Kedah Tak Pernah Ditadbir Siam Kata Pakar Sejarah


Predeep NambiarPulau Pinang pernah menjadi wilayah Kedah dan ia adalah satu fakta yang diakui oleh penjajah British sendiri, menurut Ahmad Murad Merican.GEORGE TOWN: Dakwaan yang mengatakan Kedah pernah dikuasai Thailand, yang ketika itu dikenali sebagai Siam dan sebab itu ia tidak mempunyai tuntutan sah ke atas Pulau Pinang, adalah tidak benar, kata seorang profesor tamadun Melayu.
Ahmad Murad Merican dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, Pulau Pinang pernah menjadi wilayah Kedah dan ia adalah satu fakta yang diakui oleh penjajah British sendiri.
“Jika Kerajaan Siam mempunyai kedaulatan dan kuasa ke atas Kedah, mengapa Francis Light dan Syarikat Hindia Timur Inggeris bertemu sultan untuk menduduki Pulau Pinang?
“Kenapa Light tidak bertemu dengan raja Siam? Hakikatnya ialah Kedah adalah negeri berdaulat yang diiktiraf, walaupun oleh British sendiri,” katanya kepada FMT.
Murad yang mengetuai Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Majlis Persatuan Warisan Pulau Pinang (PHT), Clement Liang yang berkata, Kedah adalah negeri di bawah Kerajaan Siam, dan Siam menyerahkan Pulau Pinang dan Province Wellesley kepada British dalam perjanjian pada tahun 1826.
Sambil memetik buku teks sejarah Thai dan muzium negara di Bangkok, Liang berkata Pulau Pinang atau Koh Mak adalah wilayah Siam pertama yang terlepas kepada kuasa Barat.
Katanya, Perjanjian Burney 1826 menyaksikan Kedah dan tiga negeri lain diiktiraf sebagai wilayah Siam, manakala Pulau Pinang dan Province Wellesley berada di bawah British.
Murad berkata tindakan Liang itu salah apabila beliau merujuk cerita sejarah Thailand sambil menjelaskan Siam dan British telah menandatangani perjanjian tanpa melibatkan raja Melayu di Kedah.
“Kenapa kita bergantung kepada perspektif dari negara lain mengenai sejarah kita?
“Ia adalah bersifat khianat dan menghasut apabila PHT membuat dakwaan seperti itu berdasarkan sejarah diceritakan oleh negara lain.”
Murad berkata, Kedah memiliki sejarah kesultanan tertua di dunia dan pada zaman kegemilangannya, ia memerintah dari Phuket ke Beruas di Perak dengan sebuah keluarga tunggal yang menduduki takhta hingga ke hari ini.
“Siam mungkin mempunyai sedikit kuasa ke atas Kedah pada satu ketika tetapi dakwaan mengatakan ia mempunyai kedaulatan ke atas Kedah adalah salah.
“Siam bukanlah jiran yang baik. Mereka telah merampas tanah daripada Melayu menerusi naratif dan perjanjian mereka. Mereka sentiasa menjadi musuh kepada orang Melayu,” katanya.
Sambil menyifatkan Siam sebagai “perompak tanah”, beliau berkata jika diberi peluang, mereka mungkin merampas seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Murad berkata, sebenarnya Pulau Pinang diduduki secara haram, dirompak dan dirosakkan oleh British, kerana ia adalah penempatan orang Melayu di bawah kesultanan Kedah.
Katanya, sehingga kini, tidak ada bukti kononnya berlaku perjanjian pajakan antara Francis Light dan sultan kedah ketika itu, Sultan Abdullah ketika pertama kali tiba di pulau itu pada 1786.
“Perjanjian itu kekal sebagai mitos.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kedah-tak-pernah-ditadbir-siam-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siam Not Kedah Lost Penang To The British Says Expert

Siam Not Kedah Lost Penang To The British Says Expert

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 393 hits
As a debate over an annual honorarium rages a heritage expert has given a brief outline of Penang s history since Kedah leased it to the British in 1786 Clement Liang a council member of Penang Heritage Trust said Kedah had no territorial r...
Kami Tak Mahu 4 Adun Melaka Sertai Parti Kata Pemuda Pkr Kedah

