Kedai Keranda Berusia Hampir 100 Tahun Belum Sedia Tutup Operasi


Predeep NambiarYeap Chin Boon di kedainya di George Town.GEORGE TOWN: Pada awal abad ke-20, Lebuh Carvarvon di Pulau Pinang menjadi tempat perarakan pengebumian kerana banyak kedai keranda beroperasi di sana yang memanfaatkan jarak tempat itu dengan terusan Sia Boey di mana sampan akan membawa masuk kayu dari pedalaman Tanah Melayu.
Sepanjang jalan itu hanya dipenuhi dengan kedai menjual barangan sembahyang Cina yang melengkapkan lagi perniagaan keranda berkenaan.
Sehingga kini, generasi lama yang bertutur dalam bahasa Hokkien merujuk laluan itu sebagai “kua-cha-kay” bermaksud “jalan keranda”.
Namun pada hari ini, hanya tinggal dua kedai keranda di situ. Salah satunya adalah perniagaan Hock Lean Seng yang sudah beroperasi hampir 100 tahun. Ia pernah menghasilkan keranda bersaiz lima kaki yang mengambil masa 10 hari untuk disiapkan.
Kini perniagaan kurang rancak berbanding sebelum ini kerana ia semakin diambil alih oleh pengusaha moden yang memonopoli pasaran.
Namun kedai itu masih menarik pelanggan.
Ia kini diusahakan oleh Yeap Chin Boon, generasi ketiga pembuat keranda yang meneruskan legasi daripada datuknya sejak 1922.
Ketua keluarga terakhir, Tan Chai Im menjadi tunjang kepada perniagaan itu sebelum ini dengan membimbing seluruh keluarganya mengenai tradisi pengebumian Cina sehinggalah beliau meninggal dunia pada 2015 ketika berusia 85 tahun.
Yeap mengambil alih tanggungjawab perniagaan itu pada 1985 dan sejak dua dekad lalu mempunyai beberapa orang tukang untuk memenuhi tempahan keranda.
Ahli keluarga Yeap berada di pekarangan kedai di Lebuh Carnarvon dan perniagaan itu akan mencecah usia 100 tahun, tahun depan. Ia dikendalikan oleh Yeap dan adik-beradiknya serta ahli keluarga lain.Tetapi sejak permintaan meningkat, kerja menjadi lebih sukar menyebabkan kedai itu beralih kepada keranda buatan kilang di Sungai Petani.
Dia berkata, empat adik-beradiknya yang hampir menginjak usia 60 tahun akan mengambil alih perniagaan itu daripadanya. Dua anaknya berusia sekitar 30-an tidak minat dengan perusahaan itu. Begitu juga dengan anak saudaranya.
“Ia tidak bergaya, hanya yang benar-benar minat saja akan melakukannya,” katanya yang lebih mesra disapa sebagai “Uncle Boon” ketika ditemui FMT.
Hari ini, di dalam kedai milik keluarga Yeap sejak sebelum zaman perang itu, berdirinya rak yang menempatkan berpuluh keranda berharga antara RM800 hingga RM15,000.
Keranda paling mahal diperbuat daripada kayu jati berkualiti tinggi tetapi jarang terjual. Ia mempunyai rekaan hiasan, lapisan kain di bahagian dalam dan panel ‘plexiglass’ yang membolehkan si mati dilihat.
Yeap menunjukkan keranda dari lebih 50 tahun lalu yang direka untuk sami Buddha yang mahu mayat dibakar dalam keadaan duduk tegak. Ia bukan untuk dijual dan dia tidak lagi menghasilkannya namun kekal sebagai pameran di kedainya.
Mereka yang mengunjungi kedai itu diberi ang pau wang RM1 yang perlu dibelanjakan untuk membeli gula-gula yang membawa tuah baik kerana ia menjadi pantang larang Cina untuk masuk melawat kedai keranda.
Yeap (paling kanan), menyelia beberapa pekerja untuk menyiapkan keranda untuk dihantar bagi upacara pengebumian.Yeap menyediakan perkhidmatan kepada keluarga daripada pelbagai latar belakang sama ada kaya atau sebaliknya.
Lelaki itu berkata, dia menawarkan perkhidmatan yang diperlukan untuk melakukan pengebumian dan mereka boleh memilih barang sendiri walaupun pakej dengan bayaran sekali gus menjadi trend baru dalam industri perkhidmatan itu yang turut disertakan dengan barang tidak diperlukan pelanggan.
Dia mempunyai sembilan pekerja yang dibayar secara harian dan ditugaskan memakaikan pakaian pada si mati, menghias dan menyediakan jamuan ringan dan tuala untuk orang yang berkabung.
Yeap tidak gemar dengan idea menggunakan kereta mewah sebagai kereta mayat dan memilih kenderaan lebih praktikal seperti van atau lori. Dia menawarkan “potongan harga kasih sayang” kepada golongan yang tidak mampu untuk “menghantar” pemergian orang tersayang.
Terdapat kepercayaan popular bahawa permintaan terhadap perkhidmatan pengebumian semakin meningkat sejak 17 bulan lalu disebabkan Covid-19, tetapi Yap berkata, hanya terdapat “seorang atau dua orang pelanggan” sehari dan kadangkala langsung tiada.
Dia berkata, hanya pegawai kesihatan saja dibenarkan mengendalikan pengebumian atau pembakaran mayat mangsa Covid-19.
Satu-satunya kaedah pemasaran dilakukan Yap adalah dari mulut ke mulut dan sehingga kini dia mengekalkan harga keranda walaupun kos kayu meningkat akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak lebih setahun lalu.
“Saya percaya tempoh ini adalah ujian buat kita semua. Bagi saya, biarlah kita menderita dulu dan mendapat manfaat pada kemudian hari. Perjalanan terakhir amat penting. Terdapat beberapa tradisi yang harus diikuti,” katanya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/kedai-keranda-berusia-hampir-100-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasut Converse Berusia 104 Tahun Terpaksa Dijual Kerana Pandemik

