatus hartanah milik bebas yang berkeluasan saiz lot 20’ x 70’ (lot tengah) dan binaan 2,315 kaki persegi (pertengahan). Rumah Teres dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air dan bercirikan pagar keselamatan tinggi serta pos pengawal
Mempunyai ruang tamu yang serba boleh, susun atur yang dipanjangkan sepenuhnya, bilik tidur yang luas dan bilik air yang berciri mewah
Yang penting setiap rumah di perumahan Izara @ Bayu Sutera dilengkapi dengan ciri rumah pintar seperti ciri kunci digital, modul pencahayaan, blaster IR penyaman udara dan kawalan suara
Harga bermula daripada RM553,xxx
Kemudahan tersendiri di dalam perumahan Izara, Bayu Sutera adalah seperti taman tasik seluas 3 ekar dengan kemudahan seperti laluan jogging, parcourse, dek plaza, ciri air dan lain-lain lagi dan para penghuni akan dapat menikmati kemudahan sendiri seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi dan pelbagai lagi
Pelbagai jenis kemudahan lain yang di sediakan di dalam kawasan kejiranan ini seperti sekitar seperti berikut :
d’Tempat Country Club
Semua pembeli akan mendapat keahlian kelab percuma di kelab ini. Di antara kemudahan lain yang terdapat di kelab ini adalah kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, lorong boling, snuker, bilik wayang, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, SPA, bar dan kafe
Matrix Global Schools
Dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina unik dan reka bentuk dalaman mengikut sekolah klasik Kolonial British, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 pelajar tempatan dan asing.
Terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Pra Sekolah Antarabangsa Matrix
X-Park
Merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan pusat latihan golf
Sendayan Merchant Square
Terdiri daripada 163 unit pejabat kedai yang menghadap ke Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti dan didatangkan dengan tanah simpanan seluas 6.4 ekar untuk pembangunan pusat beli-belah kejiranan pada masa hadapan
Untuk perhatian korang yang fasa sebelumnya di mana ia dijual sepenuhnya dalam tempoh yang singkat adalah bukti bahawa produknya diterima dengan baik
Dan kini juga pihak Matrix Concept menawarkan promosi ‘Gempak Raya Bonanza’ yang mana pemilik rumah untuk membeli rumah dalam tempoh kempen berhak mendapat rebat tambahan RM10,000, penjimatan sehingga RM74,000
Ingin dapatkan info lanjut mengenai Bayu Sutera ini boleh layari ke http://izara2.bayusutera.com atau hubungi Matrix Concepts 1-800-88-2688
Boleh klik ke sosial media seperti berikut:
Instagram @matrix_concepts
Facebook @matrixconceptshomes
#BayuSutera #Izara #BandarSriSendayan #LakeSideResidences #SmartHome #GempakRayaBonanza #BSSDevelopment
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2024/03/kediaman-tepi-tasik-bayu-sutera.html