Kedai emas Hajjah Halijah ni ada 3 cawangan di Kangar, Perlis dan Sungai Petani, dan kedai Emas Hajjah Halijah ni lain sikit dari kedai-kedai emas yang biasa qaseh dengar sebab siap ada pakej menabung lagi, bagi korang dan qaseh sendiri la kan yang nak beli sedebuk tu tak mampu, boleh ambil pakej menabung, menarik kan, ada dua pakej yang korang boleh pilih 2 Tempoh Menabung di Kedai Emas Hajjah Halijah 1. Tempoh 1 : 6 Bulan Terma dan syarat - Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk ahli tabungan yang baru - Tempoh menabung hanyalah 6 bulan sahaja- 3 pilihan pakej yang disediakan 1. Pakej GOLD : RM200/ bulan2. Pakej Diamond : RM500/ bulan3. Pakej Platinum : RM1000 / bulan- Layak mendapat pemotongan sebanyak RM10 daripada harga pasaran semasa mendaftar pakej menabung - Barang yang hendak ditebus tidak boleh lebih atau kurang dari jumlah tabungan - Jika barang yang hendak ditebus adalah melebihi jumlah tabungan, berat selebihnya akan mengikut harga semasa - Barang hanya boleh ditebus setelah tamat pakej menabung- Bayaran wajib dilakukan setiap bulan, jika ada bulan yang terlepas untuk membuat pembayaran, automotik harga akan dikira seperti biasa- Jumlah tabungan tidak boleh ditukar dengan wang tunai- Anda dibenarkan untuk menyertai lebih dari satu pakej- Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak Kedai Emas Hajjah HalijahMore Info : https://halijahjewels.com/pakejpenabungan/ Jangan risau ye, kedai Emas Hajjah Halijah ni memang trusted seller, dah lama dan dah ada 3 cawangan dah haa. Oh ye kalau korang jauh sangat tapi nak beli di kedai emas ni, jangan risau ye, korang juga boleh beli secara online, gerenti selamat.
1. Emas adalah alat penyimpan nilai wang anda, nilainya adalah fleksible. Walau ada masanya emas menurun, namun tidak selamanya ia akan terus menurun sebaliknya bila tiba masa nilainya akan kembali naik dan kukuh 2. Atasi masalah inflasi, dengan kepelbagaian kos hidup yang semakin meningkat, nilai yang ada pada wang akan mengalami pengecilan pada nilainya kerana kuasa beli pengguna yang semakin hari semakin jatuh 3. Emas merupakan pelaburan yang terbaik untuk masa depan seperti pendidikan, perniagaan, perkahwinan, umrah & haji, kerana nilai emas adalah seiring dengan perubahan masa dan zaman (kalis inflasi) 4. Mudah untuk dicairkan menjadi wang pada bila-bila masa terutama bila mengalami waktu kecemasan dan nilainya mengikut harga semasa pasaran emas seluruh dunia 5. Aset yang mudah untuk diselamatkan terutama apabila berlaku bencana alam. Dari sifat fizikal emas yang tahan lasak dan tidak mudah dileburkan oleh suhu.




|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |