Kedah Aktiviti 2h 1m Di Pulau Langkawi
Aktiviti 2H 1M Di Pulau Langkawi | Langkawi lagi!! 😁 Dalam pada rasa kecewa dengan Langkawi tahun lepas, awal tahun ni pergi lagi tapi kali ni sebab hantar anak buat latihan praktikal di sana.
Kali ini adik aku ikut, jadi kami bertigalah. Kawan anak pergi dengan ayah dia. Aku ajak juga terbang bersama bila dia kata dia akan naik bas sensorang, tiket flight pun beza sikit ja berbanding tambang bas, Grab ke Jeti Kuala Perlis, tambang feri RM26 dan Grab RM40 ke destinasi.. tapi ayah dia nak hantar naik bas, saja nak jenjalan sana. Ya deknon...tiket feri RM26 dah sekarang.
Kali ni aku terus sewa kereta Axia dari authorized agent di airport. Mereka caj RM90 sahaja dari 10 pagi sampai 4.30 petang keesokannya. Hangpa siap la minggu ni mula cuti sekolah peak season Axia pun RM90 untuk 24 jam. Waktu aku pergi ni kira non-peak walaupun pelancong Eropah yang lari dari kesejukan winter ramai juga
Tak pernah jemu dengan pemandangan ini.
MERONDA DI LANGKAWIDapat je kereta kami terus sarapan di Kampung Beras Terbakar, Padang Mat Sirat. Lapaq oih... 5.30 pagi dah pi KLIA2. Kemudian ke Langkawi Skycab (cable car) sebab bulan Mei dulu tak habis melawat semua tempat yang dalam pakej RM27 tu. Lagipun adik tak pernah ke jambatan gantung. Masa sampai Oriental Village lengang je, sekali sampai hujung nah kau beratur panjang! Cancel lah, malas aku. Karang nak naik kereta kabel beratur lagi.
Tips untuk naik kereta kabel Langkawi ni, sila datang awal, 9 pagi tu mesti dah ada kat sana. Biasanya pepagi omputeh dok berendam dalam laut atau tak bangun lagi. Less crowd. Masa trip bulan Mei tahun lepas sebelum pukul sembilan aku dah melawat kawasan, kedai pun belum buka 😄. Lagi satu kalau nak jimat, jangan parkir yang paling dekat, pergi sebelahnya. Yang dekat tu masuk sekejap pun kena RM10. Cashless ya.
Kami decide untuk melihat tempat intern walaupun dah beritahu akan melapor diri keesokannya. Jauh betholll dan sunyi. Hanya tetamu berdaftar sahaja boleh masuk. Ok, jalan lagi.
Walaupun aku dah plan untuk ke beberapa tempat tetapi tidaklah strict sangat, kami santai santai je. Dalam perjalanan ke memana destinasi kami singgah ke tempat yang tiada dalam rancangan atau masuk ke memana jalan kampung. Masa lalu di Air Terjun Temurun terimbau kenangan bercuti semasa anak-anak kecil dulu, suami berhenti di sini untuk bergambar. Kali ini cuaca Langkawi panas air terjun pun takde nak terjun, kering je batu tu (air terjun sebenar kena menapak ke dalam).
Masjid Kubah Lima di Maahad Tahfiz An Nabawi (Matan). Sekiranya pembinaan kubah memakan kos seperti pembinaan masjid, ia tidak temasuk dalam wakaf masjid kerana ia bukan keperluan.
Kami singgah di hutan lipur Pasir Tengkorak. Kena berjalan sikit ke pantai. Kawasan tu tak besar sangat tapi ramai pengunjung mandi-manda dan berkelah. Pantai Cenang is too maintstream gituh.
Aku kagum sungguh la dengan sorang perempuan omputeh ni..aku agak berat badan dia dalam 80kg++ . Dia nak pakai bikini top. Sambil berdiri depan orang tu dia letak bikini atas bra 🠊 sangkutkan tali di leher 🠊 unbutton bra dia 🠊 ikat bikini 🠊 lepaskan bra. Taraaaa...dah siap! hahhahah... Cuma aku hairan apa bezanya mandi pakai bra dengan bikini? Dua dua pun tutup tetek je kan? Adakah pakai coli dan seluar dalam dianggap memalukan atau inappropriate tetapi pakai bikini sesuai? Tell me please
Pantai Pasir Tengkorak
Crocodile Adventureland kami skip sebab takde budak. Kami masuk ke satu jalan menuju ke Dermaga Teluk Ewa saja nak tengok apa ada di sana. Lengang je, dah ditinggalkan ke
Destinasi seterusnya ke Langkawi Craft Complex tapi eh eh...berhenti kejap kat Taman Rekreasi Teluk Yu. Terbayang muka anak-anak masa kami bergambar di sini belasan tahun dulu. How time flies... cantik juga Teluk Yu ni, nak berkelah pun selesa. Ada satu bot kayu terdampar di situ, buruk je. Hairan juga pasaipa ada kat situ lepas tu baru teringat berita 200 pelarian Rohingya mendarat. Bot besar tu boleh sumbat 200 orang? Gila! Atau...ada bot lain yang dah berpatah balik selepas menurunkan penumpang?
Taman Rekreasi Teluk YuIni lah bot pelarian Rohingya tu kot, bot nelayan tak berlabuh di sini.
Meneruskan perjalanan kami abaikan Pantai Pasir Hitam walaupun termasuk dalam senarai lawatan. Paneh.
Setelah banyak kali ke Langkawi inilah kali pertama aku ke Kompleks Kraf Langkawi. Sepertimana Kompleks Kraf di tempat lain, reka bentuk produk di sini ekslusif.
Nak beli mutiara, teringat yang ada kat rumah pun tak bertempah. Dulu beli di Sabah konon nak ikat dengan emas buat anting-anting tapi harga emas sekarang pun kemain mencanak lagi (13/1/2025 harga emas 916 preloved RM380 segram!). Kain pasang batik sutera dan blaus batik aku berkenan sungguh la..tapi kita ni jenis kena check tag harga dulu kan hahahha...letak baliklah hahahah... nafsu tak sepadan poket. Bilalah nak kaya, penat jadi miskin bandar ni 😑. Aku memang suka batik lukisan tangan yang halus tak kisah sutera ke kain kapas (cotton) tetapi memandangkan upah jahit baju sama je lebih baik beli yang sutera. Sabajap, nanti beli kat Terengganu. Pujuk hati. Akhirnya beli tag bagasi je yang ada ukiran Malaysia Truly Asia. Kite kan duta Tourism Malaysia. Tiber..
Dalam trip kali ni aku dah rancang nak pergi ke tempat-tempat yang belum pernah sampai, dah tick on the Langkawi map and MARDI Agrotechnology Park one of those. Eh...tetiba nampak papan tanda Gunung Raya, kita ke sini dululah. Rasanya tak sampai 1 km ternampak papan tanda 12km lagi. Wah.. jauhnya ke atas... patah baliklah huhuu.
MARDI Agrotechnology ParkTaman seluas 27.39 hektar ini popular di kalangan pelancong kerana pelbagai pokok buah-buahan tropika di tanam, pokok bunga dan herba juga ada. Pembukaannya bertujuan memberi pendedahan mengenai penggunaan teknologi moden dalam pertanian di Malaysia.
Lepas bayar tiket dewasa RM15 seorang kita akan dibawa menaiki tram mengelilingi ladang. Staf yang jadi pemandu tram kami merangkap pemandu pelancong juga pandai buat origami menggunakan pelepah kelapa dan pandai ambil gambar. Lupa pula nak tanya nama
Tram akan berhenti di beberapa jenis pokok dan staf akan beri taklimat ringkas mengenai pokok tersebut. Yang seronoknya aktiviti pertama yang kita akan buat ialah makan buah-buahan sepuasnya. Apa sahaja buah yang masak ketika itu akan dihidangkan. Hari tersebut kami dapat makan nangka, jambu air, jambu batu, tembikai, ciku, betik, pisang dan nanas. Oh.. I love ciku. Bayangkan kalau datang musim durian, dengan bayaran RM15 kita dapat makan Musang King, D24 dan Montong. Durian D24 sangat sedap weh. Aktiviti terakhir adalah bagi rusa makan. Tak kenyang kenyang kot eh rusa ni, bersilih ganti orang bagi dia makan kangkung tetap juga berebut dengan anak dia. Rusa ada gigi bawah aje tapi terkejutlah juga bila dia muncung di terkena tangan aku hahaha....nervous mak
Tram tu akan berhenti di pintu masuk semula tetapi kita boleh je stay kalau nak tengok pokok-pokok tu. Kata staf MARDI tu, pelancong Arab ada yang siap berkelah bawah pokok. Syok lah kot... selalu dok padang pasir ja. Bulan Jun Julai nanti ramailah warga Arab di negara kita ni
Untuk yang sukakan cabaran boleh cuba flying fox. Tiket bayar asing
Buah ajaib. Memang ajaib buah ni, ia akan buat lidah kita rasa manis sejam dua. Pertama kali rasa sewaktu di lawatan ke taman herba di Tasik Kenyir.
Sebelum makan anggur ni kena makan buah ajaib dulu hehehehe...kecut otak dibuatnya.
Buah mentega.
Buah mentega. Orang Kedah panggil buah seghap ke apa ntah.
Pokok durian.
Rusa.
Pokok bunga dan herba ni kita explore sendiri je.
Origami yang dibuat oleh staf MARDI. Dia kata orang Kedah besa ja buat belalang ni.
Aku tak larat nak drive dah jadi adik aku ambil alih memandu ke Vila Thai untuk berehat sebentar. Ia bukanlah villa seperti anda bayangkan hahahhha... Aku memang cari hotel bajet tapi tidaklah sangka dapat cadar berlubang-lubang dengan sabun pun takde. Sorang staf tu bila aku minta sabun (botol kosong je dalam bilik air) dia kata tak provide sabun padahal bila adik aku minta sebelum tu dapat je dari staf lain. Meja pun berhabuk hmmm... Janganlah kata bayar ciput tapi demand macam bayar hotel mahal. Tak. Kalau hang biasa tidur hotel bajet di luar negara hang akan faham
Rancangan awalnya malam tu nak ke Dream Forest tapi nak bawa anak tengok fire show juga, kepala pula rasa bengang kena air-cond kereta dan disimbah terik matahari berulang-ulang jadi selepas makan malam kami ke pantai tengok pertunjukan api. Lepas tu menyelusuri Cenang Walk keluar masuk kedai. Kedai Eastern Duty Free tu lebih mahal daripada Warisan Duty Free dan Haji Ismail Group. Di EDF coklat Beryls dalam botol RM24.90, di dua kedai lain RM21.90 je. Toblerone di EDF RM5.90 di HIG RM4.90 . Beza singgit tu
Kemain rancak lagi robot robot ni menari dangdut. Bermacam cara mencari rezeki yang halal, nak dengan tidak je.
Hari Kedua Di LangkawiKami sarapan di Pantai Cenang je dak kemudian terus hantar anak. Selepas bagi sepatah dua kata dan salam cot cet, aku dan adik pun ke Hutan Lipur Air Terjun Temurun. Sebenarnya kan, masa ke sini bulan Mei tahun lepas, masa lalu kat Pusat Penyelidikan UKM tu aku berkata dalam hati andai anak aku kerja/belajar kat situ aku happy je nak hantar sendiri barang yang tertinggal di rumah 😄😄, hah dapat pun tapi harap takdelah yang tertinggal hahahha..
Air Terjun Temurun yang terletak di kawasan Teluk Datai ialah air terjun yang tertinggi di Langkawi. Dengan ketinggian 200 meter ia adalah air terjun yang cantik dan sesuai untuk perkelahan keluarga kerana tidak perlu berjalan terlalu jauh ke dalam. Kali ni kami masuk sampai ke kakinya tetapi sayang air sekadar mengalir ke bawah, takde yang terjun di musim panas pulau ni. Hanya satu keluarga sedang mandi-manda di kolam kecil di bawah tu
Air terjun ni tiga tingkat, yang pertama dekat je dari parkir kereta dalam lima minit berjalan kaki (gambar di bawah). Untuk yang lebih bertenaga boleh cuba naik ke atas lagi menggunakan tangga. Monyet liar banyak jadi kena beringat selalu, jaga apa yang ada di tangan anda. Pesan pakar, jangan bertentang mata dengan monyet-monyet macaque tu sebab dia boleh jadi agresif dan jangan bagi makanan. Binatang liar, pandailah dia cari makan haih
Batuan di sini terdiri daripada batu pasir dan syal (shale) Syal, iaitu batuan sedimen berlapis halus yang terdiri daripada kelodak dan tanah liat yang usianya melebih 500 juta tahun. Bertentangan dengan hutan lipur ini adalah laut tapi aku tak pasti boleh turun ke tidak dari kawasan parkir tu
Tenangnya berada di sini. Kereta tak banyak, udara bersih... nyaman. Untunglah siapa yang menetap di sini
Kering. Beginilah keadaan dasar sungai yang banyak batu.
Di belakang tu air terjun yang sepatutnya jatuh mencurah dari puncak.
Waktu air banyak. Foto dari sini
Foto dari sini
Tujuan seterusnya ialah ke Gunung Raya Golf Club. Saja nak tengok tapi dalam perjalanan ke sana ternampak pula Idaman Suri jadi terpaksalah adik aku ikut kerenah aku ni. Aku berkenan meja bulat yang kakinya boleh dilipat tapi tak celuih ke kabin pesawat, yang segiempat tepat pun lebih panjang daripada saiz cabin luggage so kita abaikanlah tapi nak juga beli sesuatu buat kenangan jadi aku beli dulang kayu yang yang berukir indah
Lokasi seterusnya memang ada dalam jadual, kedai utama Haji Ismail Group. Selain memborong coklat aku juga membeli set pinggan mangkuk. Inilah pembelian pertama sejak lebih 20 tahun berkahwin. Selama ni guna pinggan hadiah kahwin dan pinggan plastik yang husband aku beli di Baling. Ada ke guna pinggan plastik? 😏. Nak tak nak terpaksa guna sebab dia tak suka pinggan leper tapi sekarang tak boleh dah, kena guna pinggan baru saya. Maka termakbullah kata-kata aku nak beli pinggan di Langkawi hahahahha.... pernah husband tanya kat anak, mak mu tak mboh beli pinggan ka? Nak beli kat Langkawi - jawab aku 😄😁. Acik acik sangatkan pergi Langkawi beli pinggan hahahahah..
Masa tak banyak dah jadi kami pi makan tengahari di Dangau Langkawi. Husband aku lah ni beria suruh pergi. Adik aku tengok harga ikan sotong eh murah...seploh inggit je.. dia tak baca yang kat atas rm10 untuk 100 gram! hahahah... Dangau berlatar belakangkan sawah padi sungguh memukau pandangan. Gabungan warna hijau pokok padi biru lagi dan putih awan cantik sangat untuk ootd. Dangau Langkawi dekat dengan Makam Mahsuri dan di situ juga ada satu tarikan baru tapi tak tau padia, kami tak sempat explore
Dangau Langkawi.
Tauke Dangau Langkawi.
Begitulah ceritanya.
Untuk penerbangan balik kami naik Batik Air sebab masa aku beli tu tambangnya lebih murah daripada Air Asia tapi adik aku yang beli seminggu sebelum fly lagi murah daripada tiket aku. Oleh kerana economy seat overbooked, Batik Air upgrade aku ke business class. Alhamdulillah...rezeki., terima kasih Batik Air
Gamba lain kito simpan.
Lagi best Tok Mat Hassan - YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri - pun ada kat front row. Kito nak bergamba tapi kito sogan Tok. Ai is village people 😁. Dedulu masa beliau jadi Menteri Besar Negeri Sembilan macam orang kito, sekarang dah jadi Menteri luar Negeri sogan bona pulak raso eh. Rupo eh Tok Mat macam kito juo, kapa beghonti yo toghuih bangun, aerobridge pun lom sampai laie hahahaha... Kito ado curi curi amik gamba. Jadilah
Bengongnya aku ni bila dapat itinerary penerbangan tak baca bebetul. Otak aku ni auto ke KLIA2 sedangkan kapatebang park kat KLIA. Bila nampak kapal MAS MAS MAS parking aku eh eh eh... patutlah cabin crew cakap "kita akan mendarat di KLIA"😁😅😅
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2025/01/kedah-aktiviti-2h-1m-di-pulau-langkawi.html