Kedah Negeri Ph Terakhir Dalam Krisis



SEPATUTNYA Kedah jadi kubu terkuat Bersatu mengibarkan bendera kerajaan Pakatan Harapan. Justeru ia adalah negeri Doktor Mahathir yang jadi tonggak meruntuh kerajaan Umno/Barisan Nasional yang berkuasa 60 tahun itu.

Kerana parti anti Umno di Kedah tidak bersatu, PH dan Bersatu hanya beroleh majoriti secukupnya untuk membentuk kerajaan. Kerajaan macam itu biasanya rapuh apabila komponan utamanya – PKR dan Bersatu – ditegakkan atas asas yang tidak ngam.

Dari mula rapuhnya kerana ia ada dua nakhoda yang sama handal, Mahathir dan Anwar Ibrahim. 20 bulan kerajaan PH berlaga sama sendiri baik di peringkat pusat mahupun pada kebanyakkan negeri ia membentuk kerajaan.

Dua kerajaan negeri ia kukuh iaitu Selangor dan Negeri Sembilan diketuai PKR yang disokong kuat oleh DAP manakala di Pulau Pinang DAP berkuasa mutlak. Yang lainnya, Johor, Melaka, Perak dan Kedah ditegakkan atas tapak yang tidak kukuh.

Apabila kerajaan pusat runtuh berdahulu-dahuluan menjadi kerajaan Perikatan Nasional. Yang terakhir Kedah. Tonggaknya Bersatu beroleh 6/7 kerusi sahaja. Itupun ia dapat curi seorang dari Umno. PAS paling handal menunggu dengan 15 Adun dan bila Umno bermuafakat dengannya ia sudah jadi 17. Majoriti mudahnya 18.

DAP tiada kekuatan kerana ada dua sahaja. Amanah ada 4, tapi tiada peranan. Yang ada peranan Bersatu dan PKR sahaja. Bila dua-duanya bergolak, PKR berlaga dengan Bersatu, PKR juga berlaga sama sendiri. Bersatu pula berlaga antara Pengerusinya dan Presidennya, maka Kedah menunggu masa selepas Johor, Melaka, dan Perak.

Sehingga Johor, Melaka dan Perak jatuh, Bersatu tidak dapat menyelesaikan krisisnya dan tidak menyelesaikan krisis dengan PKR. PKR pula tidak dapat menyelesaikan krisisnya sama sendiri, Kedah berada dihujung tanduk.

Semuanya menyumbang kedudukan selesa bagi PAS dan BN dan disedapkan pula apabila Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyddin Yassin kini menjadi pemimpin kerajaan Perikatan Nasional naik berdaftar atau pun tidak.

Peranan Bersatu paksi Muhyiddin itu yang menjadikan PAS-Umno begitu penting dan meletakkan MB Mukhriznya bukan sekadar telur dihujung tanduk bahkan jadi embun di daun keladi. PAS tak buat apa, bila PKR pecat dua Adunnya, PAS jadi kuat. Bila Adun Bersatu pro Muhyiddin, hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, menguatkan lagi PAS dan Umno.

PAS tidak perlu buat apa. Biarkan Mukhriz menjerit mengaku dia masih Menteri Besar, berapa hari dua hendak menjerit.

Masakan Sultan hendak bermenteri besarkan seorang yang tiada sokongan majoriti di Dun dan Pegawai Kerajaan Negeri yang mana hendak patuh kepada seorang yang sudah tidak layak menjadi Menteri Besar.

Bila ada mesyuarat Raja-Raja di Kuala Lumpur masakan yang mengiringi Sultan adalah seorang tidak lagi layak berada di situ.

Mahu tidak mahu Perdana Menteri akan memberi pencerahan atas perkara, sekalipun Mukhriz tidak mahu bergerak dari kerusi MB Kedah.

Katakanlah semuanya termasuk istana biarkan Mukhriz duduk di situ, sampai berapa lama?

Nabi Sulaiman telah lama wafat. Jin tidak sedar dan tidak memerhatikannya. Hinggalah datang anai-anai di kerusi dan tongkat Nabi Sulaiman. Setelah kerusi dan tongkatnya reput, Nabi Sulaiman pun rebah baharu semua tahu Baginda sudah lama wafat.

Kita hendak tunggu Mukhriz jadi macam itu untuk memilih Menteri Besar baharu?

SUBKY LATIF



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/kedah-negeri-ph-terakhir-dalam-krisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Mb Kedah Mahathir Bakal Tinggalkan Bersatu

Krisis Mb Kedah Mahathir Bakal Tinggalkan Bersatu

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 422 hits
Empat tahun lalu Mukhriz sebagai menteri besar Kedah bawah pemerintahan Umno hilang keyakinan ahli partinya selepas bapanya Dr Mahathir Mohamad semakin menekan perdana menteri ketika itu Najib Razak supaya berundur kerana hal 1MDB Tiga ming...
Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah Dijangka Akan Dianggotai Oleh 11 Anggota

Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah Dijangka Akan Dianggotai Oleh 11 Anggota

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 398 hits
Difahamkan barisan exco kerajaan negeri akan dianggotai oleh 11 anggota yang merangkumi PAS Bersatu Bebas dan Umno Mereka dijangka dilantik di Wisma Darul Aman Alor Setar esok Exco lain yang dijangka berada dalam senarai itu termasuk Muhamm...
Dr Riduan Kedah Bertukar Tampuk Pemerintahan Menghijaukan Negeri Jelapang Padi

Dr Riduan Kedah Bertukar Tampuk Pemerintahan Menghijaukan Negeri Jelapang Padi

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 353 hits
Kurang daripada seminggu umat Islam akan menyambut hari lebaran ironinya rakyat Kedah pula mendapat kerajaan baru dengan berlakunya pergeseran dalam politik PKR Bukan sekadar pakaian baru langsir dan hiasan baru sempena meraikan satu Syawal...
Kerajaan Negeri Kedah Sah Jatuh Ke Tangan Perikatan Nasional

Kerajaan Negeri Kedah Sah Jatuh Ke Tangan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 408 hits
Perikatan NasionalBerikutan 2 ahli Dewan Undangan Negeri Kedah PKR yang telah keluar daripada parti dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional memastikan gerakkan yang selama ini sudah diduga Kerajaan Pakatan Harapan musnah apabila t...
Phahrolrazi Kerajaan Negeri Kedah Berfungsi Seperti Biasa Perubahan Hanyalah Spekulasi

Phahrolrazi Kerajaan Negeri Kedah Berfungsi Seperti Biasa Perubahan Hanyalah Spekulasi

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 327 hits
ALOR SETAR Pakatan Harapan Kedah menolak andaian kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri daripada pihak kerajaan akan melompat parti atau menyatakan sokongan kepada pembangkang ...
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Tunai Rm300 Negeri Kedah

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Tunai Rm300 Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 519 hits
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS TUNAI RM300 NEGERI KEDAH akan dikreditkan 13 Mei Bantuan khas tunai RM300 kepada golongan yang terkesan akibat penularan wabak COVID 19 di akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak secara berperingka...
Pas Kedah Siap Sedia Ketuai Kerajaan Negeri

Pas Kedah Siap Sedia Ketuai Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 340 hits
USTAZ HAJI AHMAD YAHAYAKEPINCANGAN dan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Harapan Kedah sukar dikawal lagi dan terus memperlihatkan kelemahan gabungan itu dalam mengurus tadbir negeri Kedah Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Sidam Dr R...
Kedah Kelantan Hilang Status Negeri Zon Hijau Selepas Catat Satu Kes Baru Covid 19 Hari Ini Kkm

Kedah Kelantan Hilang Status Negeri Zon Hijau Selepas Catat Satu Kes Baru Covid 19 Hari Ini Kkm

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 402 hits
Putrajaya 20 Mei Kementerian Kesihatan memaklumkan Kedah dan Kelantan hilang status negeri zon hijau selepas masing masingmencatatkan satu kes baru hari ini Kedah dan Kelantan telah merekodkan masing masing satu kes baharu positif sekaligus...
Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen

This Is The Easiest Way To Teach Your Kids Problem Solving Skills

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya

Just Pets Megastore Ioi Mall Damansara

Teaming Up With Pas Could See Umno Kicked Out Of Govt Dr M

Benarkah Panglima Awang Orang Pertama Mengelilingi Dunia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Tanda Tanda Korang Dah Gemuk Jangan Tertipu Lagi

Hassan Karim Hantaran Fb Najib Hina Mahkamah

Mohon Bantuan Kesan Nurkhairah Hawabillah

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian

Melawat Dataran Lang Langkawi

Hukum Tajwid Surat Yunus Ayat 41 Dan Arti Per Kata