Kedah Temui Mineral Baharu Dianggar Bernilai Rm43 Trilion


 

Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baharu Rare Earth Element (REE) yang dianggarkan bernilai RM43 trilion tersimpan di bawah bumi ditemui di Daerah Sik.


Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, Majlis Tanah Negara telah bermesyuarat dua bulan dahulu telah meluluskan satu rangka dasar mineral negara yang akan dimuktamadkan.


“Sebelum daripada itu, kita telah meluluskan usahasama sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur untuk melakukan penerokaan,” ujarnya memaklumkan REE itu selain di Sik, terdapat juga di Ulu Muda dan Baling, termasuk sedikit di Lenggong, Perak.



Beliau juga menyifatkan penemuan tersebut adalah rezeki anugerah Allah secara tidak disangka-sangka kerana melaksanakan tuntutan beriman dan bertakwa sebagaimana janji Allah yang terdapat pada ayat 2 dan 3 surah at-Thalaq.


Beliau berharap Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli akan merangka dasar-dasar yang sesuai dengan kehendak Majlis Tanah Negara berkaitan Dasar Mineral Negara supaya negara tidak lagi menjadi seperti sejarah lampau.


“Semua hasil bumi sumber-sumber asli kita diangkut untuk mempercepatkan revolusi industri Perancis di Britain di Barat menggunakan sumber asli negara-negara yang dijajah. Akhirnya mereka menjadi kaya raya, kita menjadi papa kedana terjajah.


“Anugerah-anugerah mineral yang baru ini pun kita harap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dapat merangka supaya kekayaan itu menjadi milik penduduk di mana mineral itu ada. Kalau mineral itu timbul di Kedah, rakyat Kedah lebih dahulu yang rasai nikmatnya.


“Sama macam dasar percukaian dalam Islam. Di mana cukai itu dikutip, belanja daripada cukai itu patut diutamakan di tempat cukai itu dikutip. Kalau ada lebihan baru boleh bawa ke lain. Itu dasar Islam.


“Sama dengan mineral ini, kalau mineral ini digali ditemui di Kedah, nikmat daripada timbulnya mineral dan bahan berharga ini, patut diagihkan dulu di Kedah atau di mana sahaja tempat itu ditemui,” syarahnya mengenai dasar Islam itu.


Jelas Sanusi, REE yang ditemui itu adalah jenis yang tidak mengandungi radioaktif dan lebih mahal daripada emas di mana difahamkan sudah diketahui dalam kajian geosains sejak lebih 20 tahun dahulu, namun ketika itu belum dimajukan.


Namun kini kata beliau, penggunaan REE makin diperlukan dalam barang-barang teknologi seperti telefon pintar, komputer riba, barang-barang digital dan lain-lain yang sesuai perkembangan zaman.


“Bila dunia makin berkembang ke arah itu, permintaan kepada itu makin tinggi. Dan alhamdulillah benda itu ada di Kedah. Cuma kita nak pastikan rakyat Kedah tak nganga lah. Ada orang duduk angkut pergi, kita nganga saja. Insya-Allah.


“Lepas ini banyaklah kerja-kerja kebajikan yang boleh dilaksanakan bila Rare Earth Element ini dapat diekstrak daripada bumi kita. Ada sebahagiannya dikatakan tersimpan di bawah bandar-bandar besar.


“Yang ini kita tak boleh buat apa, tak akan nak tebuk situ kan. Jadi kita explore tempat-tempat yang belum ada penghuni lah, contohnya di hutan, di bukit. Dan cara ekstrak daripada REE ini dia tidak melibatkan perlombongan, tidak melombong, dia hanya pakai paip 4 inci, tebuk boarding itu, dan dia keluar sikit-sikit.


Sudah diluluskan permit, orang itu pun dah masuk. Cuma permit teroka ini dia tak boleh pakai mesin, tak boleh pakai jentera, dia masuk pakai manual. Dan bila dia teroka, dia temu element itu, dia kena declare kepada kerajaan,” ujarnya teruja.


Menurutnya, syarikat yang diberi permit itu berpangkalan di Kuala Lumpur dan akan bekerjasama syarikat antarabangsa serta syarikat kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 2/12/2020


https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/02/kedah-temui-mineral-baharu-dianggar-bernilai-rm43-trilion/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/kedah-temui-mineral-baharu-dianggar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Samakan Kedah Dengan Wakanda Selepas Menteri Besar Umum Temui Mineral Bernilai Rm62 Bilion

Netizen Samakan Kedah Dengan Wakanda Selepas Menteri Besar Umum Temui Mineral Bernilai Rm62 Bilion

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 360 hits
Mineral jenis rare earth elements yang dianggarkan bernilai RM62 bilion telah ditemui di Kedah dan bakal diterokai oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md...
Mb Kedah Tersilap Umum Sumber Mineral Rm43 Trilion

Mb Kedah Tersilap Umum Sumber Mineral Rm43 Trilion

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 210 hits
Tersilap ketika mengumumkan penemuan sumber mineral di Sik Kedah yang bernilai RM43 trilion menteri besar Muhammad Sanusi Md Noor mengakui angka itu bukanlah jumlah sebenar Muhammad Sanusi di Facebook membuat pembetulan angka dengan mengang...
Kedah Bakal Negeri Terkaya Di Malaysia Teroka Mineral Bernilai Rm60 Billion

Kedah Bakal Negeri Terkaya Di Malaysia Teroka Mineral Bernilai Rm60 Billion

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 342 hits
ALOR SETAR DIKEMASKINI Mineral jenis rare earth elements dianggarkan bernilai RM60 bilion yang digunakan dalam pembuatan komponen peranti seperti laptop komputer dan telefon pintar akan diteroka di negeri Kedah oleh sebuah syarikat yang ber...
Kedah Benarkan Syarikat Tempatan Teroka Mineral Baharu

Kedah Benarkan Syarikat Tempatan Teroka Mineral Baharu

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 294 hits
Miliki deposit mineral dianggarkan berjumlah RM62 bilion ALOR SETAR Sebuah syarikat tempatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur telah dianugerahkan permit kelulusan bagi meneroka dan mengekstrak sumber mineral jenis rare earth elements di ne...
Kedah Mb Demolishing Temples To Divert From His Claim Of Rm43t In Mineral Deposits Says Dap Rep

Kedah Mb Demolishing Temples To Divert From His Claim Of Rm43t In Mineral Deposits Says Dap Rep

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 217 hits
Bagan Dalam assemblyman Satees Muniandy alleged that Kedah Mentri Besar Muhammad Sanusi Md Nor was being provocative on purpose as the latter wanted to draw attention from his claim this week that mineral deposits worth RM43 trillion had be...
Honda Accord Baharu Untuk Exco Kedah

Honda Accord Baharu Untuk Exco Kedah

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 288 hits
MALAYSIA DATELINELebih 10 kereta Honda Accord baharu dengan nombor pendaftaran K dikatakan telah dibeli oleh kerajaan negeri Kedah Dua deretan kereta itu yang diparkir di perkarangan sebuah bangunan tular dalam satu video tular di media sos...
Rare Earth Element Rm43 Trilion Sanusi Jadi Bahan Ketawa Netizen

Rare Earth Element Rm43 Trilion Sanusi Jadi Bahan Ketawa Netizen

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 277 hits
RARE EARTH ELEMENT RM43 TRILION SANUSI JADI BAHAN KETAWA NETIZEN Papa Asalnya nak mintak puji hujung hujung jadi bahan seloka netizen KOH KOH KOH jilaker Menteri Besar Kedah hari ni mengumumkan dalam sidang media mingguan beliau bahawa Kera...
Senarai Pemain Baharu Kedah Ada Kejutan

Senarai Pemain Baharu Kedah Ada Kejutan

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 330 hits
Alor Setar Kedah bakal mengumumkan barisan jurulatih dan pemain yang akan membarisi pasukan itu tidak lama lagi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim 2021 Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata...
Beli Kereta Baharu Untuk Lancarkan Urusan Rasmi Kerajaan Negeri Mb Kedah

Beli Kereta Baharu Untuk Lancarkan Urusan Rasmi Kerajaan Negeri Mb Kedah

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 472 hits
Selasa 24 November 2020 viral di media sosial gambar kira kira 12 buah kereta Honda Accord berharga RM187 050 73 yang dikatakan telah dibeli oleh Kerajaan PAS Kedah Pembelian kereta itu menimbulkan tanda tanya netizen apakah wajar kerajaan ...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Staycation Di Flemington Hotel Taiping



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Drama Khun Sa Beri Kesedaran Kepada Rakyat

Harum Mewangi

Websitepgslot 4 May 67 Pgslot Top 36 By Joy Temmax69 Temmax69 Me

Pgslot Pgslotth Games 24 24 Pg Top 32 By Shona

Crisis Management 101

Elok Kita Saja Yang Tanam Bawang Harian Metro 09 05 2024