Kedah Tuntut Rm100 Juta Royalti Pajakan Pulau Pinang







 Kerajaan Negeri Kedah menuntut bayaran royalti sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pajakan tanah di Pulau Pinang.


Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata Kedah berpandangan bahawa nilai itu adalah wajar dan sesuai dengan nilai semasa berbanding royalti RM10,000 setahun yang diterima oleh negeri tersebut sejak sekian lama selain bayaran khas RM10 juta setahun bermula 2018.
“Kita mohon bayaran royalti Pulau Pinang ini disemak dan dikaji semula mengikut nilai semasa dan tuntutan kita adalah RM100 juta
“Kita rasa nilai ini kecil di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi di peringkat kerajaan negeri, nilai ini amat besar,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini.

Beliau berkata nilai RM100 juta setahun yang dituntut itu juga dilihat kecil berbanding pendapatan yang dijana oleh Pulau Pinang.
“Bayarlah kepada kita, RM100 juta sahaja pun. Jangan pula nanti ada pihak yang marah, ini adalah permintaan kita dari segi sejarah dan realiti ataupun hakikatnya macam itu,” katanya sambil menambah Kedah berharap perkara itu akan dipertimbang oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat ini atau dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.


Mengulas lanjut asas tuntutan itu, Muhammad Sanusi berkata tanah Pulau Pinang dipajak sejak 1786 dengan nilai royalti tahunan sebanyak 10,000 dolar Sepanyol dan bayaran itu kemudian dibuat dalam mata wang Ringgit Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan tetapi masih mengekalkan jumlah 10,000.


“Tidak munasabah sama sekali nilai pada 1786 itu dibawa ke 2021 tanpa ada kajian tentang kenaikan, tiada kajian semula tentang nilai dan saya telah dimaklumkan oleh Sultan Kedah (Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) bahawa baginda telah beberapa kali menyuarakan hal ini semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu serta kepada Kerajaan Persekutuan.


“Baginda juga telah membekalkan dokumen perjanjian berkaitan pajakan Pulau Pinang kepada Kerajaan Persekutuan dan akhirnya pada 2018, tanpa sebarang asas Kerajaan Persekutuan beri RM10 juta setahun. Jadi sekarang kita terima RM10 juta dan RM10,000,” katanya.


Beliau juga berkata jika Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta membuat penilaian spesifik mengenai pajakan melibatkan keseluruhan tanah Pulau Pinang termasuk Seberang Prai, nilai royalti tahunan yang harus dibayar mungkin mencecah antara RM400 juta hingga RM500 juta.


- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/10/kedah-tuntut-rm100-juta-royalti-pajakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Tak Payah Menyibuk Urusan Kedah

Pulau Pinang Tak Payah Menyibuk Urusan Kedah

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 277 hits
ALOR SETAR Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow tidak perlu campur tangan terhadap tuntutan Kedah bagi mendapatkan royalti pajakan Pulau Pinang berjumlah RM100 juta setahun daripada kerajaan Persekutuan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md ...
Buka Sekolah Kedah Kelantan 31 Okt Pulau Pinang Perak Sabah 1 Nov

Buka Sekolah Kedah Kelantan 31 Okt Pulau Pinang Perak Sabah 1 Nov

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 327 hits
SHAH ALAM Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Kedah Kelantan Pulau Pinang Perak dan Sabah akan terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin KPM dalam sat...
Kedah Tubuh Pasukan Tentukan Isu Pajakan P Pinang

Kedah Tubuh Pasukan Tentukan Isu Pajakan P Pinang

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 255 hits
Pihak dipelawa menyertai pasukan itu telah menyatakan komitmen KULIM Kedah sedang dalam proses menubuhkan sebuah pasukan yang terdiri daripada sejarawan pakar akademik dan wakil persatuan sejarah bagi menentukan bahawa Pulau Pinang benar be...
Hotel Di Pulau Pinang Hampir Penuh Mah

Hotel Di Pulau Pinang Hampir Penuh Mah

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 241 hits
Sinar HarianOktober 15 2021Pengusaha hotel di Pulau Pinang mula sibuk membuat persiapan menerima pelanggan selepas kebenaran rentas negeri diumumkan Perdana Menteri pada Ahad lalu Gambar hiasanGEORGE TOWN Tempahan hotel di Pulau Pinang pada...
Tidak Wajar Mufti Pulau Pinang Kecewa Arak Jenama Timah Penghinaan Kepada Umat Islam

Tidak Wajar Mufti Pulau Pinang Kecewa Arak Jenama Timah Penghinaan Kepada Umat Islam

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 728 hits
GEORGETOWN Tindakan menjenamakan arak dengan nama Timah adalah tidak wajar serta penghinaan kepada umat Islam Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata amat mengecewakan apabila pihak pengeluar arak berkenaan menamaka...
Hanya 27 13 Pelajar Sekolah Agama Tahfiz Pondok Divaksinasi Di Pulau Pinang

Hanya 27 13 Pelajar Sekolah Agama Tahfiz Pondok Divaksinasi Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 293 hits
BERNAMA 5 654 pelajar dari tiga jenis sekolah tersebut telah menerima vaksin dan jumlah tersebut disifatkan sangat rendah 85 9 atau 121 489 daripada 141 500 golongan remaja di Pulau Pinang telah menerima vaksin dos pertama dan mereka juga m...
T16b06 Aktiviti Malam Di Batu Ferringhi Pulau Pinang Malaysia

T16b06 Aktiviti Malam Di Batu Ferringhi Pulau Pinang Malaysia

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 428 hits
Gambar menunjukkan kemeriahan pusat urutan terutamanya refleksologi Betul juga penat berjalan sakit kaki kalau dapat urut pun sedap juga Perkhidmatan urutan yang ditawarkan ini sinonim dengan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong DESIRE RE...
Pulau Pinang Jangka Pemulihan Ekonomi Pantas

Pulau Pinang Jangka Pemulihan Ekonomi Pantas

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 406 hits
BH NLINE Tun Ahmad Fuzi diiringi Pengerusi Lembaga Pengarah Wawasan Open University Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam program di Pulau Pinang hari ini Foto NSTP MIKAIL ONG GEORGE TOWN Pulau Pinang boleh menjangka pemulihan ekonomi yang lebih pa...
Karnival Maya Usahawan Bumiputera Pulau Pinang

Karnival Maya Usahawan Bumiputera Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 325 hits
Tonton video promo di BERITA BAIK UNTUK ONLINE SHOPPER USAHAWAN MAYA NEGERI PULAU PINANG Pada 19 30 NOV 2021 akan adaK ARNIVAL MAYA USAHAWAN BUMIPUTERA PULAU PINANG Apa yang istimewanya Karnival PenBVex kali ini ialah Promosi jualan online ...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah