Kecil Kecil Dah Pandai Mekap Kesan Khas Doktor Sendiri Puji Hasil Kerja Pelajar Ni Lukis Luka Macam Real
Setiap kanak-kanak mempunyai bakat mereka yang tersendiri. Ada yang pintar sains, ada yang pandai matematik dan ada yang berpotensi menjadi Picasso bidang seni.
Sebagai orang dewasa, kita sepatutnya mengenalpasti dan menghargai setiap potensi anak-anak dan membantu mengembangkan bakat mereka.
Masyarakat kita sering memandang tinggi kerja-kerja profesional seperti doktor, jurutera, juruterbang dan sebagainya serta memandang golongan yang bukan bekerja di dalam bidang itu seolah-olah ‘kurang berjaya’.
Kita masih memandang bakat kreativiti anak-anak sebagai suatu perkara sampingan yang tidak perlu dikembangkan.
Seorang jurumekap artis di Thailand, Nanthanan yang sebelum ini suka bersolek sejak berusia 5 tahun telah berjaya menjadi jurumekap profesional dan mampu membeli kereta BMW ketika hari jadinya yang ke-12 tahun ini. Inilah contoh keberhasilan apabila bakat mereka dikenalpasti dan diberi peluang untuk berkembang.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Atifahhhhhh telah mengirim gambar hasil servis mekap anak saudaranya dan mendapat lebih 10 ribu tanda suka dan 16 ribu ulang kicau. Ramai yang teruja dengan hasil mekap pelajar tersebut yang masih di sekolah rendah.
Anak sedara aku, Iman buat servis lukis luka kat sekolah. Pandai budak ni cari duit
Jumlah terkumpul RM3
pic.twitter.com/3eEwH9f9h3
— P a P a (@atifahhhhhh) July 18, 2019
Servis tiga serangkai
Kata Atifah, mereka mempunyai kumpulan tersendiri untuk menjalankan perniagaan tersebut. Comel je.
Berikutan itu, ramai yang meninggalkan komen sokongan dan gurauan untuk adik-adik ini.
MC sebulan punya luka please
Bakat boleh diasah
“Peluang dia cerah. Bidang perfileman perlukan orang hebat dalam bidang mekap kesan khas.”
Bukan itu sahaja, seorang doktor kecemasan turut memperakui kreativiti pelajar tersebut yang mampu menghasilkan ‘luka’ yang nampak macam betul.
Sebagai doktor kecemasan, saya tabik kreativiti adik ini.
Nampak macam betul.
Jika diasah bakat boleh pergi jauh. https://t.co/32y24Aii9R
— DrSazOne (@drwaque) July 18, 2019
Sumber: Atifahhhhhh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/20/kecil-kecil-dah-pandai-mekap-kesan-khas-doktor-sendiri-puji-hasil-kerja-pelajar-ni-lukis-luka-macam-real/