Kami Tak Mahu 4 Adun Melaka Sertai Parti Kata Pemuda Pkr Kedah

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 268 hits
October 20 2021 Ketua Pemuda PKR Kedah Mohammed Firdaus Johari berkata tidak kira apa jua alasannya tindakan membenarkan empat ADUN Melaka itu menyertai PKR perlu ditentang habis habisan PETALING JAYA Pemuda PKR Kedah membantah empat Ahli D...
Hsr Kl Johor Akan Bawa Kerugian Besar Kata Pakar

Hsr Kl Johor Akan Bawa Kerugian Besar Kata Pakar

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 202 hits
Kajian mengenai projek HSR Kuala Lumpur Johor telah selesai dan akan diserahkan kepada Jemaah Menteri menurut kerajaan PETALING JAYA Seorang pakar pengangkutan menjangkakan kerugian besar dalam jangka panjang jika Projek Rel Berkelajuan Tin...
Saiz Kantong Perut Ikut Berat Badan Fakta Atau Mitos Apa Kata Pakar Bariatrik Pula Video

Saiz Kantong Perut Ikut Berat Badan Fakta Atau Mitos Apa Kata Pakar Bariatrik Pula Video

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 222 hits
Saiz Kantong Perut Ikut Berat Badan Fakta Atau Mitos Apa Kata Pakar Bariatrik Pula VIDEO PERNAHKAH anda terfikir berapa besar saiz perut kita dan adakah ia bergantung kepada berat badan seseorang Sebenarnya ramai beranggapan bahawa individu...
Antivaksin Serang Kerajaan Puad Kata Pelajar Meninggal Setelah Divaksin

Antivaksin Serang Kerajaan Puad Kata Pelajar Meninggal Setelah Divaksin

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 323 hits
AGENDA DAILY Tangkap layar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi di Facebook beliau dan ulasan warganet Kumpulan antivaksin Covid 19 hari ini mengambil kesempatan menyerang kerajaan terutama Kementerian Kesihatan susulan ...
Kanak Kanak Diberi Nama Abcdefg Hijkl Zuzu Ketika Permainan Teka Silang Kata

Kanak Kanak Diberi Nama Abcdefg Hijkl Zuzu Ketika Permainan Teka Silang Kata

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 199 hits
Kanak Kanak Diberi Nama ABCDEFG HIJKL ZUZU Ketika Permainan Teka Silang Kata JAKARTA Seorang kanak kanak di Indonesia menjadi tular di media sosial baru baru ini kerana memiliki nama ABCDEFG HIJKL ZUZU lapor laman semalam Menurut bapa kepad...
Marah Betul Netizen Indonesia Apabila Ratu Cantik Malaysia Kata Batik Berasal Dari Malaysia

Marah Betul Netizen Indonesia Apabila Ratu Cantik Malaysia Kata Batik Berasal Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 353 hits
Marah Betul Netizen Indonesia Apabila Ratu Cantik Malaysia Kata Batik Berasal Dari Malaysia JAKARTA Nama peserta pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia Lavanya Sivaji sedang hangat diperkatakan oleh netizen dari Indonesia selepas wani...
Pfizer Kata Keberkesan Vaksin Pada Kanak Kanak 5 11 Tahun Capai 90

Pfizer Kata Keberkesan Vaksin Pada Kanak Kanak 5 11 Tahun Capai 90

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 301 hits
Amerika Syarikat mengumumkan untuk memberi vaksin kepada kanak kanak berusia lima hingga 11 tahun Gambar Getty Keberkesanan vaksin Covid 19 Pfizer mencapai lebih 90 peratus menghalang gejala jangkitan terhadap kanak kanak berusia antara lim...
Tok Mat Kata Naikkan Bersatu Dalam Kerajaan Satu Kesilapan

Tok Mat Kata Naikkan Bersatu Dalam Kerajaan Satu Kesilapan

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 237 hits
malaysiamerdeka comPemilihan Perdana Menteri ketika awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional dahulu adalah suatu kesilapan apatah lagi individu tersebut adalah pemimpin daripada parti yang ingin menjatuhkan UMNO kata Timbalan Presiden Dat...
Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Drama Deejay Kampung

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Pbt Suat Muslihat Bersama

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

The Future Of Green Energy

Pelajar Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin 16 Meninggal Dunia Selepas Tamat Rentas Desa 6km

Isu E Waste Ada Pengkhianat Rupanya