Kasut Converse Berusia 104 Tahun Terpaksa Dijual Kerana Pandemik

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 365 hits
Terkesan dengan pandemik Covid 19 yang melanda negara seorang pemuda dari Kota Bharu Kelantan terpaksa menjualkan sepasang koleksi kasut Converse model pertama di dunia yang dihasilkan pada tahun 1917 dengan harga RM40 800 Pengumpul kasut v...
Wanita Pasrah Wajah Nampak Berusia Baru 24 Disangka Macam 45 Tahun

Wanita Pasrah Wajah Nampak Berusia Baru 24 Disangka Macam 45 Tahun

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 231 hits
Orang kata umur perlu seiring dengan penampilan fizikal Tapi ada juga individu yang dilihat lebih matang berbanding usia sebenar atas beberapa faktor seperti genetik gaya hidup solekan dan sebagainya Seperti seorang wanita ini dia agak kece...
2 Wanita Rancang Sunat Bayi Baru Berusia 2 Minggu Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun

2 Wanita Rancang Sunat Bayi Baru Berusia 2 Minggu Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 255 hits
2 wanita rancang sunat bayi baru berusia 2 minggu berdepan hukuman penjara 10 tahunDua wanita berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun selepas merancang untuk mengkhatan bayi perempuan yang baru lahir Pada bulan Januari ibu bayi berkenaan S...
Viral Penyanyi Lagu Hits Film Bollywood Ternyata Sudah Berusia 91 Tahun Suaranya Masih Bak Gadis

Viral Penyanyi Lagu Hits Film Bollywood Ternyata Sudah Berusia 91 Tahun Suaranya Masih Bak Gadis

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 364 hits
Yap Lata Mangeshkar adalah sosok di balik lagu Kabhi Kushi Kabhie Gham Mohabbatein dan lagu lagu ikonis lainnya
Model Berusia 14 Tahun Tetapi Mantap

Model Berusia 14 Tahun Tetapi Mantap

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 241 hits
Gadis melayu stimMODEL BERUSIA 14 TAHUN TETAPI MANTAP Mungkin ramai yang mengatakan gadis ini berumur 20 tahun keatas namun gadis yang berasal dari keturunan Tibet ini baru sahaja berumur 14 tahun Gadis ini dipilih menjadi model terbaik dun...
Brisk Walking Amalan Terbaik Individu Berusia 50 Tahun Ke Atas

Brisk Walking Amalan Terbaik Individu Berusia 50 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 294 hits
BRISK WALKING AMALAN TERBAIK INDIVIDU BERUSIA 50 TAHUN KE ATAS Ramai yang beranggapan bahawa berjalan kaki adalah suatu aktiviti yang biasa tidak boleh dikategorikan sebagai senaman Tetapi banyak kajian menunjukkan berjalan kaki dapat membe...
Aku Tak Mainlah Pakai Pampers Brand Cap Ayam Ni Suri Rumah Demand Bantuan Pampers Branded Untuk Anaknya Berusia 5 Tahun

Aku Tak Mainlah Pakai Pampers Brand Cap Ayam Ni Suri Rumah Demand Bantuan Pampers Branded Untuk Anaknya Berusia 5 Tahun

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 666 hits
Aku tak mainlah pakai pampers brand cap ayam ni Suri rumah demand bantuan pampers branded untuk anaknya berusia 5 tahun Ko simpan jelah pampers buruk tu untuk rakyat yang selayaknya pergi mampossss demikian kata seorang suri rumah terhadap ...
Siapa Pun Pasti Tidak Percaya Gadis Cantik Ini Sudah Berusia 65 Tahun

Siapa Pun Pasti Tidak Percaya Gadis Cantik Ini Sudah Berusia 65 Tahun

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 400 hits
Liu Xiaoqing adalah seorang pelakon Cina dan ahli perniagaan Beliau adalah salah seorang pelakon utama di China pada 1980 an Gambar Liu Xiaoqing terkini di acara di Beijing Ianya amat mengejutkan untuk seorang wanita pada usia 65
Menteri Agama Lena Kah Ini Lah Kerja Kamu Mgnews Zakat Hina Saya Pihak Gereja Yang Bantu Hampir 9 Tahun

Menteri Agama Lena Kah Ini Lah Kerja Kamu Mgnews Zakat Hina Saya Pihak Gereja Yang Bantu Hampir 9 Tahun

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 236 hits
Tiga ibu tunggal yang mendakwa diri mereka tidak mendapat bantuan sewajarnya daripada pihak berwajib dalam sidang media yang dianjurkan oleh aktivis Kramat di Ukay Perdana Ampang
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad